BAB 28 : (UNTUKMU SAYANG)

Romance Completed 5995

AKU resah sendiri. Buat itu, tak kena. Buat ini, tak kena. Pendek kata, apa sahaja yang aku lakukan, serba-serbi tak kena di mataku. Akhirnya, aku duduk di kerusi. Kepala aku picit-picit berkali-kali. Kejadian semalam begitu segar belayar di fikiranku. Malah telinga ini masih sayup terdengar suara Elhan, Arayumi, mommy Aralynn dan bibik Jorah menghalang pemergianku.

Waktu masih lagi awal pagi membuat kan aku bermalas-malasan di atas katilku ini. Kepala yang terasa sakit dan berdenyut membuatkan langkahku terbantut untuk segera bangun. Usai menunaikan solat Subuh, aku terlelap kembali kerana telah terpaksa menelan dua biji Parasetamol bagi meredakan kesakitan yang menghurung kepalaku.

"Jangan pergi sayang...abang minta maaf.." Elhan berteriak keras.

"Bella, mommy minta maaf..mommy boleh jelaskan semuanya...jangan pergi, sayang..." puan Aralynn pula bersuara.

"Mommy...jangan tinggalkan, Yumi... Yumi sayang, mommy..." rintih Arayumi di dalam gendongan Elhan.

Suara-suara itu menyesak fikiranku lagi. Masih terngiang-ngiang di segenap benakku. Aku pekap telingaku rapat-rapat dengan kedua-dua belah tanganku, lantas aku berteriak keras bagi mengusir gangguan suara-suara itu.

Setelah mendapatkan sedikit ketenangan, aku tolak tubuhku untuk bangun. Perut yang sudah berkeroncong mengarahkan aku untuk segera membuat pesanan makanan melalui aplikasi Yemeksepeti yang agak kerap juga aku gunakan suatu ketika dahulu sewaktu berada di bumi Turki ini. Yemeksepeti ini merupakan salah satu aplikasi yang paling terkenal digunakan di sini untuk para pengguna aplikasi ini membuat pesanan makanan atas talian. Turut juga menyediakan produk pasar raya besar termasuk makanan segar seperti daging, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Kiranya, jika di Malaysia aplikasi Yemeksepeti ini samalah fungsinya seperti aplikasi FoodPanda dan juga aplikasi Grab yang terkenal itu.

Lima belas minit kemudian, pesanan makananku tiba di depan pintu. Aku ucapkan terima kasih kepada penghantar makanan itu dan memberikan dia sedikit tip sebagai tanda aku menghargai khidmatnya. Dia juga agak ramah dan sangat berbudi bahasa orangnya. Senang aku jadinya dengan layanannya yang sangat baik terhadapku.

Aku bawa makananku di ruang dapur. Roti Pide dan Souvlaki menjadi makanan pilihanku pada pagi ini. Makanan berasaskan tepung, tak ubah seperti pizza ini merupakan salah satu juadah kegemaranku pada waktu pagi begini. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, bahkan ia juga sangat berkhasiat. Saat ingin menyuapkan makanan ini ke mulut, teringat aku pada Arayumi, anak kecilku itu. Dia juga sangat menggemari roti Pide ini, tambah-tambah lagi jika toppingnya berasaskan keju dan daging. Boleh berebut kami dibuatnya.

"Maafkan mommy, sayang...mommy masih perlukan masa untuk menghadam semua perkara yang menyerabutkan kepala ini.." luahku lemah pada diriku sendiri. Keluhan kasar aku lepaskan beberapa kali.

Makanan yang tadinya sempat menggugah seleraku kini aku pandang sepi. Aku tutup semula kotak yang membungkus makanan itu. Hanya menyisip sedikit teh panas tanpa gula yang aku sediakan barusan tadi.

Aku bawa kaki melangkah menuju ke gazebo dan aku bawa cawan yang masih berbaki setengah lagi air teh itu bersama. Aku sambung termenung di situ. Nyaman udara pagi yang menghembus membuatkan aku mula merasakan bebanan di kepalaku sedikit demi sedikit terhapus. Aku hidupkan semula fungsi telefon bimbitku dengan menekan satu butang sisinya. Deruan notifikasi masuk membanjiri skrin benda pipih ini sebaik sahaja telefon pintar ini berfungsi semula. Termanggu aku melihat lebih ratusan kali panggilan daripada Elhan tidak berjawab olehku, tak cukup dengan itu, beberapa buah mesej juga dihantar melalui aplikasi What Apps.

Aku hanya membiarkan sahaja mesej-mesej itu kekal begitu. Belum ada hati mahu mengetahui isi kandungannya. Mataku tertumpu pada kolam mandi unik yang membiru di hujung penjuru kiri itu. Segera aku melangkahkan kaki untuk pergi bersantai di sana. Aku sudah lipatkan seluar sports leggingku sehingga ke paras lutut.

Sebentar kemudian, aku labuhkan punggungku di tepi kolam tersebut. Kedua-dua belah kakiku yang sudah tidak beralas dengan sepasang selipar bertapak nipis itu, aku rendamkan ke dalam kolam mandi yang agak lebar juga saiznya. Air kolam yang dingin menyentuh kulit kaki ini membuatkan diriku berasa segar. Dari merendam kaki, lantas aku bawa tubuhku masuk ke dalam kolam mandi itu. Baju t-shirt yang tersarung di tubuh, aku lepaskan terlebih dahulu. Hanya meninggalkan 'sports bra' yang menutupi bahagian atas tubuhku. Aku berani bertindak demikian, kerana kawasan kejiranan juga agak jauh jaraknya antara satu dengan yang lain dan aku juga berseorangan di sini.

Sebenarnya, aku sudah terlalu lama mengurungkan niatku untuk berenang kembali. Kini, setelah mendapatkan peluang keemasan, aku tidak mahu lagi melepaskannya. Bebas aku berenang di dalam kolam ini dengan beberapa gaya yang telah aku kuasai sejak zaman aku masih bersekolah rendah lagi. Seawal umurku menginjak angka sepuluh tahun, aku sudah menguasai aktiviti berenang ini dengan empat gaya yang paling terkenal seperti gaya bebas, gaya kupu-kupu, gaya kuak dada dan gaya kuak lentang. Ada jugalah beberapa kali menerima anugerah kecemerlangan sewaktu mewakili sekolah dalam acara pertandingan renang sewaktu zaman bersekolah rendah dulu.

"Wow...seksinya dia..!" tegur satu suara. Tak salah pendengaran aku, itu suara lelaki.

"Elhan, awak kat sini..?!" aku soal dengan agak keras saking terkejut.

"Dah, naiklah sayang..abang jadi takut pulak..dah mengalahkan atlet perenang negara..sini abang tolong" Elhan menghulurkan lengan kekarnya.

Aku sambut hulurannya, namun terdetik untuk aku membalas tindakannya pada aku malam tadi. Aku tarik lengan Elhan agak kuat dan lelaki itu sudah masuk ke dalam kolam mandi ini bersamaku. Aku tertawa lepas, melihat Elhan sudah basuh kuyup dengan pakaian kasualnya itu.

"Sayang...kenakan abang ya.." Elhan sudah melelar lenganku. Tubuhku sudah dirangkul kemas ke dalam dakapannya.

Tak sempat aku nak larikan diri. Pantas sungguh pergerakkan Elhan saat ini, walaupun kini kami sudah berada di dalam air.

"Sayang...maafkan abang ok. Abang betul-betul tak sengaja.." Elhan kucup pipiku.

Aku tidak membalas kata-kata Elhan, hanya menatap tepat wajahnya yang kelihatan agak kusut. Baru berpisah tak sampai beberapa jam denganku, dia sudah sekusut begini. Jatuh kasihan pula aku dengan suamiku ini. Sepasang matanya yang menggoda aku tatap lekat. Mencari keikhlasan di sebalik bicaranya. Perlahan-lahan aku sangkutkan kedua-dua belah lenganku ke batang tengkuknya. Bibir nipis kemerah -merahan Elhan yang basah itu terlihat begitu membangkitkan naluri kewanitaanku. Lantas, perlahan -lahan aku mendekatkan ulas bibirku dengan bibir nipisnya, pantas Elhan memagutnya kemas sepertinya dia dapat membaca segala isi fikiranku saat ini.

Elhan segera melepaskan tautan bibirnya apabila aku dan dirinya sudah hampir lemas akibat kekurangan oksigen. Termegah-megah dirinya mencuri semula oksigen untuk kembali bernafas seperti biasa, sama jugalah keadaannya seperti diriku. Sebentar, kami tertawa sendiri dengan perlakuan nakal kami. Elhan bawa aku keluar dari kolam renang ini dengan segera. Kedinginan yang sudah mengigit segenap inci kulit tubuh, membuatkan Elhan segera mencempung tubuhku ke kamar peraduan. Kamar mandi dituju terlebih dahulu untuk membersihkan diri.

Usai membersihkan diri dan menyalin pakaian yang telah basah, Elhan segera menyarungkan jubah mandi itu di tubuh kekarnya. Aku juga melakukan perkara yang sama selepas memberikan keutamaan pada Elhan terlebih dahulu untuk berbuat demikian.

"Abang ada bawa baju ganti tak?" aku soal Elhan yang sudah berbaring di atas katil.

Elhan mengangguk, tanda mengiakan persoalanku. Aku berasa lega, jika tak seharian suntuk Elhan terpaksa menyarung jubah mandi itu, sementara menunggu pakaiannya kering semula. Mujur juga jubah mandi ini ada saiz besar untuk dirinya, mungkin milik arwah Zill Qayyim yang masih tertinggal di rumah hadiah dari pemberian arwah daddy Ayaz, untuk diriku ini. Ya, aku bawa diriku ke sini kerana rumah ini sahajalah harta yang aku punya di bumi Istanbul, Turki ini.

"Sayang..sinilah, abang sejuklah.. rindu nak peluk sayang..." Elhan dah tepuk-tepuk ruangan kosong di sebelahnya.

Tak sempat aku nak menyarungkan pakaian. Elhan seperti tidak sabar untuk aku segera mendekatinya. Berkali-kali telapak tangannya menepuk ruangan kosong itu, sehingga menghasilkan bunyi yang kurang menyenangkan. Nak tak tak, aku dapatkan jua suamiku ini. Lantaklah tak berbaju pun, yang penting ada jubah mandi pun dah cukup untuk menutup sebahagian tubuh kecil molekku ini.

"Dah tahu sejuk, kenapa tak pakai baju lagi..?" aku soal Elhan kembali.

"Abang nak 'honeymoon' dengan sayang, sayang ok tak..? Takkan masih trauma lagi.. Yumi pun dah besar, bolehlah kita bagi dia adik..kesian dia main sorang-sorang.." Elhan buat suara gatal. Nak goda akulah tu!

Aku dah serba-salah. Merona wajahku saat Elhan luahkan hasrat hatinya itu. Aku senyum kelat. Berfikir sejenak dan aku minta Elhan tunggu sebentar. Ada sesuatu yang masih aku tagih penjelasan daripada lelaki ini. Setelah mendapatkan apa yang aku inginkan, pantas aku hampiri Elhan yang sudah duduk bersandar di kepala katil bersaiz besar ini.

"Abang kenal rantai ni..?" soal aku pada Elhan. Seutas kalung perak itu aku letakkan di telapak tangannya.

"Why...apa yang tak kena dengan rantai ni..abang rasa abang kenal, tak silap, rantai ni milik Naim..budak yang selalu cari pasal dengan abang, zaman universiti dulu.." Elhan memberikan penjelasan, sambil menarik lenganku untuk berbaring di sampingnya.

"Rantai ni, rantai ni... bukti orang yang bertanggungjawab ke atas diri ini.. dia sebenarnya yang dah...dah.." aku bangun semula, lalu mencipta jarak dengan Elhan.

"Dah apa sayang...? Dah ambil kesempatan pada sayang..? Dia yang rampas kesucian sayang, malam tu..! Tak...tak..tak mungkin..sebenarnya.." Elhan merapatiku. Namun, aku sudah mengundurkan diriku setapak ke belakang, lengan Elhan yang mahu menarik lenganku kembali, aku tepis kasar.

"Sebenarnya apa abang, abang macam tahu sesuatu, ceritakan kebenarannya abang, sayang masih trauma sampai sekarang sebab malam tu...!" kedua-dua belah lengan sudah aku kepalkan erat.

"Bertenang..sayang, baiklah biar abang berterus-terang...sebenarnya malam itu memang Naim dah rancang semuanya. Naim nak buat sesuatu yang tak baik terhadap sayang. Abang sempat bergaduh dan bertumbuk dengan Naim malam tu, sebab abang dah dapat tahu rancangan busuk dia" Elhan berjeda sebentar.

"Lepas tu apa yang jadi..?" soalku ingin kepastian.

"Abang sempat selamatkan sayang daripada Naim, namun tiba-tiba abang rasa macam sesuatu tak kena dengan diri abang, abang macam sangat bernafsu bila terpandang sekujur tubuh sayang yang sudah terbaring tak sedarkan diri atas sebuah katil usang tu..." Elhan kerut kening, bagai mahu bertaut kedua-dua alis tebalnya itu.

"Dan...sebenarnya abang...abang yang..arghhh...kau memang jantan tak guna Elhan, kau kata kau sayang aku..! Macamni cara kau sayang aku..! Kejap, habis tu kenapa kau pakai rantai Naim.. kau nak tutup kesalahan kau..?Tahniah, kau memang bijak, Elhan..." suaraku sudah naik seoktaf, tangan naik memukul-mukul dada bidang Elhan bertalu-talu.

Elhan hanya membiarkan sahaja perlakuanku terhadapnya. Apalah sangat rasa sakit yang dirasa oleh lelaki itu berbanding sakitnya hatiku yang sudah berkecai kau hancurkan dengan perbuatan keji yang tanpa kau sedari itu.

"Enough, Bella...kau boleh hina aku, tapi sedar diri kau tu sikit..yang kau masih isteri aku, aku ada hak ke atas kau.." Elhan merengus kasar. Kakiku ditariknya dan segera menindih tubuhku dengan tubuh kekarnya itu.

"Elhan...lepaskan aku, Elhan..kau nak buat apa ni..lepas, lepas..!" aku pekik lantang pada Elhan, namun telapak tangannya yang lebar itu sudah pantas menutup ulas bibirku.

Aku meronta-ronta di bawah tindihan lelaki itu untuk melepaskan diri dari cengkaman keganasan Elhan. Sepertinya, dia bukan Elhan yang kukenal. Perwatakkannya juga agak sangat kasar terhadapku. Air mataku sudah mengalir lebat. Aku takut, teramat takut dengan lelaki yang menyerupai Elhan ini.

"Tolong, tolong lepaskan saya, Elhan..bukan begini caranya, awak terlalu kasar..tolong jangan layan saya macamni, Elhan...saya merayu.." suaraku tersekat-sekat merayu lelaki itu. Namun, tidak sedikit pun dia mengendahkannya.Tawanya semakin galak memecah kesunyian bilik ini.

"Sorry sayangku Bella, kau terpaksa layan aku, aku dah tak tahan...kau terlalu mempersonakan, sayang untuk aku lepaskan kau macamtu je...sikit je sayang, aku janji takkan kasar, aku layan kau baik-baik sehingga kau rasa nikmatnya per'mainan'ku...aku akan bawa kau merasai keindahan itu.." bisik Elhan lembut, penuh menggoda di cuping telingaku. Saat itu juga, sebuah kucupan yang penuh berahi diberikan sekitar ceruk bahagian sensitifku itu.

Menggeletar dan merinding seluruh tubuhku, sehingga tanpa sedar aku sudah terbuai dan sedikit mendesah saat Elhan memulakan 'pemanasan' ke atas diriku. Elhan tersenyum manis saat melihat aku sudah tidak keruan merasai setiap sentuhannya. Tanpa berlegah, Elhan melepaskan segala yang membaluti tubuhku dan dirinya itu. Selimut tebal itu segera ditarik menutupi tubuh kami yang sudah terdedah. Elhan dan aku menyatu untuk kali ketiga sepanjang kami bergelar suami dan isteri dengan sama-sama melepaskan 'mendam berahi' di antara satu lain, menjalankan tanggungjawab ke atas diri masing-masing.

Dengan layanan lembut ke atas diriku, aku seolah-olah menemukan Elhanku kembali. Tidak seperti tadi, Elhan yang tadi penuh kekasaran, dendam dan amarah yang tidak terbendung. Seketika, aku berasa agak keliru dengan suamiku ini. Dia seperti mempunyai dua personaliti dalam satu masa. Namun, persoalan itu aku terpaksa abaikan dahulu kerana kini, aku terlalu keletihan untuk terus mengasak otakku untuk bekerja keras. Aku tidak lagi mempunyai tenaga untuk itu.

***

Aku melangkah ke dapur sebaik sahaja lepas membersihkan diri. Bau semerbak tumisan yang dilakukan Elhan di ruangan itu membuatkan langkah kakiku laju mendapatkan jejaka tampan itu.

"Abang masak apa tu..?" soal aku sambil memeluk pinggangnya dari arah belakang. Aku labuhkan ciumanku di batang tengkuknya.

"Sayang, please...abang tengah masak ni kan, nanti tak jadi makanan ni, abang makan sayang..." Elhan senyum kelat.

Tahu sangat, kalau dia tengah buat kerja, janganlah diganggu.. tak pasal-pasal kena jerkah!

"Issh...nak gurau pun tak boleh" aku cebik bibirku, lantas Elhan mengucupnya. Terbuntang mataku.

"Ok, siap dah...sekarang nak makan ni, atau...." Elhan sengaja gantung ayatnya.

"Abang....cukup-cukuplah tu..nanti tak pasal-pasal terus Yumi dapat adik.." aku cubit manja pipinya itu.

"Baguslah, abang tengah bekerja keraslah ni, nak Yumi cepat-cepat ada kawan...kesian Yumi main sorang -sorang..." Elhan mula tertawa kecil.

"Malaslah nak layan abang, abang juga yang menang...apa kata kita makan, nampak sedap ni.."

Elhan menarik kerusi untukku terlebih dahulu, sebelum dia melabuhkan punggungnya di hadapanku. Kiranya kami macam tengah 'candle light dinner' lah pada malam ini. Tak sangka aku, Elhan ni romantik juga orangnya, walaupun terkadang nampak macam sangat misteri.

"Makanlah, tadi kata lapar..? Aku susah-susah masak kau tak nak makan pulak.." Elhan bersuara sinis, mula ber'aku' dan 'kau' dengan diriku.

Aku jadi keliru kembali, baru sekejap tadi aku memuji dirinya itu. Saat ini, dia mula berubah menjadi seorang yang kasar. Malas nak berbalah, aku terus suapkan Spaghetti Bolognese Meat Ball itu ke dalam mulutku. Melihat aku yang mula menjamah masakkannya itu, Elhan tersenyum bangga.

"Makan banyak-banyak, kau ni dah macam papan, kesian Elhan..nasib kau pandai layan, kalau tak tentu aku suruh dia cari lain.." Ellias tertawa kecil, namun hatiku rasa nak cili-cilikan aje mulut jantan takde insurans ni.

Suapanku terhenti, nasib sudah tiada apa di dalam mulut ini, kalau tak mungkin aku dah mati tercekik. Aku cuba menenangkan diriku. Sememang nya aku sudah terkejut besar dengan kata-kata yang barusan terkeluar daripada mulut Elhan. Aku letakkan kembali sudu dan garpu di dalam pegangan tangan. Air sparkling berperisa anggur merah yang sudah sedia ada di dalam cawan kaca berkaki halus itu aku teguk kasar sehingga kosong, bagi mengusir segala rasa.

Perlahan-lahan aku bangun dan menghampiri jejaka itu. Aku usap bahunya lembut seperti sedang menggodanya. Walaupun saat ini, perasaanku sedang berkecamuk, namun demi mendapatkan sebuah penjelasan, aku terpaksa melakukan nya jua.

"Awak ni siapa sebenarnya..?" soalku lembut. Namun, debaran yang menggila bagai mahu tercabut jantung aku ini dari tangkainya.

"Kau tak kenal aku, Bella..aku, aku Ellias, teman baik Elhan...aku tahu, Elhan tak pernah cerita pasal aku kat kau..." Ellias tepuk bahu aku, lantas berpeluk tubuh. Pinggan kosong itu ditolak ke tepi.

"Betul, Ellias...Elhan tak pernah cerita pasal kau kat aku, tapi malam tadi...kau atau Elhan yang 'bersama' dengan aku...?" cuak. Jejemari sudah aku kuis antara satu sama lain.

"Kau ni, takkan suami kau sendiri kau tak kenal...nakal juga kau ni kan.." Ellias senyum sinis.

Aku lepas keluhan agak kasar. Lega yang bersama denganku adalah Elhan, bukannya Ellias, identiti kedua ciptaan Elhan dalam dirinya ini. Bagaimana aku pasti, aku pernah berkawan dengan seseorang yang mempunyai penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) atau Kecelaruan Identiti Disosiatif ini, di penjara dulu. Memang agak sukar untuk menangani permasalahan ini, namun seseorang itu harus peka dan teliti dengan keadaan pesakit itu di mana dia akan membentuk dua atau lebih kepribadian di dalam dirinya.

"Erm, Ellias...kenapa kau muncul dalam diri Elhan..?" soalku lembut, aku elus jejamari panjang itu. Memberikan nya rasa sensasi. Aku tahu Ellias perlukannya.

"Aku, aku...rasa Elhan nak cari teman untuk meluahkan rasa..Elhan yang cipta aku dalam diri dia, kau tanyalah sendiri pada dia.." Ellias memberikan cadangan.

"Masalahnya, Elhan dah tak nak muncul depan aku, kau pujuk dia ya.. Ellias, aku rindu dengan suami aku tu.. banyak yang aku nak tanyakan pada dia.." aku luahkan rasa pada Ellias.

"Senang je...nak buat dia muncul balik, kau cuma berikan kasih sayang kau tu, tunjuk yang kau sayang gila kat dia...jangan bagi dia marah..kalau tak aku akan berkuasa penuh atas diri Elhan..kau takkan jumpa Elhan lagi, Bella.." Ellias sinis memberikan penjelasannya.

Aku terngadah, tidak...aku tak nak Ellias menguasai tubuh Elhan. Aku tahu, Elhan pasti akan sembuh suatu hari nanti. Baiklah, aku tekad... walau bagaimanapun caranya, aku akan kembalikan Elhan semula. Aku tarik nafasku dalam-dalam, sebelum menghembusnya perlahan-lahan.

Aku hiasi wajahku semula dengan senyuman mekar, perlahan-lahan aku hampiri tubuh Elhan yang sedang menyisip sedikit air anggur merah itu. Aku terus labuhkan punggungku di atas pehanya sambil merangkul batang leher jenjang itu. Masih menggekalkan senyumanku, aku tatap sepasang matanya yang indah itu beberapa saat. Lantas bibir nipisnya itu aku kucup dengan penuh kasih dan cintaku yang mendalam untuknya. Seketika tiada balasan daripada lelaki itu, namun tidak lama kemudian dia membalasnya dengan penuh berahi. Aku tahu kucupan itu milik Elhan. Aku berjaya membawa Elhanku kembali. Alangkah bersyukur diri ini, semoga Elhan terus bersama denganku.

"Sayang, lain macam pula malam ni, betul ke yang ada depan mata abang ni, kesayangan, Mr Elhan ni..?" soal Elhan tidak percaya.

"Yes, evet..Mr Elhan, i'm your beloved wife, Arabella Alexandria Yong.." aku kucup lagi bibir nipis kemerah-merahannya itu.

"Kenapa menangis pula ni..?" Elhan mula gelisah.

"Kita pergi dapatkan rawatan ya, abang...abang lakukan untuk sayang.. please...lakukan demi, sayang..!"

"Untukmu sayang...abang akan lakukan apa saja...i love you so much.."

"I love you too....Elhan Ebrahim Edward..." senyumanku memekar.

Aku angguk kepala, lantas Elhan menghapuskan air mataku yang mengalir dengan kedua-dua ibu jarinya. Ulas bibir kami bertautan kembali, menzahirkan rasa cinta kami yang penuh dengan ketulusan dan keikhlasan sekeping hati!

Alhamdullillah...done update! walaupun tak berapa sihat, tentang mommy Aralynn kita tangguh dlu.. Enjoyed it..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience