BAB 21 : (MOMMY ARALYNNA)

Romance Completed 5995

AKU terus mendapatkan Arayumi di dalam dukungan wanita separuh baya itu. Arayumi senang diperlakukan begitu olehku. Namun, pembantu rumah itu kelihatan ketakutan bila dia melihat wajahku. Wajahnya memucat seperti baru ternampak seekor hantu. Aku pula tertanya-tanya sendiri mengapa pembantu rumah yang mesra disapa bibik Jorah berkelakuan seperti itu. Teruk sangat ke wajah aku sampai dia ketakutan begitu. Terus sahaja aku mendapatkan Elhan yang sedang melepaskan tali kasutnya di sebuah bangku panjang berukir itu.

"Boleh tak saya bawa Arayumi ke sana sebentar encik Elhan?" soalku pada Elhan. Terasa janggal pula untuk aku gelar dia 'abang' sebagai ganti namanya. Dia pun bukan ingat aku ni isteri dia..!


"Pergilah... tapi jangan sesekali dekat-dekat dengan kolam mandi tu..saya nak masuk mandi sekejap.." Elhan tegas memberikan amarannya.

Aku angguk kepala tanda faham. Aku mengendong Arayumi hingga ke gazebo yang dihiasi dengan tirai dari kain berwarna putih yang diikat pada empat penjuru tiang yang memegang teguh binaan yang terserlah dengan kesenian yang artistik. Sekali mataku memandang, aku sudah jatuh hati untuk segera berada di situ.

"Arayumi..kita duduk sini ya, sayang...mommy Ara nak spend time dengan sayang hari ni..." ujarku kepada anak kecil ini.

"Ok.. mommy Ara, tapi kenapa muka mommy Ara nampak sedih..?" Tangan kecil itu mengelus pipiku. Jantungku berdebar, jiwaku tersentuh. Bagaikan ada sesuatu yang sedang bergolak di dalam jiwa ini, sehingga terasa sebu perutku menahan segala rasa yang menerpa.

"Mommy Ara ok sayang..terima kasih..sini sayang, baring dengan mommy Ara di sini..mommy Ara nak peluk anak comel mommy Ara ni.." tanganku menarik lembut lengan kecil itu ke dalam dakapanku.

Anak kecil itu tidak membantah. Terus dia berbaring menghadapku dan aku dakap dia erat dengan penuh kelembutan. Rambutnya yang panjang dan lurus itu aku belai dengan penuh kasih sayang.

"Arayumi...boleh mommy Ara tahu siapa nama ibu Arayumi sebenarnya..?" aku mula buka bicara. Berdebar jantungku menunggu jawaban yang akan terluah di mulut kecil itu.

"Oh, papa cakap nama ibu Arayumi panjang.. erm.. hah, Arabella Alexandria Yong binti Ayaz Abdullah..." lancar lidahnya menuturkan sebaris namaku itu. Takku sangka, namaku yang akan disebut oleh bibir kecil ini. Air mataku menitis laju terus aku mendakap tubuh mungil ini seerat-eratnya.

"Kenapa mommy Ara menangis... nanti tak cantik, papa selalu cakap macam tu..." soalnya pelik. Sisa air jernih yang masih ada di pipiku dihapus dengan jejemari kecilnya.

Aku hanya menggeleng menjawab
persoalannya itu. Aku hujani ciumanku di wajah gebu si comelku ini. Mengekek tawanya kerana kegelian. Pelbagai cerita aku dengar daripada celotehan si kecil ini yang lebih banyak membongkarkan perihal bapanya, sehinggakan kami ketiduran akhirnya di situ sambil berpelukan.

Sedar-sedar aku mendapati ada lengan kekar bersama lengan kecil bergabung memeluk pinggang rampingku. Aku terkesima kerana barusan tersedar dari bermimpikan tentang Zill Qayyim.
Akibat tindakan refleks daripadaku yang sudah didera dengan perasaan terkejut yang melampau itu, Elhan tercedera apabila kepalanya itu aku hempuk kuat dengan pasu kaca yang sudah berada di dalam pegangan tanganku. Erangannya yang agak lantang itu mengejutkan Arayumi yang masih lena di tengah-tengah katil bersaiz besar ini, memisahkan aku dan bapanya itu.

"Kepala papa berdarah mommy Ara.. tolong Arayumi, mommy Ara.. Arayumi tak boleh tengok darah.. Arayumi takut.." adu Arayumi yang baru tersedar. Tubuhku didakapnya erat.

"Ya...Allah, encik Elhan, maafkan Bella..." aku dapatkan Elhan yang sudah terbaring lemah di atas katil ini.

Sebentar kemudian, aku berkalih pula pada Arayumi yang sudah mendakapku dari arah belakang.

"Arayumi jangan takut ok, kita bawa papa ke hospital sekarang.. jangan pandang papa...ambil patung bunny Ara tu peluk kuat-kuat.." kataku lembut memujuk anak kecilku ini.

Elhan dikejarkan ke hospital sepuluh minit kemudian dengan menaiki ambulan. Aku pula memandu kereta milik Elhan mengikuti ambulan yang membawa Elhan dari belakang. Arayumi aku bawa bersama. Sekilas aku kerling pada Arayumi yang masih memeluk patung arnabnya dengan erat. Aku elus kepalanya lembut dengan tangan kananku sebentar untuk memberikan dia merasa sedikit ketenangan.

"Arayumi jangan takut ya, papa akan baik-baik aje. Arayumi doakan papa ya.."


"Papa...papa takkan mati kan mommy Ara.." luah Arayumi bersama tangisannya.

"Jangan cakap macam tu sayang, papa kuat...dia pasti akan sembuh, kita sama-sama doakan papa ya...jom turun kita dah sampai..." kataku lembut memujuk anak kecilku yang sudah merengek mahukan bapanya itu.

Aku dan Arayumi masih setia menunggu di luar bilik kecemasan ini. Arayumi yang duduk di pangkuanku sudah mengadu kelaparan. Sudah hampir tiga jam aku menunggu di luar ini, namun masih lagi tiada berita tentang keadaan Elhan yang masih dirawat di dalam bilik kecemasan itu.
Akhirnya, aku bawa diri sebentar ke cafe hospital, mendapatkan makanan dan minuman untuk mengalas perut yang sudah berkeroncong.

Arayumi tertidur di dalam gendonganku akibat keletihan setelah perutnya teralas dengan sekotak air susu bersama sebiji rotiboy yang dimintanya padaku. Aku pula hanya mengalas perutku dengan sekotak air minuman berperisa coklat. Hanya mampu menelan secubit rotiboy yang aku carik sedikit dari kepunyaan Arayumi. Makanan yang melalui kerongkonganku itu terasa bagaikan berpasir kerana aku lebih mengkhuatiri keadaan Elhan bersama Zill Qayyim saat ini. Seleraku kini, benar-benar sudah mati, walaupun perutku terasa pedih!

Tidak lama kemudian, aku dimaklumkan oleh seorang doktor lelaki dalam lingkungan awal tiga puluhan usianya tentang keadaan Elhan yang sudah ditempatkan di dalam sebuah wad unit rawatan rapi. Aku dibenarkan melawat Elhan sebentar kemudian, namun Arayumi terpaksa aku tinggalkan sebentar di bawah jagaan seorang jururawat yang bertugas di kaunter hadapan unit ini. Anak kecil seusia Arayumi tidak dibenarkan sama sekali untuk berada di dalam unit ini. Mujur ada seorang jururawat yang ingin menjaga Arayumi sementara aku melawat Elhan, suamiku yang sah.

Tidakku sangka, Zill Qayyim juga ditempatkan di sini. Katilnya terletak benar-benar sebelah kiri Elhan. Dan kedua-duanya berada di dalam keadaan koma! Aku terngadah. Air mataku tumpah lagi.

***

''Ya...Allah, apa lagi takdir yang kau tuliskan buatku. Sesungguhnya aku tidak kuat untuk berhadapan dengan situasi seperti ini. Andai salah seorang di antara mereka berdua ditakdirkan bukan menjadi milikku lagi, aku reda...

Ya...Allah, tapi janganlah Engkau ambil kedua-duanya sekaligus dari hidupku.. sesungguhnya, aku tidak sanggup untuk menghadapinya..berikanlah kedua-duanya kesembuhan, angkatkanlah setiap kesakitan yang dihadapi kedua-dua insan yang kusayangi, Ya...Allah. Hanya Engkau tempatku memohon pertolongan. Amin..'' doaku sungguh-sungguh setelah usai menunaikan solat Subuh di surau hospital ini. Mujur ada disediakan ruangan solat, walaupun tidaklah sebesar mana.

Kemudian, aku merenung sebentar keputusan yang akan aku ambil selepas ini. Setelah menjernihkan fikiran yang agak kusut sebentar tadi, aku ambil keputusan untuk membawa semula Arayumi balik ke rumah bapanya setelah aku singgah sebentar di rumahku untuk mengambil beberapa barangan keperluanku. Aku sudah mengambil keputusan untuk tinggal di rumah milik Elhan buat sementara waktu, sehingga Elhan benar-benar pulih. Arayumi kelihatan sangat gembira dengan keputusanku ini.

"Mommy Ara akan jaga Arayumi lepas ni dan mommy takkan tinggalkan Arayumi lagi..." aku ukir senyuman buat anak comelku ini. Puncak kepalanya aku kucup sayang.

"Horray....bestnya, sekarang Arayumi dah ada mommy....tapi.."

"Tapi...tapi apa Arayumi..." soalku cemas.

"Arayumi nak ada papa juga... Arayumi menangis, kuat tangisannya membuatkan aku sudah tidak tentu arah.

"Arayumi...jangan macam ni sayang, papa pasti akan balik dengan kita..Arayumi jangan putus doa untuk papa supaya cepat sembuh ok..kita makan dulu ya, sayang..hari ni mommy masak untuk Arayumi, cakap je nak makan apa..."

"Mommy Ara nak masak untuk Arayumi...mommy Ara pandai masak ya..?" soal Arayumi teruja. Bersinar -sinar anak mata hazelnya itu.

Aku dah telan liur, setakat goreng telur dan masak maggie tu lepaslah. Aku senyum kelat, sambil menggaru kepala yang tak gatal.

"Erm..untuk Arayumi, mommy Ara cuba..kan ada bibik Jorah. Nanti mommy minta dia tolong mommy Ara.."

"Horray... ok, Arayumi nak makan sandwic tunalah mommy Ara..papa suka makan. Nanti kita lawat papa, mommy bawa bekal untuk papa sekali ya.."

Aku angguk kepala. Sandwic tuna memang makanan kegemaran Elhan. Dulu masa dekat universiti, makanan itulah yang menjadi makanan pilihan utamanya. Aku tersenyum sendiri dan terus menanyakan anak kecilku ini keberadaan dapur kediaman ini.

"Eh, pu...puan Bellina..mahu sarapan ke..bibik baru aja siapin di meja.." tutur bik Jorah terbata-bata dalam ketakutan itu.

"Bukan, Bellina bik...saya Bella.. kenapa bik Jorah takut..ingat saya ini hantu jelmaan arwah Bellina?"

"Er...rr..tidak puan..bik cuma kaget, wajah puan sama kok dengan arwah puan Bellina.."

"Kami kembar seiras bik Jorah.. jangan takut ya, saya adik arwah kak Bellina, Arabella..kita berbual sebentar di sini ya, bik Jorah..banyak saya nak tanya pada bibik.."

"Maaf puan Bella, bik Jorah banyak kerjain..ni mahu hantarin makanan buat puan besar Aralynna, di bilik tingkat atas, bik pergi duluan ya.."

"Sebentar bik Jorah, boleh saya ikut sekali..jom Arayumi ikut mommy Ara.."

Aku hampir terkejut kerana tidak menjangkakan bilangan penghuni di dalam rumah ini. Aku ingatkan Elhan hanya tinggal bertiga di rumah besar ini. Sekejap, tadi bibik Jorah ada menyebutkan nama puan besar rumah ni, Aralynna..maknanya, dia..Ya..Allah!

Pintu bilik yang tidak berkunci itu di tolak oleh tangan tua bibik Jorah yang sedang memimpin tangan kecil Arayumi, sementara aku menatang sebuah dulang berisikan semangkuk bubur dan segelas air suam. Ada juga beberapa botol ubat yang disertakan bersama.

"Arayumi...sini cucu kesayangan nanny Lynna..wanginya dia, dah mandi.."

"Dah.. nanny Lynna. Mommy Ara mandikan..sinilah mommy Ara, duduk dekat nanny Lynna..cian nanny Lynna dia dah tak boleh berjalan.."

Perlahan-lahan aku melangkah ke kerusi roda yang menempatkan kembar ibuku ini. Aku sudah terpempan di situ, mujur dulang yang ku tatang tadi sudah berada di tangan bibik Jorah. Air mataku mengalir, sebak melihat keadaan kembar ibuku ini. Dia juga sudah terkesima melihat diriku yang berdiri di hadapannya.

"Arabellina...Arabellina, anak ibu.." lirih suaranya memanggil diriku.

"Mommy Aralynn... Bella rindukan mommy Aralynn sangat-sangat..kenapa jadi begini mommy.." aku dakap tubuh tua itu erat-erat.

"Hey, kau siapa hah..? Aku ni Aralynna, bukannya Aralynn...kau bukan anak aku...pergi..pergi..jangan peluk-peluk aku.." tubuhku ditolak kasar. Terjelopok aku di lantai jubin itu.

"Nanny Lynna...kenapa buat mommy Ara macam tu, sakitlah mommy Ara tu.. dia bukan orang jahatlah nanny Lynna.." marah Arayumi seraya berlari mendapatkan aku.

"Mommy Ara tak apa-apa sayang, jangan marah nanny Lynna, mommy Ara yang salah..mommy Ara terlalu rindukan ibu, mommy Ara je..nanny Lynna bukan ibu mommy Ara, sebab tu nanny Lynna marah mommy Ara.." aku jelaskan pada anak kecilku ini dan aku suruh dia meminta maaf kembali pada puan Aralynna.

"Oo...nanny Lynna, Arayumi minta maaf ya.."

"Takpe sayang, Arayumi tolong suapkan nanny Lynna ya, nanny Lynna dah lapar..Jorah kau bawa perempuan ni turun, aku tak nak tengok dia ada kat sini, dia buat aku selera aku mati..suka hatinya saja nak peluk-peluk aku, dah gila agaknya.." kata puan Aralynn tanpa rasa bersalah.

Aku yang terasa hati dengan kata-kata sinis itu terus membawa diri. Aku bawa diriku ke dapur. Ada keperluan yang belum aku bereskan di situ. Walaupun kata-kata dari puan Aralynna itu sempat melukakan hatiku, namun terselit kebenarannya. Aku bukannya anak dia, dan dia juga bukan ibu kandungku. Aku kesat air mataku yang masih bersisa.

Apabila terpandangkan bahan-bahan yang sudah disediakan oleh bibik Jorah untuk menyediakan sandwic tuna itu, aku cuba untuk menyediakannya dengan sendiri. Masih terakam kemas cara penyediaannya yang sempat diajarkan oleh Elhan suatu masa dulu.

Lima belas minit kemudian, tersedialah sandwic tuna yang sudah aku susun kemas di atas sebiji pinggan kaca berwarna biru itu. Bibik Jorah bersama Arayumi mendapatkan aku semula di dapur ini.

"Dah siap sandwic tuna itu puan Bella..?" tanya bibik Jorah yang tengah mencuci mangkuk bubur yang telah kosong itu.

Aku tersenyum sambil angguk kepala. Arayumi aku bawa ke dalam dukunganku, sambil aku hulurkan kepingan sandwic tuna itu pada anak kecilku. Bertalu-talu pujian aku dapat dari mulut si kecil. Berbunga hatiku semula yang sempat terhiris dengan kata-kata kembar ibuku tadi.

"Sedapnya mommy Ara, mommy Ara kata tak pandai masak tadi..?" soal Arayumi pelik. Sudah masuk kali ketiga kepingan sandwic itu dikunyahnya.

"Perlahan-lahan sayang, nanti tercekik.. masak simple-simple macam ni mommy Ara bolehlah..tu pun papa yang ajar mommy Ara tau.."

"Oo..ye ke..papa memang pandai masak, cakap je nak makan apa..bila papa nak balik, mommy Ara..?"

Soalan Arayumi tidak segera aku jawab kerana saat ini aku mendapatkan satu panggilan dari nombor pihak hospital. Panggilan itu segera aku jawab. Hatiku kembali riang kerana kedua-dua insan kesayanganku telah sedar kembali, dan sekarang mereka berdua sudah di tempatkan di wad biasa seperti yang dimaklumkan oleh seorang jururawat itu. Menurut katanya lagi, Elhan dan Zill Qayyim berjaya mengharungi masa-masa kritikalnya dengan baik. Tidak sabar untuk melawat mereka semula di hospital itu.

"Arayumi...papa dah sedar...kejap lagi kita pergi hospital ya.." kataku pada Arayumi.

"Yey...papa dah boleh balik kan mommy Ara...?"

"Tak tahu lagi sayang..kita dengar apa kata doktor nanti..cepatlah habiskan makanan tu..mommy Ara nak bersiap kejap.."

"Puan Bella udah sarapan ke...? sabar kok, waktu melawatnya lambat lagi puan.."

Langkahku terhenti. Aku kerling jam di pergelangan tangan. Aku tepuk dahiku sendiri. Tersengihku sendiri. Aku geleng kepalaku semula pada bibik Jorah. Bibik Jorah tepuk-tepuk bahuku lembut, sambil tarik lenganku ke meja makan.

"Duduk dulu puan Bella, udah makan dulu...jangan biarkan perut itu kosong..nanti bibik ingatkan semula jam untuk melawat tuan Elhan.."

"Bibik duduk kejap bik, kita sarapan sama ya, saya takde seleralah makan sorang-sorang..sementara itu boleh kita berbual pasal puan besar Aralynna.."

Bibik Jorah menghentikan kerjanya sebentar, dia akur dengan arahanku. Kerusi di sebelahku ditarik dan dia labuhkan punggungnya di situ. Dia mulakan ceritanya perihal puan Aralynna kepadaku. Aku yang memangku Arayumi di dalam ribaanku mendengar dengan penuh minat.

Kini, aku sudah mengetahui sedikit sebanyak maklumat tentang puan Aralynna. Puan Aralynna tidaklah seperti ibuku yang keras kepala, suka memberontak dan agak tegas. Puan Aralynna sedikit lembut, dan dia lebih senang dibawa berbincang, walaupun kedua-duanya mempunyai banyak persamaan, namun tingkah lakunya agak ketara perbezaannya.

"Kenapa puan Aralynna jadi begitu bik Jorah, maksud saya terpaksa guna kerusi roda.." aku soal bibik Jorah sebentar kemudian. Dia baru sahaja menghabiskan air jus orennya di dalam gelas kaca itu. Haus barangkali, yelah bercerita panjang denganku tadi tanpa henti.

"Oh, itu sebab puan Aralynna ditabrak sama kereta. Kejadian itu, berlaku semasa arwah puan Bellina mahu melahirkan..puan besar Aralynna lumpuh kedua-dua kakinya tidak sedar ada kereta semasa mahu melintasi jalan ke seberang, manakala baby puan Bellina pula meninggal, mujur puan Bellina selamat, cumaan kaki puan besar tidak dapat disembuhkan lagi.."

"Erm...begitu ya ceritanya bik Jorah, kasihan puan Aralynna..bila pula puan Bellinanya meninggal?" soalku semula pada bibik Jorah, sempat aku cemburukan arwah kakak kembarku itu apabila bibik Jorah kata dia sedang sarat mengandung dan sudah mahu melahirkan anaknya. Pasti anak itu, anak abang Elhan.

"Lepas Arayumi berumur dua tahun, puan Bellina sakit-sakitan. Penyakitnya misteri banget..udah dibawa ke doktoran, beberapa kali keluar masuk rumah sakit, namun penyakitnya itu ngak mahu kambuh kok, sepertinya dia sedang merindui seseorang..mungkin dia rindukan puan Bella, puan berdua kan kembaran..." bibik Jorah elus jejemariku.

"Mungkin juga bik Jorah, saya bersiap dulu bik...sudah tengah hari bik.. maaf ya, ganggu bibik Jorah nak buat kerja..tak perlu masak untuk saya ya bik..saya dan Arayumi makan di luar saja nanti..."

"Yelah, hati-hati memandunya nanti.. bibik mahu sambung kerjaan bibik.."

Aku bawa diriku semula ke dalam bilik milik Elhan. Beg pakaianku hampiri yang diletakkan di tepi almari pakaian itu, namun tiada sepasang pun pakaianku di dalam beg ini.

"Arayumi...mana papa letak pakaian mommy Ara ya..?" aku garu kepala.

"Dalam almarilah mommy Ara.. cuba mommy Ara buka almari tu.." jawab Arayumi yang leka bermain patung bunnynya di atas katil empuk milik Elhan.

Aku buka satu per satu pintu almari tersebut, alangkah terkejutnya aku melihat pakaianku sudah tersimpan rapi dalam almari ini, siap bergantung mengikut jenis warnanya sekali. Punya telitinyalah encik Elhan ni, tak ubah lagi perangainya itu. Ah, tak sabar aku nak tatap wajah itu semula! Segera aku bersiap dan terus menuju ke hospital bersama Arayumi. Tidak lupa bekal sandwic itu aku bawa bersama.

Done update...hope enjoyed it..dua-dua dah sedar..mana satu Arabella nak pilih ya..?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience