BAB 10 : (JERAT)

Romance Completed 5995

SETELAH hampir dua belas jam aku menempuh perjalanan yang panjang untuk sampai di kota Istanbul, Turki ini. Tanpa berlengah, dengan berbekalkan kudrat yang masih bersisa aku teruskan lagi perjalanan selama kira-kira dua jam lagi untuk sampai ke sebuah hospital yang agak terkenal di bandar ini. Renik bulir-bulir jernih yang terbit di wajah aku hapus dengan sapu tangan pemberian Elhan.

Pagi itu, Elhan bertekad untuk menghantar pemergianku ke kota Istanbul, Turki setelah mommy Aralynn memberikan keizinannya. Elhan menawarkan dirinya untuk memandu sehingga aku selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Tepat jam lapan lima puluh minit pagi itu, penerbanganku akan bermula. Mujur aku tiba di lapangan terbang ini menepati masa yang ditentukan. Bermulalah episod perpisahanku dengan jejaka tampan berkulit cerah pucat ini.

"Bella, aku...aku nak ucapkan terima kasih atas pemberian dua hadiah istimewa yang bagi kat aku tempoh hari. Aku..." suara itu terdengar lirih dan terbata-bata.

"Erm.. takpe Elhan, aku ikhlas nak berikan pada kau, by the way..thanks sudi hantarkan aku pagi-pagi ni kat airport..hah, tu dah dengar panggilan terakhir untuk berlepas tu..aku pergi dulu ya, jaga diri kau baik-baik kat sini.. nanti dah selesai aku balik sini dengan segera..."

"Hah, dah nak berlepas dah..?!" Elhan seperti tersentak. Mengelamun pula dia!

"Ya, dah nak berlepas, aku pergi dulu.." kakiku mula melangkah.

"Bella, sebelum kau pergi..terimalah hadiah ni, aku belikan untuk kau.. sebagai pengganti diri aku sepanjang kau kat sana nanti..sebelum tu, boleh tak aku nak dengar kau panggil aku 'abang'.." Elhan mengutarakan permintaannya yang sempat membuatkan lutut ini berasa longgar.

"Erm..a..abang..abang Elhan..? macam tu ke..?" tersipu aku dibuatnya, langsung merona kemerahan pipi aku bagai sebiji buah tomato.

"Thanks, Bella...oklah abang doakan Bella selamat pergi, selamat pulang.. jangan terus lupakan abang pulak nanti! Sini..." Elhan tarik aku ke dalam pelukannya. Dia labuhkan ulas bibirnya tepat di ubun-ubunku. Kedua-dua belah pipiku juga dikucup mesra.

"Abang Elhan ni kan.. saja nak buat Bella rasa nak menangis je sekarang ni..oklah Bella pergi dulu.." aku tampar manja lengan kekar Elhan yang beralas hoodie berwarna kelabu itu, lantas aku ambil lengan kekar Elhan, lalu aku salam dan kucup kekura lengannya itu.

Aku terus melangkah dengan menarik bagasi sederhana besar terus ke balai pelepasan. Tangan kananku yang kemas memegang buku kecil berwarna merah itu aku angkat seketika untuk melambai ke arah jejaka tampan itu. Lantas, menguntum senyuman yang paling manis, hadiah perpisahan sementara yang teristimewa buat dirinya.

Tepat jam lima petang keesokkan harinya aku selamat menjejakkan kaki di American Hospital atau lebih dikenali sebagai Amerikan Hastanesi oleh penduduk tempatan di bandar Istanbul ini. Sebuah hospital swasta yang berlokasi di daerah Nişantaşi, wilayah Istanbul, Turki yang berhampiran dengan tempat tinggal daddy Ayaz. Hospital ini juga adalah hospital pilihan keluarga kami sejak dari dahulu lagi untuk mendapatkan rawatan jika salah seorang di antara ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan. Masih segar di dalam ingatanku, menurut cerita daripada mommy Aralynn, aku juga dilahirkan di hospital ini.

Rasa keletihan yang menjalar saat ini tidak menghalang untuk aku menemui bapa kandungku ini. Keadaannya yang agak membimbangkan itu mengatasi rasa kelelahan yang membelengu diri. Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di ruangan lobi hospital ini, mujur aku dipertemukan dengan ibu tiriku, Emelyda. Mungkin dia sudah menjangkakan kedatanganku di sini.

"Günaydın, şimdi Ayaz babayla tanışabilir miyim?" aku berbasa-basi dengan wanita cantik di hadapanku. Terus aku meminta keizinan padanya untuk menemui bapaku itu saat ini juga. Sudah tidak tertanggung rasa bebanan di jiwa. Berteka-teki sendiri sepanjang hari tentang keadaan daddy Ayaz.

"Günaydın... tabi ki sana Ayaz'ın odasını gösteyerim" katanya dengan senyuman nipis.

Aku terus melangkah membontoti langkah kaki ibu tiriku yang bersepatu tumit tinggi dengan lenggokkan tubuhnya bak seorang model itu. Dengan senyuman manis bak gula yang terpancar di wajah mulusnya, dia menuntun aku untuk terus ke kamar wad yang menempatkan bapaku. Ruangan wad unit rawatan rapi yang berada di tingkat tiga kami tuju setelah beberapa lorong yang terpaksa kami tempuh untuk sampai ke sini.

Aku terus menerpa ke katil yang menempatkan sekujur tubuh kekar milik daddy Ayaz yang berada di dalam keadaan koma itu. Hanya bunyi bising dari beberapa mesin khas melatari suasana sunyi di bilik sederhana besar ini. Tangisanku berlagu sendu tanpa sebarang esakkan keras. Hanya berbutir-butir mutiara jernih jatuh menitik laju mencemari wajahku saat ini.

Lengan sejuk dan kaku daddy Ayaz aku elus perlahan. Aku kucup penuh kasih. Lama aku letakkan bibirku di situ. Ibu tiriku yang hanya kupanggil dengan nama panggilannya sahaja sudah meninggalkan aku kira-kira lima minit yang lalu. Memberikan aku ruang berduaan bersama suaminya itu.

Aku mula bisikkan ucapan salam secara lembut ke cuping telinga daddy Ayaz, mempermaklumkan kehadiranku di sini. Air jernih yang masih mengalir aku seka perlahan. Melihat kecederaan daddy Ayaz itu, sangat menyayat hatiku. Alangkah baiknya jika mommy Aralynn dapat bersama-sama denganku saat ini.Sekurang-kurangnya dapatlah dia menyalurkan secebis kekuatan untuk aku terus bertahan menghadapi dugaan ini. Tidak rela aku untuk terus menatap hampir keseluruhan tubuh yang dulunya gagah perkasa, berbungkus dengan kain gauze, kain pembalut luka yang berwarna putih itu.

"Daddy, bangunlah daddy... i miss you so much..Bell tahu daddy kuat, secepatnya sembuh daddy..Bella rindu nak dengar suara daddy.." aku suarakan segala isi hatiku dengan mengelus perlahan jejemari kasar lelaki itu.

Aku tahu walaupun tiada sebarang tindak balas dari bapaku itu, namun aku pasti dia mendengar setiap luahan hatiku. Tidak jemu aku bercerita dengan bapaku itu. Seolah-olahnya aku sedang bercerita dan daddy Ayaz mendengar dengan tekun. Aku cuba untuk terus tabah di hadapan lelaki pertama kesayanganku ini, walaupun dia sering kali melukakan hati ibuku. Namun, saat sebelumnya ada cinta lain yang hadir dalam hidup mereka berdua, aku dapat rasakan betapa besarnya cinta daddy Ayaz pada mommy Aralynn. Lelaki ini sanggup berkorban apa sahaja untuk cinta hatinya itu.

Mungkin disebabkan hati lelakinya sering diuji, lelaki itu letih juga kerana cinta agungnya itu tidak berbalas. Sejak usiaku berumur sembilan tahun, mommy Aralynn sudah banyak berubah, dia bagaikan tidak mempedulikan lagi tanggung jawabnya sebagai isteri kepada daddy Ayaz. Segala keperluan dan urusan rumah tangga diserahkan bulat-bulat pada daddy Ayaz yang menguruskannya. Mereka sering bertengkar dan tidak dapat aku jangkakan, daddy Ayaz mencari jalan singkat untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya itu. Daddy Ayaz sanggup 'makan luar' untuk menyembuhkan kelukaan di hatinya.

Perlakuan daddy Ayaz yang tidak senonoh dan sangat menyimpang dengan ajaran agama itu memburukkan lagi masalah mereka yang sedia ada. Aku sempat trauma dengan keadaan keluarga kami yang tunggang-langgang ketika itu. Mommy Aralynn tidak ubah seperti 'mayat hidup' dan setiap hari aku tidak jemu berdoa supaya ibu dan bapaku diberikan petunjuk dan hidayah oleh Yang Maha Esa untuk berbalik semula ke pangkal jalan.

Alhamdulillah, doaku didengari dan aku gembira kembali kedua-dua orang tuaku berubah dan segera bertaubat. Hubungan kami anak-beranak kembali normal dan bahagia seperti sediakala. Namun, mentari tak selalunya cerah.
Sekali lagi, ujian datang menguji rumah tangga daddy Ayaz bersama mommy Aralynn. Mungkin juga di atas kelalaian daddy Ayaz sendiri, membiarkan sang isteri terus hanyut mengejar keseronokan duniawi dan tidak lagi menitikberatkan ajaran agama di dalam bahtera pernikahannya itu.

Betullah kata orang bijak pandai, seorang nakhoda yang berbekalkan akal yang baik dan bijak akan terus mengemudi pelayarannya dengan baik serta dapat membimbing anak-anak kapalnya terus menjadi baik seterusnya akan menuju ke pelabuhan dengan berjaya dan selamat, manakala jika seorang nakhoda yang hanya berbekalkan akal seperti 'tin kosong', pelayarannya akan karam di lautan sebelum sampai di pelabuhan.

Keadaan yang digambarkan itu tidak ubah sama seperti dengan keadaan keluargaku dahulu. Aku mengakui, daddy Ayaz bukanlah seorang nakhoda yang baik, dia biarkan aku dan juga ibuku terumbang-ambing menempuhi pelayaran hidup kami. Mungkin sudah suratan takdir hidup kami begini jalan ceritanya. Aku reda dengan qada dan qadar diriku yang sudah tertulis sejak di Luh Mahfuz lagi.

Ya..Allah, jauh benar aku mengelamun. Menyedari ada gerakan kecil dari jemari daddy Ayaz di dalam genggaman lembut jari-jemari runcingku, segera aku keluar mencari keberadaan doktor untuk mengabari berita gembira ini. Tidak lama kemudian, setelah membuat beberapa pemeriksaan ringkas terhadap bapaku itu, seorang doktor lelaki separuh baya ini yang mesra di sapa Dr Ebra, memberikan sedikit penerangan ringkas padaku tentang kondisi daddy Ayaz saat ini.

"Bu haber doğru mu doktor, Ayaz baba biraz dan uyunacak..?" soalku seperti tidak mempercayai kata-kata doktor ini yang menyatakan daddy Ayaz akan sedar kembali dalam masa terdekat ini.

"Evet, babana mucizeler getirdin. Tanrıya şükür..ilk ben çıktım.." tegas Dr Ebra mengiakan pertanyaanku itu dengan mengukir senyuman nipis di bibirnya, ditepuk-tepuknya bahuku sebelum kakinya melangkah pergi.

Mengalir lagi air mataku membasahi pipi ini, baru sahaja mahu kering, ia jatuh lagi mencemari wajahku.Tapi kali ini air mata ini adalah air mata kebahagian dan rasa penuh kesyukuran.

***

Usai menunaikan solat Subuh pagi itu di kamar peraduan di rumah daddy Ayaz, aku terus bersiap untuk kembali menuju ke hospital. Kata Emelyda, bapaku itu baru sahaja sedar dari koma kira-kira sepuluh minit yang lalu. Panggilan telefon daripada Emelyda segera aku tamatkan dan terus aku menempah pengangkutan e-hailing melalui aplikasi BiTaksi untuk memudahkan perjalananku. Mujur wang saku pemberian mommy Aralynn yang aku kumpulkan selama setahun ini, masih cukup untuk menampung segala perbelanjaanku selama berada di sini. Namun, aku juga harus pandai berjimat-cermat dan menguruskan perbelanjaanku kerana tiada sesiapa pun di sini akan menanggung semua kos sara hidup aku sepanjang berada di sini.

Teksi berwarna kuning itu segera aku naiki dan hampir setengah jam berikutnya, aku selamat dibawa ke Amerikan Hastanesi. Selepas membuat pembayaran kos pengangkutan tersebut, laju kaki aku melangkah ke bilik wad vip yang berada di tingkat enam. Menurut Emelyda tadi, dia sempat memaklumkan kepadaku yang daddy Ayaz sudah dipindahkan dari unit rawatan rapi kepada wad biasa.

"Bella..işte canım, babam babasının kızını çok özlüyor" daddy Ayaz mengamitku untuk terus menghampirinya.

Tanpa berlengah aku peluk tubuh daddy Ayaz yang sedang duduk bersandar di katil hospitalnya itu. Pelukan itu semakin erat bila terasa belakang tubuh ini dielus lembut. Emelyda yang berdiri di sisi katil hanya memerhati. Sebentar kemudian, dia terus meninggalkan aku dengan daddy Ayaz.

Kesempatan itu aku ambil sepenuhnya menceritakan segala tentang aku pada daddy Ayaz sepanjang aku tinggal bersama mantan isterinya itu. Banyak cerita yang aku kongsikan dengan lelaki ini. Dia mendengar penuh minat. Apatah lagi bila nama jandanya meniti di bibirku.

"Maafkan daddy princess..daddy banyak buat silap..setahun hidup tanpa kamu, daddy rasa bagai mahu mati.." luah lelaki itu setelah usai aku suapkan bubur ayam yang disediakan pihak hospital untuk makan malam.

"Daddy..don't said like that..Bella juga minta maaf, setahun Bella tinggalkan daddy tanpa sebarang khabar berita" ucapku dengan rasa kesal yang menggunung di hati.

"Bella, jika umur daddy tak panjang, Bella tolong jaga diri, jaga mommy Aralynn..dan tolong cari diari daddy dalam sebuah peti khas yang daddy simpan di bawah katil bilik Bella. Password peti khas tu sempena hari lahir kamu..dalam diari tu, daddy dah tulis semuanya..dan segala harta daddy dah daddy tukar atas nama kamu.. daddy minta maaf sayang.." kata-kata itu terhenti di situ disebabkan kemunculan Emelyda secara tiba-tiba.

"Daddy cakap apa ni..? Daddy akan sembuh..daddy takkan tinggalkan...." kata-kataku dipintas segera oleh ibu tiriku itu. Bagaikan dia tidak senang aku rapat dengan bapaku itu. Mungkin dia mencurigai kami kerana bertutur dalam bahasa yang tidak difahaminya itu.


"Erm...tatlım, fazla konuşma. Bella baba Ayaz'ın dinlenmeye ihtiyacı var, senin de yorulmuş olmalısın.." Emelyda terus mengarahkan aku untuk berehat dan membantu suaminya itu berbaring semula. Ada betulnya juga, daddy Ayaz perlukan rehat yang secukupnya untuk segera pulih.


"Emelyda...beni merak etme, bu gece Ayaz babaya ben bakayım.." kataku pada Emelyda, supaya tidak perlu mengkhuatiri diriku, lalu meminta izin daripadanya untuk aku menjaga bapaku pada malam ini.

Dan tidakku menjangka dia segera memberikan aku kebenaran. Aku menerima dengan senang hati. Mekar senyumanku terlukis di bibir. Daddy Ayaz juga turut tersenyum, senang aku berada di sampingnya. Setelah memastikan daddy Ayaz telah lena, aku tarik semula selimut tebal itu, membetulkan semula selimut yang sedikit terselak di tubuh bapaku itu. Aku tatap wajah lelaki itu dalam-dalam. Seperti ada sesuatu perkara yang disembunyikan oleh bapaku ini. Wajahnya juga agak sugul, tidak lagi seceria awal-awal kemunculanku, jika Emelyda berada di antara kami berdua.

"Daddy Ayaz.. Bella dah maafkan semua kesalahan daddy..daddy tidur ya, Bella sayang sangat kat daddy.." gumamku perlahan, lantas aku kucup dahi milik daddy Ayaz. Ternyata daddy Ayaz masih tampan seperti dulu-dulu. Wajahnya seperti tidak dimamah usia, walaupun usianya sudah menjangkau lewat empat puluhan.

Aku masih lagi kekalkan dudukku di kerusi yang agak empuk yang terletak di sisi katil hospital daddy Ayaz. Tidak berniat sedikit pun untuk beranjak dari sisi lelaki ini. Seketika, aku mula terasa bosan setelah telefon pintarku telah kehabisan baterinya. Mata yang mula memberat dan tubuh sudah dikuasai keletihan yang menguras tenagaku untuk terus berjaga, akhirnya aku terlena di sisi daddy Ayaz.

***

Sebaik sahaja aku celikkan mata, alangkah terkejutnya aku mendapati sekumpulan anggota polis sudah mengepung ruangan bilik wad vip ini. Dengan pantas, dua orang anggota polis wanita itu segera menerpa ke arahku. Mereka terus menerkam, menangkap dan memberkas diriku. Aku yang terkejut, terus menjerit minta dilepaskan.

"Bırak beni..! Bırak beni..! Ayaz babayı ben öldürmedim..Onu öldürmedim...!" jeritku agak lantang. Meronta-ronta aku minta dilepaskan.

"Tutuklayın müfettiş, hapse atın, kocamı öldürdü.. Aşkım..uyan aşkım.." Emelyda sudah berteriak menyuruh pegawai inspektor polis itu menyumbat aku ke dalam penjara. Sampai hatinya menuduh aku membunuh bapaku sendiri. Dengan linangan air matanya dia mengongoi meminta daddy Ayaz untuk membuka matanya semula.

Aku hanya mampu menyerah sewaktu pegawai polis itu mengheret tubuhku masuk ke kereta polis itu. Kedua-dua belah tanganku yang masih berlumuran darah itu digari dengan agak kasar. Tajam mataku menikam wajah Emelyda yang masih mengharapkan suaminya itu sedar. Aku dapat berasakan ini semua adalah jerat Emelyda yang memerangkap diriku.

'Arghhh...bodohnya diriku mempercayai wanita seperti lebah ini, mulut bawa madu, punggung bawa sengat..!' teriakku dalam hati.

Done update..sorry lewat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience