SEJAK kebelakangan ini, tahap kesihatanku sangat-sangat menurun. Sudah melembik tubuhku setiap pagi asyik muntah-muntah dan sakit kepala sering kali menyerang bagai mahu meletup kepala ini. Beberapa kali sudah diajak oleh Elhan untuk mendapatkan rawatan, namun aku masih lagi berdegil dengan alasan aku hanya sakit kepala biasa dan akan membaik menjelang lepas rehat tengah hari. Memang sukar nak percaya, tapi itulah kebenarannya.
Deringan telefon yang berbunyi nyaring pantas kuangkat. Salam yang dihulur aku jawab terlebih dahulu.
"Macam mana dah ok ke..? Tak muntah lagi, sayang buat abang tak senang hati nak kerja lah..abang datang ya..kita pergi hospital ke klinik ke.." Elhan menyerang aku dengan kata-katanya yang bagai peluru berpandu.
"Abang...tahu abang risau kan sayang, sayang dah ok la...pagi je macam tak larat sikit, now dah ok. Abang nak datang juga ke..?"
"Evet aşkim.. abang dah ada dekat lobi ni, kejap lagi abang naik office sayang..." Elhan tawa kecil dengar aku dah terjerit di hujung talian.
Elhan terus matikan talian, sekaligus buat aku menggelengkan kepalaku. Aku teruskan kerja-kerjaku yang tertangguh tadi. Kembali aku menata skrin monitor komputerku yang memaparkan beberapa maklumat syarikat.
Ketukan pintu itu membuatkan aku melaungkan kata 'MASUK' dengan agak lantang.
"Amboi, bossynya...garang betul! Nah, abang belikan special untuk sayang.." Elhan menghulurkan jambangan bunga kesukaanku yang sudah digubah indah.
"Oh God, abang rupanya, ingatkan mamat mana lah tadi..macam tahu -tahu je sayang nak bunga ros kuning ni. By the way..thanks for buy me this flowers. Sari gül...aah, cantiknya kamu!" aku buat suara manja, macam kucing nak mengawan. Sengaja nak perkenakan encik suamiku.
"Sayang...jangan gedik sangat, you make me 'turn on' aşkim.." Elhan picing kedua belah matanya, sambil tayang muka gatalnya itu.
"Ish, gatal... ! Stop..jangan dekat, abang pakai minyak wangi apa ni..? Busuk!" aku jerit kecil.
Elhan kerut kening. Langsung membulat sepasang matanya yang cantik itu, pelik dengan kata-kata aku. Elhan naik menghidu bau badannya sendiri. Takde apa yang berubah pun, masih menggunakan bau wangian yang sama. Tak pernah sekali pun dia menukarnya. Dia tahu aku sangat gilakan bauan minyak wangi pilihannya itu sejak zaman universiti lagi.
"Sayang, abang mandi tau..minyak wangi ni pun abang pakai yang sayang sukakan tu lah, abang tak pernah tukar, sayang.." adu Elhan sungguh-sungguh.
"No, jangan dekat.. sayang tak tahan bau dia, nak muntah. Serious busuk! busuk...busuk! Kan dah cakap jangan sembur apa-apa wangian, abang ni degillah..! Dah pergi baliklah.." aku sedikit menjerkah Elhan tanpa kusedari.
Elhan beralah, dia pergi meninggalkan aku saat itu juga sebab aku dah mengamuk. Tergeleng-geleng kepalanya dengan sikap aku yang berubah secara mendadak itu. Habis hancur segala rancangannya untuk bawa aku makan tengah hari bersamanya tadi. Alik-alik aku salahkan dia atas perubahan sikapku ini yang aku sendiri pun tidak menyedarinya. Langsung tiada lagi kiriman mesej dari Elhan untukku sehingga waktu aku nak balik dari pejabat ini. Merajuk dengan aku lah tu!
Jam yang tertera di dinding ruangan kerjaku yang menunjukkan hampir menginjak ke angka enam itu menandakan berakhir sudah tugasku pada hari ini. Kelihatan Farihye juga sedang bersiap sedia untuk meninggalkan ruangan pejabat ini sambil diperhatikan oleh Ömer, si tunangan kesayangannya itu.
Aku hanya menguntum sebuah senyuman pada pasangan serasi itu. Langkah laju mendapatkan kembali kereta aku yang terparkir di ruangan khas itu. Aku lebih senang memandu sendiri berbanding menggunakan pemandu upahan. Bukannya tak mampu, tapi aku takut orang upahanku itu yang betah nak bekerja dengan aku, maklumlah aku ni cerewet sedikit orangnya.
Sampai sahaja di rumah, aku bawa diri naik ke dalam bilik setelah aku sempat menyapa puan Aralynn, bik Jorah bersama Arayumi di ruang tamu itu. Tombol pintu itu aku pulas kasar sebelum daun pintu kutolak luas seraya meneroboskan diriku ke dalam bilik ini. Kamar mandi aku tuju terlebih dahulu kerana aku sudah tidak tertahan nak melunaskan hajat kecilku.
Agak kasar aku merempuh pintu bilik air yang berada di hujung penjuru sebelah kiri ruangan ini. Mujur tidak berkunci. Elhan yang sedang berendam di tab mandi terkejut dengan tindakan aku sebentar tadi. Aku lepaskan keluhan kasar setelah lega menunaikan hajatku sebentar tadi.
"Eh, mana abang..tadi bukan tengah jadi badak air ke berendam dalam
bathtub ni.." soalku pada diri sendiri.
Setelah memastikan Elhan sudah tiada di ruangan ini, aku terus tanggalkan kesemua pakaianku dan mulakan acara mandianku. Tubuh yang sudah melengas dan melekit seharian suntuk memaksa diriku untuk membersihkan diriku segera. Terasa segar kembali tubuhku sebaik sahaja setiap inci kulit yang membaluti tubuh ini disirami air sejuk dari pancuran air yang kubuka pada tahap maksimum ini.
Setelah selesai, aku cari tuala mandiku yang biasanya aku sangkutkan di tempat khas itu. Aku tepuk dahiku kembali setelah mengingati yang aku lupa untuk membawanya bersamaku tadi. Nak tak nak, terpaksa lah aku minta pada Elhan. Aku buka pintu yang hanya memuatkan kepalaku. Aku jerit sedikit pada Elhan untuk menghulurkan sehelai tuala mandiku yang tertinggal di birai katil.
"Sayang, keluar jelah...abang janji tak tengok.." Elhan dah gelak-gelakkan aku.
"Abang, please..cepatlah abang, sayang dah sejuk ni..janganlah main-main.." jeritku agak lantang.
"Ok..ok..nah, sorry ok.." pantas Elhan hulurkan tuala mandiku berwarna merah jambu itu.
"Abang...sejuk!" aku peluk tubuh Elhan tanpa baju itu. Kuat dan sangat erat.
"Sayang...per..lahan si..kit, a..bang tak berna..fas..." kata Elhan terbata -bata, wajahnya sudah memerah.
Terbatuk-batuk jejaka tampan ini sebaik sahaja aku leraikan pelukanku.
Termengah-mengah dirinya mencuri kembali oksigen yang sudah berkurangan di dalam tubuh kekarnya ini.
'Kuat sangat ke aku peluk tubuh kekarnya ni. Siapa suruh tak pakai baju, kan dah buat aku tergoda' gumam aku dalam hati. Tak berani nak luah depan- depan.
"Sorry...sejuk sangat tadi. Abang lambat sangat hulurkan tuala ni.." aku tarik tuala yang membaluti tubuhku. Pakaian dalam memang sudah siapku pakai terlebih dahulu.
"Sayang, kenapa nakal sangat ni.. sengaja nak kenakan abang..cepatlah siap, kita berjemaah..dah masuk waktu solat Isyak dah ni.." Elhan geleng kepala. Terukir senyuman manisnya menghiasi wajah tampannya itu.
Usai menunaikan solat Isyak, kami sekeluarga berkumpul untuk makan malam. Malam ini, bibik Jorah sediakan nasi Arab berlaukkan ayam panggang madu. Untuk Arayumi pula, bibik Jorah buatkan ayam goreng ala-ala KFC. Ada juga sedikit acar sayur-sayuran dan kuah kari dalca daging kambing kesukaan Elhan.
Aku yang baru hendak labuhkan punggung serta-merta terbantut pabila hidung terbau kuah kari dalca kambing yang baru dihidangkan oleh bibik Jorah di atas meja makan. Hidung mancungku sudah aku tutup rapat dengan telapak tangan. Terus aku bawa diriku ke kamar mandi, memuntahkan segala isi perutku. Elhan yang baru hendak menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya, terhenti serta-merta.
"Sayang, ok tak ni..kita ke kliniklah.." Elhan bersuara sambil urut belakang aku dengan lembut. Rambutku sudah disangulnya tinggi-tinggi.
"Sayang...sa..yang, Allah...pengsan pulak dah.."
***
Bau ubat yang menyengat hidung buat aku mahu muntah semula. Namun, kepala yang memberat membuatkan langkahku terbantut.
"Sayang nak muntah ke..? Cepatlah, abang tolong.." Elhan sudah berdiri, siap sedia menghulurkan bantuannya.
Aku hanya menurut saat Elhan mencempung tubuhku seraya membawa langkahnya itu ke kamar mandi yang terdapat di wad persendirian ini. Sebaik sahaja Elhan turunkan tubuhku semula, saat itu jugalah terkeluar semua isi perutku. Elhan yang melihat diriku begitu, sudah berkerut-kerut wajahnya. Hendak membantu dia tak tahu, sudahnya dia hanya bisa memerhati, namun jejemarinya tak duduk diam dari tadi mengelus perlahan-lahan belakangku.
"Abang panggilkan doktor sekejap.." Elhan berkata sebaik sahaja tubuhku sudah dibaringkan olehnya semula.
Sebentar kemudian, seorang doktor perempuan yang agak muda itu mendapatkan aku di katil hospitalku. Doktor tersebut terus menjalankan tugasnya untuk memeriksa keadaanku. Sesekali aku nampak dia melirik pada Elhan. Aku yang tengah sakit ini, rasanya bertambah sakit bila terlihat Elhan membalas senyuman doktor muda itu.
'Eh, dah kenapa aku tengok dua ketul makhluk Allah ni mesra-mesraan semacam pula depan-depan aku ni. Elhan dah macam ulat bulu naik daun, tak nampak ke aku ni hidup lagi ni? Mengundang betullah lelaki ni, nanti tahulah aku ajar dia.. Gatal punya jantan!' kata-kata itu bergema di dalam hatiku.
Melihat wajah aku yang telah berubah macam singa lapar, terus doktor perempuan muda itu angkat kaki. Elhan pula menghantar pemergian doktor muda itu dengan sorotan matanya. Dia mengukir senyum lantas dilabuhkan duduknya di atas kerusi yang berhampiran katil hospitalku ini. Jejamariku dicarinya, mahu membuat sentuhan di situ, namun pantas aku sembunyikannya di dalam selimut tebal putih ini. Muka cemberut aku tayang pada Elhan.
"Kenapa ni sayang...marah kan abang ya..?" Elhan elus pipiku lembut. Ubun-ubunku dikucup sayang.
Tak sempat aku nak elak. Tubuh aku memang lemah sangat saat ini. Sentuhan daripada Elhan itu lah yang menyalurkan sedikit kekuatan untuk aku terus bertahan.
"Sayang tak suka abang senyum kat doktor perempuan tu..abang nampak macam gatal sangat, doktor perempuan tu pun nampak gedik semacam.." aku jeling Elhan sambil tarik muka. Muncungku dah panjang ke depan.
"Tu yang susah jadi orang kacak ni, lain kali biar abang serabai jelah, takde siapa tergoda..Sayang, abang cintakan sayang seorang je..dah takde ruang untuk orang lain dalam hati abang ni.." Elhan luah rasa dengan penuh dramatik. Dibawanya telapak tanganku menyentuh dada kirinya.
"Erm, boleh percaya ke..? Lagi-lagi sayang dah macam ni, abang ingat sikit ni semua jadi sebab abang punya keje, ok..!" aku tegas mengingati Elhan tentang kehamilanku ini.
"Ya, semua salah abang. Ingat sangat..tapi abang tak sangguplah tengok sayang macamni, dulu pregnantkan Yumi, sayang macamni juga ke..?" Elhan menyoal dengan serius. Wajahnya nampak macam ada kekesalan yang tak bertepi.
Aku angkat bahu, sebelum menggelengkan kepalaku. Aku tak tahu nak jawab soalan Elhan itu, sebab aku sendiri tak ada langsung memori tentang itu. Segalanya lenyap dari ingatanku. Aku sendiri pun tak tahu aku pernah mengandungkan Arayumi. Dan mempunyai anak dengannya.
"Erm, restlah..sayang tu lemah lagi, abang teman ya, kalau nak apa-apa cakap je.." Elhan senyum, pipiku dikucupnya lagi.
Aku terjaga setelah beberapa jam tertidur. Mengerling ke arah Elhan yang sudah terlena di atas kerusi dalam keadaan duduk sebegitu buat hatiku hiba dan rasa sangat bersalah. Bersalah kerana telah menyusahkan dirinya dan sempat terfikirkan yang bukan-bukan tentang lelaki ini. Elhan yang tak pernah kenal erti penat melayanku dengan penuh keikhlasan. Jelas terpancar keikhlasan itu di wajahnya.
"Sayang..kenapa tenung abang macamni sekali, boleh kenyang ke..?" Elhan yang baru tersedar itu mengeliat membetulkan urat-uratnya yang terasa tegang. Meletup-letap tulang -temulangnya saat dia membuat sedikit regangan.
"Abang, sini kejap..duduk dekat sini" aku tepuk-tepuk lembut ruang kosong di sebelahku ini.
"Kejap ya, abang nak basuh muka dulu.." Elhan terus berlalu membawa dirinya ke dalam bilik air.
Sebentar kemudian, Elhan mendapat kan aku semula dan terus dia labuhkan punggungnya di sisiku. Aku menguntum senyum pada suamiku ini. Rambutnya yang sedikit berantakan aku elus perlahan dengan jejemariku untuk merapikannya semula. Aku senyum lagi.
"Erm, macam ni baru handsome.. abang, abang menyesal ke atas apa yang berlaku ni..?" aku elus lengan kekar Elhan.
"Sayang cakap apa ni, abang tak faham..?" Elhan angkat kening, pandangan tajam menikam tepat bebola mataku.
"Abang menyesal sebab my pregnancy..abang nampak macam tak suka..macam tak sedia.." aku luahkan apa yang kurasa pada Elhan sebentar tadi.
"Sayang...mengucap sayang, abang tak pernah rasa rezeki kurniaan Allah ni satu penyesalan. Abang malah teruja dan bersyukur sangat..tapi, abang cuma bimbangkan keadaan sayang..kalaulah sakit sayang tu boleh pindahkan pada abang, abang sanggup hadapinya.." kata Elhan bersungguh.
"Maafkan sayang, maafkan sayang, abang..berdosanya sayang pada abang, dah fikirkan yang bukan-bukan pasal abang.." air mataku sudah mengalir. Manik-manik jernih itu jatuh tanpa amaran, lebat dan laju.
"Hey, tak naklah macamni..sikit-sikit nak menangis, mungkin abang juga ada buat salah tanpa abang sedari..sampai sayang boleh fikir macamni..abang minta maaf sayang.." Elhan rangkul tubuhku ke dalam dakapannya. Erat pelukannya sehinggakan aku dapat merasai setiap sentuhannya itu disertai dengan kasih, sayang, dan cintanya yang tak pernah berhenti untuk diriku.
"Abang, sayang dah lapar.. rasa macam nak makan ayam goreng..and nak jumpa Yumi juga..rindulah dengan dia" aku tayang muka comel.
"Kalau macam tu, abang balik dulu..abang ni tak bawa apa-apa pun, nanti abang datang balik, bawa Yumi sekali..abang pun rindu si comel kita tu. Abang balik kejap ya..sayang makan makanan hospital ni dulu.."
"Abang kata nak balik..?" aku menyoal Elhan kerana dia masih tidak bergerak dari duduknya.
"Ya, lepas suapkan sayang makan..sayang kan dah lapar.." Elhan cuit hujung hidung mancungku.
"Abang makanlah sekali..kita kongsi.."
Elhan senyum meleret. Elhan hanya menjamah sedikit selebihnya dia suapkan ke mulutku sehinggalah kosong segala pinggan dan mangkuk yang berisi makanan yang telah disediakan oleh pihak hospital ini. Usai menyuapkan aku makan tengah hari itu, Elhan mengundurkan diri.
Sepeninggalan Elhan aku rasa sunyi kembali. Aku bangun dari katil dan bawa kakiku berjalan-jalan sekitar ruangan sederhana besar ini setelah merasakan diri ini bertenaga kembali. Aku berdiri di tepi jendela kaca itu melihat pemandangan di luar.
Aku senyum sendiri pabila terpandang gelagat sepasang suami isteri warganegara Korea yang baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital ini berdasarkan di sepasang tangan kekar suaminya penuh membimbit barangan milik isterinya. Isterinya pula kelihatan tengah sarat mengandung. Langkah wanita itu kelihatan terbatas kerana membawa perutnya yang besar. Comel je aku tengok cara dia berjalan bagaikan seekor penguin itu. Mengikut pandangan aku, mungkin si isterinya itu sedang mengandungkan anak kembar mereka agaknya.
Lantas aku elus perutku lembut yang masih lagi leper berikutan usia kandunganku yang masih terlalu muda. Baru nak masuk tiga minggu. Aku tersenyum lagi melihat pasangan itu apabila si suaminya sudah sedia untuk mencempung tubuh si isteri, namun sempat mereka bertengkar kecil kerana keengganan si isteri.
Akhirnya, apabila suaminya berura-ura untuk meninggalkan si isteri, si isterinya sendiri yang minta dirinya didukung. Sudah lebar depaan tangan si isteri meminta dirinya dicempung. Namun, si suami pula acah-acah merajuk. Drama swasta itu berlanjutan lagi, apabila dengan beraninya si isteri mengucup ulas bibir suaminya di khalayak ramai dan sekaligus membuatkan si suami terus mencempung isterinya dan mereka berlalu selepas itu.
Agak-agaknya kalau itu yang berlaku ke atas diriku, mungkin aku ambil langkah yang sama dengan apa yang dilakukan oleh wanita itu tadi. Lelaki ni bukannya apa, sengaja nakkan lebih perhatian!
Aku lepaskan keluhan berat. Lama pula aku rasakan pemergian Elhan. Padahal baru tiga puluh minit dia meninggalkan aku, entah-entah dia masih di dalam perjalanan.
'Ah, aku ni pun belajarlah hidup tanpa si Elhan tu sebentar. Tak boleh pula nak berenggang, kalau dekat nak berbalah pula!' aku marah diri sendiri.
Sudahnya, aku mengeluh lagi, lagi dan lagi! Bosan..!
Done update, sorry lmbt..kesihatan tak mengizinkan..hope enjoyed it, terima kasih diucapkan kepada readers yg masih sudi follow author..author amat menghargainya..
Share this novel