BUNYI bising di tingkat dua kediaman Dato' Dzulkifly bersama dengan Datin Nayla Nadirah memanggil diriku untuk menuju ke arah sana. Perlahan-lahan kaki kubawa melangkah memijak satu persatu anak tangga dengan penuh berhati-hati. Perut yang semakin menonjol ini sedikit menyukarkan pergerakkanku untuk bergerak pantas.
Kedengaran suara Datin Nayla Nadirah yang mesra kupanggil umi Ayla ini sedang berbalah dengan anak lelaki kesayangannya siapa lagi jika bukan Dr Naim Nazreen. Kedengaran semakin jelas apabila kakiku semakin hampir memijak anak tangga yang terakhir.
"Im..umi nak Im settlekan masalah antara Bella dengan Im secepat mungkin...dah terlalu lama Im. Sampai bila nak melarikan diri!" Datin Nayla Nadirah meninggikan suaranya tatkala melihat Naim Nazreen termenung sejenak.
"Apa lagi umi...apa lagi yang nak diselesaikan..Im sayangkan Bella, tak mungkin..Im tak mampu lakukannya.." keluhan berat Naim Nazreen lepaskan. Anak rambutnya yang terjuntai di dahi diraup kasar ke belakang. Wajah tampan itu kelihatan kusut sekali.
Mahu sahaja kaki ini melangkah menghampirinya saat ini, namun kakiku terus terpasung mendengar lanjutan kata-kata yang terkeluar daripada mulut Datin Nayla Nadhirah. Diri yang kubawa bersandar di balik daun pintu kamar tidur milik Datin Nayla Nadhirah bersama Dato' Dzulkifly ini sudah mahu melorot tatkala lututku sudah menggeletar hebat. Namun, aku gagahkan diri untuk terus menguping perbualan dua beranak itu.
"Im, sampai bila Im nak hidup dalam keadaan macam ni, sayang.. ingat Im, Bella tu isteri orang..Im hanya doktor yang merawat Bella, Bella hanya pesakit Im...takkan Im nak langgar etika kedoktoran Im tu, dan yang paling penting, umi tak ajar anak-anak umi langgar hukum Allah..kita orang Islam Im..kita hidup berlandaskan syariat Islam dan hukum-hakam yang telah ditentukan.." panjang lebar Datin Nayla Nadhirah menasihatkan anak lelakinya itu. Tubuh Dr Naim Nazreen sudah dibawa ke dalam dakapannya.
"Tolong faham keadaan Im, umi..Im terlalu rindukan arwah Suhana, adanya Bella di sisi Im, Im rasa diri Im hidup kembali umi..umi jangan risau, Im takkan jatuh cinta pada Bella.. walaupun dulu Im pernah letakkan Bella teristimewa dalam hati Im.." luah Dr Naim Nazreen bersungguh bersertakan linangan air matanya.
Aku yang mendengar bagai mahu pitam. Dadaku terasa sungguh sakit mendengar kata-kata yang terluah dari mulut Dr Naim Nazreen saat dia menyatakan rindu pada seorang gadis bernama Suhana. Siapa Suhana yang sebenarnya pada dirimu, Dr Naim Nazreen? Kenapa kau buat aku macam ni Dr Naim Nazreen?!
Air mata yang berlinangan di kelopak mata aku biarkan sahaja berjuraian. Dengan berbekalkan kudrat yang masih bersisa, aku paksa tubuhku berdiri semula. Tidak lagi kuat hati ini untuk terus mendengar perbalahan yang masih berlanjutan. Hatiku sudah hancur luluh dilumat oleh dua insan yang sangat aku percayakan saat diri ini keliru dengan diri sendiri. Entah siapa lagi ingin aku percayakan lagi saat ini. Segala kepercayaanku tak ubah hanya seperti sebuah permainan bagi mereka. Hatiku ini bagaikan tiada harganya di sisi mereka. Ah, mudahnya dikau memperkotak-katikkan perasaanku wahai Dr Naim Nazreen!
Saat diri ini mahu melangkah menuruni anak tangga itu semula, entah bagaimana aku terpijak hujung kain dress labuhku sendiri, mungkin saat untuk turun tadi aku agak terkocoh -kocoh, terus bergolek tubuhku di dua anak tangga terakhir sehingga ke lantai jubin granit berwarna hijau lumut itu. Mujur sahaja tidak terlalu tinggi tempat aku tergelincir tadi. Aku berteriak keras saat setiap inci tubuhku sudah terasa mencucuk-cucuk. Sakitnya sudah tidak terkata. Bagaikan mahu tercabut rasanya pinggang aku ini.
"Bella...!!!! Umi, Bella..." Dr Naim Nazreen pantas mendapatkan aku yang sudah terbaring lemah di lantai jubin itu dengan berlumuran darah.
"Ya...Allah, Im cepat bawa Bella ke hospital, macam mana boleh jatuh pulak ni..?" Datin Nayla Nadhirah sudah cemas dan terus mengarahkan anak lelakinya itu membawa aku ke hospital dengan segera.
"Sakit umi..sakit..!!" adu aku di tempat duduk penumpang belakang di dalam pangkuan Datin Nayla Nadhirah.
"Sabar ya, Bella..istighfar, bawa banyak mengucap. Ingat Allah, sayang.." pujuk Datin Nayla Nadhirah lembut sambil mengelus rambutku yang sudah lencun dibasahi peluh yang merenik kasar di wajahku.
"Im, cepat sikit...Bella dah sakit sangat ni..." arah Datin Nayla Nadhirah pada anak lelakinya pula.
"Ya, umi...kejap lagi kita sampai.. sabar sikit, Bella...bernafas macam mana abang ajarkan tadi.." Dr Naim Nazreen melihat keadaanku seketika berpandukan cermin pandang belakang itu sekilas. Dia masih lagi fokus dengan pemanduannya.
Sebaik sahaja sampai di hospital swasta tempat Dr Naim Nazreen bertugas, tanpa berlengah tubuhku dicempung oleh Dr Naim Nazreen dan segera dibaringkan aku di atas katil pengusung lalu ditolak ke bilik rawatan. Seketika, aku dengar Dr Naim Nazreen membisikkan kata-kata semangat kepadaku dan tidak lama kemudian, mataku mula layu dan aku tidak tahu apa lagi yang terjadi padaku selepas itu.
***
Sedar tak sedar sudah dua minggu berlalu. Aku masih seperti itu, mula membisu dan hanya bercakap apabila perlu. Sejak rahsia besar itu terungkap, aku lebih banyak termenung. Masih keliru dengan orang-orang yang berada di sekelilingiku. Percaya? Entahlah, sukar untuk percayakan sesiapa sahaja saat ini.
"Bella...makan sikit, sayang..jangan macamni..kesian babies dalam perut tu.." tegur acu Aura yang sedang menyudukan bubur itu ke mulutku.
Aku gelengkan kepala. Hanya menatap doktor wanita di hadapanku ini dengan penuh tanda tanya. Siapa dia? Siapa Bella..? Aku bertambah keliru. Dalam ramai-ramai yang melawat aku di sini, aku hanya ingat pada seseorang. Lantas aku bertanyakan keberadaan lelaki itu pada doktor wanita ini.
"Mana.. Elhan? Abang Elhan saya mana..?" soal aku agak keras pada doktor wanita ini.
"Oh, Bella nak jumpa Elhan ya, kejap acu panggilkan.." acu Aura ukir senyum, meletakkan mangkuk bubur itu kembali di atas meja dan segera keluar dari bilik ini.
Dari sejak awal-awal dia muncul di hadapanku, aku tidak dapat mengenali dirinya dengan baik. Sudah tiada lagi memori tentang doktor wanita ini yang merangkap ibu saudara pada diriku ini yang terakam di dalam benakku ini.
Tak sampai dua saat, muncul seorang lelaki tampan sedang membawa jambangan bunga mawar kuning untukku. Aku dah tersipu malu di atas katil hospital yang tengah duduk bersandar di kepala katil itu menanti kehadirannya. Jantungku berdengup kencang saat Elhan semakin menghampiriku. Dia tersenyum manis padaku sambil menghulurkan jambangan bunga kesukaanku itu. Elhan labuhkan punggungnya di sisiku.
"Assalamualaikum, sayangku.." Elhan menghulurkan salam dan lengan kekarnya untuk aku sambut. Seperti hari-hari sebelumnya dia datang melawatku di sini.
"Waalaikumussalam.. abang Elhan. Kenapa lambat? Lapar tau tak.." aduku pada Elhan. Aku salam dan kucup kekura lengan Elhan tanpa melepaskan tautan jejemari kami, terus aku bawa telapak tangan lebar itu menyentuh perutku yang membukit. Teruja dengan pergerakkan aktif di dalamnya.
Elhan kuntum senyum manis, mahu tercabut jantung aku dari tangkainya tatkala menatap wajah tampan milik jejaka ini.
"Sorry sayang...abang tak sengaja.. sayang lapar ya, abang suapkan makan ya...Erm, bubur ni nampak sedap.." Elhan ambil semula mangkuk bubur yang terletak di atas meja kecil itu, lalu menyuapkan makanan itu ke dalam mulutku. Akhirnya, licin juga semangkuk bubur itu. Tidak pada hari-hari sebelumnya tidak berjamah sedikit pun.
"Abang Elhan kenapa baru sekarang datang melawat..kalau abang Elhan datang dari dulu tentu seronok..taklah membazir selalu makanan ni.." ujarku pada Elhan.
Elhan kerut kening. Pelik! Bukankah sudah seminggu dia berulang-alik setiap hari menemuiku di sini, tanpa gagal.
"Abang minta maaf sayang, abang.. minta maaf..." Elhan terus rangkul tubuhku ke dalam dakapannya. Wajahku yang mencengkung dihujani dengan kucupan daripada lelaki ini. Air matanya mengalir deras.
"Kenapa abang Elhan menangis? Janganlah sedih, apa yang buat abang sedih..?" soal aku pada Elhan. Pelik. Keliru!
Elhan cepat-cepat hapus air matanya. Di gelengkan kepalanya, terus dia mengorak langkahnya meninggalkan aku dengan penuh tanda tanya. Namun, langkahnya dihalang oleh Dr Naim Nazreen membuatkan Elhan membatalkan niatnya itu.
"Tunggu kejap ...Han, aku ada hal nak bincang dengan kau..." bicara Dr Naim Nazreen membuatkan Elhan membawa langkahnya ke sebuah sofa yang terdapat di dalam bilik wad persendirian ini. Dilabuhkan punggungnya di situ.
Aku hanya memerhatikan dua jejaka tampan itu berbicara sesama sendiri. Suara yang tenggelam timbul itu, mengugat sedikit pendengaranku. Samar-samar sahaja aku mendengar bicara mereka berdua tatkala kedudukan sofa itu agak sedikit jauh dengan katil hospitalku ini. Hendak menyertai mereka di sana, tubuhku pula berasa lemah untuk bergerak.
"Apa lagi Im...tak puas lagi kau buat aku separuh gila mencari keberadaan isteri aku ni..? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku, sejak dari zaman universiti sampai sekarang Im..." suara Elhan tenggelam timbul mengawal amarahnya. Jejemarinya sudah terlihat dikepalnya erat, sehingga menimbulkan urat-urat yang menghijau.
"Aku tak bermaksud Han, aku tahu aku selfish...aku rebutkan Bella dari kau, yang sudah aku tahu..hanya kau di dalam hatinya..aku minta maaf Han.." Dr Naim Nazreen tayang muka bersalah, lantas menundukkan pandangannya menekur lantai.
"Terima kasih jagakan dia dan baby kami untuk aku..aku tahu aku bukan suami yang baik, aku biarkan isteri aku sengsara seorang diri, aku selalu takde saat dia perlukan aku...aku rasa diri aku gagal, Im.." Elhan pukul-pukul dada bidangnya itu. Matanya berair dan merah menahan air jernih itu dari tumpah.
Dr Naim Nazreen sudah menghalang perbuatan Elhan, lalu dibawanya tubuh Elhan yang agak menyusut itu ke dalam dakapannya. Belakang Elhan ditepuk lembut dengan lengan kekarnya. Mereka melangkah beriringan mendapatkan aku di katil hospitalku kembali, setelah melihat aku tidak lagi betah untuk duduk bersantai di atas katil itu.
"Aku minta maaf Han, sekarang aku nak satukan korang berdua semula. Kau lebih berhak ke atas Bella, Han. Aku harap lepas ni tiada lagi yang memisahkan kau dan isteri kau yang gorgeous ni..goyah juga aku, namun aku masih tak dapat nak lupakan arwah Suhana, my lovely wife.. kau pun bukannya orang lain dengan aku Han, kau cousin aku. Aku sayang kau bro.." ujar Dr Naim Nazreen pada Elhan di hadapanku.
"Doktor ni cousin abang Elhan?" soal aku pada doktor lelaki ini.
Dr Naim Nazreen angguk kepala. Dan menguntum senyuman nipis padaku. Di bawanya lengan Elhan merapat pada kekura lenganku. Telapak tangannya menggenggam erat kedua-dua jejemari aku dan Elhan yang sudah bertautan.
"I hope no more sadness after this. Aku doakan korang berdua berbahagia dengan kehadiran twins tak lama lagi..Insya Allah, dua bulan lagi...Han, kau bakal jadi bapa.., cuma ingatan Bella yang masih belum sembuh sepenuhnya.." Dr Naim Nadhir tayang muka mendatar. Bahu Elhan dielus perlahan, meminjam kekuatan lelaki itu.
"Apa, twins? Aku dah jadi bapa dah pun. Anak sulung kami dah nak masuk lima tahun usianya, Im. Tak kan takde cara nak pulihkan ingatan wife aku ni..Im" soal Elhan pada sepupunya ini.
" Oh, i see..jangan risau Han, pasti ada cara. Di samping tu kau perbanyak kan doa untuk kesembuhan wife kau ni..Insya Allah, pasti Bella akan sembuh suatu hari nanti.. aku minta diri dulu..sekali lagi aku minta maaf pada korang berdua.." Dr Naim Nazreen menepuk lembut bahu Elhan beberapa kali sebelum melangkah membawa dirinya meninggalkan bilik wad ini.
***
Hari-hari yang berlalu pantas, sampailah masanya untuk aku melahirkan anak kembarku ini. Tiada apa yang berubah, ingatanku masih seperti itu. Tatkala ada masanya aku mengingati insan-insan di sekelilingku, dan ada masanya pula aku melupakan segalanya. Ingatanku bagaikan tenggelam timbul saat ini, terkadang sedikit sebanyak mempengaruhi juga aktiviti kehidupan seharianku.
Tepat jam enam lima minit pagi Jumaat itu, sebaik sahaja sesudahnya azan Subuh berkumandang, aku selamat melahirkan sepasang anak kembarku dengan cara pembedahan Caesarean. Berat bayiku yang beranggaran tiga kilogram setiap seorang itu lahir dalam keadaan yang sihat dan sempurna anggota fizikalnya, cuma si adik perempuan kepada sepasangan kembar ini terpaksa diberikan bantuan oksigen kerana dia sedikit lemas semasa kelahirannya.
"Bangun, Bella...saat menyusukan twins..." kejut acu Aura lembut menepuk bahuku.
"Erm...lama ke saya tidur doktor.." soal aku pada acu Aura, sambil memangku si abang terlebih dahulu.
Aku susukan bayi comelku ini mengikuti ajaran doktor wanita yang menggelarkan dirinya sebagai acu Aura kepadaku. Satu perasaan terlahir saat ini yang membawa ingatanku pada suatu masa dahulu. Seakan aku pernah mengalami peristiwa yang sama untuk beberapa tahun yang lalu. Melihat kerutan di wajahku, doktor wanita ini mengangkat kedua-dua belah keningnya seolah sedang menanyakan sesuatu padaku.
Apabila sudah selesai aku menyusukan kedua-duanya, aku meminta doktor wanita itu terus tetap berada di sampingku. Aku mahu kongsikan rasa yang kualami ini dengannya, berikutan dirinya kelihatan agak rapat denganku. Dan aku juga agak serasi dan rasa selamat berada di sisinya.
"Acu..Aura.." terbata-bata aku menyebut namanya.
"Ya, ada apa Bella..cakap je jangan takut, saya ni ibu saudara awak, Bella. Awak boleh percayakan saya" acu Aura sudah melabuhkan punggungnya dekat di sisiku.
Dielusnya lembut jejemariku. Dan aku dapat merasakan aku macam pernah melalui detik itu. Pernah merasakan sentuhan daripada doktor wanita ini.
"Betul ke, doktor ni ibu saudara saya..?" aku tatap tepat pada wanita di hadapanku ini. Mencari keikhlasan di sebalik sinar matanya yang terpancar indah.
"Ya, sayang...sini acu Aura tunjukkan gambar ni, mungkin dengan gambar ini Bella akan ingatkan sesuatu.." Doktor Aura Hazwana menunjukkan beberapa buah gambar yang tersimpan di dalam galeri iPhonenya itu.
Sibuk mulutnya bercerita kisah di setiap gambar yang terakam. Namun, tiada satu pun dari ceritanya itu dapat menjengah di fikiranku. Hanya gelengan demi gelengan yang aku lakukan sedari tadi. Fikiranku kosong.
"Erm..takpelah, sekarang masa untuk Bella berehat, jangan paksa diri ya..Insya Allah, suatu hari nanti acu percaya Bella pasti akan sembuh juga..malam ni, Elhan temankan Bella seperti biasa..acu keluar dulu, Elhan pun dah sampai tu.." acu Aura melangkah pergi saat Elhan sudah muncul di dalam bilik wad ini.
Elhan membawakan barangan yang kupesan padanya. Hatiku berbunga riang pabila dapat memeluknya semula. Bantal berbentuk buah strawberi itu aku peluk erat. Sepertinya, aku berasa segala kesusutan bebanan fikiranku terbang hilang dibawa hembusan angin lalu. Entah kenapa aku berasa tenang mendakap bantal lembut dan gebu ini.
Elhan dari tadi hanya memerhati. Dia hanya kekalkan senyumannya dan tidak pula ingin berbicara seperti selalu.
Mungkin sedang memberikan aku ruang untuk melayan diriku sendiri.
Setelah agak lama mendiam diri, Elhan mula berbicara memecah kesunyian.
"Bella, abang dah pilih nama untuk anak-anak kita..anak sulung kita abang berikan nama, Eshal Farzan Edward dan si puteri kita abang namakan dia Arisha Ardini Arwaa..Bella suka tak?" Elhan kuntum senyum.
Aku hanya menganggukkan kepalaku. Tiada sebarang bicara. Namun, senyum ku semakin jelas memekar menyatakan bahawasanya aku juga sukakan sebarisan nama indah untuk anak kembarku yang menjadi pilihan Elhan. Laju tanganku diraih oleh Elhan lalu diletakkan di bibirnya.
"Thank you sayang untuk keindahan ini. Abang janji sayang, abang tak akan sesekali membiarkan lagi sayang menjauh dari diri abang. Abang sudah tidak sanggup lagi sayang. Sayanglah nyawa abang."
Hatiku tersentuh dengan kalimah akhir yang terucap daripada bibir nipis kemerah-merahan milik Elhan ini. Kuseka air mata yang mula bertakung agar tidak luruh. Tidak mahu aku sampai Elhan terbawa rasa duka ini bersamaku. Namun, tidak aku menjangka, wajah Elhan dah lencun dengan air jernih tanpa sebarang esakkannya itu. Eii, suami siapalah yang cenggeng sangat ni!
Done update...sorry lambat, author terkena sindrom writer block..nak tenangkan diri sekejap..
Share this novel