BAB 8 : (PENGSAN)

Romance Completed 5995

AKU masih meracau-racau mengulangi sebaris nama yang mungkin tidak mahu didengari oleh mommy Aralynn lagi. Malahan ditahap keadaanku yang separa sedar itu, aku tidak mampu untuk hentikan perbuatan itu, bahkan semakin kerap aku ratibkan sebaris nama lelaki yang mempunyai hubungan darah denganku.

"Daddy Ayaz... daddy A..yaz..." suaraku semakin lemah memanggil nama itu.

"Bella, sedar Bell..Ya.. Allah, along..kita kena cepat bawa Bella ke hospital ni, suhu badannya dah hampir mencecah empat puluh darjah celcius, bahaya ni along kalau dibiarkan.." kata acu Aura dengan cemas. Termometer digital itu segera dimasukkan kembali di dalam tas kerjanya.

"Hah, tunggu apa lagi..cepatlah kita bawa Bella ke hospital.." arah puan Aralynn agak keras pada acu Aura yang dilihat sudah tidak senang duduk.

Tubuhku yang lemah segera dipapah oleh kedua-dua mereka ke kereta acu Aura yang lebih hampir diparkir dari halaman kediaman ini. Acu Aura mengarahkan kakak sulungnya itu memandu, manakala dia memangku tubuhku di tempat duduk penumpang belakang. Katanya, jikalau aku mengalami sebarang masalah, dia lebih arif untuk menanganinya.

Hampir tiga puluh minit mommy Aralynn memandu, kami bertiga selamat sampai di sebuah hospital swasta tempat acu Aura berkhidmat. Tanpa berlengah lagi, aku segera diberikan rawatan kecemasan. Kebetulan, Dr Qayyum yang bertugas pada awal pagi itu, segera mengambil aku sebagai pesakitnya.

Setelah beberapa minit berlalu, aku dibawa ke bilik wad enam Anggerik. Keadaan yang lemah memaksa aku untuk ditahan ke dalam wad ini.

"Qay, macam mana keadaan anak saudara i ni..ada apa-apa yang serius ke..?" soal acu Aura sebaik sahaja aku ditolak ke dalam bilik wad enam Anggerik itu. Ada lagi tiga katil kosong di dalam bilik wad ini. Bilik wad enam Anggerik ini menempatkan empat katil pesakit kesemuanya.

"Takde yang serius pun.. cuma viral fever..suhu badan pun dah turun. Bacaan vital semua pun normal..I rasa niece you ni rindukan bapa dia. Dari tadi dia panggil nama daddy dia.. tapi luka-luka ni...?" soal Dr Qayyum kehairanan.

" Erm, Bella jatuh tadi masa turun tangga.Nak piam katanya" dalih puan Aralynn pantas.

"Alhamdulillah..tadi tinggi tau body temperatures dia..risau i.." celah acu Aura pula. Wajahnya berkerut, namun matanya dibuntangkan pada kakak sulungnya itu. Muka tak puas hati kerana penipuan puan Aralynn sebentar tadi.

"Oo...ye ke, you ada berikan ubat ke..?" soal Dr Qayyum pada acu Aura yang sudah melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhampiran katil hospitalku.


"Ada tadi, dua biji parasetamol, i suruh dia telan dulu, sebelum ke sini. Nasib baik niece i ni jenis tak takut makan ubat..bukan macam you.." Dr Qayyum cubit pipi acu Aura, mengaduh ibu saudaraku itu.

"Janganlah pecahkan big secret i tu, jatuhlah saham i.., oklah you, kak long Lynn and Bella rest dulu, i nak check patient yang lain.." Dr Qayyum senyum senget pada acu Aura sebelum berlalu meninggalkan kami bertiga di dalam wad sederhana luasnya ini.

"Bella, Bella...betul-betul buat acu Aura susah hati tadi, Bella tidurlah.. kami nak ke cafe sebentar, nak cari coffee, mengantuk sangat dah ni..Bella nak makan apa-apa tak..?"


"Tolong belikan Bella hot Milo dengan roti boy... kalau adalah..Bella lapar.." aduku pada ibu saudaraku itu. Puan Aralynn pula hanya memerhati. Sesekali tangannya mengelus lembut lengan kurusku.

"Ok, nanti acu belikan, rest tau..nak tidur, tidurlah..nanti acu kejutkan.. jomlah, along Lynn..mata aku ni dah berat ni.." adu acu Aura sambil menutup mulutnya yang terbuka luas dengan telapak tangan akibat menguap. Berair pelupuk matanya menahan kantuk yang sudah menguasai dirinya itu.

"Mommy pergi kejap ya, nanti mommy temankan Bella.." puan Aralynn melabuhkan ciumannya di dahiku sebentar, kemudian terus membontoti langkah acu Aura yang sudah jauh di hadapan.

***

Aku dibenarkan pulang ke rumah semula menjelang tengah hari. Hanya seharian aku bermalam di hospital ini. Sementara menunggu prosedur untuk tujuan discharge disiapkan, aku ambil peluang untuk menaip mesej pada Nur Bhaiyinah memaklumkan keadaanku.
Berderet-deret notifikasi aku terima dari iPhone 13 Pro Maxku yang dihadiahkan daddy Ayaz sempena ulang tahunku yang ke lima belas tahun. Sudah lima tahun benda pipih ni aku gunakan dalam kehidupanku.

Lantas aku buka setiap satu mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatApps. Rata-ratanya mendoakan aku segera sembuh seperti sediakala. Dan tertegun aku setelah membaca beberapa hantaran mesej daripada Elhan.

Morning, hope you get well soon.. dah dapat my yellow roses..? ~ Elhan.

Sorry about my caller ringtone, aku tahu kau ni lemah semangat, so aku dah tukar..nanti kau dengar sendiri, aku takkan takutkan lagi orang yang aku sayang! ~Elhan.

Love you.. miss you so much.. ~Elhan.

'Aduhai... siap seketul besar emoji berbentuk love dikirimkan bersama. How.. romantic!' aku bermonolog sendirian. Dah lebar senyum aku sehingga aku dapat teguran daripada Dr Qayyum.

"Lebarnya senyum..senyum tu untuk saya ke..? Oh, ya..ni ada orang kirim roses untuk you.. nampak dia macam someone special.." huluran itu aku sambut dengan sepantas kilat. Melengkung lebar senyumanku menghiasi wajah yang pucat.

"Takdelah, Dr Qayyum.. kami ni just a friends, baru je kenal..dia ada kat sini ke..?" kataku malu-malu. Cepat-cepat aku menafikannya, namun sudah panjang leherku tercari-cari kelibat si pengirim bunga.

"Yup, tapi nampak macam rushing. Entah apa yang dikejarkannya..ok ni surat discharge, bil saya dah settlekan.. ok dah boleh balik dah, jangan lupa ambil ubat kat farmasi, and makan ubat ikut time, ok..jaga kesihatan.."

"Thank you very much Dr Qayyum, cepat-cepat ni nak jumpa Dr Aura ke..?"

"Hey... pandai you kenakan i, by the way, ya.. acu you tu tak pernah gagal buat i angau..! I keluar dulu.."

Aku lambaikan tangan pada Dr Qayyum yang sudah berlalu mendapatkan cinta hatinya yang kebetulan melalui depan pintu masuk bilik wad ini. Sebentar kemudian, kelibat mommy Aralynn menghampiri aku dan segera mengambil beg pakaianku yang sudah siap dikemas.

Sepanjang perjalanan pulang, aku hanya menatakan pandanganku ke luar tingkap. Hanya bertemankan dengan celoteh penyampai radio dan lagu-lagu yang diputarkan. Mommy Aralynn pula sekali-sekala berbual denganku, dan lebih banyak membisu. Dia sangat fokus dengan pemanduannya. Maklum sahajalah keadaan trafik di bandar Kuala Lumpur ini sentiasa sibuk dengan dibanjiri kenderaan yang terdiri daripada pelbagai jenis. Lebih-lebih lagi memandu di dalam masa puncak begini, amat memerlukan tahap penumpuan yang tinggi, selain mengekalkan cara pemanduan yang berhemah.

"Alhamdulillah, Bella..akhirnya sampai juga..masuklah berehat dalam bilik...awak tu pun baru je nak sembuh..jangan lupa makan ubat.."

"Erm... mommy tak kerja ke hari ni..?"
soalku pada mommy Aralynn yang sudah menghempaskan punggungnya di sofa berbentuk L yang empuk itu.

"Cuti... Bella, duduk sini kejap.. mommy nak cakap sikit dengan Bella..." puan Aralynn menepuk-nepuk lembut ruang kosong di sisinya.

Aku yang mahu melangkah masuk ke dalam bilik tidurku terhenti dan terpaksa mengurung niatku sebentar, lantas aku mendapatkan ibuku di ruang tamu itu.

"Ada apa mommy..?" aku halaku pandangan ke arah wajah puan Aralynn dalam keadaan takut-takut.

"Bella, i minta maaf ya, i bukan sengaja nak buat you teruk macamni, i cuba control diri, tapi setiap kali i lihat you, Bella..i teringatkan lelaki tak guna tu.." lirih suara mommy Aralynn. Keluhan kasar dilepaskan.

"Maksud mommy, daddy Ayaz.. tapi Bella..." terhenti kata-kataku saat puan Aralynn pantas mencelah.

"Sorry Bella, i tak boleh nak buang rasa benci pada jantan tak guna tu.. tapi i janji dengan you, i takkan sakiti you lagi.." kata puan Aralynn bersungguh.


"Thanks mommy, Bella tahu daddy Ayaz dah banyak sakitkan dan hancurkan hati mommy, tapi cubalah berdamai..memaafkan itu lebih baik mommy, mommy akan lebih lega nanti..move on mommy, tak semua lelaki sama macam daddy Ayaz, cuba buka hati mommy terima lelaki lain.." cadangku sambil aku elus lembut lengan putih melepak puan Aralynn yang terdedah.

"Ni yang i nak cerita, i sebenarnya dah berkenalan dengan seorang lelaki ni..hujung minggu ni dia jemput i ke rumah dia. Ada jamuan birthday party anak lelaki dia, Bella..you temankan i ok, i seganlah.." kata mommy Aralynn malu-malu.

Aku anggukkan kepala. Setuju dengan pelawaan ibuku itu. Dah lama terkurung di dalam kediaman ini, sekali-sekala hendak juga merasa suasana baru dan menghirup udara segar di luar sana. Aku berlalu dari ruang tamu dan perlahan-lahan melangkah ke bilik tidurku semula. Sempat aku hadiahkan sebuah senyuman pada puan Aralynn yang kelihatan bersinar-sinar bebola matanya saat menceritakan tentang teman lelaki barunya itu.

***

Aku lihat penampilanku di cermin meja solek. Malam ini aku memilih dress malam berwarna putih hadiah daripada mommy Aralynn dan rambut panjangku yang sudah rapi kusisir hanya kubiar lepas. Solekan nipis di wajah hanya beroleskan bedak kompak dan secalit lip gloss di bibir untuk penyeri wajah biar tampil lebih segar.

Setelah berpuas hati dengan keterampilan diriku, tanpa berlengah aku cari keberadaan ibuku. Tidak lupa mengambil sebuah kotak kecil segiempat yang sudah berbalut indah dengan pembalut hadiah berwarna kuning keemasan itu hadiah untuk si jejaka. Entah mengapa aku jadi bersemangat untuk menyediakan hadiah untuknya. Mungkin hari ulang tahunnya sama dengan si jejaka pujaan hatiku. Ada dua kotak aku siapkan pada hari ini. Satu kotak lagi sudah kusimpan elok-elok di dalam almari pakaianku, hadiah untuk si jejaka bernama Elhan.

Ya, aku mula menyimpan perasaan pada Elhan setelah tamatnya malam gala itu. Tak menjangka, kejayaan berpihak kepada kumpulan kami setelah bertungkus-lumus bersaing dengan tiga buah kumpulan lagi yang diberi nama Beta, Gama dan Omega. Aku ingat lagi muka tak puas hati Naim pada malam itu dan Hilal sengaja menambahkan bara pada Naim dan yang paling aku tak sangka, Hilal dan Naim sempat bertumbuk di luar perkarangan universiti pada malam sebelum kami berangkat pulang ke rumah masing-masing.

Nak dijadikan cerita, berita pergaduhan Naim dan Hilal yang sudah tular itu membuatkan kami sebagai rakan pantas mendapatkan mereka berdua yang berada di sebuah tempat lapang berhampiran dengan letaknya bangunan penginapan mahasiswa bagi meleraikan pertengkaran.

Melihat aku yang paling hampir berdiri di sebelah Naim, entah bagaimana aku pula dijadikan benteng tempat untuk Naim mengelak serangan balas dari Hilal yang bertubi-tubi. Melihat lengan sasa Naim yang baru sahaja mahu memaut pinggang rampingku, menjadikan Elhan naik berang.

Dengan pantas, Elhan menarik lenganku dengan agak kuat dan terus teperosok wajahku menyembah dada bidangnya. Mendengar degupan jantungnya yang sudah tidak sekata itu memberikan signal ke otakku bahawasanya lelaki ini sedang menahan amarahnya yang sudah membuak-buak. Tanpa sedar, satu layangan padu dari kepalan buku limanya dilepaskan tepat ke wajah Naim apabila Naim tiba-tiba menyerang Elhan kembali. Tumbang tubuh Naim saat itu juga ke tanah. Aku tergamam di samping Elhan sambil kupaut lengan sasanya agak kuat, menempel aku di samping jejaka itu. Wangiannya memukau diriku.

"Elhan, Naim tu pengsan kan..? Apa kita nak buat ni..?" soal Hilal dalam keadaan cemas.

"Kita bawa dia ke hospital.. kau dan aku angkat dia, Bella tolong bawa kereta awak ke sini..cepat sebelum ada orang lain yang nampak kita.." arah Elhan dalam keadaan yang kekal tenang.

***

"Bella...Bell...!!!" jerit puan Aralynn agak lantang, sambil membunyikan hon keretanya beberapa kali.

"Ya...ya, Bella dah siap dah ni.." balasku sambil menyarungkan kasut tumit tinggi itu di telapak kaki. Habis segala lamunanku berselerakan tentang Elhan mengikut hembusan bayu yang bertiup pada malam ini pabila mendengar suara lantang puan Aralynn. Aku terus melangkah mendapatkannya yang sudah siap sedia di dalam kereta Toyota Vios warna Spicy Scarlet itu untuk memulakan pemanduannya.

Done update...sorry lambat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience