HAWA panas menyusup masuk ke dalam bilik tahanan ini mengembalikan aku ke alam nyata. Udara pada hari ini jauh sekali berbeza dengan udara di hari-hari sebelumnya. Matahari memanggang bumi dengan teriknya. Cahayanya bebas menyengat seisi alam.
Aku menatap sekelilingan bilik. Hanya berbaki selama dua hari, aku bakal tinggalkan sel tahanan ini yang menjadi rumah tetap aku selama dua tahun ini. Seiringan masa yang pantas berlalu, aku sudah siap sedia berhadapan dengan perjalanan takdir hidupku. Jika sudah tertulis nyawaku berakhir di tali gantung di negara kelahiranku ini, aku sudah siap sedia dengan kenyataan kurniaan Tuhan dan aku sudah menerima dengan hati yang lapang.
Tiba-tiba dari luar bilik tahanan ini terdengar suara pengawas pusat penjara yang sudah tidak asing lagi dari pendengaran halwa telingaku. Dia memanggil aku dengan nombor pengenalan diri yang tertera di bahu kiriku dengan agak keras. Seperti selalunya, tiada sebarang senyuman terlukis di wajah yang agak manis itu. Garang dan cukup tegas.
Dia membawa aku ke sebuah bilik khas yang menjadi tempat untuk para tetamu berkunjung untuk melawat para tahanan. Dalam perjalanan untuk ke sana, sempat dia memaklumkan kepadaku tentang kunjungan seorang peguam yang ingin bertemu denganku pada hari ini.
Aku labuhkan punggung di atas sebuah kerusi yang telah disediakan di situ. Duduk berhadapan dengan seorang lelaki yang hanya dapat kulihat sebahagian tubuhnya. Dada bidangnya yang berbalut dengan kot biru gelap itu terhidang menghiasi sepasang korneaku yang sedikit kabur. Kemas, sedikit pun tiada garis kedut pada pakaian yang tersarung indah di tubuh kekarnya. Aku masih menundukkan wajah, tiada rasa untuk menatap wajah lelaki itu.
Aku dengar dia berdehem seketika sebelum mengeluarkan bicaranya. Terlihat dia agak keberatan berhadapan denganku. Apakah kerana keadaanku yang agak berantakkan, kusut-masai dan sedikit berbau. Mungkin?
'Argh, jika tidak sudi mengapa susahkan diri untuk ke sini tuan peguam..?' bisikku dalam hati. Sudah sepuluh minit aku menunggu dia membuka mulut, namun masih lagi dia diam, kekal dalam keadaan membatukan diri. Hanya helaan nafasnya yang sedikit memberat sahaja sekali-sekala menampar corong pendengaranku.
"Baiklah..saya perkenalkan diri, saya Zill Qayyim, peguam yang akan menggantikan tempat Naail Nadhir.. saya yang akan handle kes cik Arabella lepas ni.." luahnya sekali nafas sambil menatap tepat pada wajahku yang pucat dan mungkin sedikit comot. Entahlah, aku pun tidak tahu apa rupaku saat ini, maklum sahajalah sudah dua tahun aku tidak menghadap cermin.
Aku pantas mengangkat pandanganku setelah suara garau itu berlagu. Tersentak seketika kerana suaranya yang gemersik itu telah membawa aku terbang jauh melayang mengingati seseorang yang sangat bermakna dalam hidupku.
Spontan tanganku yang masih bergari itu naik menekup cuping kedua-dua belah telinga, lantas kepala aku geleng-gelengkan beberapa kali bagi mengusir segala tanggapanku tentang bayangan itu, seraya aku menangkup kan wajahku di atas meja itu. Berdiri jejaka itu jadinya akibat terkesiapan dengan ulahku sebentar tadi.
"Cik Arabella... cik Ara, are you ok..?" soal Zill Qayyim, peguam tinggi lampai itu agak cemas.
"Apa jaminan awak encik Zill, yang saya akan bebas dari hukuman gantung tu esok..? Esok encik Zill, esok...!" soalku dengan tangisan yang mula berlagu. Air jernih sudah mengambil tempat mencemari wajahku yang kusam.
"Insya Allah..cik Ara, saya akan cuba lepaskan awak dari tuduhan yang sama sekali tidak berasas ini. Saya berjaya membuatkan kes cik Ara berada di bawah kes 'firma facie' dan saya berjaya tangguhkan kes cik Ara supaya dibicara semula.." terang Zill Qayyim serba ringkas dan dia duduk kembali di atas kerusi yang didudukinya seketika tadi.
"Erm..maksudnya, saya terselamat dari hukuman gantung tu esok..? Betul ke ni..encik Zill?" aku mula tersenyum, air mataku yang masih bersisa terus aku hapus sedikit kasar.
Zill Qayyim hanya tersenyum nipis, tangan kekarnya kelihatan bergerak-gerak untuk membantu menghapuskan air mataku, namun aku nampak dia teragak-agak untuk melakukannya, lantas dia sambung bicaranya semula.
"Tuan hakim juga sudah bersetuju untuk kemukakan tuntutan membela diri kepada cik Ara.. dan saya minta cik Ara ingat kembali jika ada apa-apa bukti yang dapat menyangkal tuduhan terhadap cik Ara..." katanya dengan agak tegas. Senyumannya yang terlukis di wajah itu sudah tidak kelihatan lagi, saking menampangkan wajah sedikit garang dan agak tegang.
"Saya...saya..dah tak ingat apa-apa encik Zill, maafkan saya.." kataku terbata-bata. Gerun melihat wajahnya yang mula menyinga. Merah macam udang kena bakar.
'Ya..Allah, selamatkan hamba-Mu ini.. dah macam singa lapar pula dia ni, jangan dia telannya aku hidup-hidup sudah, rela lagi aku kena gantung dari menjadi santapan jejaka tinggi lampai ini...!'.
"Please...cuba ingat cik Ara, takkan sedikit pun cik Ara tak ingat, memang takde langsung pesanan daripada arwah encik Ayaz tinggalkan untuk cik Ara..?" soalnya lagi, tapi kali ini suaranya itu dikendurkan, seolah-olah tengah memujuk serta merayu insan kesayangan.
Terbuai aku seketika dengan sentuhan jari-jemari kasarnya yang secara tidak sedar mengelus lembut jejemariku. Tak ubah seperti tindakan Elhan yang lagi sedang menghiburku di kala duka.
"Cik Ara...cik Ara..please..cuba ingat semula, ini semua untuk diri awak sendiri.." bebola matanya yang indah bersinar itu memanah tepat ke dalam anak mataku. Seperti ia sedang membicarakan sesuatu yang aku sendiri tidak ketahui pucuk pangkalnya.
Namun aku sedar, jantungku berdengup sangat kencang, seakan mahu pecah.
Terpana dek aura sang jejaka yang kelihatan benar-benar ikhlas ingin membela nasibku. Seketika, aku pejamkan mata. Otakku paksa untuk bekerja keras mengingati semula detik peristiwa selama dua hari bersama arwah daddy Ayaz. Hampir lima belas minit berlalu, aku perlahan-lahan membuka mataku kembali.
Dan, aku berjaya mengembalikan semula memori saat-saat terakhir menemani daddy Ayaz sebelum bapaku itu menemui ajalnya secara tragis itu. Tanpa berlengah aku ceritakan semula kepada Zill Qayyim dan lelaki itu mendengar penuh tekun. Entah apa yang merasuk, dia terus membawa aku masuk ke dalam dakapannya. Aku yang terkesima dengan tindakan spontan jejaka itu, meronta hebat dalam dakapan eratnya itu. Seadanya upayanya, aku cuba untuk meloloskan diri, namun apalah dayaku untuk melawan kudrat seorang lelaki gagah seperti Zill Qayyim.
Mengapa dia gembira sebegini rupa? Ada perkhabaran baik kah yang datang menyapa diriku setelah aku luahkan segala ceritaku sebentar tadi?!
"Encik Zill, lepaskan saya.." kataku dalam nafas yang tersekat-sekat. Kuat betul dia memeluk diriku sehingga aku dapat merasakan setiap lekuk tubuhnya itu.
"Oh..oo..maafkan saya cik Ara, Ya.. Allah, saya terbawa perasaan, maafkan saya.." Zill Qayyim menjarakkan diri, tangannya naik mengelus batang tengkuknya.
Aku hanya bisa gelengkan kepala. Sekilas, aku memandang ke arah wajahnya yang merona. Comel juga wajah itu dalam keadaan malu-malu begitu.Berkali-kali dia berdehem menghapuskan rasa janggal yang bertebaran di hati, sebelum dia melanjutkan bicaranya semula.
"Kenapalah cik Ara tak bercerita lebih awal cik Ara, jika tidak dah lama cik Ara bebas dari penjara ini. Saya yakin dengan adanya bukti itu, saya dapat selamatkan cik Ara..mungkin Allah dengar dan makbulkan doa orang-orang teraniaya macam cik Ara, cik Ara jangan bimbang, saya pasti akan selamatkan cik Ara.." kata Zill Qayyim dengan penuh bersemangat. Jemarinya menggenggam jejemariku bagaikan menyalur secebis semangat untuk aku kekal positif.
"Jika takdir sebaliknya, bagaimana encik Zill, benarkah ini peluang untuk saya lepas dari tuduhan itu..?" tutur aku perlahan dengan lemah. Terlepas keluhan berat di bibirku yang mengering dan sedikit mengelupas.
"Hey, jangan putus asa begini.. kekal positif cik Ara, saya pasti..dan akan kembali membawa perkhabaran yang membahagiakan cik Ara, untuk itu saya minta cik Ara untuk terus kekal positif..saya minta diri dulu.." Zill Qayyim menepuk-nepuk lembut pundakku sebelum kakinya melangkah pergi.
Bukk...!!!
Aku sudah terbaring layu di atas simen dingin sebaik sahaja bangun dari duduk. Entah apa silapnya, kepalaku terasa berpusing dan semakin memberat. Berpinar-pinar mataku dan terhuyung-hayang langkahku untuk mengimbangi tubuh yang semakin susut. Langsung rebah tubuhku menyembah bumi.
Zill Qayyum berpaling semula dan segera mendapatkan aku di situ. Tubuhku dibawa ke dalam ribaannya. Walaupun perlakuannya itu mendapat tentangan hebat daripada pengawas pusat penjara itu. Dia sudah tidak peduli, seraya berteriak keras pada pengawas itu untuk mendapatkan pegawai perubatan dengan kadar segera.
"Jangan tinggalkan abang, Ara.. bertahanlah..abang tahu Ara kuat..!!"
kata-kata itu berlagu sayu menerjah ke gegendang telingaku.
Air jernih yang berjuraian di wajah putih bersih lelaki itu menitik lebat membasahi wajahku. Dia kelihatan sedih sekali. Tubuhku yang sudah terkulai layu itu jua sudah dicempung dan terus mendapatkan pegawai perubatan yang bergegas ke arah kami berdua.
'Ya.. Allah, lelaki ini menangis keranaku..! Apa sebenarnya yang berlaku ini..? Apa hubungan aku dengan lelaki ini..?'
***
Warna putih yang menyapa mata membuatkan aku hanya mendiamkan diri. Bau ubat yang menyengat membuatkan aku terasa mahu muntah.
"Cik Ara dah sedar, sakit ke? Saya panggilkan doktor ya.." aku cuma gelengkan kepala, seraya melelar lengan kekar milik Zill Qayyim untuk menghalang pemergiannya itu. Cemas betul wajahnya sehingga berkerut seribu.
Burk...burk...burwerk..!!!
"So sorry encik Zill, saya betul-betul tak sengaja.." pintaku sungguh -sungguh. Tertunduk terus muka aku tidak berani untuk menatap wajah itu buat masa ini.
"So, ok..cik Ara pun tak sengaja.. restlah, saya nak bersihkan kejap baju ni..nasib yang keluar ni pun air je.. tunggu kejap.." Zill Qayyim senyum nipis. Pasrah di atas apa yang menimpa dirinya.
Lima belas minit kemudian, Zill Qayyim menemuiku semula di dalam wad persendirian ini. Punggungnya dilabuhkan di atas katil itu betul-betul rapat dengan pinggang rampingku. Jejemarinya naik membersihkan wajahku dengan mengelapkan tisu basah itu ke mukaku. Tertegun seketika lelaki itu menatap wajahku yang sudah dibersihkannya itu.
"Encik Zill...encik Zill..tangan encik tu, berdarah..?" tegur aku bila terpandang ada tompokkan darah di lengan kemeja biru lembutnya itu.
"Hah, oh..sikit je ni..restlah tadi cik Ara dan saya baru je buat transfusi darah..saya pun masih pening ni, kalau ikutkan hati nak je tidur sebelah cik Ara ni.." seloroh Zill Qayyim seraya tertawa kecil.
"A..pa..apa yang sebenarnya yang berlaku..?" soalku terbata-bata.
"Cik Ara kurang darah.. cik Ara tak makan dengan betul, saja kan nak seksa diri..saya ikhlas dermakan darah saya untuk cik Ara" Zill Qayyim menundukkan sedikit tubuhnya untuk mengambil huluran gelas kaca di tanganku, lalu diletakkan gelas kosong itu di atas meja kecil yang terdapat di tepi sisi katil hospitalku ini.
"Oh, terima encik Zill di atas pertolongan encik Zill..hanya Allah yang mampu membalasnya. Seharian suntuk saya dah menyusahkan encik Zill..terukkan saya? kenapalah Allah tak ambil je nyawa saya ni.."
"Hey..jangan cakap macam tu lagi, sakit hati ini mendengarnya. Nasiblah Allah kirim saya ni sama golongan darah dengan cik Ara, kebetulan pihak hospital pun kekurangan bekalan jenis AB+ ni tau.. dahlah rehat je, kalau tak..terbaring juga saya di sebelah cik Ara ni nanti.." suara itu kedengaran perlahan, akhirnya terbaring juga sekujur tubuh itu benar-benar di sebelahku.
Mujur sahaja katil hospital ini juga agak besar dan cukup-cukup untuk memuatkan kami berdua. Ada lagi jarak sebesar dua inci jika aku mengiringkan badanku yang semakin kecil ini.
Dalam kesamaran lampu tidur yang tergantung di dinding kepala katil itu, aku palingkan semula tubuhku mengiring menghadap tubuh lelaki yang sedang lena berbaring di sisiku. Aku tahu dia tidak pengsan cuma tertidur akibat kelelahan. Lena sungguh dia di tempatnya itu sehingga tidak berkutik sekalipun, cuma dadanya berombak tenang mengikut pernafasan yang dihela damai.
Butang baju kemejanya sudah kubuka satu persatu akibat baju itu sedikit basah di hujungnya terkena sisa muntah tadi. Tangan pantas menyelak perlahan kemejanya itu ke tepi, dan segera aku selimutkan tubuh kekarnya yang terdedah itu dengan selimut tebal berwarna putih itu. Bukannya aku sengaja mengambil kesempatan, cuma khuatirkan jejaka ini mungkin mengalami sakit perut dan masuk angin jika dibiarkan tidur dalam keadaan basah sebegitu.
Tidak aku nafikan, dia mempunyai bentuk tubuh yang sangat menawan. Wajahnya bersih dan bersinar seperti bulan mengambang penuh. Otot-otot yang terbentuk sempurna itu sedikit sebanyak membuatkan naluri kewanitaanku bergelora. Namun, cepat-cepat aku menjernihkan kembali fikiran nakalku.Lantas aku jarakkan diri.
Mungkin pergerakkanku yang agak kelam-kabut itu membuatkan lelaki itu tersedar kembali.
"Sayang nak pergi mana..? suka kan larikan diri daripada abang..?" soalnya yang sudah duduk bersandar di kepala katil. Matanya itu digosok perlahan -lahan.
Aku yang terkesima hanya duduk membelakangi lelaki itu di birai katil ini.
"Tidurlah..abang takkan ganggu sayang, sehingga sayang sendiri yang beri keizinan itu pada abang.." Zill Qayyim tinggalkan aku bersendirian di dalam bilik ini. Sempat dia mengelus lembut bahuku sebelum laju dihayun kan langkahnya yang lebar itu keluar dari bilik ini. Tertutup mataku akibat sentuhan lembut itu. Berombak kencang dadaku apabila nafasku sudah tidak teratur rentak ritmanya.
Aku aturkan semula pernafasanku yang berasa sesak sejak bangunnya lelaki itu tadi. Pantas aku bawa diriku duduk bersandar semula sambil aku tarik selimut tebal itu menutupi tubuh sehingga ke paras dadaku. Terpejam mataku kembali apabila terhidu wangian lembut lelaki itu yang masih tertinggal di selimut tebal itu. Sungguh segar dan wangi. Akal fikiranku segera aku asak memikirkan kata-kata peguam terlebih kacak itu sebentar tadi.
'Siapa aku di dalam hidupnya? Mengapa lembut benar lidahnya memanggil diriku dengan panggilan itu? Dia sengaja atau...ada cerita di sebaliknya....???' berteka-teki aku sendirian di atas katil di awal pagi itu!
.
Assalamualaikum dan hai semua... Done update..
Share this novel