AKU jalan berpimpinan tangan bersama Arayumi memasuki ruangan lobi Amerikan Hastanesi dengan hati yang riang. Tidak lupa membawa dua jambangan bunga tulip berwarna merah dan kuning yang sudah siap digubah cantik untuk Elhan dan juga Zill Qayyim. Langkah Arayumi yang dirasakan terlalu lambat itu, terus aku bawa dia ke dalam dukunganku.
Butang nombor tiga terus aku tekan apabila diri menerobosi perut lif itu. Beberapa minit kemudian, aku mula mencari bilik wad yang menempatkan kedua-dua jejaka itu. Bilik Yedi Mavi Gül atau bilik Tujuh Ros Biru yang tertera di muka pintu itu aku tujui. Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik itu seraya melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Arayumi sudah aku turunkan semula, dan terus dia berlari mendapatkan bapanya apabila sepasang matanya sudah terpandang kelibat lelaki itu yang sedang duduk bersandar di kepala katil hospitalnya. Di sebelah kirinya pula terdapat Zill Qayyim yang masih terbaring lemah.
"Arayumi..jangan lari-lari, nanti jatuh.." tegahku pada si kecil. Dia sudah berada di dalam ribaan bapanya itu.
"Arayumi rindu papalah, mommy Ara.." seraya tubuh Elhan dipeluk dengan sepasang tangan kecilnya itu.
Elhan tersenyum manis, seraya membalas pelukan daripada anak kecilnya itu. Aku pula sudah melabuhkan punggungku di atas kerusi yang terdapat di sisi katil hospital yang menempatkan Elhan, lantas aku bertanyakan keadaannya.
"Encik Elhan dah ok..? maafkan saya sebab saya, encik Elhan jadi begini..?" kataku serba-salah. Jambangan bunga Tulip yang berwarna kuning itu aku serahkan kepadanya.
"Awak...awak ni Bella kan..? Arabella Alexandria Yong..? Kenapa ber 'encik' pula dengan abang..kan abang kata panggil abang.." suara itu berlagu sendu. Ada nada rajuk dalam kata-katanya itu.
"Abang Elhan dah ingat semula...ya saya ni Bella...Bella, abang Elhan.." kataku teruja. Mataku berkaca-kaca. Gembiranya bukan kepalang.
"Sini sayang...abang rindu sangat-sangat dengan sayang...abang minta maaf sebab abang tiada di sisi sayang saat sayang perlukan abang. Abang minta maaf..keadaan terlalu memaksa dan kejam dengan cinta kita..." luah Elhan lalu menarik lenganku untuk duduk lebih rapat dengan dirinya.
"Sudahlah abang...perkara pun dah berlaku, yang penting sekarang abang dah sihat semula..ingatan abang pun dah pulih..i'm very happy for this, rasa bersyukur sangat-sangat..." jejemarinya aku genggam erat.
"Yelah...bersyukur sangat, kita dah bersatu semula sebagai satu keluarga yang lengkap.Erm, satu lagi jambangan bunga tu untuk siapa...?" soal Elhan kepadaku. Ada nada cemburu terselit pada kata-katanya.
"Oh, yang ini untuk orang kat sebelah katil abang nilah..kenalkan abang Zill Qayyim.." soalku semula.
"Kenallah...abang ingat semua dah..memori masa lalu dan juga masa sekarang...takde satu pun yang tertinggal..pergilah lawat dia, abang izinkan..." aku angkat punggung dan berlalu ke katil sebelah kiri itu.
Aku mendapatkan Zill Qayyim di katil sebelah. Dia juga sudah bangun dari lenanya, hanya membawa tubuhnya yang semakin susut duduk bersandar di kepala katilnya, tetapi kelihatan dia agak lemah berbanding Elhan. Ingin aku membantu, namun dia pantas menolak.
Tangannya mengamit Elhan untuk bersama menyertai aku yang duduk di kerusi berhampiran katil hospitalnya.
Elhan akur dan membawa Arayumi bersama. Elhan sudah melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan denganku sambil meriba anak kecilnya itu. Zill Qayyim tersenyum nipis, sepertinya dia tidak beberapa selesa, terpaksa melihat kedekatan aku bersama Elhan itu.
"Ara...saya serahkan semula awak pada Elhan..saya minta maaf sebab selama ni, saya tidak mengetahui awak adalah milik lelaki ini...tapi percayalah Elhan, aku belum pernah meniduri Ara, walaupun hati aku ini selalu mendambakannya..aku minta maaf pada korang berdua...jujur aku betul-betul tak tahu Ara ni isteri kau.."
"Aku maafkan kau, Zill...jika aku di tempat kau pun, aku akan lakukan benda yang sama... siapa je yang tak tergoda dengan kecantikkan gadis seperti Arabella, dia cantik luar dalam..bagi aku dia gadis yang sangat istimewa..." tersipu malu aku mendengar pujian daripada Elhan. Lantas aku tundukkan pandangan.
"Kau beruntung Elhan dapat isteri sebaik dia..tolong jaga amanah Allah ini baik-baik, Elhan..aku dah jalankan tanggung jawab aku dan sekarang aku minta kau pula galas tanggung jawab ini.." Zill Qayyim berjeda sebentar. Lengan Elhan diambilnya dan dia letakkan jejemariku di dalam telapak tangan lelaki itu. Kemudian, Zill Qayyim menyambung semula bicaranya.
"Aku tahu, aku sudah tidak punya masa yang banyak lagi..tolong siapkan projek yang terbengkalai itu sebelum aku menutup mata..itu merupakan impian terakhirku dan aku minta korang tunaikanlah permintaan terakhir aku ini.." sayu bicaranya. Jejemari kami bertiga sudah bergabung di dalam satu genggaman yang utuh dan erat. Dingin sentuhan Zill Qayyim masih terasa, sempat menyentap relung hatiku.
"Abang Zill, jangan cakap macam ni please...Ara yakin abang boleh lawan penyakit abang tu...tolong abang Zill, kuatkan semangat..Ara minta maaf di atas segalanya..Ara nak ucap terima kasih banyak-banyak pada abang Zill, tak terbalas budi abang Zill pada Ara..." air mataku mengalir jua setelah puas aku menahannya dari tadi.
"Ish...kenapa semua orang sedih-sedih ni...janganlah menangis.. Papa..tadikan, mommy Ara ada buat sandwic...jom makan, Arayumi laparlah.." kata-kata Arayumi seraya membuatkan aku, Elhan dan Zill Qayyim tertawa semula.
Keletah Arayumi membawa kecerian semula pada Zill Qayyim, Elhan dan aku yang dirundum pilu. Kami sama-sama berkongsi makanan yang tak seberapa itu. Namun, aku lihat ketiga-tiga mereka begitu berselera menikmatinya. Mujur aku sediakan dalam kuantiti yang agak banyak tadi, kalau tak..mungkin salah seorang dari mereka bertiga tidak merasa.
"Alah, sandwic je pun...tak payahlah nak puji melambung sangat...saya ni bukannya pandai masak pun..." jujur aku pada mereka bertiga.
"Tapi, dalam tak pandai tu...ada bakat yang terpendam...sedap sungguh, kalah chef hotel lima bintang tu..." Elhan dan Zill Qayyim bersuara serentak, terkejut aku dibuatnya. Boleh pulak ayat yang sama terkeluar dari dua mulut yang berbeza. Nak kata kembar, jauh sekali.
"Eh, kejap...sembang-sembang juga, bila abang Elhan dengan abang Zill boleh discharge..." bekal yang telah kosong itu aku masukkan semula di dalam beg kertas itu.
"Insya Allah...doktor kata hari ni abang dah boleh balik, tak tahulah pulak abang Zill.." ujar Elhan yang sudah kembali di katilnya.
"Kalau ikutkan, abang Zill lama lagi dalam ni, tapi abang Zill minta balik, rehat jelah di rumah..dah takde harapan, ubat-ubat pun dah tak berkesan, sekadar menahan sakit je.." Zill Qayyim pula meluahkan rasa. Keluhan kasar itu terlepas di bibirnya yang memucat.
"Kalau macam tu, abang Zill tinggal dengan kami jelah..boleh kami tengok-tengokkan..." Elhan memberikan cadangan.
"Terima kasihlah, Elhan..abang tak nak menyusah kamu berdua..lagi pun tak manis pulak, kamu berdua baru je nak bersatu..biarlah abang Zill tinggal je dengan uncle Qayyum..uncle Qayyum pun dah upah seorang jururawat lelaki untuk tengok -tengokkan abang Zill, jangan risaulah.."
"Erm...lega sikit dengar, abang duduk jelahlah dekat rumah arwah daddy Ayaz tu, tolong tengokkan sekali. Ara dah pindah rumah abang Elhan.." aku ukir senyum nipis pada Zill Qayyim, sebelum menata pandanganku pada Elhan yang sudah berbaring sambil melayan kerenah Arayumi di atas katil hospitalnya itu.
Zill Qayyim angguk kepala tanda setuju dengan cadanganku. Lewat petang itu, Zill Qayyim dan Elhan sudah dibenarkan pulang semula ke rumah. Setelah menyelesaikan segala urusan di hospital itu, kami menuju ke destinasi masing-masing usai berpamitan sebentar tadi. Elhan memeluk tubuh Zill Qayyim yang berada di atas kerusi roda itu dengan mesra. Aku hanya menundukkan sedikit kepalaku tanda hormat kepadanya, cuma Arayumi sahaja yang bersalaman dengan 'uncle daddy'nya itu.
Entah dari mana pula si kecilku ini mendengar perkataan itu. Zill Qayyim yang sudah digelarkan 'uncle daddy' itu kelihatan ceria semula. Celoteh Arayumi membuatkan Zill Qayyim tidak kering gusi sedari tadi. Senang hatiku melihat lelaki itu gembira. Tiada lagi terciptanya perselisihan faham antara kami bertiga. Elhan juga dapat menerima kehadiran Zill Qayyim dengan baik. Tidakku sangka dia sudah menganggap Zill Qayyim bagaikan abang kandungnya sendiri.
"Insya Allah abang Zill, saya akan sedaya upaya melaksanakan impian abang Zill tu...saya juga akan sentiasa mendoakan kesihatan abang, sampai kita jumpa lagi...kami minta diri dulu.." ucap Elhan ikhlas. Aku tahu dia benar-benar memaksudkan kata-katanya itu.
"Uncle daddy jangan lupa makan ubat tau...kalau ubat tu tak sedap, bayangan Arayumi yang tengah suapkan uncle daddy ubat tu tau..gerenti sedap macam candy.." Arayumi pula bersuara di dalam dukunganku.
"Yelah, sayang..petah betul bercakap macam mommy Ara dialah ni..jangan nakal-nakal tau..ikut cakap papa dengan mommy Ara..kalau nakal nanti uncle daddy tak nak kawan dah.."
"Alaa...janganlah macam tu...uncle daddy je kawan Arayumi ada, selain papa, mommy Ara, nek bik Jorah dengan nanny Lynna.." bibir kecil itu sudah muncung sedepa ke depan.
"Yelah...uncle daddy kawan Arayumi.. tolong doakan uncle daddy cepat sihat ya..uncle daddy sayang Arayumi.." Zill Qayyim kucup ubun-ubun Arayumi sebelum dibawa pergi oleh seorang jururawat lelaki yang diupah oleh uncle Qayyum.
Melihat itu, hatiku jadi hiba semula. Teringat suatu masa dulu, dia sempat mengimpikan seorang anak secomel Arayumi denganku. Air mata yang jatuh segera aku hapus dengan telapak tangan. Tidak mahu sampai Elhan dan Arayumi melihatnya.
"Abang nak drive ke..?" soalku pada Elhan setelah mendapatkan keretanya itu.
"Takpelah, sayang je yang drive.. kepala abang ni pun masih terasa berdenyut sikit.." adu Elhan yang sudah melabuhkan punggungnya di kerusi penumpang belakang.
Ada kerusi khas kanak-kanak yang terpasang di tempat duduk hadapan itu menyebabkan Elhan terpaksa mengambil tempatnya di belakang. Lupa pula aku ingin mengalihnya semula. Setelah memakaikan tali pinggang keselamatan pada Arayumi, aku memulakan perjalanan kami.
***
Hampir satu jam meredah kesibukan jalan raya sebentar tadi, kami selamat tiba di kediaman milik Elhan semula. Aku kejutkan Arayumi terlebih dahulu sebelum aku mengejutkan Elhan. Dua beranak ni tidur rupanya, patutlah aku rasa sunyi sepi aje dalam kereta ni tadi.
Arayumi masih tidak sedar setelah aku kejutkan dia berulang kali sebentar tadi. Barangkali kepenatanlah tu, asyik sangat berceloteh dengan uncle daddynya itu. Abang Zill pun suka melayan, memang menjadi-jadilah si kecil ini.
Aku beralih pula pada suamiku, Elhan. Aku tepuk-tepuk lembut pipinya seraya mengoncangkan sedikit bahunya. Tidak lama kemudian, dia kembali membuka matanya. Mengeliat sebentar merengangkan urat-uratnya yang tegang.
"Arayumi mana...?" soalnya ringkas.
"Tidur kat seat depan tu..tak bangun- bangun..penat sangatlah tu.."
"Takpelah, biar abang dukung dia, sayang bawa barang-barang abang ni.."
"Boleh ke, kepala abang tu kan sakit lagi.."
"Dah ok dah...tidur tadi hilanglah pening, dapat tengok wajah sayang dekat-dekat macam ni, lagilah cepat baik sakit abang ni.." Elhan senyum gatal.
"Ish, abang ni..dulu agaknya dengan arwah kak Bellina, mesti abang gatal macamni kan..?" aku jeling manja.
"Tak...dengan Bella seorang je..nantilah abang ceritakan pasal arwah..ada cerita yang perlu sayang tahu.."
Elhan segera mencempung tubuh Arayumi untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Sempat menyapa bibik Jorah sebentar di muka pintu itu. Setelah meletakkan tubuh Arayumi di atas katil dalam bilik tidur anak perempuannya itu, Elhan segera menapak ke dalam kamar tidurnya. Aku pula terkulat-kulat di hadapan muka pintu itu. Tiba-tiba aku rasa janggal untuk berdua-duaan dengan lelaki ini di dalam bilik itu.
"Masuklah sayang, ni kan bilik sayang juga...kenapa pulak nak segan, kitakan suami isteri.." Elhan hentikan langkahnya, lenganku ditarik lembut mengiringi langkahnya semula ke katil yang luas itu.
"Abang ada bukti..valid lagi ke pernikahan kita tu..kenapa Bella tak ingat apa-apa pun pasal ni..?"
"Sayang...sini, duduk sini..tunggu abang mandi kejap, nanti abang ceritakan semuanya..." Elhan berlalu ke kamar mandi.
Aku setia menantikan Elhan di birai katil itu. Sebelum itu, aku asingkan semua pakaian kotor Elhan di dalam bakul khas yang diletak di tepi almari pakaian itu. Tidak lama selepas itu, Elhan yang sudah lengkap berpakaian, mendapatkan aku semula di birai katil itu, dia labuhkan punggungnya di sisiku.
"Baiklah...sayang tanya tadi kan, ni semua bukti tentang pernikahan kita.." aku ambil huluran fail berwarna kuning itu daripada tangan Elhan. Satu per satu aku belek sijil-sijil pernikahan kami. Satu sijil di Turki dan satu sijil lagi di Malaysia. Ada juga beberapa keping gambar sekitar pernikahan kami terakam di dalam kepingan kertas keras itu bersaiz 3R itu.
"Abang dah pun daftarkan pernikahan kita di Malaysia sebaik sahaja kita balik ke Malaysia semula.."
"Kejap...kita nikah di Turki..masa tu bila pula..?"
"Sayang ingat tak, masa program pertukaran pelajar tu. Kan kita sama-sama dapat pergi Turki..masa tu entah macam mana hotel yang kita nak check-in tu dah penuh, betul-betul ada satu bilik yang tinggal. Sayang dengan abang terus buat keputusan untuk bernikah, time tu juga kebetulan jumpa arwah daddy Ayaz, sayang bawa abang jumpa daddy Ayaz terus, kata kita nak bernikah. Yang miraclenya, malam tu juga kita nikah.Ingat lagi tak mas kahwin sayang apa..?"
Aku geleng kepala. Tiada satu pun memori tentang itu yang terakam di minda. 'Aku hilang ingatan juga ke..?' soalku dalam hati.
"Hanya sehelai selendang putih dan tak silap abang, wang hantaran sayang abang gunakan duit tabungan abang, rasanya adalah dalam tujuh ribu.."
"Banyaknya..kita ada buat majlis ke.."
"Ada..kecil-kecilan je..kita buat dekat rumah daddy Ayaz, hanya arwah daddy Ayaz dengan acu Aura je yang tahu.."
"Mommy Aralynn...?"
"Erm...pasal mommy Aralynn kita postponed sekejap...abang nak cerita pasal kita dulu..."
Aku mendengar penuh minat. Banyak betul yang terjadi sebenarnya pada aku kira-kira tiga tahun lepas. Tapi aku benar-benar pelik, sebab memori tentang pernikahanku sehinggalah aku selamat melahirkan anakku, tiada langsung terakam di dalam memoriku ini. Apa yang terjadi sebenarnya...?!
"Cepatlah abang..sambung balik cerita tadi.." rengekku pada Elhan.
"Kita makan dulu sayang, abang laparlah...tekak ni pun dah kering asyik bercakap dari tadi.." Elhan beralasan.
Aku dah mencebik. Terus aku bangun dah melangkah keluar dari bilik ini. Merajuklah konon. Tapi tak sempat pun nak melangkah jauh, baru beberapa tapak, lenganku diselar oleh lengan kekar Elhan. Terus terjatuh tubuhku menindih tubuh Elhan yang masih duduk di birai katil itu. Terbaring kami berdua di atas katil yang empuk ini.
Elhan sudah tersenyum kemenangan. Pinggang rampingku sudah dipeluknya erat-erat seraya mengunci pergerakkanku. Dadaku berombak kencang. Wajahku rasanya sudah serupa udang dipanggang api. Merah menyala menahan rasa jiwa yang bergelora. Antara pasrah atau menyerah, aku keliru dengan perasaanku sendiri. Aku nikmati setiap sentuhan daripada Elhan tetapi dalam masa yang sama aku berasa jijik. Aku kaku seperti patung cendana. Terhenti terus perlakuan Elhan terhadap diriku apabila dia melihat ada cairan jernih membasahi kelopak mataku.
"Maafkan abang, sayang...abang cuma terlalu rindukan sayang.."
Aku cuma berdiam, dan pantas aku menolak tubuh Elhan lalu mengurung kan diriku di dalam kamar mandi yang terdapat di dalam ruangan ini. Traumaku menerjah kembali. Menggigil hebat seluruh tubuhku. Bayangan hitam itu muncul semula mengganggu fikiranku. Aku menjerit sekuat hatiku di dalam kamar ini. Tubuhku sudah terkulai layu di dalam ribaan Elhan yang mendapatkan aku sebentar tadi. Mujur sahaja pintu kamar itu tidak kukunci.
"Sayang...kenapa jadi begini..? Apa yang sayang takutkan sangat ni..please tell me..jangan buat abang takut macam ni sayang. Abang jadi keliru.. sebab abang Zill ke..? Abang Zill kasar dengan sayang..?" soal Elhan bertalu-talu.
Aku geleng kepala. Tubuh Elhan erat aku dakap. Aku lemas dan takut dengan desakkan Elhan itu. Aku tidak tahu siapa pelakunya yang meragut kesucianku pada malam itu. Namun, bukti itu masih aku simpan kemas di dalam buku diariku.
"Tolong..please sayang..says something...tolong jujur dengan abang..!" pinta Elhan lagi. Kali ini suaranya agak keras. Air mata sudah bergenang di pelupuk matanya.
Aku hanya diam. Terus berdiam diri. Hanya mendengarkan irama detak jantung Elhan memberikan aku ketenangan kembali. Elhan mencempung tubuhku, lalu dibawanya ke katil. Tubuhku perlahan-lahan dibaringkan di atas katil tersebut. Setelah melihatku kembali tenang, dia terus mengambil bantal kepalanya dan berbaring di atas sofa berbentuk L itu. Aku nampak dia memicit-micit kepalanya sebentar, sebelum memejamkan matanya. Akhirnya, aku lihat suamiku tertidur dalam kelaparan.
Ya..Allah, berdosanya aku!
Done update..terimalah seadanya..jgn lupa follow, comment ok..author amat² hargainya..
Share this novel