DALAM diam tak diam dah hampir tiga minggu aku duduk bersama acu Aura dan Dr Qayyum di rumah mewah ini.
Kini tibalah masanya untuk aku berpindah ke Terengganu sejajar dengan perancangan awalku ke bumi Malaysia ini. Kesemua urusan pemilikan penempatanku di Kuala Terengganu itu telah diuruskan oleh Dr Qayyum dengan jayanya.
Sebuah apartmen yang mempunyai tiga bilik, dua bilik air dan dua buah tempat parking kenderaan merupakan kediaman baru aku bersama tiga orang anakku di Icon Residence berdekatan dengan Kampung Tiong, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman ini. Sengaja aku memilih destinasi yang terkenal dengan pantai-pantai yang menarik dan tempat tumpuan pelancongan. Lokasi yang strategik, dan banyak menerajui sektor perhotelan itu, memudahkan untuk aku memperkembangkan lagi peluang pekerjaanku di sini.
Terdapatnya banyak fasiliti yang disediakan di kediaman ini, membuatkan aku tidak berfikir panjang untuk beralih angin ke sini. Sebagai permulaan aku akan mengisi jawatan sebagai Ketua Pengawai Operasi (COO) di Paya Bunga Hotel Sdn. Bhd. berikutan mempunyai kekosongan jawatan dan mungkin ini juga rezeki yang diperolehi dari anak-anakku, tanpa perlu aku menunggu terlalu lama. Bersyukur diri ini atas kurniaan Ilahi, aku mendapatkan peluang pekerjaan dengan kadar segera.
"Mommy esok Yumi dah mula bersekolah kan..?" Arayumi teruja untuk memulakan sesi persekolahannya.
"Ya, sayang..bukan kak Yumi seorang je, adik Eshal dan adik Arisha juga mulakan sesi persekolahan esok.. semuanya dah siap kan..?" aku elus kepala Arayumi dengan lembut yang sedang memeriksa semula perkakas persekolahannya di dalam beg sekolahnya itu.
"Dah mommy, kami dah kemas awal- awal semua peralatan persekolahan kami, kak Yumi dah periksa beg adik-adik, semuanya lengkap, mommy" Arayumi tersenyum girang.
"Bagus, kak Yumi...tolong adik-adik, ok... sekarang mommy nak periksa semula beg kamu bertiga. Kak Yumi bawa adik-adik tidur, esok nak mula sekolah dah, jangan menangis pula ya.." pesan aku pada anak-anakku. Senyuman masih aku kekalkan di wajahku.
Pagi itu aku bangun seawal lima pagi untuk menyiapkan sarapan untuk anak-anakku sebelum mereka berangkat ke sekolah. Menyediakan bekal makanan untuk Arayumi, Eshal dan juga Arisha. Walaupun di sekolah menyediakan makanan yang dijual di kantin, namun aku lebih suka jika Arayumi, Eshal dan juga Arisha makan dari air tanganku sendiri. Dengan itu, secara tidak langsung aku dapat mengajar mereka bertiga berjimat cermat dan memupuk amalan menabung dari sejak kecil lagi.
Tepat pukul lapan empat puluh lima minit pagi aku sampai di syarikat Paya Bunga Hotel Sdn. Bhd. Ada berbaki lima belas minit lagi aku akan memulakan tugas pertamaku di Paya Bunga Hotel ini. Pada hari pertama aku hanya diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat ini kepada para karyawan syarikat ini. Tidakku menjangakan, CEO syarikat ini rupanya masih muda, hanya beberapa tahun jarak umurnya denganku. Aku berusia tiga puluh lima tahun ni manakala, dia berumur tiga puluh sembilan tahun.
"Welcome, Bella..to Paya Bunga Hotel Sdn. Bhd...i hope you betah bekerja di sini, semoga kedatangan anda di sini membawa khabar gembira pada Paya Bunga Hotel.." ucap CEO Paya Bunga Hotel Sdn.Bhd., encik Eijaz.
"Thank you encik Eijaz, i akan buat yang terbaik untuk Paya Bunga Hotel Sdn. Bhd, semoga kita semua dapat bekerjasama dengan baik. I don't let you down.." aku berjabat mesra dengan para karyawan sambil mempamerkan senyuman manis.
"Erm..Bella, tolong masuk ke pejabat saya lepas ni, saya ada benda nak discuss.." arah encik Eijaz padaku. Senyuman meleret menghiasi wajah tampan itu.
Aku hanya membalas senyuman yang diukir di wajah encik Eijaz itu dengan melempar senyuman nipis. Beberapa saat kemudian, aku sudah terpacak di luar bilik pejabat milik encik Eijaz dan segera mengetuk daun pintu bilik itu terlebih dahulu. Mendengar suara garau milik encik Eijaz di dalam yang mengarahkan aku masuk ke dalam bilik itu, segera aku melangkahkan kaki kananku terlebih dahulu untuk mendapatkan ketua aku itu yang sedang duduk di kerusi empuknya.
"Erm..duduk Bella, takkan nak berdiri lama-lama depan saya ni.." Encik Eijaz berdeham, membetulkan kaca mata yang tersangkut di batang hidungnya yang mancung bak seludang.
"Terima kasih encik Eijaz. Ada apa-apa yang perlu saya lakukan.." soalku tatkala melabuhkan punggung di kerusi hadapan meja kerja sang ketua.
"Santai dulu Bella, by the way boleh ke saya panggil dengan nama panggilan tu, tak perlu cik..atau puan di hadapannya?" Encik Eijaz bangun dari kerusinya dan melabuhkan duduknya di pinggir meja kerjanya, hampir rapat kedudukannya denganku.
"Erm..mm, mana yang selesa buat encik Eijaz, saya tak kisah.." berdeham aku seketika, terbata-bata aku menjawab soalan yang dilemparkannya tadi, tatkala sepasang mata bulat hitam encik Eijaz memanah wajah mulusku.
"Oklah..kalau macam tu, saya panggil awak Bella, selaku COO syarikat, saya dengan suka citanya melantik awak sebagai PA kepada saya juga. Dengan itu, lebih memudahkan kita untuk berganding bahu menjayakan syarikat perhotelan ini.. saya harap awak tak keberatan, Bella.." Encik Eijaz menundukkan sedikit wajahnya saat berbicara denganku.
Merinding jadinya aku di atas kerusi ini apabila lelaki itu mengoyakkan senyumannya. Dia ni dah kenapa? Sengaja atau ini cara dia untuk berbual dengan lawan bicaranya. Aku hanya terkaku tanpa sebarang bicara. Rasanya seperti dejavu, kerana aku pernah merasakan perkara yang sama sewaktu bersama arwah Zill Qayyim dan tidak ketinggalan ketika berbincang sesuatu perkara bersama Elhan.
Petikan jari yang tepat dihalakan di hadapan wajahku ini, menyentak diriku. Segera aku tegakkan semula tubuh yang hampir melorot. Renik-renik jernih yang membasahi tepi wajah aku kesat dengan hujung jemari. Namun, pantas jejemariku digengam erat oleh jari-jemari kasar encik Eijaz membuatkan jantungku hampir berhenti berdegup.
Tanpa mempedulikan encik Eijaz, cepat-cepat aku merentap jari-jemariku dari genggamannya dan terus membawa diriku keluar dari pejabatnya. Sangkaku, encik Eijaz akan membiarkan sahaja tindakanku itu. Rupa-rupanya, sangkaanku meleset sama sekali.Tanganku terasa ditarik dari belakang. Spontan aku memalingkan wajah dan hampir aku tersembam ke dada bidang encik Eijaz.
Dah la aku ni tak berapa nak tinggi.. kalau bercakap dengan encik Eijaz ni aku kena mendongak. Entah bila la mamat ni keluar mengikutiku. Tak pula aku dengar derap langkahnya tadi. Eh, kan karpet bilik mamat tu tebal, mana nak dengar pun...
Tangan kulepaskan daripada pegangannya. Mata kami bertembung, dan segera aku mengalihkan pandangan. Tak sanggup untuk aku bertentang mata dengan lelaki ini yang mempunyai panahan mata yang begitu tajam. Dengan senyuman manis menghiasi wajahnya tak pasal-pasal boleh buat jantungku luruh dari tangkainya, namun masih tidak mampu mengalahkan panahan mata Elhan, lelaki pertama yang mencuri hatiku. Tiba-tiba hati bergetar sayu. Terus aku berlari ke tandas melarikan diriku yang hampir ingin merembeskan air mata.
Merah kedua-dua belah biji mataku memujuk diri untuk tidak menangis, namun jiwaku begitu rapuh. Tersedu-sedan diriku menangis di dalam tandas itu. Rinduku semakin sarat buat Elhan, suamiku yang tercinta. Tapi masih layakkah gelaran SUAMI itu aku gunakan untuk dirinya. Sudah tujuh tahun aku berpisah dengan dirinya yang hilang tanpa sebarang berita. Kemana dirimu menghilang wahai sayangku? Tidakkah dirimu merindui diri ini lagi? Tidakkah dikau fikirkan tentang anak-anak yang kehilangan kasih sayang seorang bapa sejak kecil lagi..? Mana janji-janji yang kau taburkan pada kami, Elhan?
Dada yang semakin sesak aku pukul-pukul dengan kepalan tanganku. Esakkan yang semakin menggila membuatkan aku segera menekup mulutku dengan telapak tangan. Khuatir jika suaraku kedengaran oleh pekerja syarikat yang lain. Terutamanya, kak Siti yang sedikit kepoh orangnya. Sedang leka aku melayan perasaan sedih ini, bunyi telefon yang agak nyaring di poket baju kurungku segera aku angkat. Aku geserkan jari telunjukku di skrin benda pipih ini ke butang yang berwarna hijau pabila panggilan ini dari Brainy Bunch, tempat Eshal dan Ashira menuntut ilmu buat kali pertama di bumi Malaysia ini.
"Assalamualaikum puan Bella, i'm teacher Zulaikha, call from Brainy Bunch, Ashira not feeling well..puan, boleh puan datang sekarang.." suara lunak teacher Zulaikha yang cemas menampar gegendang telingaku.
"Waalaikumussalam..teacher Zulaikha, baiklah saya ke sana sekarang.." aku segera matikan talian sebelum sempat cikgu tersebut menyambung kata-katanya.
Tidak menghiraukan apa-apa lagi segera aku dapatkan encik Eijaz di pejabatnya. Aku terus merempuh masuk ke dalam bilik ketuaku itu tanpa sebarang mukadimah. Lantas aku memberitahu tujuanku melulu masuk ke dalam ruangan kerjanya ini.
"Encik Eijaz, saya minta cuti dua hari, ada urusan penting yang terpaksa saya uruskan, saya minta diri dulu.." pintaku pada encik Eijaz.
"Bella, awak ok ke tak ni..? Awak buat saya risau, Bella..awak baru lepas menangis ya..?"
"Maaf, encik Eijaz..saya takde masa untuk jelaskan semuanya sekarang tapi tolong berikan kebenaran, jangan halang pemergian saya, encik Eijaz.."
Aku dengan pantas menyentap lenganku yang di dalam pegangan encik Eijaz. Lantas aku berlari keluar dari bilik lelaki itu. Air mata yang sudah membanjiri wajah hanya aku biarkan tanpa ada hati untuk menghapuskan -nya. Semakin aku hapus, semakin berjuraian manik-manik jernih itu jatuh seperti terurainya butir mutiara-mutiara dari seutas tali yang mengikat butiran itu.
"Wait, Bella...biar saya yang hantar awak, saya risaukan awak memandu dalam keadaan tertekan begini..." ujar encik Eijaz yang menahan aku di muka pintu keretaku yang telah terbuka.
Aku hanya mengikuti encik Eijaz tanpa membantah lagi. Air jernih yang terurai aku hapus dengan jejemariku, namun pantas encik Eijaz menghulurkan sapu tangan kecilnya yang tersisip di kot hitam yang membaluti tubuh sasanya.
Aku lambat-lambat mengambil huluran daripadanya itu. Jarak yang begitu hampir membuatkan aku kurang selesa saat ini. Terus aku larikan pandanganku ke luar tingkap kereta mewahnya itu.
"Bella, awak nak pergi mana sebenarnya ni..kenapa awak kelihatan sangat sedih..?" soal encik Eijaz yang kelihatan risau.
"Brainy Bunch...tolong hantarkan saya ke sana..anak saya sakit encik Eijaz.."
"Hey, janganlah menangis lagi, mata awak dah naik bengkak dah ni..dekat je tu, lima minit lagi kita sampai..anak..?! Awak dah..."
Aku biarkan soalan encik Eijaz tanpa jawapan. Sebaik sahaja kereta mewah itu berhenti segera aku keluar dari perutnya dan terus mendapatkan teacher Zulaikha yang sedang menunggu ketibaanku di muka pintu premis ini.
"Teacher Zulaikha, mana anak saya Arisha...?"
"Mommy....adik Arisha ada dekat sana tu..dengan teacher Mei Ling.." Eshal berlari mendapatkan aku di pintu kelasnya.
Eshal memimpin lenganku lalu dihampiri teacher Zulaikha saat ini dan terus mempelawa aku melihat keadaan Arisha yang sudah terbaring di atas sebuah katil ditemani seorang gadis berbangsa cina. Mungkin, inilah teacher Mei Ling yang diperkatakan oleh Eshal. Encik Eijaz yang baru muncul di muka pintu hanya memerhatikan perbincangan aku bersama kedua-dua orang guru yang mengajar di kelas Eshal bersama Arisha.
"Puan Bella, rasa eloklah kita hantar Arisha ke hospital sekarang, dia nampak lemah sangat ni..kebetulan puan Bella datang bersama suami, elok sangatlah tu, bolehlah daddy dia tolong dukung Arisha sekarang..."
"Teacher Zu dah salah faham ni...encik.." panahan mata encik Eijaz yang merenung wajahku sekaligus mencantas bicaraku.
"Takpe, Bella..biar saya dukung Arisha...kita bawa dia ke hospital sekarang..." encik Eijaz bisikkan kata itu di cuping telingaku.
Arisha yang didukung encik Eijaz memeluk tubuh kekar lelaki ini seerat-eratnya. Aku membawa Eshal bersama dan terus sahaja mengejarkan Arisha ke hospital. Teacher Zulaikha pula mengikuti kami dari arah belakang. Hospital Salam Specialist dituju oleh encik Eijaz kerana jaraknya yang begitu hampir dengan tempat asuhan itu.
"Daddy...daddy jangan tinggalkan Arisha ok, Arisha takut..." Arisha yang separa sedar meracau-racau menginginkan kehadiran seorang bapa saat ini. Kuat jejemari kecilnya menggenggam jejemari kasar milik encik Eijaz.
"Sshh... daddy ada ni sayang, daddy takkan tinggalkan Arisha..Arisha kuat ya.." pujuk encik Eijaz sambil mengusap rambut panjang Arisha dengan lembut.
Lantas dikucupnya ubun-ubun Arisha penuh kasih. Lagaknya seperti Arisha itu seperti anaknya sendiri. Aku hanya mampu melihat sambil lengan kecil Eshal aku paut erat. Hilang segala kosa kataku saat ini untuk berbicara.
"Maaf encik, puan...setelah membuat segala pemeriksaan, anak puan kekurangan sel darah merah dalam tubuhnya, dan saya dapati anak encik, puan didiagnos sebagai seorang pesakit Talasemia..walaupun ini masih di tahap penilaian, saya akan pantau anak encik, puan dari masa ke semasa. Buat masa ini, anak encik dan puan terpaksa kami tahan di dalam wad untuk pemeriksaan lanjut.." terang panjang lebar seorang doktor wanita separuh baya yang dikenali sebagai Dr Shiya.
"Separah mana penyakit anak saya doktor..? Dia baik-baik sahaja kan doktor...?" aku sudah tidak senang duduk di atas kerusi berhadapan dengan Dr Shiya di dalam ruangan kerjanya.
"Sabar, puan.. pihak kami masih memantau keadaan anak puan dan encik. Buat masa ini, keadaan Arisha agak membimbangkan juga, kami terpaksa jalankan transfusi darah (pemindahan darah) dan ada sesiapa di antara puan dan encik berdua yang mempunyai golongan darah jenis A+. Malangnya, pihak hospital kekurangan bekalan jenis ini. Jika puan atau encik mempunyai golongan darah yang sama boleh ikut saya segera.." terang Dr Shiya panjang lebar.
"Saya doktor, golongan darah saya sama dengan Arisha..." Encik Eijaz menawarkan dirinya untuk mendermakan darah buat Arisha.
Aku terpegun di tempat dudukku. Terus tubuh Eshal aku dakap erat dari arah belakang yang sedang aku pangku di dalam ribaanku.
"Alhamdulillah, encik Eijaz boleh ikut saya sekarang.." Dr Shiya senyum lega.
"Encik Eijaz...saya..no..tak.." kepalaku gelengkan, lantas lengan kekar itu aku paut, serta-merta menghalang langkahnya dari mengikuti Dr Shiya yang sudah menapak keluar dari pintu bilik ruangan kerjanya.
"So... ok, Bella..anggap saja ini takdir...saya pergi dulu, awak jaga diri dengan Eshal..semuanya baik-baik sahaja, teruskan berdoa.." Encik Eijaz elus lembut bahuku sebelum dirinya membuntuti langkah Dr Shiya ke sebuah bilik.
Aku bersama Eshal masih setia menunggu di luar bilik rawatan itu. Hampir setengah jam aku menunggu penuh debaran di hati, kemunculan encik Eijaz bersama Dr Shiya membuatkan aku berasa lega. Eshal sudah tertidur di pangkuanku.
"Alhamdulillah, puan Bella..Arisha seorang anak yang kuat. Transfusi darah juga sudah berjalan dengan lancar. Now, Arisha dipindahkan ke wad kanak-kanak di tingkat dua, bilik tiga Chempaka. Puan boleh melawat anak dalam beberapa minit lagi. Encik Eijaz boleh berehat dulu ya..jika tiada apa lagi, saya minta diri dulu.." terang Dr Shiya sambil mengukirkan senyuman di wajahnya.
"Dr Shiya, boleh saya tahu.. berapa lama Arisha akan admit..?" soal aku pada Dr Shiya.
"Insya Allah, puan Bella..jika keadaan Arisha sudah semakin membaik, mungkin dua atau tiga hari bergantung dengan keadaan anak puan dan encik, jangan risau pihak kami akan memantau condition Arisha dari masa ke semasa..dan akan memaklumkan pada puan dan encik kemudian.. maafkan saya, saya minta diri dulu.." Dr Shiya mengundurkan diri, sempat dia menepuk-nepuk lembut bahuku dengan riak wajahnya yang penuh ketenangan.
Melihat air muka Dr Shiya yang jernih itu, membuatkan diriku menghembus kan nafas lega yang sejak dari tadi berasa sempit dan sesak. Kehadiran teacher Zulaikha yang tetap setia menunggu bersama denganku sejak mula-mula tadi, sedikit sebanyak menyuntikkan secebis semangat buatku untuk kekal berfikiran positif.
"Puan Bella... saya minta diri dulu, bersabar ya puan, saya doakan Arisha cepat sembuh..Eshal jangan naughty ok, ikut cakap mommy and daddy... doakan your twins get well soon, teacher Zu, balik dulu..." Teacher Zulaikha mengelus lembut kepala Eshal lantas bersalaman denganku.
Sempat juga kami berpelukan sebentar dan kekura lenganku ditepuk lembut oleh guru tadika itu sebelum dirinya melangkah pergi meninggalkan aku bersama Eshal di bilik wad yang menempatkan Arisha. Encik Eijaz pula sedang berehat di sofa yang disediakan oleh pihak hospital di dalam bilik wad ini.
Aku mengarahkan Eshal untuk menyertai encik Eijaz di sofa itu tanpa mengganggu jejaka itu untuk merehatkan dirinya. Eshal akur dengan arahanku hanya duduk diam di sofa tunggal itu. Aku ukir senyum pada Eshal sebelum beralih kepada Arisha yang terbaring lemah di atas katil hospitalnya.
Aku tepuk-tepuk lembut bahu Arisha yang sedikit terganggu lenanya. Arisha mula merengek dan mengadu dirinya berasa sakit-sakit dan menginginkan kemunculan bapanya saat ini. Bibir kecil pucatnya itu tidak putus-putus menyebut kata daddy membuatkan diriku sudah tidak tenang. Mengalir air mataku dan dengan penuh kelembutan aku memujuk rengek Arisha yang berpanjangan itu sehingga menyentak lena encik Eijaz.
Tanpa berlengah encik Eijaz segera mendapatkan Arisha di katilnya itu. Lengan kecil Arisha dielusnya lembut dan memaut lembut jejemari kecil Arisha dengan jejemari kasarnya.
"Arisha... hey, daddy Eijaz here, sshhh, don't cry sayang...daddy don't leave you.." pujuk encik Eijaz lembut.
Arisha terus memeluk tubuh kekar encik Eijaz seerat-eratnya seperti merindukan kasih seorang bapa. Aku sudah tidak dapat memujuk hatiku yang menjadi sayu dan sesak menyaksikan detik itu terus sahaja laju mengalirkan air mata.
'Terima kasih encik Eijaz, terima kasih di atas segalanya yang kau lakukan untuk kami..' hatiku membisikkan kata itu.
Namun, di sudut hatiku masih mengharapkan kemunculan Elhan saat ini. Argh, kau membuatkan hatiku semakin membencikan dirimu yang egois, Elhan! Hatiku menjerit.
Alhamdulillah...Done update bab seterusnya, sorry lmbat..busy melanda...terimalah seadanya...
Share this novel