MENGGELENG-GELENG kepala Prof Fatin sebaik sahaja kami berlima sudah berada di dalam ruangan kerja tenaga pengajar ini. Hilal masih mengomel perlahan menyalahkan tingkah Elhan bersama aku yang tidak bermoral itu.
"Sudah... kamu semua jangan nak salahkan antara satu sama lain. First, saya nak tahu apa sebenarnya yang berlaku sehingga awak semua berani bertindak sedemikian..!" tegas Prof Fatin menyoal kami berlima. Lantang suaranya itu, membuatkan kami semua kecut-perut.
"Prof, i'm so sorry..please jangan perbesar-besarkan isu ni lagi.. Hilal, Durah and Nur tak salah dalam hal ini..saya yang bersalah.." aku memberanikan diri untuk bersuara.
"Ok, but..saya nak ingatkan kamu Arabella, jaga tatasusila kamu, i know you dibesarkan di overseas. Tapi jaga adab cara hidup orang Timur. Lebih -lebih lagi kita orang Islam..ingat tu, ok saya beri kamu peluang memandang kan ini kesalahan tingkah laku kamu yang pertama kali. Lain kali, no compromise..baiklah kamu semua boleh bersurai.." kata Prof Fatin yang masih mengekalkan nada suaranya dalam nada agak lantang.
"Baiklah Prof Fatin..sekali lagi saya minta maaf dan berjanji perkara ini tidak akan berulang lagi. Terima kasih.."
Aku terus bawa diri aku menjauhi Hilal, Nur Bhaiyinah, Durah dan Elhan. Pantas aku berlari meninggalkan mereka berempat sebaik sahaja keluar dari bilik kerja Prof Fatin. Aku sangat malu dengan diriku saat ini. Entah ceruk mana aku ingin sorokkan wajahku ini.
Berkali-kali aku maki diriku sendiri setelah meloloskan diri di dalam keretaku ini. Tangan aku bawa memukul stereng keretaku itu berkali-kali melempiaskan segala rasa yang bersarang di hati. Panggilan Nur Bhaiyinah, Durah, dan Hilal tidak aku endahkan lagi.
Elhan pula sudah menapakkan kaki mendapatkan superbikenya yang terparkir di tempat parkir motosikal yang telah disediakan pihak universiti ini. Langsung dia tidak menghiraukan aku dan bertingkah seperti tiada apa yang berlaku. Bertambah sakit hati aku pabila sepasang mata ini menyoroti langkahnya itu.
Enjin aku hidupkan sebaik sahaja aku meneroboskan tubuh rampingku di dalam perut Suzuki Swift ini. Terus aku pijak pedal minyak agak kuat, lalu laju jentera itu membelah jalan raya. Aku yang memandu tanpa hala tujuan dan akhirnya aku berhentikan keretaku ini sebaik sahaja membelok ke Taman Tasik Titiwangsa. Seperti ada satu daya tarikan yang kuat memanggil aku untuk bertandang ke sini.
Setelah memarkirkan keretaku di petak parkir yang disediakan, aku terus membawa langkahku ke sebuah tasik yang terbentang luas. Aku labuhkan punggungku di salah sebuah bangku simen ferro yang terdapat di situ. Bangku yang betul-betul terletak di bawah pohon yang merimbun membuatkan aku terlindung dari sinaran mentari yang masih terik memancarkan cahayanya.
Aku buang pandang pada tasik yang menghijau. Melihat tiada pengunjung yang bertandang di sini memandang jam baru menunjukkan jam empat petang, aku tolak tubuhku dan mula berdiri. Perlahan-lahan aku bawa langkah menuju ke tasik itu. Sepertinya ada terdengar suara kecil yang sedang memanggil-manggil diriku untuk berdiri di situ.
Aku mula melangkahkan sepasang kaki yang beralaskan sepasang sneakers jenama Nike berwarna putih dan biru sedondon dengan sepasang baju kurungku berkain kapas warna biru gelap dan bercorak bunga kecil warna putih. Tanpa sedar sudah hampir aku berdiri di tepian tasik itu. Aku mula teriakkan sebaris nama Elhan melempiaskan amarahku pada jejaka itu.
"You...watch out..! Jangan buat kerja bodoh!" Jeritan itu bersama satu tarikkan kuat ke atas lenganku berjaya membawa diriku masuk ke dalam dakapannya.
Pantas aku menahan diriku untuk terus larut memeluk satu batang tubuh tinggi lampai itu. Lantas aku menciptakan jarak dengannya.
"Sorry... awak siapa..kenapa tarik tangan saya..?!" aku soal dirinya itu agak keras.
"Erm..bukan ke awak nak terjun ke tadi, nak bunuh diri ke..? Awak tahu tak tasik ni dalam..kalau awak seorang perenang handalan pun, saya rasa awak takkan selamat sebab berpakaian macam ni.."
Aku dah tertawa kecil. Lucu pula aku rasakan apa yang diperkatakan oleh jejaka ini.
"Eh, kejap... rasa macam pernah jumpalah..." aku soal jejaka ini sambil melipatkan tangan ke dada.
"Siapa... saya?" soal jejaka itu lantas menundingkan jari telunjuknya ke diri sendiri.
"Yup, dah takde siapa kat sini selain kita berdua..rasa macam pernah jumpa kat UKM.. betul tak..?"
"UKM..?? Universiti Kebangsaan Malaysia, student sana ke..?" soalnya lagi dengan wajah yang agak terkejut.
Aku tayang kad identitiku yang tergantung di leher jinjangku padanya. Dia koyak senyuman manisnya. Senyuman itu sedikit mengetarkan naluri kewanitaan aku. Namun pesonanya masih tidak mampu mengalahkan Mr tripple E..! Anak teruna Mr Edward.
'Argh..kenapa pula aku boleh teringatkan mamat poyo, dingin dan beku tu..! Bukannya dia nak bela aku pun tadi dari dimarahi Prof Fatin. Semuanya terjadi sebab kau, Elhan..! sebab kau...!' jeritan itu bernyanyi -nyanyi di dalam hatiku.
"Miss, are you ok..? Nampak muka macam stress je..gaduh dengan boyfriend ya..?" tebak jejaka tinggi lampai ini lagi sambil menyeluk kedua belah tangannya di poket seluar slack warna hitamnya. Pandangan tepat di hala menuju ke tasik semulajadi itu.
"Yup..but bukan pasal gaduh dengan boyfriend, just a little bit stress pasal assignment..by the way, awak ni siapa ya dengan Nur..erm, maksud saya Nur Bhaiyinah..?" aku senyum nipis.
Jejaka itu terus pusingkan wajahnya menghadap tepat ke arah sisi wajahku.
Sementelahan itu dia agak terkejut mendengar sebaris nama rakan karibku yang kulontarkan dari bibir mungilku ini. Wajahnya yang tenang menjadi sedikit keruh.
"Nur...Nur Bhaiyinah binti Hj Kamaruddin..? Dia...Nur, bakal isteri saya. Kami berdua ni sepupu..kami bakal disatukan hujung tahun ini...tapi.." jejaka itu lepaskan satu keluhan berat.
"Tapi...awak tak setuju dengan penyatuan ni..and awak dah ada orang lain.." cantasku laju.
"Wow... pandainya teka, awak ni ahli nujum ke..?" senyuman sang jejaka bertambah mekar bila dia koyak senyumannya. Aduh...kacaknya dia!
"Haah..anak cucu angkat Nujum Pak Belalang.." kataku dengan jelas dan lancar.
Jejaka itu terus tertawa. Makin lama makin galak tawanya. Aku yang pada mulanya beriak beku, ikut tertawa sama akhirnya.
"Eh..sorry tau..menjadi-jadi pula saya ketawa. Awak ni luculah, sakit perut saya..tengok sampai berair mata saya ketawa..awak lapar tak..? Jom pergi makan, saya laparlah. Don't worry saya belanja, kebetulan hari ni hari gaji saya... nanti kita sambung berbual.."
"Erm..ok, tapi kita pergi asing.. saya follow awak dari belakang.. kereta saya parking kat sana, awak?"
"Situ juga...tapi saya naik motosikal cabuk je..senang sikit, malas nak layan heavy traffic.."
Aku mengangguk tanda setuju. Kami sama-sama mendapatkan kenderaan masing-masing. Namun, saat ingin menghidupkan enjin kereta, aku mengalami masalah. Enjin kereta aku tak mahu hiduplah pulak.
"Kenapa tu, tak boleh start..?" soal jejaka tinggi lampai itu. Belum sempat aku tahu namanya. Aku pulak malas nak tanya.
Aku anggukkan kepala. Beberapa kali aku cuba, namun masih gagal untuk menghidupkan enjin keretaku ini. Masa ni pulaklah kereta kesayangan aku ni nak meragam.
"Laa...patutlah pun tak boleh start, minyak takde cik kak oii..ni tentu kes lupa nak isi lah ni.."
Aku dah tepuk dahi. Patutlah tadi kereta aku ni tersengguk-sengguk di jalanan, marah punya pasal sampai lupa aku nak berhenti di stesen petrol untuk isi minyak.
"Erm..takpe, tinggal je kereta awak tu kat sini.. nanti saya minta tolong kawan saya, sekarang awak ikut saya, kita pergi makan, then saya hantar awak balik, mujur saya bawa helmet lebih..macam ditakdirkan pula kita berjumpa kan.."
"Eh, tak menyusahkan ke..takpelah kot, saya balik teruslah naik Grab, nak naik moto macam mana.. pakai baju kurung macam ni..lagipun saya tak kenal awak..mommy saya pesan, jangan ikut sebarangan orang jika tak kenal..mommy saya pegawai polis tau.." dalihku panjang lebar.
"Ya, betullah mommy awak cakap tu, tapi saya ikhlas dan berniat baik, ikhlas nak tolong awak, tapi kalau awak ragu-ragu, up to you..tapi waktu macam ni saya rasa susah nak dapat Grab.. jangan risau saya tak akan ambil kesempatan..kalau tak, kenapa dari tadi saya tak ambil peluang, awak dah pun buka peluang tu pada saya tadi.."
"When... awak ni buat saya takutlah.." aku jeling manja.
"Tadi..masa awak peluk saya, awak ingat saya tak rasa apa-apa ke..? Nasib baik iman saya ni kuatlah juga. Dahlah, jom.. perut saya dah berkeroncong ni, dah buat konsert Nirvana..awak jangan, nanti saya pengsan, larat ke awak nak angkat saya?" terjongket-jongket kedua belah kening tebalnya itu.
"Yelah...yelah... saya ikut awak..mana motosikal awak.."
Jejaka itu menunjukkan superbikenya yang berwarna hitam merah, sebiji dengan jenama kepunyaan Elhan, Yamaha YZF- R25. Wajah aku terus berkerut seribu setelah mata terhala pada sebuah motosikal berkuasa tinggi itu. Ini yang dia katakan motosikal cabuk?!
"Why, tak suka atau tak sabar nak naik.."
"Saya boleh tungganglah.. daddy saya ada satu..tapi betul ke superbike ni milik awak.."
"Yelah, sayang..betul awak boleh bawa.. bawaklah, erm... saya jadi pembonceng kat belakang.."
Tanpa fikir panjang, aku tadahkan tapak tanganku pada jejaka itu meminta kunci motosikalnya. Mujur, aku pakai seluar track Adidasku bersama dengan kain baju kurungku ini bagi mengganti kan kain dalam. Enjin motosikal sudah aku hidupkan, dan dengan lafaz Basmallah aku mengendalikan jentera milik jejaka ini. Hampir tiga puluh minit menunggang, kami sampai di sebuah warung tepi jalan. Dia memberikan arahan untuk aku memberhentikan motosikalnya di sini.
"Wow... saya tak sangka, awak boleh tunggang superbike saya.. cekap juga awak memandu, macam dah biasa je.."
soalnya apabila kami baru selesai membuat pesanan makanan.
"Jangan terkejut saya pernah ikut perlumbaan, tapi pernyertaan saya di disqualified sebab saya langgar syarat pertandingan.."
"Tapi..awak ada lesen dan berbakat, eh makanlah.. saya lapar sangat-sangat ni.. hope, kena dengan tekak awak."
Aku anggukkan kepala dan terus menyuapkan makanan yang dipesan oleh jejaka itu. Boleh tahan sedap rojak dan cendol kat warung ni. Patutlah berselera je aku tengok mamat ni jamah makanannya. Laju betul dia makan, namun masih bertatatertib. Sopan dan penuh berhemah cara dia menikmati juadahnya itu.
"Alhamdulillah... kenyang dah..borak-borak dari tadi, lupa pulak nak kenalkan diri kan..saya Naail Nadhir..kawan-kawan selalu panggil saya, Nadhir..Nur pun panggil saya, Nadhir.. awak?"
"Arabella..panggil Bella, or Bell...awak ni banyak cakap juga kan..sama macam Nur..saya ingat Nur dengan awak akan serasi bersama.."
"Erm..tapi kalau dua-dua bising, macam mana nak jadi pendengar yang baik...tak macam awak, Ara..saya bebel awak dengar...saya nak kenal awak lebih rapat boleh..? Saya rasa serasi dan selesa dengan awak... boleh saya dapatkan nombor telefon awak..?"
"Saya tak nak keruhkan keadaan Aail..awak kan bakal jadi suami orang tak lama lagi. Kawan baik saya pulak tu..saya pun dah ada seseorang yang istimewa dalam hati saya.. dan yang paling penting, orang itu bukannya diri awak.. kita baliklah... dah lewat ni, saya tak nak dengar leteran mommy saya.."
Naail Nadhir hanya senyum nipis, setelah selesai membuat pembayaran, terus dia menghidupkan enjin superbikenya dan menghantarkan aku pulang. Tiada lagi bicara daripadanya melainkan berjanji akan menghantar kan semula keretaku lepas solat Isyak nanti. Dia terus berlalu sebelum sempat aku ucapkan terima kasih padanya.
Assalamualaikum dan hai semua. Done update bab baru... Enjoy reading, jgn lupa comment ok..Eeh..eh..ada org terpikat dgn Arabella lah..
Share this novel