BAB 5 : (CEMBURU)

Romance Completed 5995

DERAPAN langkah kaki acu Aura semakin laju mendapatkan Dr Qayyum yang mahu menyambung kembali tugasnya yang tertangguh akibat terkejut dengan suara petir milik ibu saudaraku ini.

"Qayyum..you nak buat apa kat niece i ni..?!" ulang Dr Aura dengan suara yang semakin lantang.


"Calm down, kenapa dengan you ni..Aura, i cuma buat kerja i..tak seperti yang you fikirkan.. i tengah bertugas ni, your niece cakap luka yang dekat belakang badan dia ni buat dia sakit dan tak selesa..i nak checklah.." tenang dan lembut tutur bicara doktor tampan ini. Sabarnya dia..! Seolah-olah suara acu Aura bagaikan halilintar itu tidak memberikan sebarang kesan terhadap dirinya.


"Erm, tapi kenapa tak panggil nurse..takdelah i salah faham macam ni.." acu Aura sudah mula mengendur kan suaranya, tuturnya juga sudah berubah lembut dan manja.


"I dah panggil, tu baru sampai.. you ni pun, kuat betul jelouse you ni ya..." Dr Qayyum dah geleng kepala.

Aku yang sejak tadi menahan malu, saat ini terpaksa pula menahan kesakitan. Ada luka di belakang tubuhku terkena jangkitan kuman dan ada sedikit nanah di beberapa bahagian luka itu seperti yang dimaklumkan oleh Dr Qayyum apabila membuat pemeriksaannya sebentar tadi.

Mengalir juga air mataku sewaktu lincah jejemari doktor lelaki ini melakukan proses dressing luka di belakang tubuhku ini yang turut dibantu oleh jururawat Nurul. Acu Aura sudah menunggu di luar sementara Dr Qayyum menyelesaikan rawatannya ke atasku. Setelah beberapa minit, jururawat Nurul menyelesaikan tugasan dengan membantu aku untuk mengikat semula tali baju hospitalku, sementara Dr Qayyum pula mencatatkan sesuatu di fail kulit keras di atas meja yang berada di hujung katil.

"Dr Qayyum...bila saya boleh discharge.." soalku setelah doktor tampan ini berura-ura untuk melangkah keluar dari bilik ini.

"Erm... mungkin dua atau tiga hari lagi, bergantung dengan keadaan luka cik Arabella..ada apa-apa lagi, kalau tak saya minta diri dulu.." Dr Qayyum ukir senyum nipis.

Aku hanya gelengkan kepala. Kemudian, aku rebahkan semula tubuhku di atas katil dalam keadaan mengiring. Aku pandang belakang Dr Qayyum yang semakin menjauh. Jururawat Nurul pula sudah meninggalkan kami kira-kira sepuluh minit yang lalu.

Baru sahaja mata ini mahu terlelap, aku dikejutkan dengan kedatangan acu Aura.

"Macam mana, sakit lagi..? Eh, tak payahlah bangun, jangan banyak bergerak nanti luka tu lambat baik...acu cuma nak sampaikan amanat je ni...ada orang bagi tadi.." acu Aura hulur jambangan bunga ros kuning itu sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang sama digunakan Dr Qayyum sebentar tadi.

"Siapa yang bagi, lelaki ke perempuan..?" soalku yang sudah duduk di birai katil. Huluran jambangan bunga yang indah itu aku sambut dengan senyuman yang mekar di wajah.

"Erm.. lelakilah, mungkin kawan universiti Bella..atau your boyfriend, hah? Acu tanya juga tadi, kenapa tak masuk melawat..tapi dia kata nak cepat.." terang acu Aura sambil tangannya sibuk menaip di skrin iPhonenya.


"Oo..tapi, Bella mana ada boyfriendlah acu Aura..i'm still single ok..by the way, acu dah habis kerja ke..?" soalku sambil membelek jambangan bunga ros itu. Cantik dan wangi baunya. Ada kad kecil terselit di celahan bunga itu aku tarik keluar.

"Dah.. erm, kata takde boyfriend, tu yang senyum-senyum baca kad tu, apa cerita..? Kalau jadi boyfriend pun tak salah kot, acu berkenan sangat, sesuai sangat dengan kamu. Macam pinang dibelah dua..tapi dia tu macam fimiliar je kat hospital ni..!" acu Aura ketuk-ketuk perlahan jari telunjuk pada dagunya yang tirus, lagaknya seperti orang berfikir.


"Macam acu Aura dengan Dr Qayyum..." aku koyak senyum. Dalam masa yang sama terfikirkan anak Mr Edward tu, siapa lagi kalau bukan Elhan berdasarkan ada tanda yang ditinggal kan di kad kecil itu tadi. Dah kenapa pulak acu Aura kata macamtu?!"

"Tahu takpe...jangan cuba caras ok, Dr Qayyum tu bakal jadi uncle you tau..and he's mine..oklah, rest dulu.Get well soon, acu dah nak balik ni..malam ni ada date dengan Dr Qayyum.." acu Aura koyak senyum, bersinar-sinar bebola matanya saat menyebut sebaris nama tunangnya itu.

"Ok, thanks acu Aura..for everthing..nanti jangan lupa ucapkan terima kasih Bella pada Dr Qayyum, and kalau boleh nak minta dia cepat-cepat discharge Bella dari hospital ni.. Bella ada tugasan kat universiti.."

"Jangan cakap macam tu, takpe nanti acu Aura tolong pujuk..acu keluar dulu.."

Setelah acu Aura melangkah keluar dari bilik wadku ini, aku dihimpit rasa bosan dan sunyi. Hendak bergerak bebas, pergerakkan aku terbatas, sudahnya aku ambil keputusan untuk berbaring di atas katil ini semula. Akhirnya, aku terlena dengan sendirinya sambil melekapkan kad kecil berwarna biru lembut itu di dadaku.

***

SETELAH empat hari aku bermalam di hospital swasta itu, akhirnya aku dibenarkan pulang. Sepanjang aku berada di hospital itu, kelibat mommy Aralynn tidak pernah muncul di sini. Hanya acu Aura yang mengambil berat dan menguruskan semua keperluanku.

Aku juga tidak pernah menanyakan keberadaan ibuku itu pada acu Aura. Bagiku ada atau tidak dia di sini tidak membawa apa-apa makna. Aku benar-benar sudah jauh hati dengannya. Rasanya keputusan aku untuk tinggal bersamanya di sini bagaikan satu kesilapan besar yang pernah aku buat dalam hidup.

"Bella, kau hilang ke mana hah..?Dah berapa hari kau tak datang kelas..kau tau tak, tugasan prof Fatin tak siap lagi ni.." omel Nur Bhaiyinah yang sudah melabuhkan punggungnya di bangku kosong berhadapan denganku di meja kafeteria ini.

"Bella...aku cakap dengan kau ni, kau boleh buat tak tahu je..." Nur Bhaiyinah sudah berdiri. Kedua-dua belah tangannya sudah menepuk meja itu agak kuat, melempiaskan amarahnya.

Mahunya gadis ini tidak marah, sejak dari pagi tadi aku menghindar dari dirinya itu. Langsung tidak bertegur sapa. Bukan dengan dirinya sahaja, malah dengan Durah dan Hilal juga sama.

"Elhan mana Nur, dari tadi aku tak nampak dia..?"

"Aduhai, mamat poyo tu juga yang kau tanya? Aku, Durah dan Nur yang ada depan kau ni sikit pun kau tak hirau kan, Bella...kau dengan Elhan ni ada apa-apa ke..?" soal Hilal yang kebetulan menghampiri aku dan Nur Bhaiyinah di sini. Durah juga dibawanya bersama.

"Yelah, Bella...kau dengan Elhan ni bercinta ya, masa kau tak datang, dia pun tak datang sama..korang ni dah janji ya.." sampuk Durah pula.

Aku hanya geleng kepala. Lantaklah apa yang nak bicarakan oleh mereka bertiga, aku hanya biarkan bagai angin lalu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tapi kenapa hatiku tidak tenang sejak pagi tadi. Fikiranku asyik menerawang memikirkan Elhan sehinggakan di dalam kelas tadi aku tidak dapat untuk menumpukan sepenuh perhatianku pada pensyarah yang mengajar. Hampir sepanjang hari aku termenungkan anak 'prof Hitler' tu!

"Bella, kau kenapa ni? Ada masalah ke..? Dari pagi tadi kau tak bercakap. Ni makanan pun tak berusik..kau sakit ke..? Muka kau ni pun pucat je aku tengok..!" soal Nur Bhaiyinah bertalu-talu. Lenganku disentuhnya sedikit kuat. Kuat betul dia menggenggam lenganku. Mengaduh aku dibuatnya.

"Aucch...aduh..." terpejam mataku menahan kesakitan. Berkerut wajahku, lantas menarik kasar lenganku semula.

"Sorry, Bella... kuat sangat ke aku pegang..sorry tau..aku tak sengaja.."

"Dahlah, aku nak balik..pasal assignment prof Fatin tu, kau bagi jelah aku skrip tu, aku study kat rumah apa yang patut aku buat..kalau aku tak faham aku Whats App korang.. jangan tak balas pulak..tapi macam mana dengan Elhan..?" lagi-lagi nama Elhan meniti di bibirku.

"Elhan dah dapat skrip dah, hari tu ingatkan nak berlatih sama, kau pulak takde...apasal kau tak masuk kelas Bella, tiga hari kot..tak dapat surat cinta ke daripada prof Fatin.." sambung Hilal.

"Tak, sebab aku admit hospital, jatuh tangga..dahlah aku chow dulu, tinggal esok je kan, kalau Elhan datang esok, kita pulun berlatihlah.. sampai malam pun aku sanggup, sorry ye gaisss.." aku tayang wajah bersalah.


"Apa..?! Kau admit hospital.. kenapa tak beritahu?" jerit Hilal, Durah dan Nur Bhaiyinah serentak. Mujur tiada siapa lagi yang ada di kafeteria ini selain kami berempat.

"Lengan kau berdarahlah, Bella.. Dahlah kita ke hospital sekarang,bagi aku kunci kereta kau..aku naik motosikal je hari ni.." kata Hilal cemas.

Tanpa berdolak-dalih lagi, aku hulurkan kunci keretaku pada Hilal. Durah sudah mengambil tempat di hadapan sebelah Hilal, manakala aku dengan Nur Bhaiyinah selesa duduk di belakang. Di sepanjang perjalanan untuk ke hospital swasta tempat kerja acu Aura, Nur Bhaiyinah tidak henti-henti meminta kemaafan dariku. Naik pening pula kepala aku dengan perangai cengeng Nur Bhaiyinah ini, tangisannya yang semakin bingit membuat aku naik darah. Kalau ikutkan hatiku yang kesal ini mahu sahaja aku sumbat mulut comel dia dengan buku tebal di ribaan aku ini.

Hampir lima belas minit Hilal memandu, kami tiba di Hospital Pantai Medical Centre, Ampang dan aku terus diberikan rawatan kecemasan. Kebetulan, Dr Qayyum yang bertugas saat itu, segera memberikan aku rawatan. Sepanjang dia merawat ada beberapa potong nasihat yang ditinggalkan padaku. Beberapa kali kepalanya digelengkan kerana aku acuh tak acuh dengan omelannya itu.

"Cik Arabella.. dah siap, ingat apa yang saya pesan tadi..sudah-sudahlah termenung tu, awak boleh ambil ubat di farmasi, ya.." Dr Qayyum kulum senyum.


"Hah... ok, doktor...ok..thank you, saya keluar dulu.." kataku datar, seraya melangkah longlai keluar dari bilik rawatan itu.

Nur Bhaiyinah, Durah dan Hilal mendapatkan aku semula sebaik sahaja aku keluar dari bilik rawatan tersebut. Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut tiga ketul sahabatku ini. Nur Bhaiyinah yang paling ketara nampak kerisauan jelas terpancar di wajahnya yang ayu membulat dilitupi kerudung labuh melepasi paras dadanya itu.

"Takde apa-apa pun, luka ni masih basah lagi, tak kering sepenuhnya, sebab tu berdarah balik... dahlah jom teman aku ambil ubat kat farmasi.." aku terangkan panjang lebar keadaanku pada Hilal, Durah dan Nur Bhaiyinah.

Lega hati aku sebaik melihat ketiga -tiganya menguntum senyuman kembali. Tidak seperti tadi, masing -masing muka macam ayam berak kapur!

Sebaik sahaja urusanku selesai di kaunter farmasi, kami berempat terus mendapatkan keretaku kembali di tempat parking. Setibanya, kami di pintu cermin besar keluar masuk automatik di lobi hospital, Hilal berpapasan dengan Elhan yang sedang menuju ke kaunter farmasi.

"Woi, Elhan...kau buat apa kat sini, bro...kenapa tak datang kelas..kau sakit ke..?" bertalu-talu soalan dari Hilal hanya dibalas dengan senyuman nipis.

Pandangannya melirik kepadaku sekilas, ada senyuman tergaris nipis di wajahnya sebelum jatuh tatapannya pada lenganku yang berbalut kemas. Terus berubah air wajahnya, namun dia buru-buru meninggalkan kami berempat dengan seribu satu persoalan.

'Elhan....kau! Argh..., boleh sakit jantung kau buat aku begini!' hatiku menjerit kesal.

Assalamualaikum dan hai semua...Salam Maal Hijrah.. done update bab baru..enjoy reading..

Share this novel

AnieAlya
2024-07-07 20:57:28 

Misteri elhan ni.. Kesian Bella.. Update lg sis tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience