SELEPAS mendapat lampu hijau daripada Elhan, aku mulakan kembali rutin harianku di pejabat. Timbunan kerja membuat aku kelelahan. Mujur Farihye banyak membantuku dalam melaksanakannya. Aku lepaskan pegangan pen di tangan sebentar. Udara aku sedut rakus memenuhi ruang paru-paruku sebelum menghembuskannya agak kasar. Farihye di hadapanku hanya memerhati.
"Bayan Arabella stresli görünüyor, çay yapmamı istiyor.." Farihye senyum kelat, dia menawarkan aku secawan teh untuk menghilangkan tekanan.
Aku hanya menganggukkan kepala. Aku buat regangan sedikit sementara menunggu ketibaan Farihye semula. Butang interkom aku tekan untuk memanggil Ömer bersama kami. Beberapa minit kemudian, Ömer dan Farihye serentak tiba di dalam ruanganku. Ömer memberikan laluan kepada Farihye terlebih dahulu sebelum dirinya melangkah ke dalam pejabatku ini setelah aku memberikan kebenaran untuk dirinya berbuat demikian.
Aku menyisipkan sedikit teh tanpa gula yang masih berasap di cawan kaca unik itu. Terasa segar bila air panas itu melalui kerongkonganku. Setelah beberapa minit berlalu, aku teruskan sahaja tujuanku memanggil Ömer di ruangkanku ini. Rancak kami berbual tentang pembangunan syarikat, tidak sedar jam sudah masuk waktu rehat tengah hari. Aku hentikan perbincangan kami setelah Farihye menyedari aku dan Ömer, jam makan siang sudah pun berlalu kira-kira tiga puluh minit yang lepas.
"Allah...Allah..Ömer, Farihye.. üzgünüm, siz ikniz gidin yemek yiyin.. Öğle yemğinizin tadını çikarmanız ıçın size bir saat izin vereceğem.." aku meminta maaf kepada mereka berdua dan memberikan kelonggaran selama satu jam berikutnya untuk Ömer dan Farihye menikmati makan tengah hari mereka.
Ömer dan Farihye segera mengangguk kan kepala. Ömer mempelawaku untuk menyertai mereka, namun aku menolak ajakannya itu dengan cara baik. Sengaja aku memberikan ruang untuk mereka berdua-duaan. Bukan aku tak tahu hubungan mereka berdua ini, Farihye sudah ceritakan semuanya padaku. Aku tak sangka Ömer rupanya sudah lama menyimpan perasaan pada kakak sepupuku ini. Aku senyum penuh makna pada Farihye, saat itu juga wajah putih bersih Farihye merona kemerahan menanggung malu. Ömer hanya tayang wajah bersahaja, padahal dalam hati rasanya dah macam taman bunga agaknya. Pandai betul jejaka ini menyembunyikan perasaannya. Farihye dan Ömer, aku rasa padanan yang sangat serasi untuk bersama. Sama cantik..sama padan, macam pinang dibelah dua. Bilalah aku nak rasa nasi pengantin mereka berdua ni agaknya.
Deringan telefon bimbit yang nyaring menyentak lamunanku. Benda pipih yang tergeletak di atas meja itu segera aku angkat apabila tertera nama Elhan di skrinnya. Tak sempat nak bagi salam, Elhan sudah menyapa di hujung talian. Salam yang dihulurkan terlebih dahulu aku jawab dengan suaraku yang lemak merdu. Sengaja aku nak buat lelaki itu tak keruan merindukan aku.
"Sayang...five minute lagi abang jemput sayang..abang dah dekat dengan office sayang ni...Yumi pun ada ni..siap cantik-cantik tau.."
"Abang..kita nak pergi mana? Abang..abang..! Ish dia ni kan.." aku yang sebal dengan Elhan yang tiba-tiba memutuskan talian, terus aku campakkan telefon bimbit aku di atas sofa itu, tergeletak benda pipih itu. Mujur sahaja tak aku baling keluar. Aku mula beristighfar menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk. Entah mengapa, akhir-akhir ini aku cepat sangat nak naik darah!
Sebentar kemudian, aku dengar pintu bilikku diketuk sebelum tubuh kecil Arayumi merempuh masuk.
"Mommy... " Arayumi berlari mendapatkan aku. Pinggang rampingku dipeluknya erat. Aku dah bertinggung untuk menyamakan ketinggianku dengan anak kecil ini seraya aku kucup pipi gebunya.
"Abang nak juga..." Elhan sudah menghampiri aku dan tangan kekarnya pantas memeluk pinggang rampingku.
Senyumannya meleret buat jantung aku mahu meletup. Aduh, pandai betul dia ni goda aku. Nak tak nak, aku labuhkan jua ciumanku apabila Elhan masih menanti, namun segera Elhan palingkan wajah membuatkan bibir kami bertemu. Kucupan itu semakin diperdalamkan oleh Elhan pabila rangkulan lengannya yang masih di pinggang ini sengaja diperketatkan lagi.
Mujur, Arayumi leka bermain dengan anak patung arnabnya.
Aku tampar lembut lengan kekar Elhan, saking sebal dengan ulahnya. Ikutkan hati mahu saja aku gigit bibir nipisnya itu. Biar dia tahu diri, jangan nak beromantik sangatlah. Tak sesuai, lebih-lebih lagi ada anak kecil bersama. Buatnya sampai ketahuan Arayumi tadi, mahu juga aku terjun bangunan ni menanggung malu akibat mulut Arayumi yang penuh dengan kejujuran ini.
"Amboi..muka tu garang betul.. macam nak telan abang hidup-hidup.." bisik Elhan di cuping telingaku. Sengaja dia hembuskan lembut nafasnya di situ, sempat membuatkan tubuhku mengejung. Sengaja betul dia cari pasal dengan aku!
"Nah..pergi siap cepat, abang bagi setengah jam dari sekarang.." Elhan hulurkan beg kertas sederhana besar itu padaku.
"Apa ni..?" soalku polos. Tepi bibir Elhan yang sudah comot dengan gincu bibirku, aku hapuskan dengan ibu jari. Elhan senyum lagi.
"Lupalah tu, harikan kita ada majlis kat Sariyer..Hari perasmian Sariyer's Sari Gül Hotel & Spa, jangan kata sayang tak ingat langsung.." Elhan dah kerut kening.
"Bukan tak ingat, cuma lupa.." aku cuba berseloroh. Wajah Elhan dah menegang saat aku pula membalas perlakuan Elhan terhadap diriku sebentar tadi. Terus Elhan tarik tubuhku merapat pada tubuh kekarnya. Sepasang telapak tanganku sudah melekap di dada bidangnya menahan diri dari masuk ke dalam dakapan lelaki itu.
"Hah, papa nak buat apa kat mommy tu..tunggu malam papa, tak malulah papa ni..!" kata-kata Arayumi itu membuatkan mataku membuntang. Terlerai segala sentuhan dan pegangan aku dan Elhan saat itu juga.
Aku sudah melarikan diri ke tandas yang berada di ruangan kerjaku ini. Merona merah wajahku apabila ditegur oleh anakku sendiri. Elhan pula dah tak tahu nak beriak saking dibahasakan oleh Arayumi sebentar tadi. Wajah putih pucatnya itu dah merah macam udang kena bakar. Pipi gebu Arayumi digomolnya, menyembunyikan rasa malunya. Terjerit-jerit Arayumi dengan ulah bapanya yang suka menyakat.
Aku hampiri mereka berdua setelah setengah jam menghabiskan masa untuk bersiap. Tertegun Elhan bersama Arayumi melihat penampilanku. Mulut Elhan yang terbuka aku tolak dengan lembut semula dengan jari-jemariku. Aku tersenyum manis sambil gelengkan kepala.
"Wow...cantiknya sayang, abang rasa macam jumpa bidadari syurga tadi.." aku tolak manja pipi Elhan yang mula mendekat. Hai, tak serik-serik ke lelaki ini kena bahan dengan anak kecilnya ini. Dia buat macam Arayumi tak pernah wujud pula kat sini.
"Hurm..baru tahu ke..?" Aku tunjuk lagak. Segera aku melangkahkan kaki mendapatkan Arayumi di sofa kulit itu. Sikit lagi nak terjatuh akibat tersepak patung bunny Arayumi yang tergeletak di atas permaidani berbulu tebal itu. Mujur lengan kekar Elhan pantas menyambar pinggangku.
"Thanks abang, sorry...ok, tak nak berlagak dah. Allah bayar cash, cantik ke..? Terima kasih sebab puji sayang..
abang pun handsome sangat..kan Yumi..?" Aku dah senyum meleret, seraya Elhan kucup pipiku.
"Yumi punya papa, memang handsomelah mommy..mommy baru tahu ke..? mommy pun cantik macam princess..Yumi comel tak mommy?" Arayumi menyoal sambil pusing -pusingkan tubuhnya.
"Comel sayang, hari-hari comel, Yumi macam princess..Princess mommy and papa..kami sayang Yumi sangat-sangat..." aku dan Elhan kucup pipi gebu Arayumi serentak.
"Eh, cepatlah.. nanti kita lambat sampai. Penat pula tetamu kita menunggu..lebih-lebih lagi abang Zill, uncle daddy, Yumi tu.." Elhan hulurkan lengan kepada aku dan Arayumi. Laksana dia, putera raja. Aku dan Arayumi, puterinya. Aku dan Arayumi sambut huluran Elhan tanpa lengah. Seraya Elhan menuntun aku dan Arayumi menuju ke keretanya.
Farihye bersama Ömer yang baru sampai di lobi syarikat ini memerhati dengan senyuman dan tangan naik melambai ke arah kami. Rata-rata yang melihat, kagum dengan kami bertiga. Rasanya dah macam artis tengah berjalan di karpet merah. Ah, bangganya! Ni baru kat pejabat, belum lagi kat majlis tu..tentu sambutannya lebih luar biasa. Aku kena kekal bertenang dan pandai menyesuaikan diri. Memang aku tak biasa sangat dengan majlis-majlis besar seperti ini. Dan aku memang tak pernah suka menghadiri majlis-majlis gilang - gemilang sebegini.Tak naklah sampai memalukan Elhan yang sudah terbiasa dengan majlis-majlis besar-besaran begini.
"Jangan takut ok, abang ada..just hold my hand tightly..I'll never leave you and my daughter.." Elhan kucup kekura lenganku, kemudian dia beralih pada Arayumi. Senyumanku mekar, semekar bunga ros kuning yang dihadiahkan Elhan awal-awal tadi.
***
Tepat jam lapan malam majlis perasmian hotel yang mengangkat tema bunga ros kuning hasil rekaan unik jari-jemari seni Elhan bermula dengan gilang-gemilang. Cahaya kuning keemasan menyimbah bangunan setinggi tiga puluh tingkat itu kelihatan seperti bunga ros kuning yang sedang berkembang mekar di pagi hari.
Mengangkat tema bunga ros kuning, para tetamu yang hadir pada malam ini rata-ratanya memperagakan busana pelbagai jenis rekaan berwarna kuning. Aku juga tidak ketinggalan mengena kan gaun malam warna kuning cair sama seperti Arayumi yang sedikit kembang dan di bahagian pinggangnya sarat dihiasi dengan bunga ros sama rona. Elhan juga tidak kalah pada malam ini dengan menyarungkan suit hitam dan berkemeja warna kuning membaluti tubuh tinggi lampainya. Dilengkapi dengan bertali leher hitam itu memperlihatkan ketampanannya yang memukau. Rambutnya yang sedikit keperangan sudah tersisir rapi melengkapkan lagi penampilannya yang membuatkan aku berkali-kali jatuh cinta dengan jejaka ini.
"Kenapa tenung abang macam tu sekali..? Handsome sangat ya..?" Elhan soal aku sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
"Erm..perasan..simpan sikit perangai suka 'masuk bakul angkat sendiri' abang tu.." aku tampar manja lengan Elhan.
"Ala..mengaku jelah, kan senang..tak payah nak selindung perasaan sayang tu lagi..abang tahu..yang sememang nya abang ni terlebih kacak sampai buat sayang angau 24/7, 365 days.." giat Elhan lagi.
"Yumi, jom..malaslah nak layan papa Yumi yang dah tak betul otaknya ni.." aku dah tarik tangan anak kecilku ini menjauh sedikit dari tempat berdirinya Elhan. Baru nak melangkah aku disapa oleh Zill Qayyim yang sedang berdiri di sebelah Elhan.
"Abang Zill..wah kacaknya abang malam ni.." aku puji Zill Qayyim tanpa sedar membawa perubahan pada wajah Elhan.
"Dari tadi abang Zill dengar korang berbalah, kenapa ni..ada apa yang tak kena ke..?" soal Zill Qayyim yang kerisauan.Senyumannya semakin menipis.
"Takdelah abang Zill, semua berjalan lancar, saya je suka kacau wife saya yang semakin jelita ni, lagi comel kalau tengok dia tengah marah.." adu Elhan pada Zill Qayyim. Aku dah tarik muka, jeling manja pada Elhan.
Elhan balas jelinganku dengan mengenyit matanya. Muncungnya dirapatkan ke hadapan memberikan isyarat yang dia seperti mahu mengucupku. Terbuntang mataku dengan ulah Elhan yang semakin menjadi-jadi. Makin dilayan, makin tak betul pula jadinya anak lelaki tunggal, Mr Edward ini.
"Dahlah tu, kesian abang Zill tengokkan isteri kamu tu, sudahnya nanti kamu kot tidur luar malam ni Elhan, jangan dibuat main kalau Ara ni dah merajuk.." Zill Qayyim memberikan peringatan pada Elhan. Ditepuk -tepuknya bahu Elhan beberapa kali.
Elhan sudah berdehem, lalu membetulkan kotnya semula. Acara perasmian akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja lagi. Elhan sudah bersiap sedia berdiri di pintu gerbang hadapan pintu masuk hotel tersebut sambil mendukung Arayumi. Melihat papan tanda yang terukir indah sebaris nama hotel ini yang gah berdiri betul-betul di pekarangan hotel membuatkan senyumanku semakin meleret-leret.
Dalam kiraan tiga aku bersama Zill Qayyim merasmikan hari pertama pembukaan Sariyer Sari Gül Hotel & Spa dengan penuh simbolik. Elhan sendiri yang mengarahkan aku bersama Zill Qayyim menggunting reben berwarna kuning keemasan yang terikat kemas di kedua-dua belah tiang gerbang gergasi yang sudah dihias dengan gabungan ratusan kuntuman ros berwarna kuning dan juga bunga ros berwarna putih. Ratusan biji belon berwarna kuning juga sudah dilepaskan ke udara. Gemuruh bunyi tepukan berserta sorakkan oleh para tetamu yang bersama-sama memeriahkan majlis pada malam ini saat kesemua belon itu terbang ke ruang udara. Arayumi juga tidak ketinggalan bersorak keriangan setelah Elhan membantunya melepaskan belon kuning yang berada di pegangan tangan kecilnya.
Aku, Elhan dan Zill Qayyim mempersila -kan para tetamu yang hadir masuk ke dalam ruangan hotel. Di lantai lobi hotel ini terdapat sebuah lampu candelier moden yang menggabungkan elemen reka bentuk klasik dan kontemporari, dilengkapi dengan prisma kristal biasan kelihatan begitu elegan. Kelihatan cahaya yang terbias dari lampu hiasan itu seperti mengalu-alukan kedatangan setiap pengunjungnya. Aku perhatikan Elhan bersama Zill Qayyim yang sibuk menerangkan serba sedikit tentang hotel ini kepada para tetamu yang hadir. Dan rata-rata tetamu yang hadir memberikan pujian dan maklum balas yang memberangsangkan. Ada juga di kalangan tetamu yang hadir pada malam ini dari negara luar amat kagum dan memuji seni bina dan hiasan dalaman yang ditampilkan di hotel yang mengangkat warna kuning sebagai warna latar bangunan ini.
Aku yang duduk bersama Arayumi di sofa yang terdapat di ruangan lobi itu hanya memerhatikan kedua-dua jejaka itu menyantuni para tetamu yang hadir. Rata-rata para tetamu yang hadir sangat gembira dengan layanan yang diberikan oleh kami bertiga dan juga para kakitangan hotel. Kami memberi kan satu kuntum bunga ros kuning dan juga menyediakan segelas jus mangga percuma untuk para tetamu yang hadir pada malam ini. Dan tidak ketinggalan, turut menjamu para tetamu kami dengan sedikit jamuan ringan yang telah disediakan sendiri oleh chef terkemuka hotel ini.
Jika di antara mereka berhajat untuk menginap di hotel ini sehingga keesokkan malamnya kami akan memberikan potongan diskaun sebanyak 10% kepada para pengunjung yang bertandang sebagai tanda penghargaan bagi mereka yang menyokong penubuhan hotel tersebut.
Sebentar kemudian, Zill Qayyim menghampiri aku yang masih duduk di sebuah sofa yang terdapat di ruangan lobi hotel bersama Arayumi. Tengah sibuk melayan Arayumi bermain, Zill Qayyim menegurku.
"Terima kasih di atas segalanya Ara..abang Zill sangat menyukainya. Elhan benar-benar berbakat. Tak salah abang memilih dia..terima kasih tunaikan impian terakhir abang Zill.." Zill Qayyim meluahkan kata-katanya dalam kepayahan. Aku dengar batuknya agak keras dan sudah menjadi-jadi teruknya.
"Abang Zill..abang Zill ok tak ni..? sudah abang Zill jangan cakap lagi.. berehat ok.. duduk dulu.." aku sudah tidak senang duduk.
"No, Ara..jangan halang abang Zill, abang perlu luahkannya, abang takut abang dah tak sempat nanti.." Zill Qayyim menekan dadanya.
"Abang Zill merepek apa ni..abang Zill ok je tadi..abang Zill, abang Zill kita ke hospital ya, some one help..." aku sudah menjerit meminta pertolongan.
"Uncle daddy...mulut uncle daddy banyak darah, mommy...Yumi takut.." Arayumi sudah membenamkan wajahnya di dalam pelukanku.
"Jangan takut, sayang...uncle daddy baik-baik aje.." Zill Qayyim cuba memujuk Arayumi supaya bertenang.
"Kita ke hospital ya, abang Zill... abang Zill mengucap...some one, help...help..!" aku berteriak keras. Sudah tidak senang duduk aku dibuatnya melihat keadaan Zill Qayyim yang sudah memburuk. Air mataku tumpah bagaikan empangan pecah.
Zill Qayyim melarang aku untuk mengejarkannya ke hospital. Hanya meminta aku untuk memangku sebahagian tubuhnya yang sudah melemah. Kepala Zill Qayyim yang sudah berada di atas pangkuanku seraya aku elus kepala lelaki ini dengan penuh kelembutan. Aku mengajar lelaki ini mengucapkan syahadah. Sebaik sahaja ucapan itu disudahi oleh Zill Qayyim, lelaki untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku terngadah, Zill Qayyim meninggalkan aku dalam keadaan yang tidak kusangka. Aku belum dapat menerima kehilangan Zill Qayyim yang terlalu mendadak itu. Elhan yang baru mengetahui keadaan Zill Qayyim berlari mendapatkan kami bertiga di ruangan yang agak terlindung itu.
"Sayang...sayang...abang Zill dah tinggalkan kita, sayang.." Elhan membawa tubuh kaku aku ke dalam pelukannya. Air mata yang mengalir membasahi wajah Elhan tidak aku pedulikan. Suara Elhan sudah kedengaran samar-samar menampar gegendang telingaku, walaupun Elhan sangat hampir dengan diri ini. Fikiranku sudah terbang melayang. Bagaikan separuh nyawaku dibawa pergi bersama.
***
Suasana di tanah perkuburan itu agak suram seperti suramnya hatiku ketika ini. Mujur urusan pengebumian jenazah Zill Qayyim berjalan dengan lancar dan sangat dipermudahkan. Rakan-rakan perniagaan dan teman sepejabat yang menghadiri upacara pengebumian sudah beransur-ansur meninggalkan tanah perkuburan. Aku masih berteleku di pusara milik Zill Qayyim dan hanya diperhatikan oleh Elhan di sisiku.
Aku taburkan kelopak bunga ros kuning di atas pusara Zill Qayyim yang masih merah tanahnya, dan aku sirami pusara itu dengan air mawar. Aku masih gelengkan kepala pabila Elhan mengajakku pulang. Air mataku tumpah lagi.
"Sayang, jomlah...dah lama kita kat sini..esok kita datang lagi ok..." pujuk Elhan sambil memegang kedua belah bahuku.
Aku masih mengotot, Elhan sudah hilang kesabaran dengan ulahku. Wajahnya diusap agak kasar. Namun, dia masih lagi menantikan diriku segera bangun untuk meninggalkan kawasan ini. Mentari yang sudah memanah terik, membuatkan Elhan tidak lagi betah untuk berlama-lamaan di sini.
"Sayang, please jangan buat perangai macam budak-budak boleh tak.. Yumi dah lama tinggal dekat rumah tu, tolong fikirkan tentang Yumi jugak.." Elhan sudah menghamburkan amarahnya.
Aku terpempan, mengingatkan Ayumi membuatkan aku mengalah jua akhirnya. Aku mendapatkan Elhan yang sudah agak jauh dariku. Segera Elhan berpatah kembali pabila melihat aku sudah terjelopok di atas tikar itu. Sudahnya, Elhan terus mencempung tubuhku dan kami meninggalkan tanah perkuburan ini dengan kadar segera.
Sepanjang perjalanan untuk pulang, hatiku dihantui rasa rindu yang menggunung terhadap arwah Zill Qayyim. Terimbas kembali kenangan pahit dan manis bersamanya. Aku khayal dengan duniaku sendiri. Rindu! Ya, aku rindu akan dirinya yang sentiasa ada bila aku perlukan sesuatu. Betul kata orang, kita akan lebih menghargai jika sudah kehilangannya. Izinkan aku, Elhan...biarkan aku simpan rasa rindu ini di hatiku...!
Done update..bab ni sedih sikit..huhuhu..enjoyed it.
Share this novel