BAB 1: BERHIJRAH

Romance Completed 5995

AKU merupakan anak kacukan cina dan Timur Tengah. Mungkin agak pelik susur galur keunikkan darah campuranku ini, tapi ia tidak mustahil terjadi.Dan buktinya aku telah wujud di dunia ini. Berusia tujuh belas tahun dan hujung September ni genaplah usiaku lapan belas tahun. Ibu bapaku sudah lama bercerai kira-kira lima tahun yang lalu. Dan kini aku memilih untuk tinggal bersama ibuku pula setelah daddy Ayaz membuat keputusan untuk bernikah sekali lagi hujung minggu ini.

Seawal umurku ini, aku sudah diberikan kuasa untuk menentukan jalan hidupku sendiri. Aku dibesarkan di dalam keluarga kecil dan merupakan anak tunggal pasangan encik Ayaz Abdullah bersama puan Aralynn Yong. Pada mulanya, semuanya terlihat harmonis dan sangat bahagia, namun segalanya berantakkan apabila ibuku sudah mula menghidu kecurangan daddy yang berselingkuh dengan setiausahanya sendiri. Akhirnya, ikatan tali pernikahan yang hanya bertahan selama dua belas tahun itu terlerai juga. Ibuku membawa dirinya dan membina kerjayanya kembali di tanah airnya, manakala daddy Ayaz memilih untuk membina mahligai istana baharunya di bumi kelahirannya Istanbul, Turki.

Aku mengambil keputusan untuk tinggal dengan mommy Aralynn berikutan tidak mempunyai persefahaman langsung dengan bakal ibu tiriku yang sangat sosialis kehidupannya. Jauh sangat dia menyimpang dari ajaran dan tuntutan agama membuatkan aku kurang selesa untuk tinggal sebumbung dengannya. Daddy Ayaz pula seakan tidak mengendahkan perlakuan bakal isterinya itu, malah dia seakan-akan terikut-ikut dengan tingkah wanita pilihannya itu yang lebih mengagungkan budaya Barat.

***

KINI berhijrahlah aku semula di tanah kelahiran ibuku yang dibesarkan di bumi Malaysia. Sepanjang perjalanan untuk sampai ke rumah mommy Aralynn, aku mengambil peluang untuk berbual-bual kosong dengannya. Banyak sebenarnya yang aku ingin kongsikan dengannya sepanjang diriku tinggal bersama dengan dudanya itu.
Namun, melihat puan Aralynn bagai tidak mengambil pusing, aku diamkan diri sahaja sudahnya. Aku tunggu dia berbicara pula. Sepatah yang dia soal, sepatah aku membalasnya.

Sebenarnya, agak sukar untuk aku ingin menyesuaikan diri dengan ibuku ini berikutan sudah lama kami tidak bersua muka. Tambahan pula, ibu Aralynn sangat tegas orangnya. Nak berlawak atau bergurau senda dengannya baik kuburkan sahaja niat itu. Maklumlah dia merupakan seorang anggota pegawai polis berjawatan tinggi, mana ada masa nak berjenaka. Semua yang keluar dari mulut haruslah berfakta disertai dengan bukti yang kukuh.

"Bangun Bella, kita dah sampai...ni lah rumah I" kata puan Aralynn dengan bangga.

"Wah...cantiknya rumah mommy... mommy tingal sorang je ke dekat rumah besar macam ni..tak takut ke?" Soal aku yang sudah teruja. Meliar sepasang korneaku memandang pekarangan rumah banglo semi-D yang dilengkapi kolam mandi dan gazebo kayu jati milik wanita berkerjaya hebat ini.

"Takdelah, I duduk dengan adik bongsu I. Ingat lagi tak kat cu Aura?" soalnya kembali.

Aku dah geleng kepala, mana nak ingat dah bertahun-tahun kot tak jumpa. Seingat aku kali terakhir aku berjumpa dengan satu-satunya ibu saudara aku tu pun semasa hadir ke prosiding penceraian mommy Aralynn dengan daddy Ayaz, itu pun secara kebetulan jumpa dekat mahkamah. Masa tibanya musim perayaan pulak semua sanak saudara balik rumah Tok Amin dengan Nek Aminah kat Johor. Family aku je yang balik malam raya, tu pun sekadar tunjuk muka, pastu habis je solat sunat Hari Raya tak menyempat nak flight balik ke Istanbul, hometown daddy Ayaz semula.

"Ishh.. mengelamun pulak, jomlah masuk.. bawak beg tu sekali...kat sini takde maid macam rumah Ayaz, harap maklum.." kata ibuku ini sambil melangkahkan kakinya menuju ke muka pintu.

'Kan betul tak aku cakap, mommy aku ni brutal orangnya, takdenya nak sopan-santun, lemah-lembut macam kebanyakan ibu kat luar sana tu. Mungkin ini merupakan salah satu sebab mengapa dia diceraikan oleh daddy Ayaz dulu. Kasar nak mampus! Harap muka je lawa' hatiku berbisik.

"You ni kenapa hah, Bella...asyik mengelamun je.. you tak suka ke nak tinggal dengan I, ingat sikit I ni mommy you tau, orang yang lahirkan you.." menyinga puan Aralynn memberikan peringatan.

"Bella ingat mommy, sebab tu Bella pilih untuk tinggal dengan mommy, tapi kalau mommy tak suka Bella boleh tinggal dengan Tok Amin kat Johor.." balasku kembali, namun aku lihat puan Aralynn dah bercekak pinggang kerengganya. Mata bulatnya itu bertambah besar. Marahlah tu!

"Dah, you jangan nak mengada -ngada Bella, you saja nak bagi I kena maki kat father I.. sampai sekarang tahu tak, you tu tak pernah dianggap cucu oleh mereka. Ada hati you nak tinggal dengan mereka tu. I don't thing so.. huh..! You boleh pulak terfikir sampai ke situ..." marah puan Aralynn lagi sambil merengus agak kuat.

Aku terus naik ke bilik di tingkat atas seperti yang ditunjukkan oleh puan Aralynn awal-awal tadi. Malas mahu berbalah dengannya lagi yang tiada kesudahannya itu. Buat tambah dosaku sahaja. Lebih baik aku kemaskan pakaian aku dan siapkan segala kelengkapan untuk ke universiti tiga hari sahaja lagi. Setelah siap berkemas, aku berbaring di atas katil bersaiz sederhana itu. Baru hendak lelapkan mata, teriakkan puan Aralynn mengejutkan aku.

"Bella... turun makan dah pukul berapa ni.. kat sini makan tepat pukul enam ok, lepas tu takde lagi makan berat.. kalau lapar makan buah je.." terang puan Aralynn dengan tegas. Macam aku ni salah seorang anggota bawahan mommy Aralynn pula aku rasakan saat ini.

"Baiklah mommy.., Kejap..!!!!" aku jerit kembali seperti puan Aralynn.

Selepas makan malam, aku naik semula ke bilikku setelah usai mencuci segala pinggan mangkuk yang berlambak di dalam singki dapur itu.

'Mommy ni memang sengaja nak buli aku ke apa ni..?' aku bermonolog, sambil selesaikan basuhan pinggan mangkuk yang memenuhi singki di dapur basah itu. Namun, aku tak ambil pusing, dah biasa dah pun. Dulu semasa duduk dengan daddy Ayaz, tak semua kerja rumah aku suruh bibik yang buat. Aku tak sukalah nak bebankan orang lain untuk uruskan semua hal seharianku jika aku masih mampu untuk melaksanakannya sendiri.

Tiga hari menghabiskan masa di rumah besar ini, aku rasa kesunyian yang tidak bertepi. Aku hanya tinggal seorang diri di kediaman mewah ini, tanpa ada sesiapa yang menemani. Puan Aralynn pagi-pagi buta dah keluar. Acu Aura pula sampai sekarang aku tak pernah nampak kelibatnya. Dia ni kerja apa sebenarnya..?! Dari aku menjejakkan kaki di sini, belum ada kesempatan hendak bertemu dengan dirinya itu.

Tiada apalah sangat kerja yang aku nak buat pun. Sekadar masak untuk diri sendiri, mengemas serba sedikit ruang tamu dan kebanyakannya aku lebih memerapkan diri di dalam bilikku. Puan Aralynn pula hanya akan pulang lewat jam sembilan malam pada setiap hari. Jika ada operasi, sampai dua hari dia tak pulang-pulang ke rumah.

Aku habiskan masa lapangku dengan membaca koleksi novel-novel fizikal yang kubeli secara dalam talian. Novel yang berunsur genre romantis, seram dan fantasi menjadi pilihanku. Kadang-kadang yang kelakarnya sampai terbawa-bawa ke alam mimpiku.

***

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) cawangan induk kedua yang terletak di Cheras merupakan pilihanku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Institut Perubatan Biologi Molekul (UMBI). Institusi ini merupakan biobank terbesar di Asia Tenggara yang menyimpan berjuta-juta spesimen darah dan urin untuk kajian penyelidikan.

Didirikan sebagai pusat kecemerlangan yang berfokuskan pada penyelidikan dalam bidang perubatan molekul, penyakit yang dikaji di UMBI merangkumi pelbagai jenis kanser, diabetes, obesiti, dan penyakit berjangkit. UMBI diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Institusi Tinggi (HICoE) pada tahun 2008, dan menerajui The Malaysian Cohort Project, projek Kohort prospektif terbesar di Malaysia untuk mengenal pasti faktor risiko dan biomarker untuk pelbagai penyakit.

Untuk program Sarjana Sains (MSc) yang bakal aku ikuti memerlukan dua hingga empat semester untuk dihabiskan. Pengajiannya secara sepenuh masa ini nanti memberikan penekanan khusus untuk melatih para pelajarnya di makmal untuk mengembangkan dan menerapkan strategi penyelidikan yang mensasarkan penyakit manusia.

Aku memilih untuk meneruskan pengajianku di sini berikutan minatku yang mendalam untuk membuat penyelidikan dan di UMBI ini telah menawarkan persekitaran yang kondusif bagi para pelajar untuk melakukan penyelidikan berimpak tinggi. Makmal yang dilengkapi dengan instrumen canggih untuk menyokong aktiviti penyelidikan perubatan molekul, dan menyediakan tenaga pengajar terdiri daripada barisan ahli akademik yang berkelayakan tinggi dan mempunyai kemahiran serta kepakaran khusus untuk membimbing pengambilan pelajar baru sepertiku, menguatkan lagi alasanku untuk melanjutkan pembelajaranku di sini.

Setelah hampir tiga jam menghabiskan masa untuk sesi pendaftaran tadi, aku mengambil keputusan untuk terus pulang sahaja ke rumah. Aku uruskan semuanya secara sendirian berikutan mommy Aralynn sibuk dengan tugasannya. Mommy Aralynn menyediakan aku sebuah kereta untuk kemudahan pergi balik ke kampus.

"Hai, awak.. baru daftar dekat sini ya..? Saya Nur Bhaiyinah.. tapi panggil Nur jelah senang sikit.." sapaan seorang gadis yang agak ramah orangnya. Dialah yang tunjukkan aku selok-belok bangunan di universiti ini tadi.

"Hai, I'm Bella.." aku sambut huluran tangannya. Bana yardım için teşekkür ederim...?"

"Sorry... apa tu, bunyi macam bahasa Turki.. Bella ni mix Turki ke, tapi macam cina pun ada juga.." Bhaiyinah pandang aku atas bawah.

"Ops.. sorry.. yes I' m mix Turkish and chinese.. weird right?..tadi tu saya ucap terima kasih, Nur macam fimiliar je kat sini.." aku senyum nipis.

"Tak jugaklah, tapi my sister alumni universiti ni, tahulah serba sedikit.. kadang-kadang tu sesat jugak.." Nur dah mengekek ketawa.

"Why..?" aku angkat kedua belah kening, tercabut wayar ke minah ni.

"Tak.. cuma lawak jer, ingatkan you ni 'kekwat', sorry Nur dah salah sangka.. muka you tu nampak macam berlagak" ujar Nur Bhaiyinah tanpa berselindung.

"Nampak sangat ke..? Tulah orang cakap not judge a book by a cover, tak kenal maka tak cinta.."

"Dah nak balik ke..? Tak nak pusing-pusing dulu tengok selok-belok kampus kita.. by the way, ambil course apa..?"

"Biological Chemistry.. you..?"

"Hey, kita sama courselah.. jomlah Bella, Nur bawa ronda-ronda kampus, nanti tak sesat lagi.."

Aku terima ajakkan Nur Bhaiyinah setelah memandang sekilas jam di pergelangan tangan. Masih ada masa lagi satu jam sebelum masa yang ditetapkan oleh mommy Aralynn untuk pulang ke rumah. Aku ikuti langkah Nur dari arah belakang, namun Nur dah pimpin lengan aku untuk sama-sama melangkah dengannya.

Becok mulut nipis kemerah-merahan Nur menerangkan satu per satu tentang bangunan yang terdapat di universiti ini. Dah lagaknya seperti pemandu pelancong pula si Nur ni aku tengok. Dari tadi mulutnya berceloteh bagaikan murai tercabut ekor. Tak penat ke dia ni asyik bercakap dari tadi. Naik muak pulak aku dengar. Last-last aku minta undur diri. Dah naik berpinar mata aku ni memandang bangunan -bangunan tinggi yang terdapat di sini. Rasa mahu tercabut kaki aku yang dari tadi asyik naik turun tangga.

"Nur, rasanya Bella kena gerak dulu..nanti mommy Bella bising balik lewat.." dalihku.

"Oh... ok, sorry dah lewat petang rupanya.. ok, nanti jumpa lagi ya.."

"Fuh! selamat.. kalau hari-hari dengan dia ni mahu hijau muka aku.." aku mendengus kasar sebaik sahaja melabuhkan punggung di dalam kereta Suzuki Swift kepunyaanku yang dihadiahkan oleh daddy Ayaz sempena hari ulang tahunku bulan lalu.

Enjin segera aku hidupkan dan dengan berhati-hati aku memandu menuju ke kediaman mommy Aralynn. Nur..? Nur dah selamat balik dijemput seorang lelaki muda, tak tahulah sama ada abang, tunang atau teman lelakinya.

Assalamualaikum dan hai semua.. trmalah karya terbaru dr author. Karya keenam..buah tangan author utk para pembaca.. Jgn lupa tinggalkan komen yg membina untuk author ok..love you all.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience