PETANG itu, aku sudah dibenarkan pulang semula ke rumah. Setelah menyelesaikan urusan discharge di kaunter pembayaran, aku melangkah pula menuju ke ruang farmasi untuk mengambil ubat-ubatanku.
Surat preskripsiku yang berada di pegangan tangan sudah dirampas lembut oleh sebelah lengan kekar milik seorang jejaka yang memakai hoddie berwarna putih itu. Dia yang duduk bersebelahan denganku sudah tertawa kecil. Aku yang terkejut lalu menampar peha lelaki itu sebelum mengurut dadaku yang berombak.
"Wow...seksinya..dah lama saya tak lihat pemandangan yang indah itu.." tutur suara gemersik itu di sebalik topi yang melindungi sebahagian wajahnya. Namun, aku tahu dia siapa. Wangian yang melekat di tubuhnya masih kekal sama seperti empat tahun lalu. Membuntang mataku jadinya. Sekali lagi, pehanya menjadi sasaran telapak tanganku, kali ini aku cubit pula.
"Abang Elhan, gatal! Ops...encik Elhan, mana Arayumi..,dia baik-baik aje kan?" laju sahaja aku soal lelaki itu, sambil mencari keberadaan si comel, buah hatiku.
"Dia tinggal dengan pengasuh.. hari ini kan hari persekolahan puan Arabella.. saya, awak tak nak tanya ke..?" Berkerut dahiku. Aku tahan tawa pabila telapak tangan lelaki itu masih mengosok-gosok pehanya di sebalik seluar jeans hitamnya itu. Sakit sangat ke..?
'Kenapa hari ini aku lihat lelaki ini ramah semacam, tak dingin macam selalunya. Sudah pandai pula dia bergurau denganku. Dia sudah mengingati sesuatu kah?' persoalan itu sedang berlegar-legar di mindaku.
Dia menyuruh aku tunggu dia sebentar, sementara dirinya mengambil ubat-ubatanku di kaunter farmasi setelah nombor tiket giliranku itu terpapar di flat skrin yang tergantung di hadapan ruangan ini, sekaligus melaksanakan pembayarannya juga.
"Thanks.. susah-susah je, macam mana tahu saya discharge hari ni, dan ada dekat sini.." soalku pelik. Huluran plastik ubatanku, aku sambut dan terus menyimpannya di tas tanganku. Aku tanyakan sekali nilai yang dilunaskan di kaunter itu, namun dia hanya menggelengkan kepala dan menolak huluran beberapa keping not seratus lira, wang kertas yang digunakan di negara Turki ini.
"Ikut instinct.. tak sangka pulak tepat..saya ada beberapa perkara nak bincang, tentang project and personal matter too.. shall we.." ujarnya sambil tersenyum manis.
"Erm..ok, but before that...kita pergi lawat suami saya dulu. Are you ok for that?" soalku yang mula ceria kembali. Tanpa sedar aku koyak senyuman sehingga menampakkan barisan gigiku yang putih dan tersusun rapi.
Elhan menundukkan kepalanya beberapa kali tanda setuju. Dia mengekori langkahku agak seiringan, lantas mempelawa dirinya untuk membawakan beg pakaianku. Dengan senang hati, aku menghulurkan beg tersebut kepada dirinya. Aku melirik sebentar ke arah jejaka ini. Dengan berpakaian kasual seperti ini, dia kelihatan seperti dirinya empat tahun lepas, semasa zaman-zaman universiti kami dahulu. Masih kelihatan seperti anak muda dan tidak langsung layaknya seperti duda beranak satu. Langsung tak dimamah usia, malah bertambah kacak. Tak pernah gagal untuk buat hatiku mencair.
Kami sama-sama melangkah masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan Zill Qayyim. Kelihatan, lelaki ini sedang lena di atas katil hospitalnya itu. Wajah pucatnya aku tatap penuh dengan rasa bersalah. Bergetar jejemariku untuk menyentuh lengan yang berselirat dengan segala wayar yang menyambung pada beberapa mesin khas.
Sebentar kemudian, Elhan memberikan aku ruang berdua-duaan dengan suamiku pabila dia memaklumkan padaku dengan bahasa tubuhnya. Sempat dia menyentuh bahuku, dielusnya lembut sebelum membawa dirinya melangkah keluar dari bilik wad itu.
Hari ini sudah masuk seminggu Zill Qayyim mendapatkan rawatannya di hospital ini. Baru ada kekuatan untuk diriku menziarahinya. Wajahnya nampak semakin pucat dan agak cengkung. Cepat sungguh berat badannya itu menyusut. Air jernih tiba-tiba mengalir dengan sendirinya tanpa dipinta-pinta membasahi ke dua belah pipiku.
Zill Qayyim sudah pun terjaga tatkala mungkin terdengarkan esak tangisanku yang berlagu sedikit keras. Dia hanya merenungku dan kepalaku dielusnya lembut dengan lengan yang sudah mengecil itu. Tiada lagi otot-otot kekar yang penuh bertenaga melainkan lengan itu kelihatan agak lemah, sejuk dan pucat seperti tiada lagi darah yang mengalir di situ.
Aku angkat wajahku menatap wajah Zill Qayyim yang cuba mengukirkan senyuman buatku. Namun, aku nampak wajah itu berkerut menahan kesakitan. Tanganku yang menyentuh lengannya itu juga ditepisnya kasar. Tersentak diriku dengan perlakuan kasar suamiku ini.
"Sayang...sayang masih marahkan honey...?" soalku dalam tangisan yang baru sahaja terhenti.
"Tidak perlu lagi Ara panggil saya dengan panggilan itu. Saya bukan sesiapa pun, melainkan tak ubah hanya sebagai penjaga.. betul tak Arabella Alexandria Yong..?" soalnya sinis dalam suara yang lemah. Tubuhnya sudah ditolak bangun, lantas bersandar di kepala katil. Semuanya dilakukan dengan kudrat sendiri, tanpa sedikit pun mahu aku membantu dirinya itu.
Aku diamkan diri, terkejutnya bukan kepalang dengan perubahan drastik tingkah Zill Qayyim, tapi kata-kata itu terselit kebenarannya. Aku cuba berlagak tenang. Namun, bicara Zill Qayyim sebentar tadi berjaya menguris-guris hatiku sehingga berkeping-keping jadinya.
Mengapa setelah hadirnya rasa cinta di hati ini buat dirinya itu, aku dihukum dengan rasa kecewa seperti ini. Tidak layakkah aku untuk merasakan secebis rasa cinta dan kebahagian daripada lelaki itu buat diri ini. Atau..adakah ini jawaban pada setiap persoalanku selama ini? Yang...sebenarnya kami tidak lagi berjodohan, Zill Qayyim bukan milikku yang selayaknya atau Zill Qayyim hadir hanyalah sebagai 'penjaga' seperti yang dikatakannya sebentar tadi.
"Kita kena bercerai sekarang juga Ara.. pernikahan kita selama ini tak sah. Ara isteri orang rupanya. Acu Aura sudah menceritakan segalanya pada saya semalam. Maafkan saya kerana terlalu mendesak Ara menerima saya dahulu.. Mujur, kita masih belum berhubungan badan..." lirih suaranya menuturkan kata-katanya itu.
"Kejap... awak merepek apa ni Zill Qayyim... jika saya isteri orang, mana suami saya..? Mana dia, kenapa saya tak ingat apa-apa..?! Katakan semua ini tidak benar..tak..tak mungkin.." aku sudah terjelopok di atas lantai dingin itu.
Kepala aku gelengkan beberapa kali pabila Zill Qayyim menuturkan lafaz talak itu ke atas diriku. Bukannya talak satu tetapi talak tiga terus. Kedua-dua belah cuping telinga aku tekup dengan kedua-dua belah telapak tangan. Mahu sahaja aku menjerit saat ini. Terlalu sukar untuk aku bernafas dengan baik saat ini, dadaku terasa begitu sempit. Air mataku sudah mengalir bagaikan empangan pecah. Zill Qayyim hanya memerhati dengan hatinya yang sayu, namun aku masih mengharapkan dia untuk memujuk diriku semula.
"Ya...Allah, Bella..kenapa ni sayang?" acu Aura yang baru masuk ke dalam bilik ini segera mendapatkan aku, diikuti Elhan seketika kemudian.
Tersedu-sedan aku mengadu pada ibu saudaraku kejadian sebentar tadi. Menjerit lantang acu Aura saking terkejut dengan tingkah Zill Qayyim yang dianggap agak berlebihan itu.
Elhan yang terkejut dengan jeritan acu Aura, sudah tidak senang dengan keadaan tegang di dalam bilik ini, aku lihat dia mahu menerpa ke arah Zill Qayyim bagi melepaskan amarahnya, namun apabila dia terpandangkan Zill Qayyim yang sudah tidak bermaya itu menahan tangisannya, Elhan menguburkan niatnya, perlahan-lahan mengundurkan langkahnya semula.
"Tunggu encik Elhan...saya perlukan anda di sini, kita selesaikan masalah antara kita bertiga..." Zill Qayyim bersuara lemah namun penuh ketegasan.
"Ya, Elhan...tunggu kejap.." acu Aura pula bersuara meminta perkara yang sama kepada Elhan.
Aku yang masih di dalam dakapan acu Aura dibawa berdiri semula dan tubuhku yang melemah segera didudukkan di atas kerusi itu. Elhan pula sudah berdiri di hujung katil hospital Zill Qayyim, manakala Acu Aura awal-awal lagi sudah melabuhkan punggungnya di kerusi yang berhampiran denganku.
"Baiklah..semuanya dah ada kat sini, acu Aura nak beritahu beberapa rahsia yang sudah lama acu Aura simpan.. sebelum tu, acu Aura nak memohon kemaafan pada Zill Qayyim..acu Aura terlambat sebenarnya untuk menghalang sekaligus menghentikan pernikahan kamu berdua pada hari itu. Acu Aura minta maaf Zill, minta maaf sangat-sangat..." terang acu Aura membuka bicaranya.
Aku yang mendengar bicara daripada ibu saudaraku itu agak terkejut dibuatnya, persoalan demi persoalan yang bersarang di benak ingin aku lepaskan, namun bicaraku tersekat dek Zill Qayyim yang terlebih dahulu membuka mulut. Akhirnya, segala pertanyaanku hanya terkubur begitu sahaja.
"Bukan salah acu Aura pun..Zill baru sahaja lafazkan talak pada Ara...Ara bukan milik Zill lagi acu Aura, dan selamanya dia bukan milik Zill lagi..., semuanya terjadi tanpa disengajakan.. mungkin Allah dah bagi petunjuk, cuma Zill yang lalai. Zill khilaf, kerana menurut nafsu. Mujur keadaan masih belum terlalu jauh untuk kita perbaiki.." lirih kata-kata Zill Qayyim itu diluahkan bersama linangan air matanya. Terbata- bata katanya yang diselang-seli dengan batuk yang agak keras.
"Apa semua ni acu Aura, Zill.. Bella tak mengerti satu pun..tolong jelaskan sekarang.." pintaku dengan sedikit membentak pada acu Aura.
"Sabar, Bella..acu akan cerita satu per satu..sebenarnya, Bella sudah pun selamat bernikah dengan Elhan selepas tiga bulan Bella dipenjarakan, keadaan Bella sangat lemah..masa tu pihak penjara memaklumkan pada acu, Bella disahkan mengandung.. Bella masih ingat..?" aku geleng kepala. Kenapa tiada sebarang memori tentang itu. Bila pula aku bernikah dengan Elhan..? Mengandung pulak tu. Elhan kelihatan tergamam dengan apa yang barusan didengarinya.
Elhan dan aku saling berpandangan. Mencari secebis kenangan tentang penyatuan kami. Namun, masing -masing nampak keliru, gelengan kepala ketara kelihatan di antara aku dan juga Elhan. Wajah Elhan menegang, menafikan kebenaran itu.
"Tapi, saya bernikah dengan gadis ini, Arabellina namanya..mereka ni kembar ke..?" Elhan menunjukkan kad pernikahannya yang di keluarkan dari dompet yang berada di dalam poket seluar jeansnya itu kepada acu Aura.
"Beginilah, ya.. betullah tu.. Arabella memang ada kembar, mereka seiras tapi mereka terpaksa berpisah kerana kakak kembar kepada ibu kandung Arabella kematian bayinya semasa melahirkan. Dan kakak kepada Arabella, iaitu Arabellina terpaksa diserahkan kepada kakak kembar ibu mereka, Aralynna untuk menutup rahsia kematian anaknya itu...sekaligus untuk mengelak kak long Aralynna terkena penyakit meroyan.." terang acu Aura panjang lebar menjawab persoalan Elhan.
"Jadinya, kedua-dua mereka isteri saya..mana mungkin begitu..siapa yang pertama antara mereka..? Ya..Allah semakin pening kepala saya ni.." Elhan sudah memicit-micit kepalanya.
"Semestinya, Arabella.. dia yang pertama yang kamu nikahi...dan Arabellina hanyalah sebagai memenuhi syarat Mr Edward..kamu tidak pernah menyentuh malah menganggap dirinya sebagai isteri kamu, Elhan..kamu lupa juga tentang itu..?" suara acu Aura agak meninggi menyoal Elhan semula.
Wajah Elhan mula membahang, memerah muka pucatnya itu menahan rasa. Tertunduk kepalanya, barangkali menyesali perbuatannya terhadap arwah kakak kembarku yang tidak pernah aku tahu kewujudannya.
Tidak lama kemudian, batuk keras Zill Qayyim menyentak semuanya yang ada di situ. Tidak sempat untuk aku bertanya lanjut tentang ibu kandungku pada acu Aura. Acu Aura terus mendapatkan Zill Qayyim, memeriksa keadaan lelaki itu yang sudah melemah. Batuk yang disertai dengan darah itu terlalu mengejutkan diriku. Elhan juga seperti tidak mampu untuk berdiri setelah melihat darah yang mencemari selimut putih dan telapak tangan Zill Qayyim. Aku tahu Elhan ada hemophobia atau mabuk darah.
Acu Aura arahkan Elhan memanggil doktor yang bernama Can Kemal itu untuk segera ke sini. Namun, belum
sempat Elhan berbuat demikian, Dr Can Kemal sudah berlari mendapatkan Zill Qayyim apabila aku tekan butang kecemasan yang berwarna merah di hujung kepala katil hospital suamiku ini. Layakkah diri ini mengelarkan lelaki itu suamiku lagi jika pernikahkan yang terjadi di antara kami selama ini tidak sah di sisi agama dan barusan tadi terputus sudah ikatan itu. Dia bukan milikku lagi...!
***
Aku dibawa oleh Elhan keluar dari bilik sederhana luas ini, sementara Zill Qayyim mendapatkan rawatannya yang ditangani oleh Dr Can Kemal bersama acu Aura. Aku yang sudah terkaku di situ membuatkan Elhan terpaksa menuntun aku untuk segera meninggalkan bilik ini. Jiwa dan fikiranku melayang. Benakku terasa kosong. Tubuh ini berasa seperti terapung di udara. Kedua-dua belah telapak kakiku juga dirasakan seperti tidak memijak bumi lagi.
"Arabella...awak tak ok ni.. Allah..kita berehat di kerusi tu kejap.." kata Elhan yang sudah membawa tubuhku yang longlai di dalam cempungannya.
Aku peluk batang leher lelaki ini dengan kedua belah lenganku. Aku sudah menempelkan wajahku di dada bidang lelaki ini, terasa amat selesa berbuat demikian. Aku rasa selamat berada dekat di samping lelaki ini. Dia suamiku yang sebenarnya. Dan berkemungkinan Arayumi...Arayumi zuriat aku bersama lelaki ini..!
"Encik Elhan...tolong bawa saya jumpa Arayumi..." aku merintih pilu. Masih lagi di dalam cempungan lelaki ini. Namun, aku minta dia turunkan aku semula apabila mendapati agak sukar dia berbuat demikian di mana dalam satu masa yang sama, sebelah lengannya sedang membimbit beg pakaianku itu. Jatuh kasihan pula aku lihat dia yang terpaksa memikul beban itu seorang diri. Aku bukannya tak boleh berjalan pun!
Dia mengangguk kepalanya, sambil mengukirkan senyuman. Kami terus mendapatkan kereta Elhan yang terparkir di petak parkir yang sudah di sediakan oleh pihak hospital ini, dengan langkah seiringan sambil bergandingan tangan. Setelah beberapa minit Elhan memandu, kami tiba di kawasan perumahan yang dihuni oleh Elhan bersama Arayumi. Boleh tahan mewah juga rumah yang didiami Elhan bersama Arayumi, lengkap bersertakan kolam mandi dan juga gazebo untuk bersantai di waktu petang di laman rumput karpet yang menghijau yang agak luas ini.
"Papa....eh, mommy Ara pun ada..?" Arayumi mendapatkan Elhan yang digendong oleh seorang pembantu wanita warga Indonesia di muka pintu.
Aku terus mendapatkan Arayumi di dalam dukungan wanita separuh baya itu. Arayumi senang diperlakukan begitu olehku. Namun, pembantu rumah itu kelihatan ketakutan bila dia melihat wajahku. Wajahnya memucat seperti baru ternampak seekor hantu!
Done update...hope enjoyed it.
Share this novel