BAB 18 : (CURIGA)

Romance Completed 5995

SETELAH seminggu menghabiskan masa berliburan dan bersenang-lenang, aku dan Zill Qayyim kembali semula ke pejabat menguruskan syarikat perhotelan kami seperti biasa. Melihat fail-fail yang bertingkat-tingkat tersusun rapi di meja kerja membuatkan tangan naik memicit kepala yang dirasakan semakin berdenyut hebat.

"Ni baru seminggu, kalau sebulan.." omelku sambil menghempaskan punggung di atas kerusi kulit di meja kerjaku. Keluhan kasar aku lepaskan dari bibirku.

'Aip..Arabella tak baik mengeluh, ni kan semua rezeki..' marahku pada diri sendiri.

Aku tarik nafasku dalam-dalam sebelum menghembuskannya perlahan-lahan. Air teh tanpa gula yang disediakan Farihye, pembantu peribadiku sebentar tadi, aku sisip sedikit sebelum satu per satu fail itu aku semak. Dengan penuh teliti aku menyemak setiap helaian laporan perjalanan syarikat yang semakin berkembang pesat.

Setelah berpuas hati, barulah aku menurunkan tanda tanganku di setiap kertas proposal dan projek yang bakal dilaksanakan hujung bulan ini. Aku asingkan fail-fail yang sudah aku luluskan dan yang masih belum memenuhi kriteria itu di dalam sebuah tray khas yang terdapat di sebelah kiri dudukku. Farihye yang aku arahkan untuk memperbaiki fail-fail ini semula segera melaksanakan tugasannya.

Butang interkom aku tekan untuk memanggil Zill Qayyim masuk di dalam ruangan kerjaku. Hampir sepuluh minit menunggu, Zill Qayyim mendapatkan aku yang masih duduk di kerusi empuk ini. Dilabuhkan punggungnya di bucu meja berwarna coklat gelap itu sambil merenung ke arah wajahku yang kelihatan seperti seekor singa yang sedang kelaparan.

"What's up, amboi muka tu macam nak telan sayang hidup-hidup..why?" soal Zill Qayyim sambil melipatkan kedua-dua belah tangan ke dada bidangnya itu.

"Kita ada big problem to solve.. last minute arkitek yang kita hire tu tarik diri..now, projek di Sariyer dah terbengkalai..date line semakin dekat..ni yang buat honey risau ni.." aduku sambil aku hulurkan fail projek Sariyer's Sarı Gül yang bermasalah itu pada Zill Qayyim.

Zill Qayyim menyemak fail itu seketika dan dia mula tersenyum. Fail itu di letakkan di atas meja seraya menghapuskan jarak denganku. Kedua belah bahuku disentuh lembut dengan kedua-dua lengan kekarnya. Dia tersenyum lagi. Kali ini lebih manis dari tadi, membuatkan diriku tidak keruan jadinya. Haruman lembut di tubuhnya sangat menggoda diriku saat ini. Aku tatap kedua-dua bola matanya yang bersinar. Kacaknya suami aku ni..kenapalah dari dulu aku tak mahu mengakuinya. Alik, alik si Elhan tu juga yang aku gila-gila kan.

"Anggap saja problem tu dah settle ok, honey...sayang dah dapat pengganti Mr Bariş, arkitek yang tarik diri tu dan itu pun secara kebetulan. Ingat tak masa kat hotel hari tu, honey sampai mengamuk tunggu sayang lama dalam kereta..." terang Zill Qayyim yang sudah duduk di atas kerusiku dan aku pula sedang duduk di atas ribaannya. Tak sedar bila kami sudah berganti posisi.

"Ingat...nasib sayang pujuk balik belanja honey makan aiskrim coklat yang sangat sedap tu. Sejuk terus hati honey yang tengah panas masa tu. Betul ni...Alhamdulillah, tapi siapa?" soal aku sambil telunjukku bermain-main di dada bidang lelaki ini. Zill Qayyim koyak senyum sambil melabuhkan kucupan pada sisi kepalaku.

"Jom ikut sayang..kita jumpa arkitek tu..sayang dah set appointment dengan dia lunch hour ni..cepatlah nanti tak sempat.."

"Thanks sayang..." aku ukir senyuman meleret membuatkan lelaki ini terus menyambar ulas bibirku. Kami berkucupan sebentar, sebelum berpimpin tangan berlalu meninggalkan bilik pejabatku. Mujur tak comot solekkan di wajahku.

Ishh, dah pandai ambil kesempatan encik Zill Qayyim ni. Pantang leka sikit, ada sahaja ulahnya yang tidak disangka-sangka itu, dilakukan pada diriku. Akhir-akhir ni semakin romantik pula dia dengan aku, sehingga lemah lutut aku ini dibuatnya. Semakin hari semakin bercambah rasa kasih dan sayangku buat jejaka ini. Entah apa akan terjadi jika suatu hari nanti aku ditakdirkan berpisah dengan dirinya ini. Mahu gila agaknya aku!

Aku elus lengan kekarnya di sebalik kot hitam yang membaluti tubuh tinggi lampainya. Tak pernah tak segak jejaka ini, semakin hari semakin terserlah kekacakkannya. Tidak lepas aku menatap sisi wajahnya yang masih fokus dalam pemanduannya. Senyumanku semakin memekar jadinya. Sempat aku mengelamun, apabila fikiranku melayang terfikirkan Arayumi, anak kecil si Elhan.

Jika aku dikurniakan anak dengan lelaki ini, agaknya anak kami mungkin secomel Arayumi. Tanpa sedar, tangan aku mengelus perutku lembut. Senyumanku semakin memekar, agaknya dah sampai ke telinga mungkin.

"Honey, why... senyum-senyum macam tu, pegang-pegang perut..ada apa-apa ke..?"

"Hah, eh takdelah...dah sampai ke?" soalku yang tersentak apabila disergah suamiku begitu.

"Dahlah honey, dah lima minit sayang duk perhatikan honey ni..kenapa sakit perut ke.. nak ke klinik?" soal Zill Qayyim sedikit cemas. Berkerut-kerut dahinya.

'Kalau sakit takkan boleh senyum-senyum begini, alahai suamiku...' bisikku dalam hati.

Aku geleng kepala, seraya aku buka dan tolak pintu kereta ini, lantas keluar dari perut kereta tersebut yang sudah terparkir di petak parkir yang tersedia di luar restoran bertaraf lima bintang itu.

Dadaku berdengup kencang tatkala melangkahkan kaki ke dalam hotel tersebut. Entah apa yang tidak kena. Tubuhku mula berkeringat, lantas aku minta diri untuk ke tandas terlebih dahulu. Zill Qayyim pula terus menuju ke meja yang sudah ditempahnya.

Selepas hampir lima belas minit menghabiskan masa di dalam tandas tersebut, aku segera mendapatkan Zill Qayyim yang sudah tersenyum sambil melambaikan tangannya ke arahku. Ada seorang lelaki bersama Zill Qayyim yang duduk membelakangkan diriku dan dia terus berdiri pabila melihat Zill Qayyim yang berdiri mendapatkanku. Dari sosok tubuh itu, aku seperti mengenali gerangan jejaka yang bersama Zill Qayyim itu.

"Kenalkan, Puan Arabella Alexandria Yong, Chief Executive Officer (CEO) A&A Group TravelTrip.." Zill Qayyim memperkenalkan aku dengan seorang lelaki yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

"Encik Elhan Ebrahim Edward.. right?" kataku bersahaja, namun debaran yang menggila di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kami berjabat tangan.

"Puan Arabella, berjumpa lagi kita ya..." senyuman Elhan meleret. Jejemariku masih erat di dalam genggamannya membuatkan Zill Qayyim mula rasa curiga.

"Erm..mm, oh..dah kenal rupanya, senanglah nak berurusan". Serta-merta tautan itu terlerai dengan sendirinya.

Setelah memesan makanan dan minuman kami bertiga terus sahaja ke tujuan asal.Tidakku sangka, Elhan kini merupakan salah seorang arkitek yang terkenal dan berjaya di Malaysia. Sejak bila pula dia menukar kerjayanya yang setahu aku, acu Aura pernah beritahu aku yang dia ni seorang saintis.

Melihat aku yang agak ragu-ragu dengan kemampuannya itu, Elhan menerangkan serba ringkas tentang dirinya kepada aku dan Zill Qayyim. Dan menurut ceritanya, dia telah merangkul beberapa anugerah kecemerlangan selama tiga tahun menceburi diri dalam bidang ini. Berdasarkan bukti-bukti yang disertakan bersama, aku sudah tidak mampu untuk menafikannya.

"Urm... baiklah Encik Elhan, kami berdua setuju melantik anda sebagai arkitek bagi syarikat kami. Tiada apa lagi yang meragukan kerana anda sangat berkelayakkan..." ujar Zill Qayyim penuh teruja.

"Harap kerjasama kita membuahkan hasil yang setimpal dengan tawaran yang kami berikan kepada anda..ada apa-apa lagi yang ingin dibahaskan?" soal aku pada Elhan. Dia masih kekal dengan senyuman nipis di wajahnya.

Elhan menggelengkan kepala. Kesepakatan untuk bekerjasama sudah dicapai dengan menurunkan tanda tangan di atas dokumen yang sudah disediakan terlebih dahulu.

"Baiklah encik Elhan, semua dah lengkap dengan hitam putih, jika ada sebarang perubahan, let's we know it.. just datang sahaja ke pejabat.. pintu syarikat kami sentiasa terbuka dan mengalu-alukan kedatangan encik Elhan..kami minta diri dulu..." Zill Qayyim berjabat tangan dengan Elhan diikuti denganku kemudiannya.

"Erm...mm, shall we.." Zill Qayyim menarik lenganku dan segera meninggalkan ruangan restoran mewah itu. Nampak sangat dia cemburukan aku dengan Elhan. Sepanjang perbincangan kami bertiga, Zill Qayyim tidak lepas mengawasi aku dan Elhan dengan kerlingan hujung irisnya. Macamlah aku tak perasan. Dah tahu diri tu kuat cemburu, mengapa nak juga bekerjasama dengan lelaki itu. Kan, dah menjerut diri sendiri. Aduhai... suami aku ni..!

"Sayang.. tunggulah, nak kejar apa laju-laju macam ni..?" rungutku yang terpaksa berlari anak mengejar langkah besar Zill Qayyim. Nasib baik tak tersungkur, dia tak nampak ke aku pakai kasut tumit tinggi ni.

"Honey tu boleh cepat sikit tak, kenapa tak sampai hati nak berpisah dengan lelaki tu.. rindu...?"

"Sayang cakap apa ni...kalau tak suka kenapa sayang deal dengan dia.. dah takde orang lain..kenapa tak cari yang perempuan je..?" aku merengus kasar. Dadaku mula berombak kencang. Jelingan tajam aku hadiahkan pada Zill Qayyim. Sakit hati aku bila dituduh seperti itu.

"Honey, kita dah terdesak.. dah takde masa lagi ok, dia pun berkelayakkan..cuma sayang tak suka cara dia pandang honey tu, macam sesuatu... he's your ex, right?"

"Dahlah... cerita honey dengan dia dah lama terkubur..sekarang cinta honey hanya untuk sayang... percayalah...honey cintakan sayang seorang je ..from bottom of my heart. Dan sekarang honey tak sabar nak ada anak dengan sayang..." aku sudah terlepas kata saking geram masih tersisa.

"Says again honey, it's truth...?" Zill Qayyim terkaku di pintu kereta yang dibukakan untukku.

"Yes, encik Zill Qayyim...honey dah bersedia...i'm yours and you're mine.." kataku sambil aku peluk pinggang lelaki ini erat-erat.

Zill Qayyim tersenyum manis. Riang hatinya sehingga mulutnya terbuka menyanyi-nyanyi kecil sambil memandu semula ke pejabat kami. Aku juga agak terbuai dengan nyanyiannya itu. Boleh tahan juga suaranya, merdu dan sedap untuk didengar walaupun dia lebih banyak mengumam barisan lagu yang terpasang di auto android yang terdapat di dalam kereta mewahnya ini.

"Riangnya hati sayang...tak pernah honey tengok sayang seceria begini.. dah tak cemburu lagi?" soalku sebaik sahaja aku labuhkan punggung di sofa kulit yang terdapat di bilik kerjaku ini.

"Senang hatilah honey, akhirnya.. honey dah buka hati buat sayang. Siapa je yang tak nak zuriat kan..? Thanks honey, sayang dah lama tunggu saat ini. Petang ni kita check-in hotellah.."

"Why..apa lagi surprise sayang ni..?" soalku sambil membuat sedikit regangan di tubuhku yang terasa sedikit sengal.

"Tunggu jelah malam nanti.. sayang keluar dulu ok..jangan kerja kuat-kuat sangat, rest je.." Zill Qayyim berlalu sambil mengenyitkan mata padaku.

"Sayang...sayang..ish, dia ni kan.."
tergeleng kepalaku, namun aku sudah mengukirkan senyuman.

Jam menunjukkan pukul lima tiga puluh minit petang. Sudah masanya untuk pulang dan menamatkan kerja-kerja seharian di pejabat. Farihye berlalu setelah membentangkan jadual aktiviti yang akan aku laksanakan pada esok harinya.

"Teşekkür ederim Farihye..artık evine gidebilirsin. Yarın görüşürüz.." ucapku pada pembantu peribadiku ini. Aku berterima kasih dengannya, dan aku arahkan dia pulang sekarang dan sampai jumpa di esok harinya.

Gadis kecil molek ini hanya tersenyum manis sambil menganggukkan kepala. Tangannya diangkat lantas melambai ke arahku yang sudah melangkah melalui meja kerjanya.

Kelihatan Zill Qayyim sudah menunggu aku di lobi syarikat ini. Dia sedang duduk bersantai sambil berbual dengan beberapa orang kaki tangan yang sedang berehat di sofa kulit itu. Segera aku melangkah untuk mendapatkan suamiku itu.

"Jom..ikut sayang, jangan banyak tanya.." Zill Qayyim memberikan amaran.

Aku yang penasaran hanya mampu mengikuti segala perancangan suamiku itu. Walaupun seribu pertanyaan yang bermain di benak terpaksa aku biarkan sahaja berlegar-legar di fikiranku.

"Ok, honey...kita isi perut dulu..kita perlukan tenaga yang lebih untuk malam ni.." kata Zill Qayyim membuatkan mataku membulat. Air jus tembikai yang aku sisipkan sebentar tadi seperti tersekat di kerongkongan aku. Mujur tak tersedak. Makanan yang hendak ditelan pula rasanya seperti berpasir. Jantungku mula bekerja keras.

"Mommy...mommy Ara..." Arayumi sudah berlari mendapatkan aku yang sedang berdiri di tepi meja itu. Baru selesai menikmati makan malam bersama Zill Qayyim.

"Eh, Arayumi...mana papa..?" soalku pada Arayumi yang sudah selamat berada di dalam dukunganku.

"Tu...cepatlah papa...mommy Ara pergi mana..kenapa tinggalkan Arayumi dengan papa..?" soalnya padaku. Bibir kecil itu sudah muncung sedepa.

"Ok...mommy Ara minta maaf ok, mommy Ara ada worklah sayang, Arayumi tinggal dengan papa dulu ya.." aku cuba memujuk. Arayumi aku serahkan pada Elhan semula.

"Sorry puan Arabella, anak saya ni menyusahkan pula..pantang jumpa pasti dia tak lepaskan puan..barangkali rindu dengan arwah ibunya.." kata Elhan serba salah. Mukanya comel benar bila berkeadaan begitu.

Aku yang mendengar terasa sakit hati. Mengapa pulak aku ada rasa begitu? Cemburukah aku dengan arwah isteri Elhan ini..? Ah, gila..buat apa aku nak cemburukan orang yang sudah tiada. Aku mula beristighfar. Tersentak diriku bila Zill Qayyim datang menyapaku semula.

"Honey... shall we...eh, encik Elhan pun ada...buat apa kat sini..? Anak..?" Zill Qayyim berjabat tangan dengan Elhan, namun aku lihat genggaman tangan Zill Qayyim kelihatan agak kuat seperti mahu mematah-matahkan jejemari si Elhan ini.

"Ya.. temankan si kecil makan.. katanya nak makan aiskrim..tak sangka boleh jumpa puan Arabella dan encik Zill kat sini.." lengannya ditarik semula, nampak memerah jejamarinya yang pucat itu.


"Comelnya dia... siapa nama..?" soal Zill Qayyim sambil mengelus pipi gebu Arayumi. Muka tak bersalah langsung. Geram pulak aku dengan Zill Qayyim nilah.

"Arayumi Eryvia Edward..." jawabku bagi pihak Arayumi dan Elhan.

"Oh, nilah dia Arayumi...patutlah wife saya ni sampai mengigau sebut-sebut nama anak encik Elhan, comel sangat..oklah kami minta diri dulu, nak juga berusaha malam ni untuk dapatkan anak secomel Arayumi.."

"Zill Qayyim...! Ish you ni tak malu ke..sorry encik Elhan, encik Zill ni suka bergurau. Kami minta diri dulu.." aku terus tolak tubuh Zill Qayyim menjauh dari Elhan. Tebal jadinya wajah aku akibat kata lepas suamiku ini. Apa niat dia sebenarnya..?

"Mommy...mommy Ara janji ok, lepas habis work, balik jumpa Arayumi and papa..jangan tinggalkan kami lagi.." suara lirih Arayumi meruntun hatiku. Langkah kakiku membeku. Terus aku berlari mendapatkan Arayumi yang sudah diturunkan semula ke bawah oleh Elhan. Aku peluk tubuh si kecil lantas aku cium kedua belah pipinya.

"Don't cry..sayang, mommy Ara janji..take care ok..jangan nakal-nakal, ikut cakap papa..." Elhan hanya memerhati. Aku tahu dia rasa bersalah, tapi untuk menghalang seakan dia tidak mampu untuk berbuat demikian.

Aku menarik lengan Zill Qayyim untuk segera meninggalkan restoran di hotel itu. Tidak kuat lagi diriku untuk berlama-lamaan di situ. Melihat air mata si kecil yang membasahi pipi gebunya itu rasanya seperti hatiku dirobek-robek dengan kejam.

Aku mengikuti sahaja langkah suamiku itu sehingga tiba di tingkat tiga puluh hotel ini. Sebuah bilik suite yang ditempah khas oleh Zill Qayyim menjadi penginapan kami malam ini. Salam diberikan terlebih dahulu sebaik sahaja pintu itu berjaya dibuka.

Dekorasi di bilik itu buat apa terpana. Aku tahu Zill Qayyim sediakan semua ini untukku, namun segalanya sudah seakan hambar. Fikiranku terus melayang memikirkan tentang Arayumi sehingga hilang tumpuanku kepada Zill Qayyim.

"Pergilah mandi dulu, segarkan badan.. jangan lupa ambil paper bag atas katil tu..semua dah sayang sediakan untuk honey.." Zill Qayyim menyentuh bahuku lembut saking aku berdiri kaku di tepi katil itu.

Segera aku laksanakan arahan suamiku itu dengan patuh. Tatkala air pancuran yang membasahi tubuhku terasa segar kembali apabila dinginnya air itu menyentuh setiap inci kulit mulusku ini. Aku segera berpakaian. Sehelai baju tidur berwarna biru lembut dari fabrik satin itu sudah tersarung indah di tubuh kecil molekku ini. Tidak terlalu seksi dan juga tidak terlalu tertutup. Pilihan Zill Qayyim selalunya tepat mengikuti cita rasaku.

Zill Qayyim sudah berbaring di katil empuk itu sambil melepaskan tiga butang teratas baju kemejanya. Dengan gaya begitu sahaja, aku sudah cukup tergoda dengan lelaki ini.

"Come...cantiknya wife sayang.. tunggu kejap ya, sayang nak mandi dulu.." wajahku membahang bila Zill Qayyim kucup bahuku yang terdedah. Tertutup mataku menikmati sentuhan daripada suamiku ini.

Lima belas minit kemudian, Zill Qayyim keluar dari kamar mandi dengan hanya bertuala terlilit di pinggangnya. Aku tahu dia sengaja. Sengaja untuk memancing keinginanku, sekaligus merealisikan impiannya. Namun semua tidak mudah bagi diriku ini. Aku masih ragu-ragu dan curiga jika traumaku berulang kembali. Lantas aku lengahkan masa dengan membawa Zill Qayyim bercerita mengenai tentang dirinya.

Tanpa sedar, Zill Qayyim yang sudah keletihan, terlena di dalam ribaanku. Aku tarik selimut tebal itu menyelimuti tubuhnya yang terdedah. Seronok sangat dia melayan segala pertanyaanku malam ini, sampai terlupa dengan niat asalnya itu.

Maafkan aku, Zill Qayyim..aku belum bisa melupakan hal tragis malam itu yang menyebabkan aku hilang harga diriku sebagai seorang gadis. Aku trauma Zill Qayyim..aku trauma!

Done update..terimalah seadanya..jangan lupa follow, and comment..author amat menghargainya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience