BAB 15 : (SAYANG...HONEY)

Romance Completed 5995

PINTU bilik yang dipulas kasar dan bunyi derapan telapak kaki yang semakin jelas kedengaran membuatkan aku tersedar dari lena. Perlahan-lahan aku mengangkat kelopak mata, namun tidak berniat untuk segera bangun. Masih bermalas-malasan di ruangan yang amat gelap itu.

Butang suis segera dipetik oleh jejari panjang itu, sekaligus membuatkan bilik yang luas ini terang-benderang. Aku pejam kembali mataku yang terpanah dek cahaya yang terlalu terang. Sekaligus menyembunyikan wajahku di balik bantal kecil berbentuk hati itu.

"Ara.. bangun Ara..makan sikit ni, abang ada bawakan makanan untuk Ara.." Zill Qayyim menghempaskan punggungnya di birai katil itu. Suaranya kedengaran mendatar sahaja tidak lagi garang seperti petang tadi.

Aku hanya membatukan diri, pura-pura sedang lena. Zill Qayyim pantas merapati diriku. Jejemarinya lembut mengelus sisi wajahku pabila dia barusan mengalihkan bantal kecil berwarna merah itu. Anak-anak rambut yang menutupi wajahku diselak perlahan, lalu diselitkannya di balik cuping telingaku. Mencanak-canak bulu romaku naik akibat sentuhan lembutnya itu.

"Sayang...bangunlah, jangan buat abang risau..abang minta maaf sebab marahkan sayang tak tentu pasal.. bangunlah, makan sikit, tak elok tidur perut kosong macamni.." pujuk Zill Qayyim sambil mengelus lembut sisi wajahku berulang kali.

Ulas bibirnya dilabuhkan di sisi kepalaku. Pipiku jua tidak ketinggalan, turut menjadi sasarannya. Pabila bibirnya beralih mahu mencari ulas bibirku, segera aku bangun untuk menghentikan niatnya itu.

"Erm.. bangun pun, basuh muka dan makan cepat..abang nak bincang tentang wasiat arwah daddy kejap lagi.." kata Zill Qayyim sambil menyoroti langkahku ke bilik mandi dengan sepasang matanya.

Setelah setengah jam berikutnya aku keluar dari kamar mandi dengan menyarungkan sehelai baju tidur satin bertali halus itu. Terbeliak mata Zill Qayyim saking gelora jiwanya tidak keruan melihat aku berketerampilan begitu.

Aku lihat dia sudah tidak senang duduk di birai katil itu. Aku simpan senyumku. Buku tebal di pegangan tangannya juga sudah terlepas, lantas dia menunduk mengambil buku itu kembali, namun tangan aku lagi pantas mengutip buku tersebut, lalu aku hulurkan kembali kepadanya. Mata kami saling bertatapan. Aku lihat halkum Zill Qayyim sudah bergerak-gerak saking menelan liurnya.

"Kenapa abang Zill berpeluh-peluh ni..rasanya bilik ni dah cukup sejuk" kataku lembut, cukup mengoda sambil aku hapuskan manik-manik jernih yang terbit di sekitar wajahnya dengan beberapa helaian tisu yang kutarik dari kotaknya yang terletak di atas meja kecil, sisi katil. Nak terburai tawaku melihat dia sudah tidak tentu arah. Agak-agak dah berapa lama lelaki ini menduda?

"Er, rr..dahlah sayang, makan dulu.. perut tu dah lama kosong.." Zill Qayyim pantas jarakkan diri, terus dia labuhkan duduknya di kerusi sofa kulit berbentuk L berwarna coklat gelap itu. Ada sebuah meja kopi di situ dan di atasnya terdapat sebuah dulang yang berisi makanan dan segelas air suam.

"Abang Zill dah makan ke..? Maaflah, Ara tertidur abang Zill..tak masak apa-apa pun untuk abang Zill.." ujarku sedikit rasa bersalah.

"Sshh...takpe, jangan risaukan abang, makan cepat, dah sejuk tu. Nak abang suapkan ke..?" Zill Qayyim geleng kepala. Senyumannya terlukis nipis di wajah.

Aku angguk kepala, lantas aku labuhkan punggung di atas karpet berbulu tebal itu. Aku buka mulut setelah tangan Zill Qayyim sendiri menyuapkan aku nasi Arab berlaukkan ayam goreng rempah. Ada sedikit acar sayur-sayuran dihidangkan bersama. Lima belas minit kemudian, selesai separuh dari pinggan makanan itu aku habiskan. Lagi separuh yang berbaki, aku suruh Zill Qayyim selesaikan.

Hampir setengah jam berlalu, selamat sepinggan nasi Arab bersama sedikit acar sayuran itu mendarat di dalam perut kami berdua. Zill Qayyim mengangkat semula sebuah dulang itu, lalu ditatangnya dulang itu menuju ke singki dapur. Lantas dia buka pili air ingin membasuh, namun pantas aku menghalang. Aku suruh dia tunggu sahaja kemunculan aku semula di bilik kami. Setelah semuanya selesai, aku tinggal memanjat beberapa anak tangga untuk membawa diri ke bilik peraduan kami di tingkat dua itu.

Zill Qayyim yang sudah melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi meja kerja itu bersiap sedia dengan beberapa buah fail berisikan beberapa helaian dokumen yang agak tebal tersusun kemas di atas meja itu.

"Ara... duduk Ara, abang nak bincang dengan Ara ni, tentang wasiat arwah daddy Ayaz.." Zill Qayyim bangun, lalu menarik kerusi terlebih dahulu sebelum tangannya dihulurkan padaku.

"Erm..abang Zill, ada apa-apa lagi ke perkara yang tak settle..." tanya aku yang membetulkan dudukku setelah melihat wajah tak beriak Zill Qayyim. Kaku, membeku.
"Comotnya, kenapa tak lap mulut ni..curi makan aiskrim coklat abang ya. Dah, abang nak Ara fokus lepas ni. Hal ini penting Ara..abang tak nak Ara sambil lewa..." aku tayang muka comel tanpa rasa bersalah. Zill Qayyim tersenyum manis. Jemarinya naik menghapuskan sisa aiskrim coklat di tepi pinggir bibirku dengan ibu jarinya yang diusap lembut. Bergetar hebat jantung aku bagaikan terkena renjatan voltan tinggi.

"Er..rr.. sorry, Ara terlupa..thanks abang Zill..baik, abang Zill cepatlah terangkan, Ara dengar..." seraya aku tegakkan semula badan untuk membetulkan postur tubuhku yang sedikit mengelongsor.

Setelah beberapa jam berlalu, akhirnya aku tertidur di pangkuan lelaki itu. Perbincangan selama lima jam itu sangat menguras tenagaku untuk terus bertahan. Dari duduk di kerusi secara berhadapan, sehinggalah beralih di atas pangkuan lelaki itu apabila dia minta aku berbuat demikian. Mujur sahaja setiap penerangannya itu memudahkan akal aku untuk menerimanya.

Segala maklumat penting terakam baik di dalam benakku. Dan itu buat Zill Qayyim kagum denganku. Berkali-kali aku menerima kucupan di pipi kiriku daripada lelaki ini kerana memudahkan beban kerjanya itu. Bukan senang dia hendak pikul amanah yang ditinggalkan seberat itu. Silap hari bulan, mahu juga dibunuhnya aku untuk mengaut segala harta yang ditinggalkan oleh arwah daddy Ayaz, seperti Emelyda buat pada arwah suaminya itu.

"Ara...Ara percayakan abang kan? Abang janji, abang takkan sia-siakan Ara, dan sama-sama kita usahakan syarikat arwah daddy Ayaz sehingga maju dan terkenal.." Zill Qayyim genggam erat jejemariku.

"Insya Allah, selagi abang Zill berniat baik, benar-benar ikhlas nak tolong Ara...Ara percayakan abang Zill..terima kasih abang Zill, atas segalanya..Ara janji takkan kecewakan abang, tapi...."

"Tapi...tapi apa, Ara..?" soal Zill Qayyim cemas.

"Ara perlukan masa untuk terima abang Zill, sepenuh hati...Ara harap abang Zill faham dengan keadaan Ara.."

"Abang akan tunggu masa tu Ara, seperti abang tunggu 'Ara', bekas isteri abang yang dulu..tapi abang minta sangat, jangan sesekali kecewakan abang, Ara. Abang dah tak sanggup.." rintih Zill Qayyim bersungguh. Jejemariku dielusnya, sambil mengeratkan pelukannya di pinggang rampingku.


"Insya Allah, kita sama-sama berdoa..semoga hubungan kita suami isteri ini akan selamanya berkekalan dan sentiasa diberkati Allah.." aku kuntum senyum manis.


"Ara, boleh tak panggil abang lepas ni, abang je..buang Zill kat belakang tu..? Ara...Ara...laa, tidur dah.."

***

Pagi itu, aku bangun seawal lima pagi. Zill Qayyim sudah tiada di sebelahku, mana pula lelaki ini pergi pagi-pagi buta ini? Atau memang aku tidur bersendirian di atas katil luas ini. Aku lihat diri aku yang dibaluti selimut tebal ini. Masih lagi lengkap berpakaian seperti malam tadi. Tiada pula tanda-tanda yang luar biasa aku rasakan pada tubuhku ini. Cuma tanda cinta yang ditinggalkan di leher jenjangku pada petang Zill Qayyim mengamuk itu sahaja yang masih berbekas.

"Abang Zill...abang Zill..." aku panggil namanya agak kuat setiap ceruk ruangan bilik ini.

Klak...!

Pintu kamar mandi itu terbuka, dan Zill Qayyim mendapatkan aku dengan keadaan yang agak cemas.

"Kenapa ni, sayang...sayang nampak takut je..why..?" Zill Qayyim mengelus lembut kedua-dua belah lenganku.

"Abang Zill pergi mana, kenapa tinggalkan Ara sorang-sorang macam ni.." aku peluk tubuh Zill Qayyim yang masih basah dengan air mandian yang masih bersisa itu. Dia hanya bertuala mandi yang terlilit kemas di pinggangnya.

"Ara...hey..sayang, abang mandilah, siap-siap nak solat Subuh..abang tak tinggalkan sayang pun..sayang pergi mandi, nanti kita berjemaah.." Zill Qayyim cium pipi aku.

Mata aku jatuh perlahan-lahan menatap sekujur tubuh Zill Qayyim yang agak seksi itu. Baru diri ini sedar, Zill Qayyim baru sahaja sudah membersihkan dirinya itu. Terus sahaja aku leraikan pelukanku dan segera cipta jarak. Namun, pantas Zill Qayyim lelar tanganku semula. Tubuhku sudah dikuncinya dari arah belakang.

"Sayang, abang...ermm..mm, sayang jangan bergerak, biarkan abang peluk sayang begini kejap.." bisiknya di cuping telinga dengan penuh kelembutan.

Deruan nafasnya yang menampar lembut gegendang telingaku membuatkan aku sudah tidak keruan. Terpejam rapat mataku menikmati sentuhan hangat daripada Zill Qayyim yang sudah semestinya halal untukku.

"Elhan...Elhan..." aku seru nama itu dengan lembut.

"Siapa Elhan..?" soal Zill Qayyim keras, suara itu mula meninggi nadanya. Tubuhku ditolak kasar. Aku tersentak.

"Abang Zill, maafkan Ara...Ara, Ara.." kataku tersekat-sekat akibat ketakutan.

"Ara..apa..? Aku tanya siapa jantan yang kau sebut tu, Elhan..who's Elhan?, Ara answer me!" Zill Qayyim menengking kuat. Panggilannya juga sudah bertukar kasar padaku.

Aku yang terkulat-kulat segera berlari ke arahnya. Lengan Zill Qayyim aku cari. Kekura tangannya aku kucup bertalu-talu, namun Zill Qayyim segera menarik kasar, tidak sudi menerima sentuhan daripadaku. Melihat aku yang masih mengotot untuk tidak membuka mulut untuk menjawab persoalannya itu, terus tubuhku dicempungnya lalu dihempas kasar di atas katil itu.

Zill Qayyim merengus kasar. Dia cuba menenangkan dirinya. Berkali-kali dia meraup wajahnya dengan kasar. Aku yang baru ingin bangun untuk segera melarikan diri di dalam kamar mandi itu terbantut jadinya apabila tubuh kekar Zill Qayyim menindih kemas tubuhku.

"Ara...beritahu aku Ara, siapa Elhan..?" ulang Zill Qayyim entah buat kali yang ke berapa. Amarah lelaki ini semakin memuncak apabila matanya sudah merah dan berair. Tidak kalah tajam renungannya malah penuh dengan kesakitan yang mendalam. Kecewa! Ya, kekecewaan yang tidak bertepi.

"Abang Zill, Ara akan beritahu, tapi lepaskan Ara dulu abang Zill, Ara jadi takut kalau abang Zill terusan begini.." aku beranikan diri untuk bersuara yang semakin lemas di dalam tindihan Zill Qayyim sebegitu rapat. Terbata-bata suaraku jadinya.

Zill Qayyim terus bangun dan dilabuhkan punggungnya di birai katil. Menunggu aku membuka mulut. Diraupnya juntaian anak rambutnya yang menutup dahi luasnya ke belakang. Aku juga segera bangun dan membetulkan semula baju tidurku yang sudah berantakan. Aku jarakkan diri sedikit dari Zill Qayyim yang masih setia menunggu. Sepasang matanya sudah diliriknya ke setiap inci tubuhku. Jadi malu aku ditatap begitu oleh Zill Qayyim, 'suami yang masih belum dianggap' olehku. Dan segera aku capai selimut tebal menutup segala inci tubuhku yang terdedah. Zill Qayyim hanya membiarkan, dan masih setia menunggu.

"Ara..nak buka mulut ke tak, jangan sampai aku tarik selimut tu dan tuala aku ni sekali. Aku sejuk sangat dah ni Ara.." Zill Qayyim mengugut lantas menghapuskan jarak. Pinggang rampingku dirangkulnya kemas. Wajahnya sengaja didekatkan padaku.

"Ya..ya, Ara beritahu..Ara ceritakan pada abang Zill segalanya..dan abang Zill judgelah sendiri nanti, Ara ni perempuan yang macam mana..sama ada abang Zill mahu teruskan pernikahan kita atau abang Zill nak lepaskan Ara..." kataku tanpa berselindung lagi.

"Kau jangan buat aku semakin keliru Ara, kau sengajakan reka cerita macamni sebab, dari mula kau memang tak ikhlas dengan pernikahan kita!" Zill Qayyim membentak, hatinya benar -benar rasa tercabar dengan ulahku.

"Ara minta maaf abang Zill, Ara mengaku, memang Ara mengambil kesempatan atas kebaikan abang Zill, namun Ara sudah berusaha untuk lupakan Elhan, namun Ara tak boleh lakukannya, Elhan segala-galanya bagi Ara, abang Zill..Ara minta maaf.." aku menundukkan wajah. Betapa sukarnya untuk aku berterus-terang tentang Elhan Ebrahim Edward pada Zill Qayyim, lebih tepat pada suamiku ini. Air mataku berjuraian. Semakin lama semakin lebat. Dan aku segera bangun, lantas berlari menuju ke kamar mandi.

Zill Qayyim tidak lagi menghalang. Dia membisu seribu bahasa sambil menyandarkan dirinya di kepala katil. Dipicit-picitnya kepala yang mungkin terasa pening dek ceritaku yang sempat buat hati lelaki ini hancur berkecai. Aku lihat dia mengesat kasar sisa air jernih itu di tubir matanya. Kejam kah aku? Aku minta maaf Zill Qayyim, aku tidak lagi sanggup untuk menipu diri sendiri, malahan jejaka yang mempunyai hati nurani seperti dirimu.

Aku buka pili air pancuran pada tahap maksimum. Berdiri aku di bawahnya tanpa melepaskan pakaian terlebih dahulu. Lama aku berdiri membiarkan air yang agak deras turunnya itu menghujani diri. Letihku berdiri terus diriku terjelopok di lantai berjubin sederhana besar bercorak bunga warna biru tua itu. Menangis sendirian sehingga tersedu-sedan mengenangkan nasib diriku yang sentiasa dirundum kesedihan yang tidak bertepi. Rasa kesedihan yang tidak pernah menghilang itu bagaikan sudah sebati dengan diri ini.

Hampir sejam aku mengurungkan diri di dalam kamar mandi itu. Zill Qayyim juga sudah tidak menghiraukan diriku. Hadirnya aku di situ juga tidak lagi dipeduli. Sepertinya, aku sudah tidak wujud di dalam bilik tidur yang luas itu.
Badanku yang melemah akibat berendam terlalu lama, terus sahaja aku baringkan diri di atas katil setelah lengkap berpakaian. Makan dan minum juga sudah tidak aku peduli. Kepala yang semakin memberat membuatkan aku terlena tanpa sedar.

Aku buka mataku semula kerana sudah terlalu lama rasanya merehatkan diri di atas katil itu. Aku melihat ke arah sekeliling ruang ini. Gelap sudah bilik ini hanya masih diterangi oleh sinaran lampu tidur di atas meja di sisi katil. Aku jatuhkan sepasang kaki dan aku tolak tubuhku untuk segera berdiri, mencari keberadaan Zill Qayyim. Aku lihat ada sekeping kertas yang di tinggalkan di atas meja kerja itu dan terus aku ambil, lantas membaca isi nota tersebut. Cantik dan kemas tulisannya.

Dearest Arabella,
Aku keluar sekejap, ada hal..
makanan dan minuman dah aku sediakan di dapur.. makan! Jangan tunggu aku balik...

Zill Qayyim

Perut yang sedang berkeroncong minta diisi, membawa langkahku terus sahaja ke dapur. Aku angkat tudung saji yang diperbuat dari besi keluli itu, lalu haruman dari bau aroma spaghetti aglio olio itu berjaya mengugah seleraku. Terus sahaja aku labuhkan punggung di atas kerusi lantas menikmati juadah itu sehingga licin pinggan itu aku kerjakan.

"Got you...lapar sangat nampaknya, tak cukup ke tu? Kalau tak cukup cakap je, aku boleh masak lagi..." tegur Zill Qayyim yang sudah duduk di sebelahku. Kaku diri ini sebentar pabila disergah begitu.

"Terima kasih, tapi kenyang sangat dah ni..terima kasih buat semua ni untuk Ara, abang Zill.." aku elus pipinya. Ya, dia benar-benar wujud di sini. Bukan khayalanku.

"Most welcome, tapi janji jangan menangis dan berkurung terlalu lama dalam bilik air..aku risau, kalau kau tak keluar tadi, dah aku pecahkan pintu tu..."


"Abang Zill marah lagi...kenapa abang Zill ber'aku'..'kau' dengan Ara..?" soal aku sambil membawa pinggan kotor itu ke singki.

"Beri aku masa...aku tak boleh nak hadam cerita kau tu, jika kau nak aku ubah gelaran tu, kau pun kena ubah nama panggilan tu pada 'aku'..aku rasa aku ni dah macam abang kau, bila kau panggil aku macamtu, bukannya 'SUAMI'...!" Zill Qayyim sengaja tekan perkataan 'suami' itu.

"Baiklah...Ara panggil abang Zill, sayang...ok tak?" soalku yang sedang membasuh pinggan kotor itu.

"Ok...and abang panggil Ara, honey.. sayang and honey...deal..?"

"Deal...thanks sayang, spaghetti tu sedap sangat...Sayang dah makan?"

"Erm..rasanya macam nak makan 'honey' lah, malam ni nampak sweet lain macam.." Zill Qayyim sudah mengepung aku dengan tangan kiri dan kanannya. Sengaja dia merapatkan dirinya sambil menyangkutkan dagunya di bahuku.

Aku berpaling menghadap dirinya itu. Aku tatap wajahnya yang bersih tanpa secalit noda itu. Kedua-dua belah tanganku sudah aku lekapkan pada kedua-dua belah pipinya. Aku rapatkan dahiku pada dahi luas lelaki itu.


"Sayang....honey minta maaf di atas segalanya.. honey harap sayang buatlah keputusan yang sebaiknya untuk hala tuju pernikahan kita...apa sahaja keputusan sayang, honey terima dengan hati yang terbuka..." aku kucup bibir itu sekilas, lalu melangkah pergi, namun tindakan Zill Qayyim yang pantas memperdalamkan lagi tautan itu membuatkan aku terkaku.

Pinggang rampingku dipautnya kemas membuatkan pagutannya begitu dalam dan semakin memberahikan. Aku hilang kendali pabila turut membalas kucupannya. Malam itu, aku lemas di dalam belaian Zill Qayyim, seperti aku lenyai di dalam elusan Elhan Ebrahim Edward suatu masa dahulu!

Done update, terimalah seadanya...hope enjoyed it..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience