BAB 32 : (HATI BERBUNGA KEMBALI)

Romance Completed 5995

AKU menyisir rambut panjangku yang sedikit kusut. Losen di telapak tangan aku ratakan di seluruh badan. Mata sudah memberat. Rasa kantuk sudah tak dapat ditahan lagi. Kakiku bawa melangkah ke katil. Selimut kutarik sehingga paras tengkuk. Mata yang baru ingin lelap terbuka apabila bunyi mesej kedengaran. Berat langkah kakiku melangkah ke meja solek kembali mencapai telefon bimbitku, namun hatiku berbunga mendapat mesej daripada Elhan Ebrahim Edward.

Dah tidur ke? ~Elhan

Erm ~ aku

Mesej daripada Elhan aku balas pendek. Malas mahu menaip panjang-panjang. Kali ini Elhan mengirim mesej bergambar pula. Dalam hati sudah tak sabar untuk mengetahui isinya lantas aku buka mesej itu. Gambar itu kutenung lama. Liur kutelan. Gurauan apakah ini? Malam-malam macam ni, Elhan boleh hantar gambar sebegini?

Telefon ditutup lalu aku campakkan di ruang kosong di sisiku. Mata aku pejam dalam keterpaksaan. Kalau tadi aku mengantuk, sekarang rasa segar sangat-sangat. Beberapa minit yang berlalu langsung tak mampu aku menyahkan gambar itu dalam bayanganku. Tak lama itu telefon yang berdering aku segera angkat tanpa kulihat siapa pemanggilnya terlebih dahulu.

"Abang, jangan main-main boleh tak? Abang tahu kan sayang rindukan abang sangat-sangat..." aku terus menyembur si pemanggil setelah menjawab salam yang dihulurkan terlebih dahulu.

"Rindu...? awak rindu saya, Bella.. terharunya saya..ingatkan awak bencikan saya...panggil saya, abang lagi..ah..bahagianya saya.." ujar Dr Naim di hujung talian dengan suara romantis.

Bulu romaku sudah mencanak naik. Peluh dingin memercik keluar. Bibir bawah kugigit. Dr Naim Nazeem rupanya yang menelefon. Aku tepuk dahiku kerana sikap cemerkap yang terkadang kala melanda diriku.

"Hello..hello..Bella, you still on the line..maaf ganggu awak malam-malam ni.." Naim Nazeem mengeraskan suaranya kerana lamanya aku berdiam.

Aku berdehem seketika, suara Naim yang berubah keras itu menyentak lamunanku. Segera aku berbicara kembali.

"Ya, so.. ok, saya pun tak tidur lagi..mata tak mengantuk lagi..by the way, Dr Naim ada apa ya, call saya malam-malam ni.." mendatar sahaja suaraku menutup kegugupanku.

"Sorry, kalau saya mengganggu.. entahlah malam ni tak dapat pulak nak lelap mata, teringatkan awak, langsung saya call..boleh kita berbual..?" sambung Dr Naim. Suaranya lebih romantis dari tadi. Sengajalah tu!

Aku kerut dahi. Apa kenalah dengan Dr Naim Nazeem hari ni? Dahlah suara romantik semacam. Agaknya dia tengah rindukan arwah isterinya kot? Macam aku tengah rindukan, Elhan. Aku dah terbayangkan Elhan saat ini. Tak pasal-pasal aku dah melalut jauh dari tajuk perbualan aku dengan Dr Naim Nazeem.

Pantas aku matikan talian setelah menyedari aku sedang berbual dengan Dr Naim Nazeem, bukannya Elhan. Merona merah wajahku akibat perbualan nakalku dengan Dr Naim Nazeem sebentar tadi. Yang Dr Naim Nazeem ni pulak melayan dah kenapa? Argh, malunya aku..! Selimut aku tarik menyelubungi diri. Entah bila, aku terlena sendiri.

***

Pejam celik, sudah dua minggu aku berada di bumi Malaysia. Persetujuan untuk bekerjasama dengan Brisdale Internasional Hotel Sdn. Bhd, akhirnya mendapatkan kata putus. Sudah seminggu aku berulang-alik ke hotel ini menyelesaikan hal-hal berkaitan dengan usahasama dua syarikat yang agak besar ini. Puas jugalah aku mencuba menyakinkan syarikat tersebut untuk mencapai kata sepakatan bekerjasama dengan syarikat perhotelan yang aku bangunkan di bumi Turki itu. Pelbagai juga persyaratan yang dikemukan syarikat ini terpaksa aku penuhi untuk menjayakan usahasama kami.

Setelah mengkaji dan mempertimbang kan syarat-syarat yang sangat bersesuaian dengan polisi syarikat perhotelanku, akhirnya kami menandatangani portfolio yang sudah disediakan oleh kedua-dua belah syarikat. Tak sangka, urusanku dipermudahkan kerana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perhotelan ini memiliki keperibadian yang baik. Jiwa seni yang terlahir di dalam dirinya juga mempunyai nilai estetika yang tinggi cukup membuatkan aku kagum. Sikap ramah dan sangat merendah diri pada dirinya itu membuatkan urusan ini berjalan dengan lancar. Dia juga agak penyantun orangnya, memudahkan aku berurusan dengannya.

"Terima kasih Encik Asli Kultucan.. sudi invest and join-venture dengan my company..A&A Group TravelTrip..harap kerjasama syarikat kita membuahkan hasil.." ujarku dengan berjabat tangan dengan CEO, Brisdale Internasional Hotel Sdn Bhd ini.

Encik Asli Kultucan kuntum senyum. Dia angguk kepala beberapa kali. Sepasang matanya tidak lepas menatap wajahku. Aku hanya menguntumkan senyuman segaris membalas tatapannya dan segera aku meminta diri. Tak betah aku menjadi ratahan sepasang mata galak itu. Entah apa yang ada di dalam fikirannya. Membayangkannya buat aku naik seram. Mujur, dia tidak menahan pemergianku.

***

Ketukan pintu bilikku ini menghentikan perbuatanku yang tengah leka mengemaskan pakaianku di dalam almari pakaian itu.

"Boleh acu masuk.." acu Aura meminta keizinanku di muka pintu.

"Masuklah acu Aura, Bella tengah mengemas ni..esok kan dah nak balik Turki..erm..tak sabarnya.." senyumanku melebar meluah rasa.

"Dah nak balik dah..hai cepat betul rasanya..sunyilah acu balik" acu Aura tayang muka sedih seraya melabuhkan punggungnya di birai katilku.

"Ala..nanti kalau acu Aura senang, pergi jelah ke Turki tu,boleh honeymoon sekali.." aku kuntum senyum lagi. Jejemari acu Aura aku genggam erat.

Tiba-tiba aku rasa perutku rasa tak selesa. Terhenti pergerakkan tanganku yang sedang melipat baju. Perut aku elus lembut. Aku tarik nafasku dalam-dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Merenik manik-manik jernih membasahi tepian wajah mulusku.

"Kenapa ni, Bella..perut Bella tak selesa ke..?" acu Aura bertanya dengan cemas.

"Ya, acu Aura, rasa macam mengeras..sakit kat bawah ni.." aduku bersama tangisan yang mulai berlagu di bibirku.

"Baring kejap, biar acu check.."

"Acu Aura..sakit..sakit acu..!" teriakku keras.

"Jomlah, kita ke hospital...kejap acu panggilkan uncle Qayyum" acu Aura terus berlari keluar mendapatkan suaminya.

Aku dikejarkan ke hospital malam itu oleh acu Aura bersama uncle Qayyum. Tanpa berlengah lagi, uncle Qayyum mencempung tubuhku dan terus membawa aku ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan. Samar-samar aku lihat bayangan Dr Naim Nazeem yang memberikan khidmatnya padaku sebelum mata ini terpejam rapat. Adakah itu sekadar bayanganku atau dia benar-benar wujud di hadapanku saat ini.

***

Mata yang terpejam aku buka semula. Terasa ada sebelah tangan kekar yang memeluk pinggang rampingku dan aku juga sedang elok erat menggenggam jejemarinya. Dia angkat wajahnya semula tatkala tersedar kembali dari lenanya.

Aku terus meleraikan tautan jemariku apabila sepasang mata ini menata pandangan terhadap jejaka ini. Dia bukanlah insan yang aku harap -harapkan untuk berada di sampingku saat ini. Ah, apa yang terjadi malam tadi sehingga memaksa jejaka ini berada di sampingku sepanjang malam.

"Sorry..saya tak sengaja.." aku menunduk pandangan. Malu dengan perbuatan sendiri.

"So.. ok, awak pun lena tidur semalam, by the way..baby and you in good condition now..tiada apa yang perlu dibimbangkan, just jangan biarkan perut kosong terlalu lama..saya minta diri dulu.."

"Thanks Dr Naim...I'll follow all the advice..thank you again. Er..rr bila saya boleh discharge ya..?"

"Bella, you need some rest..don't work so hardest..kalau takde apa, esok awak discharge.." Dr Naim geleng kepala. Dia mengambil jubah putih doktor miliknya yang tersangkut di kerusi itu sebelum melangkah keluar dari bilik wad yang menempatkan aku di hospital swasta ini.

Aku hanya senyum kelat. Menyoroti pemergian Dr Naim dengan ekor mataku. Aku mengeluh kasar, terpaksalah aku menangguhkan penerbanganku ke Turki dua hari lagi. Aku elus perutku seketika. Rindu pada Elhan dan Arayumi semakin membuak membuatkan aku termenung sendiri. Tiada apa yang dapat kubuat tatkala telefon bimbitku tiada bersamaku saat ini. Kemunculan acu Aura saat ini membuatku seperti mahu lompat bintang.

"Kenapa monyok je ni, macam ayam berak kapur..." acu Aura menyoal sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi plastik berwarna biru itu.

"Rindu dengan abang Elhan, Yumi... acu ada bawakan iPhone Bella tak?"

"Ni hah, tahu tengah cari benda ni kan..kalau takde memang tak lengkap hidup.." acu Aura tertawa kecil, lalu menghulurkan benda pipih ini kepadaku.

Aku tersengih macam kerang busuk. Huluran acu Aura aku sambut dengan pantas. Aku hidupkan semula fungsi iPhone aku ini, lalu aku elus wajah kedua-dua insan kasayanganku yang menghiasi latar skrin benda pipih ini.

"Amboi, nampak rindu sangat tu, call jelah, acu keluar dulu..nak check patient.." acu Aura menepuk-nepuk lembut bahuku, mengorak langkah keluar dari bilik wad ini sambil tersenyum simpul.

Setelah memastikan ibu saudaraku sudah menjauh meninggalkan bilik wad ini, segera aku mendail nombor milik Elhan. Riang hatiku dapat mendengar suara merdu Elhan berlagu di corong benda pipih ini. Aku khabarkan kepadanya aku akan kembali semula ke pangkuannya dua hari lagi.

Dan sempat juga membahaskan tentang gambar kirimannya yang dihantarkan melalui aplikasi WhatApps kelmarin. Aku belum berpuas hati tentang gambar kiriman daripadanya itu. Mengekek ketawa Elhan di hujung talian membuatkan aku mula tak puas hati. Bibirku muncungkan walaupun aku tahu Elhan tak mungkin dapat melihatnya. Akhirnya, terus aku matikan talian begitu sahaja, padahal banyak lagi yang aku ingin kongsikan bersama dengannya.

***

Alangkah bahagianya diriku pada pagi ini, aku akan terbang semula ke bumi Turki bersatu kembali dengan cinta hatiku. Sudah tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur secepat mungkin. Namun, mengapa masa yang berlalu seakan terasa perlahan sekali.

Sudah terlalu lama rasanya aku menjadi penumpang sebuah teksi limosin yang aku sewa khas pada hari ini.

"Lama lagi ke encik naik sampai airport..?" soal aku pada pemandu teksi ini.

"Maaf cik, nampaknya ada kemalangan kat depan tu, dengan cuaca yang buruk ni, mungkin mengambil masa sedikit, maaf ya cik.."
balas pemandu teksi itu.

Aku hanya mengangguk, tak sedar pula aku saat ini bumi di Kuala Lumpur ini ditimpa hujan lebat, saking leka dengan iPhoneku, membalas segala mesej daripada Elhan. Bunyi guruh kuat yang berdentum itu membuatkan aku ketakutan. Menggigil seluruh tubuhku, pantas aku pejamkan mata sehingga tidak sedar entah bila aku terlelap.

Sedar-sedar sahaja, aku rasa seluruh tubuhku berasa sakit-sakitan. Hendak mengangkat sebelah tangan juga tidak mampu untuk aku lakukan saat ini. Dalam kesamaran penglihatan dan pendengaranku, aku dengar bunyi riuh-rendah kekecohan dan bising siren dari beberapa pasukan penyelamat.

"Bella.. jangan takut, saya akan selamatkan awak, bertahan ya.." suara itu samar-samar menampar gegendang telingaku. Suara Dr Naim. Ya, aku pasti suara itu milik jejaka berkulit cerah itu!

Aku sangat keliru dengan apa yang sedang berlaku saat ini. Tubuhku lemah sekali, dalam separa sedar itu aku hanya merisaukan keadaan kandunganku. Erat sentuhan seorang doktor lelaki itu menggenggam jejamariku yang sudah berlumuran darah.

"Doktor, tolong..to..long selamatkan kandungan sa..ya.." kataku dengan lemah sebelum kedua-dua belah mataku terpejam rapat.

***

Suasana damai pagi itu membuatkan aku kembali segar. Tanpa sedar sudah lebih dua bulan aku di sini. Aku elus lembut perutku juga sudah kelihatan sedikit perubahannya. Bersyukur dengan kebesaran Ilahi yang masih mengizinkan aku melihat pemandangan yang indah ini, walaupun aku keliru dengan semua yang ada di sini, termasuk diriku sendiri.

"Erm..kat sini rupanya bidadari saya.. puas saya cari awak tadi..sengajakan nak buat abang risau.."

Aku memalingkan pandangan kepada sosok tubuh yang sempurna itu. Tidaklah terlalu tinggi, berkulit cerah, senyuman yang memukau dihiasi lesung pipi di wajah tampannya itu sedikit sebanyak membuatkan hatiku bergetar. Dia melangkah mendapatkan aku di bangku simen berukir itu.

"Abang Naim...ingatkan siapa tadi..saja ambil angin kat sini, cantik!" ujarku pada Dr Naim.

Dia tarik kerusi itu menghampiri sisiku, lalu melabuhkan punggungnya di situ. Dia tersenyum manis padaku, lantas menghulurkan sebiji mug berisikan air Milo panas. Aku sambut hulurannya lantas menyisipkan sedikit air tersebut.

"Baik-baik Bella, air Milo tu masih panas..."

Aku dah meniup bibirku sambil jelirkan lidah yang rasa melecur. Aduh, peritnya. Mahu sahaja aku hempuk kepala doktor kacak itu dengan mug berwarna merah yang sudah berada di pegangan tangannya. Mujur, dia dah pegang mug aku tu, kalau tak bocorlah kepala doktor itu kena hempukkanku.Biar sama-sama hilang ingatan denganku.

"Maafkan abang, nanti abang bagi ubat..masih sakit lagi ke..?" soal Dr Naim Nazreen cemas.Risau!

Aku buntangkan mataku pada Dr Naim yang naik menggaru kepalanya. Sakit pula hati aku melihat telatahnya itu. Aku jeling tajam pada Dr Naim yang tersengih-sengih bak kerang busuk itu.

"Amboi tajam betul jelingan Bella pada abang, bertambah tergoda abang dibuatnya.." Dr Naim sentuh dada kirinya. Dia tersenyum lagi.

"Dahlah, abang ni..datang sini mesti nak kacau Bella. Dahlah Bella tak ingat apa-apa..senang je kan abang nak permainkan Bella.."

"Bella, abang tak maksud macam tu ok, abang datang sini, sebab abang risaukan Bella, tapi kalau Bella tak sudi abang boleh pergi..." punggung sudah diangkat dan mengorak langkah meninggalkan aku berseorangan di situ.

Tak sampai beberapa langkah, Dr Naim pusing kembali tubuhnya mendapatkan aku yang sudah memanggilnya semula.

"Abang ni sikit-sikit nak sentap, macam abang pulak yang pregnant.. sinilah, banyak sebenarnya Bella nak tanya.." aku menggamit Dr Naim Nazreen yang sedikit menjauh.

"Erm..mungkin pembawakan budak tu dah menjangkit kat abang...macam mana hari ni, pergerakkan baby ok tak?"

"Abang ni kan...ok je..aktif macam bapa dia ni.." aku elus rambut Dr Naim yang menunduk menyentuh perutku. Namun, Dr Naim macam tak selesa dengan sentuhanku itu. Pantas dia menjauhkan diri daripadaku.

"Erm, Bella..ada ingat sesuatu..? Mimpi Bella tu masih berulang lagi ke..?" Dr Naim menyoalku.

Aku pelik dengan soalan yang dilontarkannya itu. Dia yang merawat diriku, takkan dia tiada jawapannya. Hampir setiap malam dia menemani diri ini tidur, takkan masih nak tanyakan soalan yang dia sendiri sudah ada jawapannya. Atau dia sengaja nak menguji diriku ini..?

Aku pantas geleng kepala. Lengan kekar Dr Naim segera aku tarik dan aku bawa lengan itu menyentuh perutku saat ini. Aku mahu dia merasakan sendiri pergerakkan di dalamnya. Ya... Allah, aktif betul. Rasanya bukan cuma satu, malah mungkin dua.

"Abang...Bella mengandung anak kembar ke..?" perutku elus lagi.

"Ya, sayang...sebab tu perut ni besar sikit dari wanita yang pregnant single baby..kan abang dah beritahu Bella masa scan perut Bella minggu lepas.." Dr Naim Nazreen mencuit hujung hidung mancungku.

Aku hanya menguntum senyum manis, lupa ke jejaka ini, yang aku mengalami kesukaran untuk menyimpan maklumat dalam masa yang lama. Semua ini terjadi atas kesan ketika aku mengalami kemalangan hampir empat bulan lalu. Namun, hatiku berbunga kembali pabila jejaka ini tidak putus menghadiahkan aku sebuah kasih sayangnya yang melimpah ruah pada diriku.

Tidak pernah dia merungut padaku sepanjang dia menjaga diriku ini. Aku diterima baik dalam keluarga ini. Datin Nayla Nadirah bersama Dato' Dzulkifly merupakan kedua orang tua Dr Naim Nazreen juga telah menganggap aku seperti menantunya sendiri. Benarkah aku ini menantu di dalam keluarga ini? Aku isteri kepada Dr Naim? Terkadang layanan Dr Naim padaku tak ubah seorang pesakit kepada dirinya itu membuatkan aku bertambah keliru.

Jika aku isteri kepada doktor tampan ini, takkan satu gambar pernikahan kami tiada langsung dalam simpanan lelaki ini. Dan, yang jadi bertambah pelik, Dr Naim kelihatan berat untuk menyentuh diriku. Dia seolah-olah cuba mencipta jarak denganku. Bila aku ungkitkan cerita ini, dia seboleh-bolehnya mengelak untuk dibahaskan. Ada sahaja alasannya untuk menghindarkan diri.

Aku pula rasanya seperti terhegeh -hegeh mendapatkan perhatian dari dirinya ini. Kadang kala, aku rasa diri ini seperti 'melukut di tepi gantang' dengan suamiku sendiri. Apa sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh dirinya ini dari pengetahuanku?

"Abang...betul ke abang ni suami, Bella..?" soalku semula setelah lama berdiam diri. Aku sudah melekapkan kedua-dua belah telapak tanganku ke kedua-dua belah pipinya.

Dr Naim ukir senyuman paling manis buatku. Dia hanya mengangguk lemah. Air matanya berjuraian di sebalik kaca matanya. Lantas ubun-ubunku dikucup lembut, sebelum dia meninggalkan aku terpinga-pinga di laman kediaman ini.

"Abang....abang...argh....!!!!"

Done update...terimalah seadanya..hai lah Dr Naim!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience