PEKIKKAN nyaringku serta-merta mengganggu lena Elhan pada malam itu. Seperti malam-malam sudahnya, aku pasti akan terjaga seawal tepat pukul tiga pagi. Elhan yang masih dalam keadaan mamai merangkul tubuhku ke dalam dakapannya sambil lembut lengannya mengelus belakang tubuhku yang sudah semakin susut.
"Mimpi buruk lagi..?" Elhan menyoal soalan yang sama.
Pertanyaan ini rasanya sudah masuk kali kelima ditujukan padaku. Tanganku sudah naik laju menekup bibir nipis kemerah-merahannya itu dengan telapak tanganku. Aku gelengkan kepala, menghalang dia berbicara. Saat ini aku hanya mahu memeluk tubuh kekarnya yang kelihatan sangat sempurna di sudut pandangan sepasang irisku. Elhan yang mengerti hanya membiarkan sahaja aku melayan perasaanku. Aku lihat dia juga senang diperlakukan sebegitu.
Aku leraikan pelukan dan menolak lembut sekujur tubuh Elhan yang nampak kepenatan. Sampai tertidur lelaki itu di pundakku akibat ulahku sendiri. Aku usap perlahan wajahku yang dalam kekusutan setelah usai membetulkan semula pembaringan Elhan di sisiku. Selimut tebal itu aku tarik semula menutup sebahagian tubuhnya.
Setelah menemui sedikit ketenangan aku berbaring semula di samping Elhan. Bunyi guruh yang berdentum di kaki langit membuatkan aku masuk ke dalam dakapan Elhan. Kebetulan, lelaki itu sedang mengiring ke arahku. Terus sahaja aku peluk pinggang lelaki itu dengan erat sambil menyelubungi tubuhku di dalam selimut yang sama.
Bunyi guruh yang semakin kuat, berselang-seli dengan petir dan kilat yang menghentam kuat dada langit, menandakan sekejapan sahaja lagi pasti bumi Istanbul ini akan disirami hujan lebat. Sekaligus, membuatkan aku bertambah takut. Ya, aku memang takutkan suasana hujan sebegini. Mungkin pergerakkanku yang agak keras terhadapnya, Elhan terjaga semula.
"Sshh..tidur sayang, jangan takut abang ada..sayang selamat di sisi abang. Usah takut, jangan menangis lagi...istighfar.." Elhan memujuk, belakang tubuhku di elus lembut. Kucupan hangat penuh kesyahduan di labuhkan di sisi kepalaku. Elhan mempereratkan lagi dakapannya.
Entah bila aku terlena di dalam dakapan hangat suamiku ini, sedar-sedar sudah dikejutkan Elhan untuk menunaikan solat Subuh. Usai menunaikan solat, aku turun ke dapur membantu bik Jorah menyediakan sarapan. Kali ini, aku tidak lagi kekok untuk berada di ruangan ini. Tanganku sudah ligat menyediakan beberapa jenis juadah hasil tunjuk ajar bibik Jorah.
Berat badan Elhan juga sudah agak bertambah sejak menjamah masakkan daripada air tanganku. Begitu juga dengan Arayumi, bertambah bulat aku tengok tubuh si kecilku ini. Setiap hari minggu atau ada sahaja masa yang terluang, Elhan pasti akan ke pusat gimnasium untuk mengembalikan bentuk asal tubuhnya selain mengekalkan kecerdasan fizikal dan mental. Aku juga tidak ketinggalan bersama Arayumi menemaninya ke pusat tersebut. Jika masing-masing agak sibuk, kami hanya melakukan aktiviti berjoging sambil beriadah.
***
Pejam celik sudah masuk sebulan Zill Qayyim meninggalkan diriku. Aku ingat lagi, diriku seperti kehilangan semangat untuk meneruskan kehidupan. Ada sahaja ulahku membuatkan Elhan hampir berputus asa dengan diriku. Semua yang dilakukan oleh lelaki ini tidak pernah menepati kehendak hatiku. Ada sahaja yang tak kena di mataku ini.
Hubungan kami anak beranak juga agak menjadi keruh dan semakin menjauh apabila aku memilih untuk hidup dalam duniaku sendiri. Puas juga Elhan berulang-alik membawa aku ke pusat terapi untuk mengembalikan semangatku yang hilang.
Bayangkanlah, boleh dikira berapa patah perkataan yang terkeluar dari mulutku ini. Aku menjadi sangat pendiam, bagaikan mulut ini dipenuhi emas berkepuk, betapa sukarnya untuk aku berbicara. Lidahku juga turut menjadi kelu, sehinggakan aku terpaksa menjalani terapi pertuturan.
Hampir masuk tiga bulan aku berkeadaan seperti itu, aku sepertinya kelihatan bagaikan tak ubah seperti mayat hidup. Aku tidak lagi mempeduli kan keadaan diriku dan juga orang -orang di sekelilingku. Memilih untuk berkurung sepanjang masa di dalam bilik. Makan, minum dan kebersihan diri sudah tidak menjadi keutamaanku lagi. Aku abaikan segala-galanya. Yang cuma aku tahu, menangis, meratap dan bermalas-malasan sepanjang masa.
Sehinggalah suatu kejadian ini membuatkan aku terus terjaga dari tidurku yang lena.
*** imbas kembali ***
Hari itu, entah bagaimana Arayumi boleh terlepas masuk ke dalam bilik ini. Mungkin bibik Jorah lupa untuk menutup dan mengunci pintu bilik ini.
"Mommy...mommy kita warna buku ni sama-sama ya..." Arayumi sudah merapatiku yang sedang duduk termenung di atas lantai jubin di tepi dinding kaca.
Buku mewarna bersama sekotak pensel warna yang berada di pegangan tangan si kecil ini di hulurkan padaku. Aku pandang wajah comel dan suci anakku ini tanpa berkedip. Dia kelihatan segar dan wangi. Lambat-lambat aku sambut huluran itu, lalu aku letakkan buku dan kotak pensel itu di atas lantai.
"Mommy..kita mandi dulu ya, mommy tak cantiklah...busuk. Nanti Yumi panggil nek bik Jorah, mommy duduk sini dulu, jangan pergi mana-mana tau.." Arayumi keluar sebentar dari bilik ini mencari keberadaan bibik Jorah.
Tidak lama kemudian, Arayumi muncul semula dengan bibik Jorah yang sedang memegang sebilah pisau di tangan. Mungkin bibik Jorah ingin memulakan tugasannya untuk menyediakan juadah tengah hari untuk seisi keluarga ini.
"Ish..Yumi, tunggulah nek bik Jorah siapin masaknya..nanti kamu juga yang lapar kok.." bibik Jorah sudah bercekak pinggang.
"Ala...nek bik Jorah, Yumi minta tolong mandikan mommy je..kesian mommy Yumi, busuk..dah tengah hari pun belum mandi lagi.." Arayumi sudah mengomel. Muncungnya sudah boleh gantung sehelai baju.
"Waduh...iya..iya..nek bik Jorah bantuin...kok maleh ngambek loh.." bibik Jorah juihkan bibirnya.
Arayumi bersorak riang saat bibik Jorah membantu aku untuk ke bilik mandi. Pisau di pegangan tangan sudah diletakkan di atas meja solek itu. Aku menyuruh bibik Jorah menyambung semula kerja yang yang tertangguh di dapur itu. Aku menyakinkan wanita separuh baya ini yang aku boleh melakukannya sendiri. Berasa segan pula jika sampai bibik Jorah melihat setiap inci tubuhku. Aku tidak selesa berkeadaan sebegitu di hadapan sesiapa pun termasuk juga Elhan, walaupun aku sudah halal untuknya.
Setelah lengkap berpakaian, aku hampiri Arayumi yang sudah leka mewarnakan gambar sebiji buah epal di dalam lakaran buku mewarnanya itu. Terhenti perlakuan Arayumi sebaik sahaja aku berdiri di hadapannya.
"Cantiknya mommy, Yumi.. macamnilah baru comel, wangi, bersih je. Nanti buat papa bertambah sayang.." Arayumi senyum manis.
"Can..tik...? Papa..sayang?" aku soal Arayumi sambil berpusing-pusing di hadapan anak kecilku, memperagakan pakaian yang dipilih oleh Arayumi sendiri, untukku pada hari ini.
Arayumi menganggukkan kepala. Tangan kecilnya sudah menarik lenganku untuk duduk bersamanya. Arayumi mengambil sebatang pensel warna berwarna hijau itu lalu mengarahkan aku untuk mewarnakan gambar sebiji buah epal.
"Epal, warnanya merahlah Yumi.. macam darah, Yumi nak tengok tak..?" soal aku yang sudah berlalu untuk mengambil sebilah pisau di atas meja solek itu.
"Tengok darah..? Yumi takutlah mommy..mommy lupa ke Yumi tak boleh tengok darah.." Arayumi kerut kening. Pelik!
"Jangan takut sayang...mommy nak Yumi lawan rasa takut tu..." aku sudah sedia mengelarkan pergelangan tanganku dengan sebilah pisau yang bibik Jorah tinggalkan di meja solek itu.
"Mommy..mommy nak buat apa ni..?" soal Arayumi yang sudah ketakutan. Lalu ditolaknya tanganku sekuat hatinya yang mahu melalukan mata pisau itu di pergelangan tanganku.
Akibat pergelutan kecil itu, Arayumi tercedera. Tangannya sudah terluka dek pisau yang sangat tajam itu. Arayumi sudah berteriak kesakitan. Darahnya yang mengalir membuatkan aku terpempan. Terlepas pisau itu serta-merta di dalam genggamanku.
"Yumi....maafkan mommy!!!" aku sudah berlari mendapatkan Arayumi yang sudah hampir pengsan.
"Mommy...sa..kit.." mata Arayumi semakin layu. Hampir tertutup kedua belah kelopak matanya.
"Ya..Allah, Ya..ampun..puan Bella apa yang udah berlaku ini.." soal bibik Jorah yang kebetulan mahu mengambil semula pisau yang tertinggal tadi.
"Sudah bik..jangan banyak soal, call ambulan dengan tuan Elhan sekarang.. sekarang bik..cepat!" aku sudah menjerkah bibik Jorah yang nampak agak kelam-kabut.
Air mataku tumpah sehingga kabur pandangan mata ini. Tubuh Arayumi yang sudah tidak sedarkan diri, sedang dikejarkan ke hospital dengan menaiki sebuah ambulan. Aku masih lagi menggenggam erat jejemari kecil Arayumi, tidak pernah aku lepaskan lagi. Permintaan maaf sejak dari tadi sudah aku ratibkan di bibirku.
'Ya...Allah, aku mohon.. selamatkan anak kecilku ini. Jangan Engkau pisahkan kami, Ya.. Allah, aku belum siap untuk rasa kehilangan lagi. Sesungguh-Nya Engkau Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang..Amin'. doaku sungguh-sungguh di dalam hati.
Setelah beberapa minit menunggu, aku didatangi oleh seorang doktor lelaki muda dan memaklumkan keadaan Arayumi padaku. Arayumi cuma mengalami kecederaan kecil dan tidak ada yang perlu dirisaukan. Dia pengsan tadi, cuma berpunca dari gejala fobia- nya terhadap darah. Aku maklumkan kepada doktor lelaki tersebut yang Arayumi memang mengalami hemophobia yang terturun daripada bapanya sendiri. Doktor itu cuma menganggukkan kepala tanda memahami peneranganku sebelum dia memberikan aku kebenaran untuk melawat Arayumi dan berlalu pergi selepas itu.
Elhan yang baru tiba di lobi hospital ini segera mendapatkan aku dan anak kecil kami yang sudah berbalut lengannya. Aku baru sahaja selesai mengambil ubatan Arayumi dan membuat pembayaran kos rawatan ke atas anak kecilku ini. Tubuh kecil Arayumi sudah berada di dalam dukungan Elhan. Aku lihat wajah Elhan menyinga. Tiada sedikit pun senyuman yang terukir di wajah tampannya itu.
"Yumi...sakit ya, Yumi nak makan apa, papa belikan.." Elhan soal anak kecilnya yang masih berada di dalam dukungannya itu. Dibeleknya lengan Arayumi yang berbalut.
"Yumi nak makan aiskrim coklatlah papa, sikit je..mommy tak sengaja pun.. papa jangan marah mommy ya.." Arayumi lihat wajah murungku dengan wajah menyinga Elhan silih berganti. Tahu-tahu sahaja bapanya tengah marah denganku.
"Sikit apa, sampai pengsan..risau papa tadi nek bik Jorah call papa, beritahu tangan Yumi luka, mujur papa tak sakit jantung.." Elhan luah rasa pada Arayumi.
"Yumi pengsan sebab takut darahlah papa, macam papa juga kan..papa janji jangan marah mommy ok.." Arayumi mula menguntum senyum, hujung hidung Elhan dicuit dengan jari telunjuk halusnya.
"Papa tak janji..Yumi nak makan aiskrim tadi kan, jom..papa belikan yang paling besar untuk Yumi.." Elhan kuntum senyum pada Arayumi, lantas menguncup pipi Arayumi sehingga mengekek tawa Arayumi kerana kegelian.
Elhan masih fokus memandu dan tidak lama kemudian, kami tiba di sebuah pasar raya besar yang agak terkenal di bandar Istanbul ini. Kios yang menjual pelbagai jenis perisa aiskrim itu menjadi tempat tujuan utama Elhan dan Arayumi. Laju langkahnya dihayun untuk mendapatkan aiskrim kegemaran Arayumi. Termengah-mengah jadinya aku untuk menyaingi langkah besar Elhan.
Elhan masih enggan berbicara denganku. Marah benar agaknya dia dengan aku. Aku yang berada di hadapannya ini pun dibuatnya seperti halimunan. Hanya Arayumi yang sibuk menanyakan itu dan ini padaku. Tangan kecilnya juga sibuk menyuakan aiskrim coklat yang dibeli oleh Elhan ke mulutku, namun aku segera menolak. Tidak tertelan rasanya aiskrim itu tatkala Elhan hanya membelinya untuk Arayumi.
Aku yang mahu menyuapkan Arayumi dihalang keras oleh Elhan. Tangannya pantas merampas sudu yang sudah berada di pegangan tanganku. Elhan juga sudah menghalang aku untuk dekat dengan Arayumi. Aku terpempan dan sangat terasa hati dengan perbuatan Elhan saat ini. Sampai hatinya menghukum aku sebegini rupa. Aku tahu aku berbuat salah, namun takkan sampai sebegini dia hendak mendera perasaan aku. Aku masih punyai hati dan perasaan Elhan!
*** imbas kembali tamat ***
***
Malam itu, aku bergaduh besar dengan Elhan. Ini baru pertama kali kami berbalah teruk sehinggakan aku sudah ambil keputusan untuk berpisah sementara dengannya. Aku sangat terguris hati dengan kata-kata bisa yang terkeluar dari mulut suamiku ini. Aku tahu, aku bersalah kerana terlalu larut dibawa perasaan sedihku, namun tidak tahukah dia rasa kehilangan itu suatu perasaan yang sangat menyakitkan!
"Puas hati sayang sekarang.. tu baru sikit, entah apa lagi yang jadi lepas ni agaknya..entah-entah abang pula yang mati di tangan sayang?" sinis Elhan melontarkan kata-katanya.
"Abang... sayang tahu sayang bersalah..tapi sayang masih waras abang! Sayang cuma tak sengaja.." aku membela diri.
"Tak sengaja..senangnya kau bercakap..buat salah, lepastu minta maaf..! Kau sedar tak, kau hampir bunuh anak kau sendiri..?!!" Elhan menjerkah. Suaranya sudah naik seoktaf. Panggilannya juga sudah berubah terhadapku saat itu saking menghamburkan amarahnya.
"Kenapa diam.. jawab Bella, aku tak suka kau membisu macam ni..!" lagi-lagi suaranya seperti petir yang memanah. Lengannya sudah mencengkam kuat kedua-dua belah lenganku.
Aku beranikan diri untuk menatap mata Elhan yang sudah memerah. Jelas dia sangat kecewa denganku. Aku tertunduk lagi. Air mata yang kutahan dari tadi kubiarkan sahaja jatuh mencemari wajahku.
Elhan melepaskan kembali genggamannya sedikit kasar saat tiada kata balas dariku. Lalu membawa langkahnya ke meja solek yang tidak jauh dari tempat dia berdiri. Lantas mengeluarkan satu sampul berwarna coklat yang tersimpan elok di dalam laci kecil yang terdapat di meja tersebut. Dikeluarkan isinya dan di lemparkan beberapa helaian kertas putih itu tepat di hadapan wajahku.
"Explain to me about this, right now Arabella Alexandria Yong.., jangan buat aku bertambah gila...!!!" suara celah gigi Elhan berikan padaku, gemeretak giginya berlaga di antara satu sama lain jelas kedengaran.
Aku segera melutut mengutip kembali setiap helaian kertas yang sudah berselerakan di atas permaidani berbulu tebal itu. Mata memandang sekilas apa yang tertulis di atas kertas bersaiz A4 itu, sehingga sudah membangkitkan kemarahan Elhan saat itu.
"Bella.. Bella buat ujian itu hanya untuk mengetahui kebenaran, tak salah kan?" aku menjelaskannya kepada Elhan dalam suara yang terbata-bata.
"Aku dah jelaskan semuanya dekat kau, atau kau memang tak pernah nak percayakan aku, hah! Kau anggap aku ni apa, Bella? Siapa aku dalam hidup kau..?!" Elhan tengking aku lagi. Rambutnya diramas kasar sambil meraup wajahnya berulang kali.
Terjongket kedua-dua belah bahuku. Aku lihat Elhan sudah tidak tentu arah. Aku jadi takut dengannya, kelihatan dia bukan seperti Elhan yang kukenal setahun yang dulu di mana penuh dengan lemah-lembut budi bicaranya, penyabar dan tidak pernah mengasari diriku. Namun, kini seolah-olah aku ini tak ubah sebagai 'punching bag' tempat dia lepaskan segala rasa ketidakpuasan hatinya. Dia sudah berani naik tangan ke atas diriku.
Tangannya sudah di angkat tinggi untuk melepaskan satu tamparan ke arah pipiku yang dicengkamnya kasar dengan tangan kirinya itu. Aku sudah memejamkan mata. Namun, terdengar ada suatu suara yang sangat kukenali menghentikan perbuatan Elhan. Suara itu kedengaran keras dan sangat bertenaga, seperti halilintar yang sedang membelah bumi.
"Elhan....sudah, hentikan semua kerja gila kau ni! Beraninya kau naik tangan pada anak aku hah!!!!" suara wanita itu memecah keheningan awal pagi itu.
"Ibu...ba..gaimana ibu boleh ber..diri ni..?" kata Elhan yang terbata-bata. Tangannya yang diangkat barusan tadi sudah terjatuh dengan sendiri. Terkejut bukan kepalang. Tubuhnya sudah terundur beberapa langkah ke belakang. Terjelopok tubuhnya di atas permaidani berbulu tebal itu.
"Kenapa..terkejut? Mana perginya segala amarah kau tadi..hah, Elhan!" wanita itu menyoal lagi. Tubuh Elhan sudah dihampiri sambil lengannya naik mencengkam kolar baju kemeja Elhan.
"Jangan...jangan ibu, Elhan minta ampun, jangan pukul Elhan, sakit ibu, sakit..." rayu Elhan sungguh-sungguh sambil memegang betis wanita itu.
Aku ternanar. Otak aku tiba-tiba tidak berfungsi saat ini. Terlalu sukar untuk menghadam segala maklumat yang sedang berkecamuk di benakku. Tawa sinis wanita itu sedang bergema di ruangan bilik tidur ini, membuatkan aku semakin keliru. Bilik tidur Elhan yang hanya disimbahi dengan cahaya lampu tidur itu membuatkan agak sukar untuk aku mengenali wanita itu dengan baik.
'Dia benar-benar wujud, atau sekadar imaginasiku..?' aku sudah berkira-kira sendiri.
Namun sentuhannya yang lembut terhadapku saat ini, menjawab persoalanku, yang dia benar-benar wujud. Tubuhku sudah didudukkan di birai katil itu, dan wanita itu berlalu sebentar untuk menekan satu butang suis di tepi pintu ruangan yang agak luas ini. Terang-benderang bilik ini jadinya yang sempat menyilaukan pandangan sepasang mataku.
Aku tertegun kembali. Kejutan demi kejutan aku terpaksa terima pada awal pagi ini. Apabila melihat seorang wanita separuh baya itu sedang berjalan dengan megah melangkahkan kakinya sendiri mendapatkan aku di birai katil ini. Hampir pitam aku dibuatnya. Kepala sudah tergeleng entah untuk ke berapa kalinya.
"Mommy...mommy Aralynn?" suaraku tenggelam-timbul menyoalnya.
Elhan pula hampir pengsan di permaidani berbulu tebal itu. Argh..apa yang sedang berlaku???!!!
Done update bab baru...terkejut...? hihihi...terkejut sgt!
Share this novel