MATAHARI yang mula memancarkan cahayanya sedikit sebanyak mengganggu tidurku yang sedang lena. Badan yang penat ditambah dengan kepala yang terasa berat seakan-akan mengizinkan diriku untuk terus melayari mimpi. Namun, aku tidak mahu terlalu memanjakan tubuh badan ini untuk menyambung tidur. Pagi sudah menjelma. Nanti rezeki susah nak masuk, barulah terkial-kial.
Mataku yang terpejam aku buka semula. Segaris senyuman terukir. Tidak tahu mengapa, hatiku mula disapa gembira. Dari berbaring aku terus duduk. Wah, tema bilik warna putih gading bagaikan kepulan awan ini menyegarkan mataku. Lain sekali warnanya berbanding dengan warna bilik Elhan yang berwarna biru laut. Dan ternyata kesegaran yang dirasakan agak berbeza daripada hari-hari sebelumnya.
Eh, kejap! Putih gading? Mataku sudah terbuntang luas. Seakan-akan baru menyedari yang diri ini bukan berada di bilik Elhan, hatiku mula cuak. Aku pasti, ini bukan bilik tidur milik Elhan. Tapi persoalannya, di mana aku tidur semalam?
"Assalamualaikum. Dah bangun, sayang? Macam mana kaki?"
Soalan yang dilontar itu menambahkan rasa debaran di dada. Suara itu? Aku berpaling ke arah muka pintu. Wajah Elhan Ebrahim Edward yang tersenyum sambil mendukung Arayumi membuatkan aku menelan liur yang mula terasa berpasir. Maksudnya, ini adalah katil hospital? Aku bermalam di hospital malam tadi? Hatiku sudah gementar habis. Nak-nak lagi bila pandanganku jatuh pada kakiku yang berbalut simen.
"Sayang, hey...tak jawab pun salam abangkan..." Elhan sudah menghampiri aku. Kuntuman ros merah itu diberikan kepadaku, seraya melabuhkan punggungnya di birai katil, rapat di sisiku. Arayumi di pangku atas pehanya.
"Sakit ya.. kaki mommy Ara tu? malam tadi kan, mommy Ara menangis kuat betul, macam manalah mommy Ara boleh jatuh tangga. Terus papa dukung mommy Ara bawa pergi hospital..Ara dengan papa tidur sini malam tadi teman mommy Ara.." cerita Arayumi dengan petah.
Baru aku nak tanya pada Elhan, akhirnya aku kuburkan sahaja pertanyaanku. Bunga ros merah di tangan aku bawa ke hidung mancungku. Harumannya aku sedut dalam-dalam. Aku ukir senyuman paling manis buat mereka berdua.
"Abang, boleh tolong sayang tak..?Sayang nak pergi toilet.." aku bisik pada Elhan. Ya, aku dah bahasakan diriku 'sayang' pada Elhan.
"Boleh, sayang...Arayumi duduk sini kejap..jangan pergi mana-mana ok. Papa nak tolong mommy Ara..Tunggu sini sampai papa datang balik.." Elhan tegas memberikan pesan pada anak kecil itu.
"Baik papa...Arayumi janji tak pergi mana-mana..Arayumi play with my bunny..papa janji tau belikan big bunny baru untuk Ara nanti.." Arayumi pula menagih janji bapanya. Jari halus kelengkengnya sudah diangkat tinggi.
"Ok..papa belikan, janji jangan nakal, duduk situ sampai papa datang balik.." Elhan tautkan jarinya yang paling hujung itu dengan jari anak kecilnya. Digoncang-goncangkan seketika sebelum meleraikannya kembali.
Elhan terus mencempung tubuhku dan dibawanya menuju ke tandas yang terdapat di dalam ruangan yang sama. Setelah selesai urusanku di kamar mandi itu, Elhan mencempung semula tubuhku, lalu dibaringkan perlahan -lahan di atas katil hospitalku itu semula. Arayumi masih ada di situ sambil leka bermain anak patung arnabnya.
"Good girl..nanti papa belikan bunny baru untuk Arayumi.. now, pergi duduk kat sofa tu, papa nak cakap sikit dengan mommy Ara..." kata Elhan pada Arayumi, lembut nadanya, namun masih lagi terselit ketegasannya.
"Abang dengan Yumi dah breakfast ke..?" soalku pada Elhan, namun Elhan tayang muka pelik.
"Yumi..Arayumi...?" soalnya ringkas.
"Ya, siapa lagi...malaslah nak panggil panjang-panjang" Aku senyum nipis.
"Oo..ingatkan ada sesiapa ke selain Arayumi..manalah tahu, kot..kot.."
"Kot..kot.. apa?" soalku semula.
"Calon isteri baru untuk abang ke? Nama baby baru kita ke..? Mana lah tahu kan?" Elhan mula menyakat. Dia sudah tertawa kecil.
"Abang ni kan...ooo..ada hati nampak? Yelah, Bella ni siapalah kan..dah patah kaki, lepastu degil pulak..suka buat abang marah, tak nak dengar cakap, kuat melawan..." omelku meluah rasa. Tiba-tiba aku rasa sebal.
"Hey...hey..merepek apa ni..nak merajuklah tu, walau macam mana pun sayang, abang tetap cintakan sayang sorang je..Bella cinta mati abang, dari dulu dan selamanya..takkan berubah.." Elhan cuit hujung hidungku. Wajah kacaknya dihiasi senyuman meleret itu menggetarkan hatiku.
Aku tatap wajah Elhan, mencari ketulusan hati lelaki itu. Anak matanya yang bersinar dan tepat menikam sepasang bebola mataku menampakkan dia benar-benar ikhlas memaksudkan bicaranya itu.
"Boleh percaya ke..then, kenapa boleh nikah dengan arwah kak Bellina?" soalku dengan nada yang sedikit berubah. Naik satu oktaf nada bicaraku mengejutkan Elhan.
"Sayang...jangan ungkit lagi, abang dah tak ingat pasal tu..abang rasa berdosa sangat pada arwah..abang dah banyak sangat buat kesilapan dalam hidup abang. Tapi, mungkin ini masa yang sesuai untuk abang ceritakan pasal arwah kakak kembar sayang tu.."
"Hah, ceritalah...apa ditunggu lagi, sayang sedia tadah telinga untuk dengar cerita abang tu.." aku sudah duduk bersandar di kepala katil itu, sambil berpeluk tubuh. Aku menantikan bicara daripada Elhan yang dilihat agak keberatan untuk memulakan bicaranya.
Seminit...dua..tiga minit selepas itu, barulah Elhan memulakan bicaranya. Itupun aku lihat Elhan sudah beberapa kali telan liurnya dalam kepayahan. Elhan merapatkan lagi duduknya denganku, sehinggakan aku dapat merasakan hangat tubuhnya menempel di sisi bahuku. Lengan kekarnya menyentuh lembut jejemariku lalu mengelusnya perlahan. Ditautnya jejemarinya dengan jari-jemariku erat bagaikan dia ingin meminjam sedikit semangat dari diri ini.
Aku elus kekura lengannya semula. Aku ukirkan senyuman manis buatnya. Isyarat dari mataku yang menginginkannya bercerita semula membuatkan Elhan menghela nafas berat. Masih terlalu sukar aku lihat dia mahu memulakan katanya. Lantas aku menepuk-nepuk lembut pundaknya, lalu memulakan bicaraku.
"Takpelah, kalau abang keberatan nak ceritakan pasal arwah kak Bellina pada sayang.. sayang akan tunggu masa tu tiba.. sekarang ni sayang nak makan, lapar.." aku tayang muka comel sambil mengelus lembut perutku.
"Abang suapkan ya, abang minta maaf..abang masih tiada keberanian nak buka cerita pasal arwah.." Elhan tayang wajah bersalah.
"Tapi...jangan salahkan sayang, jika sayang dengar dari mulut orang lain.." aku terima suapan dari Elhan, lalu mengunyah perlahan-lahan. Arayumi yang masih leka bermain di sofa itu aku panggil untuk turut duduk bersamaku. Kasihan pula aku lihat dia keseorangan di sofa itu.
Tubuh mungil Arayumi aku peluk erat beberapa saat sebelum aku leraikan. Aku suka bau haruman tubuh Arayumi yang unik itu. Sekeping roti putih yang lembut itu aku carik kecil lalu aku suapkan ke mulut Arayumi. Terhibur hati aku lihat pipi gebu Arayumi mengembung saat dia kunyah makanan itu.
"Mommy Ara makanlah, asyik suapkan Arayumi je..mommy Ara tak lapar ke..?"
"Tak, sayang...mommy dah kenyang kan papa suapkan mommy makan tadi.. boleh tak lepas ni panggil mommy Ara, mommy je, dan mommy panggil Arayumi dengan nama Yumi..." aku cuba menduga hati anak kecil ini. Aku berharap dia bersetuju kerana dia sememangnya anak kandung aku bersama Elhan. Sudah terbukti dengan keputusan ujian DNA yang telah aku jalani kira-kira sebulan yang lalu.
"Ok, senang sikit kan, tak payah panjang-panjang..letih kan mommy, nak cakap banyak-banyak.." aku angguk kepala, lalu aku elus kepala Arayumi. Pandangan Elhan masih terhala pada aku dan Arayumi. Sedar dirinya tidak dipedulikan, dia bawa dirinya berkalih ke sofa itu, lalu melabuhkan punggungnya di situ.
"Papa tu kenapa mommy...dia merajuk ya.." soal Arayumi padaku yang melihat Elhan sudah leka dengan telefon pintarnya di sofa itu. Wajah itu kelihatan agak tegang. Ada kerutan kelihatan jelas di dahinya yang luas itu.
"Biarlah papa tu, dia ada work nak buat, Yumi duduk dengan mommy kat sini..mommy nak sikat rambut Yumi, dah kusut.. macam rambut papa tu"
"Macam orang tak mandi kan mommy.." aku bergabung tawa dengan Arayumi mentertawakan Elhan. Rambut Elhan memang agak berantakkan, seperti orang baru lepas bangun tidur.
Elhan menghalakan pandangannya kepada aku dan Arayumi di atas katil ini.Tajam sepasang matanya memanah. Terus mematikan tawa aku dan Arayumi saking tenungan Elhan yang agak menggerunkan. Langkah Elhan laju terus mendapatkan aku bersama Arayumi di atas katil hospitalku ini.
"Oh.. seronok gelak-gelakkan abang ya..sini, mana budak comel yang berani ketawakan papa tadi..?" Elhan menggeletek pinggang aku bersama Arayumi. Meledak tawaku dan Arayumi berpadu.
"Mommy...tolong Yumi, mommy.." jerit Arayumi.
"Macam mana mommy nak tolong, mommy pun kena juga...abang dahlah..please stop it..kami tak gelak lagi.." aku cuba berkompromi dengan Elhan. Namun Elhan tidak mengendah kan rayuanku itu.Jejemarinya masih galak bermain-main di pinggang rampingku. Arayumi juga tidak ketinggalan. Kegelian kami dibuatnya.
"Ok..ok..dah..dahlah papa, Yumi surrender..mommy tolong Yumi.." masih bersisa tawa Arayumi sambil angkat kedua-dua belah lengannya. Aku juga begitu, sudah berair kelopak mataku asyik tertawa dengan ulah Elhan itu. Aku benar-benar rasa bahagia.
"Tahu takut...berani ya, ketawakan abang.." Elhan masih tidak puas hati lalu soal aku dengan suara yang agak keras.
"Tapi..memang kelakar sangat, sinilah sayang tolong sikatkan rambut abang tu...dah macam mati bini..kusut- masai.." aku cepat-cepat menekup mulut bila tersedar aku sudah terlepas kata. Lancang pula mulut aku ini.
Elhan buntangkan mata menikam wajahku. Aku tahu dia tidak suka aku berbicara seperti itu. Lantas dia berbicara setelah lama membisukan diri.
"Ya..memang abang mati bini pun, so what..? Tapi ada satu lagi isteri abang ni, tapi dia buat tak tahu je.. rasanya cinta dia pada diri ni dah mati kot..?" sinis Elhan lontarkan kata. Terhenti pergerakkan tanganku yang sedang menyikat rambutnya. Aku terasa hati dengan bicaranya.
"Dah ke belum ni..? Nak sikat pun betul-betullah, macam tak ikhlas je..biarlah abang buat sendiri..." sikat di pegangan tanganku dirampas kasar. Arayumi juga sempat tersentak dengan ulah Elhan itu.
Aku hela nafas berat. Tubuh Arayumi aku peluk semula. Aku mahu menangis, namun aku tahan air mataku dari jatuh. Aku minta Elhan dan Arayumi meninggalkan aku berseorangan sini dengan alasan aku mahu berehat. Elhan juga tidak mempersoalkan dan terus mendukung tubuh Arayumi dan segera berlalu dari bilik wad vip yang menempatkan aku di sini.
Setelah memastikan Elhan dan Arayumi benar-benar telah pergi menjauh dari bilik ini, aku hamburkan tangisanku di bantal kepalaku itu. Pedih hatiku dengan sikap Elhan sepanjang waktu ini. Aku yang pada mulanya dalam suasana hati yang baik, tiba-tiba Elhan merosakkan segalanya. Kakiku yang dalam berkeadaan baik, kini mula terasa sakit. Mungkin juga aku agak lasak tadi. Berdenyut-denyut pula rasanya saat ini. Seperti mana keadaan hatiku saat ini. Sakit, pedih, terluka dengan perbuatan Elhan. Puas aku berendam air mata, tidak sedar bila diriku terlena.
***
Seorang doktor wanita muda bersama seorang jururawat itu membuat pemeriksaan ringkas pada diriku. Menurut katanya, aku akan dibenarkan pulang tiga hari lagi bergantung dengan keadaan kakiku ini. Jika bengkaknya sudah surut, aku dibenarkan segera pulang semula ke rumah dan aku akan ditahan dua hingga ke tiga hari lagi jika keadaan berlaku sebaliknya. Doktor itu perlahan-lahan membuka balutan kakiku lalu memeriksa keadaan kakiku. Riang hatiku apabila dia mengatakan bengkak kaki ini akan cepat surutnya jika aku kekalkan rehat seperti ini. Lega hatiku kaki ini bebas dari balutan itu.
Sebentar kemudian, Elhan bersama Arayumi mendapatkan semula aku di katil itu. Sepasang mata Elhan yang tertumpu di kakiku itu memberikan aku signal yang dirinya inginkan penjelasan daripadaku.
"Doktor dah buka balutan tadi..lega rasanya.." ujarku.
"Alhamdullillah..bila boleh discharge, abang balik dululah nak ambil pakaian. Malam nanti abang datang balik..nak apa-apa tak..?" Elhan bertanya semula.
"Erm..rasa macam nak makan kebab, kebab ayam..ok, abang berehatlah dekat rumah..sayang ok dah..jangan risau.."
Elhan tersenyum nipis, lalu hulurkan tangannya padaku. Dia labuhkan kucupannya di sisi kepalaku usai aku salam dan kucup kekura lengan kekarnya itu. Aku labuhkan ciumanku pada kedua belah pipi Arayumi, tidak ketinggalan pada Elhan juga.
"Oklah, abang balik dulu...take care, jom Arayumi.."
Aku hantar pemergian Elhan dengan sorotan pandanganku. Aku mula bosan setelah tinggal berseorangan di dalam bilik ini. Aku sentuh kakiku dan perlahan-lahan mengelusnya. Aku picit- picit sedikit untuk melancarkan peredaran darahnya. Walaupun masih terasa sakitnya, namun tidaklah sesakit sewaktu mula-mula kaki ini tercedera. Bila difikirkan semula, aku tertawa sendiri. Bagaimanalah aku boleh tersadung kakiku sendiri..? Tulah kuat sangat berangan..! Aku marah pada diri sendiri.
***
Malam itu, Elhan datang semula dengan membawakan pesananku. Seleraku mula mengugah apabila menerima suapan dari tangan suamiku ini.
"Lapar sangat ke..? Sampai jari abang pun sayang nak gigit.." Elhan menarik semula jarinya yang kugigit sebentar tadi. Sengaja aku berbuat begitu. Nak bergurau dengannya.
"Sorry...sakit sangat ke? Abang tulah, lambat sangat suap, memanglah lapar, sayang tak makan apa pun, tak selera dengan makanan hospital ni..by the way, sedap betul kebab ni, abang beli kat mana?" aduku pada Elhan seraya membuatkan kepalanya tergeleng beberapa kali.
"Hey, tak mainlah beli-beli, abang buat sendiri ok...nak tanyalah tu mana Arayumi? Yumi tinggal dengan bik Jorah, dah tidur, penat sangat kot.. Abang nak tidur dengan sayanglah malam ni.." Elhan bersihkan kesan comot di tepi bibirku dengan beberapa helaian tisu.
"Ooo... hah, abang nak tidur atas katil ni..? Muat ke.." Aku habiskan air di dalam gelas kaca itu lalu aku hulurkan semula pada Elhan.
"Terlebih muat, sayang tu kecil molek je...sekali abang peluk terus hilang.." Elhan sudah tersengih macam kerang busuk.
"Hilang..pergi mana pulak?" polos aku menyoal Elhan yang sudah tersengih-sengih.
"Hilang ke hati abanglah..tapi abang cuma risaukan satu je..abang takut katil ni patah je..rasa-rasa kukuh tak kaki katil ni?" Elhan goyang- goyangkan sedikit hujung katil itu.
"Abang...katil ni besi ok, bukannya kayu...kalau ganas sangat pun bengkok je..takkan patahlah.." aku tampar manja lengan kekar Elhan.
"Nak cuba ke? Dah ok, tak trauma lagi..? abang takut belum apa-apa sayang dah sepak muka abang yang kacak ni...macam malam dulu tu.." Elhan sentuh pipinya. Bagaikan masih terasa sakitnya penangan aku itu.
"Eh, ada ke...sayang buat macam tu kat abang? Ya...Allah, sayang betul-betul minta maaf..abang boleh tak cerita pasal arwah kak Arabellina, please.."
"Ok, tapi sebelum tu bolehkan abang baring sebelah sayang. Abang janji tak buat apa, just hug..and kiss.." Elhan senyum manis, sambil angkat tangan, bagai membuat irkar janji.
Aku berikan kebenaranku setelah berfikiran sejenak. Elhan mula merebahkan tubuhnya di sampingku. Dia mengiringkan tubuhnya ke arahku yang sudah terlentang. Pinggangku di rangkul lembut membuatkan aku merapat di dada bidangnya. Elhan perlahan-lahan menceritakan tentang arwah kakak kembarku. Dari mula-mula mereka bersua muka sehinggalah Arabellina menemui ajalnya di dalam kolam mandi di kediaman Elhan itu. Barulah aku faham kenapa Elhan melarang aku berada di situ.
"Habis tu kenapa abang tak tutup je kolam mandi tu, gantikan dengan yang lain.." soal aku. Sudah berkali-kali soalan ini berlegar-legar di benakku, aku lontarkan saat ini pada Elhan.
"Banyak prosedur perlu ikut kalau nak buat sesuatu perubahan kat tanah tu..Abang hanya menyewa bukannya beli pun tanah tu.." Elhan menjelaskan kedudukan yang sebenarnya kepadaku tentang hak pemilikan tanah itu.
"Oh..macam tu pulak. Erm..selama tiga tahun hidup bersama dengan arwah, takkan sikit pun abang tak rasa ketulusan hati arwah mencintai abang..." soal aku ingin menduga hati lelaki ini.
"Tipulah kalau tak rasa apa-apa.. tapi ada suatu rasa yang hadir dalam lubuk hati abang menegah hati ni untuk cintakan arwah..mungkin hati ni dah penuh dengan cinta sayang...dan sememangnya abang tak boleh terima sebab dia sebenarnya kakak ipar pada abang. Abang masih tak boleh terima berita 'kematian' sayang yang sengaja dipalsukan.. tak pernah sayang..." kata-kata Elhan terhenti apabila matanya sudah basah dengan air mata.
"Sudahlah, abang...sayang pun rasa begitu, rasa terseksa setiap hari terpaksa hidup tanpa abang. Walaupun abang Zill hadir, dia takkan pernah sama dengan diri abang..." aku hapuskan sisa air mata Elhan yang mencemari wajah kacaknya itu. Dia juga membuat perkara yang sama ke atas diriku.
"Tapi mungkin sayang tak rasa betapa seksanya hidup abang terpaksa berdepan dengan wajah seiras sayang setiap hari yang sudah dimomokkan dengan berita kematian sayang...sebab tu abang ambil keputusan untuk terus berkelakuan dingin dengan arwah. Selagi abang boleh elak, abang akan cipta jarak..tapi sungguh abang tak sangka, arwah ambil jalan singkat.. sebab tu abang salahkan diri abang atas kematian arwah Bellina..sehingga sekarang abang masih trauma sayang.." ungkap Elhan panjang lebar.
Pelukannya di tubuhku makin erat. Degupan jantungnya juga sudah tidak sekata iramanya. Air matanya tumpah lagi. Elusan lembutku di belakang tubuhnya memberikan ketenangan pada lelaki ini kembali. Akhirnya, dia terlena juga di dalam pelukanku yang mendamaikan jiwanya.
Mendengar cerita daripada Elhan malam ini, yang penuh dengan ketulusan hatinya membuatkan aku mengetahui cinta lelaki ini benar-benar untuk diriku. Hanya pada diriku, tiada yang lain!
Alhamdulillah..done update bab baru..enjoy it..
Share this novel