BAB 39 : ( BUKAN BENCI..TAPI SAYANG!)

Romance Completed 5995

BANGKIT dari duduk terus aku dakap tubuh lesu milik Elhan. Tapi tubuh itu sepertinya kaku tanpa sedikit pun rasa ingin membalas kembali dakapan hangat yang aku berikan kepadanya. Wajahnya begitu sugul dan sangat pucat.

Kak Pipah membawa anak-anakku mengiringi pemergian encik Eijaz selepas jejaka itu terlebih dahulu melangkah keluar dari bilik ini dengan linangan air mata. Aku lihat wajahnya begitu suram, mungkin tidak menjangkakan dia akan bertemu dengan adiknya dalam keadaan sebegini rupa. Hanya tinggal Dr Naim Nazreen bersamaku menemani Elhan ketika ini.

Lantas aku tatap wajah sugul Dr Naim Nazreen tepat seperti mahu menelan jejaka itu hidup-hidup. Perasaan yang bercampur baur saat ini berpadu membuatkan aku tidak sabar lagi mahu melontar seberapa banyak persoalan yang selama ini bermain di benakku.

"Dr Naim...ini ke alasan awak untuk terus merahsiakan sekaligus menjauhkan saya dari suami saya sendiri, Dr Naim...!" sinis aku melontarkan bicaraku. Jelingan tajam aku hadiahkan buat jejaka ini.

Seperti biasa, Dr Naim pilih jalan selamat untuk terus kekal membisu. Kakinya diatur melangkah keluar dari bilik ini. Sempat dia elus bahuku sekilas sebelum laju dan lebar langkah kakinya pergi meninggalkan aku berduaan dengan Elhan di bilik yang luas itu. Terdengar sedikit esakkannya yang mula berlagu itu cuba untuk ditahan supaya tidak kedengaran jelas di halwa telingaku.

Jawapan...?! Entah sampai bila harusku menantikannya daripada dia. Air jernih yang sudah jatuh membasahi pipi aku hapus dengan hujung jemariku.

"Sayangku..Bella, pandang abang, sayang..." suara Elhan bergetar.

Aku akur dengan pintaan Elhan itu. Walaupun sebenarnya hatiku terlalu sakit dan berat untuk menatap wajahnya yang sudah serupa mayat.

"Sshh...abang jangan banyak bicara, Bella dah tak boleh nak berfikir sekarang ni..kenapa harus Bella jumpa abang dalam keadaan begini..?! Kenapa?!" Aku separuh menjerit. Luluh hati aku melihat Elhan terbaring lemah begini.

"Sayang...please, jangan macamni, abang tahu abang salah..pergi menghilang begitu lama dari sisi sayang dan anak-anak..tapi percayalah, abang tak mampu lagi, sayang.. maafkan abang, sayang..." sayu dan pilu suara Elhan berlagu. Getaran suaranya mampu menguris-guris sekeping hatiku.

"Senang benar ucapan maaf kau ucapkan pada diri aku, Elhan..mana janji-janji kau selama ini! Hampir sepuluh tahun, Elhan...hampir sepuluh tahun kau tinggalkan aku dengan anak-anak. Kau terlalu egois, Elhan..kau pentingkan diri sendiri!" Naik seoktaf bicaraku terhadap Elhan. Hilang hormat aku pada dirinya saat melontarkan segala perasaan yang selama ini aku tanggung seorang diri merindukan dirinya.

"Abang...a..bang juga menderita sayang, saban hari abang terfikirkan sayang dan anak-anak. Abang hampir jadi gila kalau fikirkan semua ni..tapi keadaan seperti tidak mengizinkan abang untuk kita bersatu lagi..Percaya lah..setiap hela nafas abang hanya untuk sayang dan anak-anak.." Elhan gagahkan diri untuk membalas kembali kataku, menceritakan kedudukan dirinya yang sebenar.

"Sudahlah Elhan, kau memang pandai berbicara, aku dah muak dengan kata-kata manis kau..lepaskan tangan aku..dan apa kata kita tamatkan ajelah hubungan kita ni..Lepaskan aku, Elhan.. jangan jadi suami dayus..!" Aku rentap kasar jejemariku yang digenggam erat oleh Elhan. Terlerai genggaman itu dengan sebegitu mudah apabila Elhan sendiri sudah tidak berdaya lagi untuk memautnya. Aku terus meninggalkan Elhan yang tidak beranjak di atas katil itu. Masih duduk bersandar di kepala katil.

"Oh..ya, sebelum Bella terlupa, abang pernah suruh Bella belikan kasut untuk abang kan..? Abang cakap nak pakai untuk pergi joging.." kataku di muka pintu itu.

"Takpe, sayang...abang dah tak perlukannya lagi.." wajah sugul Elhan berubah riak. Kelihatan wajah itu sangat sedih, terkejut dan takut bercampur menjadi satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan.

"Eh, takpelah...memang Bella dah belikan untuk abang, ingatkan nak beri masa hari lahir abang, tapi sepuluh tahun Bella menanti, abang tak pernah muncul depan Bella sejak abang tinggalkan Bella dekat hospital tu dulu.. kejap, Bella ambil kasut tu dalam bilik.."

"Sayang...tak perlu.." Elhan menghalang.

"Eh, tak ya juga...lupa, sekarang Bella ada kat rumah Dr Naim..Abang kenapa tak bergerak dari tadi..kaki abang sakit ke, Bella tolong urut ya..." aku membuat penawaran. Namun, pantas Elhan menepis tanganku yang ingin menarik selimut tebal yang menyelimuti sebahagian tubuhnya.

"Tak...tak perlu sayang, abang boleh buat sendiri, abang tak nak susahkan sayang lagi.." jari-jemarinya terus memegang hujung selimut itu seerat-eratnya sehingga timbul urat-urat hijau di lengan yang semakin menyusut.

Elhan berjaya buat aku tertanya-tanya sendirian. Namun, aku tidak segera mengalah.

"Ala...sikit je, tak susah mana pun, dulu masa Bella sakit, abang yang jaga Bella kan..?" Aku menghampiri Elhan di atas katil, namun belum sempat aku labuhkan punggungku di hujung birai katil yang bersaiz besar itu, Elhan menolak keras tubuhku. Tertiarap aku jadinya di atas lantai jubin putih itu. Kepalaku berdarah akibat terhantuk pada bucu katil yang tajam itu.

"Sayang...sa..yang, jangan tinggalkan a..bang...!" jerit Elhan yang sudah terkesima dengan ulahnya sendiri terhadapku.

Bukk...!

"A...bang...!!!! Ya... Allah..abang, ke..kenapa de..ngan kaki abang ni..?!
Dr Naim...encik Eijaz..!!! abang Elhan, tolong abang Elhan..!!!" teriakku keras. Lantang suaraku melolongkan nama dua jejaka itu.

Tidak terdaya diriku untuk memapah tubuh Elhan yang sudah jatuh tersungkur di atas lantai itu. Hanya kepalanya sahaja sudah aku pangku di ribaanku. Darah yang mengalir di kepala tidakku hiraukan, melainkan aku terlalu memikirkan keadaan Elhan saat ini. Hampir pitam aku jadinya setelah mengetahui keadaan sebenar suamiku ini. Sudah terjawab segala persoalanku selama ini. Aku pasrah dengan takdir yang tertulis buat kami berdua. Linangan air mata sudah membanjiri wajahku ketika itu cuba dihapus oleh Elhan. Namun, semakin deras pula mutiara jernih itu jatuh berguguran.

"Maafkan abang, sayang...abang tak sengaja.." Elhan elus seraut wajahku. Jatuh jua air mata jantannya melihat air mataku berguguran.

"Takpe, abang..sikit je ni. Bella, eh..tak, sayang..erm..mm, sayang tahu abang tak sengaja..kenapa abang tak pernah nak beritahu keadaan abang begini..abang takut..?!" soalanku terbiar tergantung sebaik sahaja aku dan Elhan dikejutkan dengan kemunculan encik Eijaz di muka pintu bilik ini.

"Ya....Allah, alang Elhan.., Bella kenapa dengan korang berdua ni.." tegur encik Eijaz yang berlari mendapatkan kami berdua.

"Hah, abang ngah Eijaz ..tolong isteri alang, ngah.. kepala dia berdarah tu..!"

"Kenapa ni..Astaghfirullah Al Aazim.. Han..abang ngah Eijaz boleh tak tu.." encik Eijaz angguk kepala tanda dia boleh melakukannya seorang diri untuk membantu Elhan bangkit semula.

"Eloklah kau datang Im, tolong rawat luka Bella..kepala dia berdarah tu.. terhantuk kat bucu katil tadi, alang tak sengaja tertolak dia..." ujar Elhan jujur.

Elhan sudah berjaya dibaringkan semula di atas katil itu oleh encik Eijaz sebentar tadi. Manakala Dr Naim sedang merawat luka di kepalaku.

"Awak ok ke tak ni Bella, luka awak ni teruk tau..!"

Aku buntangkan mataku pada Dr Naim supaya dia perlahankan bicaranya. Lengan kekar yang sedang menampalkan plaster luka di sisi kepalaku itu aku genggam erat. Dr Naim jongket keningnya sebagai tanda menyoalkan kembali.

"Saya tak nak abang Elhan tahu. Saya takut dia merasa lebih bersalah.. takpe nanti saya ikut awak ke hospital untuk rawatan susulan..cuma pening sikit je..saya nak berehat sekejap.." aku terus tinggalkan mereka bertiga di bilik ini.

Terhuyung-hayang tubuhku sewaktu melangkah ke bilik sebelah. Kepala berdenyut hebat, namun seketika aku rasa tubuhku bagai sudah berada di awang-awangan.

"Bella, saya hantarkan awak ke hospital sekarang, kepala awak perlu dirawat segera. Risau saya, darah dari tadi tak berhenti mengalir kat kepala awak ni..." encik Eijaz berbisik di cuping telingaku. Tubuhku yang sudah berada di dalam cempungannya didudukkan di kerusi hadapan sebelah pemandu di dalam kereta mewahnya.

"Ermm..abang Elhan siapa yang jaga nanti..?"

"Tak usah bimbang, Dr Naim ada untuk pantau keadaan Elhan..now fikirkan tentang diri sendiri dulu..dah awak jangan banyak bergerak. Duduk je diam-diam, abang hantarkan adik Bella ke hospital.." encik Eijaz senyum nipis, dia baru sahaja memakaikan tali pinggang keledar untukku.

Kembang kempis hidung mancungku menghidu bau wangian milik lelaki ini yang seakan-akan sama baunya dengan perfume milik Elhan. Abang...adik...? Sejak bila pula dia jadi abang aku dan aku jadi adik dia..? Ke aku yang salah dengar, maklumlah.. kepala aku dah berpinar sekarang ni dek darah di kepala masih belum mahu berhenti. Terpejam juga mata aku dibuatnya. Sedar-sedar kepala aku dah berbungkus dengan kain gauze.

"Adik Bella, adik ok kan..?" soal encik Eijaz seperti orang tengah
kebingungan. Mungkin sebab aku dah tak beri sebarang riak pada dirinya.

"Ok, saya ok...tapi kenapa encik Eijaz panggil saya adik..ber'adik'...'abang' dengan saya. Encik Eijaz buat saya keliru.." ujarku jujur.

"Oh, sebab tu...bukan ke tu panggilan yang sepatutnya seorang abang kepada adik iparnya..ke ada panggilan yang lebih sesuai dari itu..?" encik Eijaz mengorak senyuman, kali ini lebih manis tampangnya.

Ya...Allah, macammana aku boleh lupa yang encik Eijaz ni abang kandung suami aku, Elhan. Aku berdeham perlahan menjernihkan semula keadaan.

"Terima kasih encik..eh, abang Eijaz.. tolong hantarkan Bella ke hospital tadi..
tapi..sungguh ke abang Eijaz ni abang kandung abang Elhan, setahu Bella... abang Elhan tak pernah cerita pun tentang adik-beradik dia dekat Bella" soalku semula. Aku betulkan dudukku agar lebih selesa.

"Sebab apa..? Sebab adik Bella pun tak pernah nak tanya betul-betul. Betullah, abang anak kedua. Kami empat beradik, semuanya lelaki. Abang Eijaz kenal sangat dengan alang Elhan tu, dia memang tertutup sikit orangnya, suka menyendiri, suka pendam sorang -sorang.." encik Eijaz ukir senyum nipis.

Masih lagi menumpukan seluruh perhatiannya pada pemanduan. Namun, aku nampak dia curi-curi pandang pada aku. Aku rasa ada sesuatu yang disembunyikan oleh encik Eijaz aka abang ipar aku ni. Cara dia pandang aku ni, buat aku rasa tak selesa. Sejak dari pertama kali aku bersua muka dengannya. Bagaikan dia sangat mengenali diriku ini.

Apa yang aku suka, apa yang mahukan dan hampir kesemuanya, dia begitu mengerti tentang aku. Nak kata pernah bersua, tak mungkinlah..sebab aku yakin..seyakin-yakinnya, yang aku baru sahaja bertemu dengan encik Eijaz ni tiga tahun lepas, masa tu hari pertama aku menjadi COO dekat Paya Bunga Hotel Sdn. Bhd.

"Hey...termenung pulak, nak abang ngah dukung pulak ke..? Abang ngah ok je, takut ada pulak orang yang cemburu nanti.." encik Eijaz senyum lebar.

"Erm..mm, so ok..Bella boleh jalan sendiri.." aku cepat-cepat menghindar kan diri daripada encik Eijaz. Dia ni sesuatu betullah..!

Selepas makan malam di rumah Dr Naim, kami berkumpul di ruang tamu. Anak-anak dan kak Pipah juga turut serta berkumpul ditemani tiga hero tampan kami ini. Elhan kelihatan sudah mula sihat kembali, walaupun tidaklah sepenuhnya. Nampak wajahnya kembali ceria dan tidak lagi sesugul tadi.

"Erm..Bella nak cakap sesuatu ni, memandangkan abang Elhan nampak dah sihat sikit, Bella rasa nak bawa abang Elhan tinggal dengan Bella lepas ni.." aku senyum pada Elhan yang duduk di atas kerusi rodanya.

"Abang ngah tak setuju, seeloknya alang Elhan tinggal je dengan Im.. sementara dia nak fully recovery.." encik Eijaz tarik muka, lengan kekarnya dah dilipat ke dada bidangnya.

"No.. biarlah papa tinggal dengan kami daddy Eijaz, bukan ke tempat seorang isteri dengan suaminya.. takkan daddy Eijaz nak pisahkan kami lagi.." Arayumi membantah. Dia menyuarakan apa yang terbuku di hatiku saat ini.

"Betullah, tu..alang Elhan ni sebenarnya dah sihat, cuma alang Elhan kita ni terlalu rindukan wife dan anak-anak dia..Im rasa eloklah cadangan Bella nak bawa alang Elhan tinggal bersama dengan dia.." Dr Naim menambah. Air kopi yang masih berasap di cawannya disisip sedikit.

"Ok..jangan gaduh-gaduh, apa kata kita buat undian, kita ikut majoriti.. baru adilkan?" cadang kak Pipah. Pandangan kak Pipah kepada kami berempat bersilih ganti semacam ingin memberi kan sesuatu penjelasan padaku.

Setelah sesi pengundian dibuat, keputusan berpihak kepadaku. Aku gembira dengan hasil undian itu, namun dalam masa yang sama, wajah Elhan dan encik Eijaz nampak agak tegang. Entah apalah yang sedang bermain di fikiran dua beradik ini.

***

"Assalamualaikum...abang" aku memberikan salam terlebih dahulu sewaktu melangkahkan kaki di bilik yang dihuni oleh Elhan.

Ya..Allah, berdegup laju jantung aku saat ini. Rasanya sama sewaktu mula-mula aku jadi isteri Elhan, hampir sepuluh tahun dulu.

"Waalaikumussalam..sayang, sinilah, takkan nak berdiri je kat pintu tu..ke dah tak sudi, sebab..." Elhan gantung bicaranya. Matanya sudah jatuh di aras pinggang, lebih tepat lagi ke arah sepasang kakinya yang sudah tiada lagi bersama di tubuhnya.

"Abang...janganlah cakap macam tu, walaupun keadaan abang teruk macam mana sekalipun, Bella tetap nak bersama dengan abang.." tanpa berlengah aku berlari mendapatkan Elhan di atas katil itu. Tubuhnya yang agak susut itu aku peluk ketat-ketat. Sejujurnya aku rindukan segalanya milik jejaka ini.

"Aucch... sayang nak patahkan tulang-tulang abang ni ke..tahu sayang rindu.. tapi abang dah tak boleh nak bernafas ni sayang.." luah Elhan terbata-bata.

"Ops...sorry..sayang rindu sangat kat abang..sayang sakitkan abang ke..?" perlahan-lahan aku leraikan pelukkanku.

Elhan geleng kepala sambil arahkan aku menutup lampu yang masih terpasang. Aku kerling seluruh ruang bilik ini. Tak perasan pulak bilik ini masih terang-benderang. Dengan menekan satu suis, gelap-gelita bilik ini jadinya. Hanya disimbahi dengan lampu tidur di kedua-dua belah sisi katil, serta- merta menimbulkan suasana romantis. Dengan wangian aromaterapi berunsurkan bunga ros yang sudah semerbak baunya, buat aku rasa nak terkam Elhan saat ini. Timbul keinginan aku untuk bermanja dengan Elhan semakin membuak-buak.

Saat aku berbaring di sebelah Elhan, aku dapat merasakan Elhan tidak begitu selesa dengan kehadiranku ini. Aku agak tersinggung dengan penolakan Elhan terhadapku. Kata-kata sinisnya buat aku mahu sahaja menjerit tengah-tengah malam buta ini. Namun, aku telan sahaja sindiran Elhan memandangkan saat ini kami berada di kediaman Dr Naim.

"Abang, please...jangan sakitkan lagi hati sayang macam ni..apa hak abang nak tentukan kebahagian sayang, abang lupa ke, bahagia sayang hanya bersama dengan abang..." aku genggam jemari kasar Elhan dan aku bawa jejemarinya itu tepat ke dada kiriku.

"Abang dah tak mampu, sayang.. abang dah tak macam dulu lagi, abang.. cuma jadi beban pada sayang dan anak-anak..biarlah abang tinggal je dengan Naim dekat sini.." pantas Elhan tarik semula jejemarinya yang sudah melekap elok di atas dadaku.

Aku buat-buat ketawa, walaupun aku rasa sendiri kepincangannya. Aku tahu Elhan sengaja berkata begitu untuk menjarakkan dirinya daripada aku. Namun, di sudut hatinya itu, menjerit menginginkan aku sentiasa berada di hadapan matanya. Baiklah, jika Elhan mahukan aku turut serta dalam permainan yang diciptakannya, aku akan turut serta. Tapi aku minta, jangan pernah menyesal kemudian hari, Elhan.

"Abang nampaknya betul-betul dah bencikan, sayang kan?" soalku pada Elhan yang sudah memejamkan mata. Air mata yang mengalir di pipi pantas aku hapus. Tidak mahu Elhan sempat mengetahui yang aku sedang menangis.

"Tidurlah, jangan nak merepek..tapi jangan gatal nak sentuh-sentuh abang macam tadi tu..abang benci!" sengaja perkataan 'benci' itu ditekan oleh Elhan.

"What..oo..abang benci, bukan sayang ke..? Kalau benci, cakap depan-depan. Now, tatap mata sayang, cakap abang benci sayang!" aku sengaja memprovok Elhan. Hatiku bergetaran hebat. Aku terlalu takut, jika benar-benar suamiku ini telah membenciku.

"Tidurlah...dah pukul berapa dah ni.. kita bincang esok.." Elhan gumam perlahan bicaranya. Malah, mata yang dipejam hampir terlena.

Aku dengar dengkuran halus Elhan berlagu beberapa saat kemudian. Setelah memastikan Elhan benar-benar lena, aku elus ubun-ubun Elhan penuh kelembutan. Lantas aku labuhkan kucupanku. Lama aku letakkan ulas bibirku di situ sebelum beralih ke hidung mancungnya dan berakhir pada ulas bibir nipis kemerah-merahan suamiku ini. Terasa ada gerakan daripada Elhan, pantas aku leraikan tautan itu. Air mataku mengalir bagaikan empangan pecah tanpa sebarang suara. Aku tahu tiada sekelumat pun rasa benci itu hadir dalam kamus hidup Elhan terhadapku. Dia bukan benci...tapi sayang! Ya, aku yakin, sebab aku merasakannya sendiri!

Alhamdulillah..done update satu lagi chapter baru.. happy reading semua. Alamak abang Elhan main tarik tali pulak dah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience