BAB 19 : (PENGSAN)

Romance Completed 5995

BERKALI-KALI jam ditilik di pergelangan tanganku. Aku mengeluh perlahan. Jam sudah menginjak ke angka satu, namun bayangan Zill Qayyim masih juga belum nampak. Kalau ikutkan rasa marah, memang sudah lama aku merajuk dengan suamiku ini. Tetapi aku mencuba untuk bersabar, maklumlah aku sudah berjanji untuk jadi isteri terbaik buat dirinya itu.

Bunyi deringan telefon bimbit menyentakkan lamunanku. Tangan mula menyeluk beg tangan kulit yang kugalas di lengan. Nama Zill Qayyim yang ku set sebagai 'SAYANGKU' tertera di skrin telefon. Butang hijau terus aku geser.

"Sayang kat mana?" terjahku laju. Nafas mula turun naik menahan perasaan amarah. Bunyi gelak kecil di hujung talian semakin menyakitkan hatiku.

"Assalamualaikum, hanım Arabella.. kusura bakmayın ben Ömer, Zill Qayyim Bey'in asistanı..Bey ofisinde bayıldı" Suara lelaki itu membuatkan diriku termalu sendiri, namun akhir katanya yang menyatakan dia pembantu kepada suamiku, mendapati suamiku telah pengsan di ruang kerjanya membuatkan aku hampir pitam.

"Allah..Allah...waalaikumussalam. Artık oradayım, teşekkürler.. Ömer" aku lantas mematikan talian setelah mengucapkan terima kasih dan memberitahunya aku akan ke sana sekarang.

Dengan dengupan jantung yang seakan mahu pecah, meluru aku mendapatkan Zill Qayyim yang sudah dibaringkan di atas sofa yang terdapat di dalam bilik kerjanya itu. Kelihatan Ömer, pembantu peribadinya sedang melepaskan butang kemeja suamiku dan mengipas-ngipas wajah suamiku dengan telapak tangannya.

"Ömer, Zill Bey hala baygın, ambulans çağırdınız?" soalku pada Ömer apakah dia sudah menelepon pihak ambulan untuk bantuan kecemasan.

"Bayan Arabella, geldi.." balas Ömer sopan sambil menghalakan jari telunjuknya pada pihak medik yang baru sampai.

Aku dan Ömer memberikan laluan kepada pegawai perubatan itu memeriksa keadaan Zill Qayyim terlebih dahulu, sebelum membenarkan Zill Qayyim dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Menurut pegawai perubatan itu tadi, keadaan Zill Qayyim agak bahaya jika terlambat mendapatkan rawatan susulan. Aku yang mendengar sudah tidak mampu untuk berdiri. Mahu terjelopok aku di atas permaidani berbulu itu, namun Ömer pantas merangkul tubuhku. Sesak nafasku tatkala air mataku sudah lencun membasahi pipi.

Ömer segera mendapatkan Farihye memaklumkan keadaanku apabila dia sudah dudukkan aku di atas sebuah kerusi yang terdapat di meja kerja Zill Qayyim. Aku memandang sayu pemergian suamiku yang diusung dengan katil pengusung oleh empat orang ahli medik itu. Aku maklumkan pegawai perubatan itu, yang aku akan menyusul sebentar lagi dengan pembantu peribadiku.

Setelah Farihye mendapatkan aku di ruang kerja milik Zill Qayyim, tanpa berlengah aku minta dia mengikuti ambulan yang membawa suamiku dengan sepantas yang mungkin. Sempat aku menitipkan pesanan pada Ömer supaya mentadbir pejabat dengan sebaik mungkin sepanjang ketiadaan aku dan Zill Qayyim.

Aku dan Farihye tiba sepuluh minit selepas ambulan sampai di hospital swasta ini. Terus aku bertanyakan arah mana yang perlu aku tuju untuk mendapatkan suamiku pada kaunter pertanyaan itu. Jururawat yang bertugas memaklumkan aku, supaya menunggu di luar bilik kecemasan yang berada di sebelah penjuru kiri bangunan ini, sementara dia meminta aku untuk menyelesaikan urusan pendaftaran pesakit.

Selesai urusan pendaftaran, aku dan Farihye melangkahkan kaki ke tempat yang dimaklumkan oleh jururawat tadi. Melihat Zill Qayyim yang menerima rawatan di bilik zon merah membuatkan dada aku ini terasa ingin mahu pecah. Seraya, aku hamburkan tangisanku di dalam dakapan Farihye.
Farihye mengelus lembut belakangku, seraya cubaan untuk memujuk diriku. Namun bukannya mahu surut tangisanku, malah makin menjadi-jadi.

Farihye masih lagi tidak berputus asa. Dia terus-terusan juga memujukku. Dalam kelembutan bicaranya, sedikit sebanyak memulihkan kembali semangatku. Farihye tidak ubah seperti seorang ibu yang sedang menghibur kan anaknya yang di dalam kedukaan.

"Bayan Arabella, böyle pes etmeyin, Bay Zill bundan hoşlanmamalı..ikimiz de Bay Zill'in iyi olması için dua ediyoruz.." Farihye menyatakan kepadaku jangan berputus asa begini, Zill Qayyim pasti tidak menyukainya dan dia minta aku dan dia sama-sama berdoa untuk kesejahteraan Zill Qayyim.

Aku ucapkan terima kasih pada Farihye yang sabar dengan kerenahku yang seakan-akan anak kecil. Aku mula bertenang, dalam hati tidak putus mendoakan keselamatan suamiku yang sedang mendapatkan rawatan di dalam bilik rawatan itu.

Setelah setengah jam aku menunggu dengan penuh sabar dalam debaran yang menggila di luar bilik ini, seorang doktor yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan itu yang menanyakan waris kepada Zill Qayyim, lantas aku menerpa mendapatkan doktor lelaki yang masih muda itu. Aku memperkenalkan diriku sebagai isteri Zill Qayyim pada doktor muda ini.

Doktor muda itu juga memperkenalkan dirinya serba ringkas padaku dan terus dibawanya aku ke ruang kerjanya bagi membahaskan tentang keadaan suamiku. Makin tidak tentu arah aku jadinya. Jejemari Farihye aku genggam erat untuk meminjam sedikit kekuatan daripada gadis tinggi lampai itu. Farihye juga bukanlah orang luar denganku. Dia merupakan kakak sepupu perempuanku, anak tunggal kepada adik perempuan arwah daddy Ayaz. Aku pun baru sahaja mendapat tahu bahawa aku dengan Farihye sebenarnya ada pertalian persaudaraan. Itu pun secara kebetulan, Farihye melihat fotoku bersama arwah daddy Ayaz yang aku bingkaikan kemas di dalam sebuah bingkai gambar yang aku letakkan di atas meja kerjaku. Farihye langsung menanyakan pertalian aku dengan arwah daddy Ayaz. Dan dia sangat terkejut pabila aku memberitahu perkara yang menimpa arwah bapa saudaranya itu. Dia sangat bersimpati denganku, dan sudah berjanji akan menjagaku dengan sangat baik. Aku juga sudah dianggapnya sebagai adik kandungnya sendiri.

Dr Can Kemal mempersilakan aku dan Farihye duduk di kerusi di dalam bilik kerjanya ini. Kelihatan wajahnya yang menegang itu membuatkan aku sudah tidak senang duduk. Aku pandang Farihye dan Dr Can Kemal silih berganti.
Doktor Can Kemal yang memerhatikan aku yang sudah tidak tentu arah itu, terus sahaja memberikan penerangannya. Ada beberapa pertanyaannya yang aku sendiri tidak dapat menjawabnya dengan baik, sehinggakan mendatangkan kecurigaan pada doktor muda ini.

Aku terngadah, aku mula benci pada diriku sendiri. Nama sahaja aku hidup berstatuskan isteri kepada Zill Qayyim, namun, hakikatnya satu perihal tentang Zill Qayyim tidak pernah aku ketahui. Salahku sendiri, selama ini aku benar-benar ambil enteng tentang suamiku sendiri. Dan, mungkin Allah mahu menegur diriku mendatangkan penyakit yang agak serius pada Zill Qayyim. Zill Qayyim didiagnosis menghidap penyakit tumor otak tahap empat dan dimaklumkan jangka hanyat suamiku hanya tinggal tiga bulan. Mendengar penerangan daripada Dr Can Kemal itu, semerta-merta aku rasa dunia seakan berputar hebat. Kepalaku yang berdenyut tidak ada hentinya. Pandanganku berbalam-balam, seluruh tubuhku juga sudah dibasahi keringat yang berlumba-lumba mahu membebaskan diri melalui liang-liang romaku. Akhirnya aku pengsan sebaik sahaja aku bawa diriku berdiri semula. Tidak sempat untuk aku menanyakan lebih lanjut tentang suamiku itu lagi.

***

Mata yang terasa pedih dan bengkak, aku pejamkan seketika, dan dengan perlahan-lahan aku buka semula setelah berasa lebih selesa. Mujur sahaja tiada sinaran lampu yang agak terang memanah sepasang irisku. Tahulah aku sekarang, malam sudah menerjah alam.

"Dah bangun Bella, lama betul Bella tidur, mungkin kesan ubat agaknya.." tutur acu Aura yang melabuhkan punggungnya di sisiku.

"Bila acu Aura sampai, macam mana tahu Bella ada kat sini..." soalku pelik.

"Kebetulan, acu Aura ada seminar kat sini, baru sampai dua hari lepas, dapat call daripada Dr Can Kemal terus acu datang sini.." terang acu Aura serba ringkas.

"Seorang je ke.. acu Qayyum tak ikut..Farihye mana acu Aura..?" soalku yang tercari-cari keberadaan kakak sepupuku itu.

"Ikut, ada tengah melawat anak saudara dia, Zill Qayyim..oh, gadis cantik tinggi lampai tadi tu, acu suruh dia balik berehat, kesian dia acu tengok dah tersenguk-senguk tunggu kamu sedar tadi...by the way..siapa gadis tu..?" soal acu Aura sambil menyuakan beberapa ulas buah oren yang sudah dibuang kulitnya itu padaku.

"My PA, juga merangkap kakak sepupu Bella...Farihye tu anak aunty Feride, satu-satunya adik perempuan arwah daddy Ayaz.."

"Oo...tak pernah jumpa pun..macam mana sakit kepala tu, dah ok kita boleh melawat Zill Qayyim.."

Aku geleng kepala. Namun, aku tanyakan lagi tentang Zill Qayyim pada ibu saudaraku itu. Bercampur-baur perasaan aku saat mendengar cerita acu Aura. Ya.. Allah banyak betul aku tak tahu tentang lelaki yang bergelar suamiku ini. Barulah aku tahu, yang selama ini Zill Qayyim merupakan anak saudara kandung Dr Qayyum. Seawal umurnya sembilan tahun, dia sudah dipelihara sebagai anak angkat kepada Dr Qayyum. Namanya pun dipilih oleh Dr Qayyum sendiri sempena dengan namanya. Patutlah dekat sangat dan seakan-akan bunyinya dan mereka juga terlihat agak rapat seperti seorang bapa dan anak, walaupun jarak umur mereka tidaklah jauh sangat ketaranya yang hanya berbeza dalam belasan tahun.

Kata acu Aura lagi, Zill Qayyim memang sudah didiagnosis mengalami tumor otak sejak umurnya tiga belas tahun, dan dia juga sudah menjalani satu pembedahan untuk membuang ketumbuhannya itu. Tidak pula dijangka penyakit itu menyerang dirinya kembali. Dan sekarang sudah berada di tahap empat dan sukar untuk diselamatkan lagi. Hanya mampu berdoa semoga memperolehi keajaiban dari Yang Maha Esa.

"Acu Aura tahu, ni masa sukar buat kita semua, tapi Bella jangan berputus asa.. ya, sayang...doa seorang isteri tiada hijabnya, sayang..teruskan berdoa untuk suami kamu tu.Bella sayang dia kan..?" dadaku terasa bagai ditusuk sembilu dengan pertanyaan itu.

Aku hanya tertunduk lemah. Gelengan kepalaku makin kuat. Air mataku mula jatuh kembali. Melihat itu, acu Aura segera mendakap tubuhku. Pelukan hangat acu Aura sangat-sangat mendamaikan diriku. Jikalau saat ini mommy Aralynn yang memeluk diri ini, alangkah bahagianya diriku. Aku terlalu rindukan ibuku itu. Aku mahu menangis semahu-mahunya di dalam dakapan ibu kandungku itu, walaupun layanannya terhadapku dahulu agak terlalu kasar dan sukar untuk aku hadapinya. Pernah juga aku menanam rasa benci pada wanita yang melahirkan aku ke dunia ini.

"Acu Aura tanya ni.., nak pergi ke tak..kenapa macam ni, Bella..apa lagi yang terbuku di dalam hati tu, luahkan saja pada acu...jangan simpan sendiri.." nasihat ibu saudaraku itu, lenganku dielus lembut berulang kali.

"Bella...Bella rindukan mommy Aralynn...dan...Bella masih tak kuat nak berhadapan dengan Zill Qayyim buat masa ni..Bella banyak buat salah dengan suami Bella, Bella berdosa acu Aura..." aduku pada acu Aura, seraya aku jatuhkan kepalaku. Sesalanku menggunung.

"Macamni lah, Bella berehat dulu, tenangkan fikiran..nanti rasa dah ok, kita jumpa suami kamu tu..."

"Acu Aura, ceritalah pasal mommy Aralynn...acu Aura ada gambar terkini mommy.."

"Erm... acu kena minta diri dululah, Bella... tu suami acu dah panggil tu.." dalih acu Aura, kelihatan dia masih mahu mengelak, lantas aku lelar lengan ibu saudaraku itu menghalang permergiannya.

"Acu Aura....please..jangan buat Bella macamni acu Aura...tolong ceritakan sebenarnya tentang ibu kandung Bella..." rayuku sungguh-sungguh. Air mata yang mengalir tidakku pedulikan lagi.

"Bella...calm down, please...acu Aura minta maaf.. ni bukan masa yang terbaik nak cerita about your biological mother..kita fokus sekarang dengan kesihatan Bella dan juga suami kamu tu..rehat dulu, jangan paksa acu suntik kamu dengan ubat penenang, Bella..itu tak bagus untuk kamu..acu sayang Bella..sayang sangat-sangat..." acu Aura meninggalkan aku setelah memberikan dakapan hangatnya padaku.

Air mata yang membasahi pipinya dihapus kasar. Laju langkahnya mendapatkan Dr Qayyum yang sudah menantinya di muka pintu bilik wad yang menempatkan aku. Aku hantar pemergian acu Aura dengan pandangan yang kabur, kabur dek air mataku yang sudah laju jatuhnya seperti air terjun yang menghempas batu-batuan, tanpa amaran sehingga berjaya menghakis sedikit demi sedikit saiz asal batuan tersebut.

Malam itu lenaku bertemankan air mata, basah bantal kepalaku dengan air jernih sehingga panas dan membengkak kedua-dua belah mataku. Tanpa sedar aku mula hilang kawalan diri, aku mengamuk tanpa amaran, mujur sahaja perlakuanku itu disedari oleh seorang jururawat yang kebetulan ingin memeriksa keadaanku.

Jururawat itu juga turut tercedera akibat ulahku yang sudah bagaikan dirasuk. Segala wayar yang ada di tubuhku, aku cabut dengan sesuka hatiku. Tidak peduli lagi dengan darah yang mengalir tidak berhenti-henti di kekura tangan kiriku yang sempat aku cabutkan branula yang tertinggal di situ. Sudahnya aku terpaksa juga disuntik dengan ubat 'Benzodiazepine' yang sudah disediakan oleh seorang jururawat atas arahan seorang doktor lelaki yang sempat dipanggil oleh jururawat yang tercedera tadi.

Terkulai layu aku semula di katil hospitalku yang sudah berantakkan akibat ulahku sebentar tadi. Tidak sampai seminit, aku terlena sehingga pagi menjelma kembali.

***

PAGI itu aku dikejutkan dengan kedatangan Elhan dan ada Arayumi bersamanya. Arayumi menghadiahkan aku jambangan bunga ros kuning yang dihiasi dengan bunga Baby-breath merah jambu itu kelihatan sangat istimewa. Terimbau kembali kenanganku bersama Elhan sewaktu berpacaran di universiti dulu.
Setiap hari Elhan tidak akan lepas atau terlupa untuk hadiahkan kuntuman bunga ros kuning bersama Baby-breath merah jambu kesukaan aku itu.

"Sorry mommy Ara...Arayumi baru tahu mommy masuk hospital..tu pun aunty Farihye yang beritahu papa, terus papa ke sini melawat mommy.. Arayumi pun ponteng school harini" adu Arayumi tanpa berselindung. Memerah wajah Elhan yang pucat itu menahan malu. Petah betul anak kecil ini bercakap, aku kagum dengan si comel ini, tak pelat langsung bicaranya walaupun usianya masih terlalu muda.

"Sini sayang...mommy Ara nak kiss and peluk dia, mommy Ara rindu sangat-sangat dengan Arayumi.." aku peluk tubuh mungil Arayumi yang gebu ini erat-erat.

"Papa...sinilah, huglah mommy Ara juga, papa tak rindu ke..tapi setiap malam papa mengadu kat Arayumi papa rindukan mommy Ara..asyik peluk gambar mommy Ara je...ni dah ada depan mata, kenapa papa tak nak peluk pula..?" soal Arayumi tanpa rasa bersalah. Aku pula sudah tersenyum nipis. Mungkin rindu itu bukan untukku melainkan, buat arwah isterinya.

"Arayumi...jangan ganggu mommy Ara, ok..Arayumi dah promise dengan papa kan..? Arayumi duduk dekat sofa tu kejap, papa nak cakap dengan mommy Ara..." arah Elhan lembut pada Arayumi namun masih terselit ketegasannya.

"Ok, papa...sorry mommy Ara.." dia kucup pipiku dahulu, sempat Arayumi membisikkan sesuatu pada cuping telinga papanya itu sebelum membawa dirinya melabuhkan punggungnya di sofa yang tidak jauh dari katil hospitalku ini.

Elhan tersenyum nipis, seraya dia gelengkan kepalanya. Entah apalah yang dibisikkan si comel ini pada Elhan sebentar tadi. Elhan mula berbicara menanyakan keadaanku. Dia kelihatan agak terganggu apabila melihat keadaanku yang kini berada di atas katil hospital ini. Wajahnya berubah mendung dan hampir mahu menangis.

"Encik Elhan, are you alright.. ada apa-apa yang tak kena ke..? Kenapa pandang saya macamtu sekali...?" soalku yang tidak berapa selesa dengan tatapan lelaki itu.

"Maaf..Bukan niat saya, tapi awak puan Arabella, awak mengingati saya dengan seseorang..seseorang yang pernah menjadi teman dalam hidup saya..wajah awak ni persis arwah isteri saya, Arabellina...awak ni kembar arwah isteri saya ke..?" soal Elhan mengharapkan sebuah jawaban, tanpa sedar dia genggam erat jejemariku.

Punggungnya juga susah dilabuhkan sangat hampir di sisiku seperti tidak berjarak lagi. Jejemarinya juga naik mengelus wajahku tanpa sedar. Aku pula seperti terjampi dengan aura lelaki ini yang hangat membakar naluri kewanitaanku, hanya merelakan perlakuannya itu terhadapku. Diam dan menikmati setiap belaiannya, seperti aku sangat menginginkan dirinya. Terbuai aku dengan sentuhan lelaki ini. Arayumi di hujung sana sudah tertawa bahagia.

Terbuka semula mataku yang terpejam sebentar tadi. Terus aku menepis kasar jejemari Elhan. Elhan tergamam dan segera meminta kemaafan daripadaku, dia juga sudah menjarakkan dirinya. Terus dia melangkah mendapatkan Arayumi, membawa anaknya di dalam dukungannya dan terus melangkah tergesa-gesa meninggalkan aku yang terpinga-pinga di atas katil hospitalku. Hanya bertemankan jambangan tiga kuntum bunga mawar kuning bersama Baby-breath warna merah jambu itu sebagai pengganti dirinya yang kutatap penuh kerinduan yang tidak bertepi. Tanpa aku sedari setiap perlakuan aku bersama Elhan tadi diperhatikan oleh dua pasang mata!

Alhamdulillah...done update...jangan lupa follow and comment ok..banyak lagi konflik dan persoalan yg masih belum terungkai..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience