BAB 17 : (SIAPA... ARAYUMI?)

Romance Completed 5995

KESUNYIAN mula menghurungi jiwa akibat perbalahan aku bersama Zill Qayyim tempoh hari. Zill Qayyim menghukumku dengan 'silent treatment' yang dilancarkan tepat saat kami mula berbalah sehingga ke saat ini masih berlarutan. Sudah seminggu dia mengunci bicaranya denganku. Dia buat aku seperti tidak wujud, walaupun aku kini berada di hadapan matanya.

Keadaan semakin memburuk pabila Zill Qayyim berjaya membuatkan aku sentiasa berada dalam keadaan bersalah dan mencemaskan dirinya. Tanpa sedar, lelaki itu berjaya mendera emosiku. Mungkinkah rasa cinta, kasih dan sayangnya sudah terkubur untukku? Ah.. boleh jadi gila aku bila memikirkan semua ini!

***

"Ara...awak pergi mana baru sekarang nak balik..?" tegur Zill Qayyim di depan pintu. Wajahnya menyinga. Baru saat ini aku dengar suara yang kurindu itu menampar gegendang telingaku.

"Sorry, saya...penat Zill, saya nak berehat.." balasku ringkas, seraya menapak ke tingkat dua menuju ke bilik tidur.

"Ara...Ara....!! Ya.. Allah, panasnya badan awak ni..kita ke hospital sekarang.." Zill Qayyim mencempung tubuhku yang hampir rebah sewaktu berlalu untuk memanjat anak tangga. Mujur sahaja lengan kekar Zill Qayyim pantas menyauk pinggangku.

Awal tiga pagi aku tersedar kembali setelah menerima rawatan kecemasan di sebuah hospital yang agak terkenal itu. Aku tidak sedarkan diri di dalam cempungan lelaki ini sewaktu langkah kakinya melangkah masuk di lobi hospital swasta ini. Samar-samar aku mendengar suaranya berteriak memanggil doktor untuk segera memberikan rawatan kepadaku.

Aku elus lembut lengan kekar Zill Qayyim yang menglingkari pinggang rampingku. Jejemarinya menggenggam erat jemariku seperti tidak mahu dilepaskannya lagi. Tersentuh hatiku melihat dirinya yang terlena dalam keadaan menangkup itu. Mesti tidak ada sedikit pun rasa kelesaan, malah menimbulkan rasa sengal sendi dan sakit urat. Mengapa lelaki ini menyeksa diri sedemikian rupa? Masih tersisakah rasa cinta itu di dalam hatinya setelah apa yang aku lakukan pada dirinya itu?

"Erm..mm..Ara dah sedar..Ara nak air ke..? Lapar..? Pukul berapa ni..?" soal Zill Qayyim bertalu-talu sambil mengosok-gosokkan biji matanya. Comel pulak aku lihat wajahnya dalam kesamaran cahaya lampu tidur yang masih terpasang di dinding kepala katil hospitalku ini.

Aku geleng kepala sambil menyandar kan tubuh di kepala katil. Lantas, aku tarik kuat jejemarinya yang masih bertaut erat di jemariku. Terdorong tubuhnya sehingga benar-benar rapat dengan tubuhku. Wajahnya terbenam tepat di dadaku kerana masih berada di dalam keadaan mamai.

"Sorry...saya tak sengaja, kenapa Ara tarik saya macam tu..kan dah...?"

"Dah..apa? saya..saya..sayanglah.. masih nak marahkan honey..? Yelah, siapalah honey ni kan? Kenapa tak biarkan honey mati je..kan..?!"

Cup...!

"Cakap lagi macam tu, bibir tu bengkak nanti sayang kiss...don't dare you talk about death anymore in front me if...!" tegas Zill Qayyim memberikan amarannya.

"Ok...ok...honey dah tak cakap.. sorry..honey minta maaf banyak -banyak.., honey banyak berdosa dengan sayang...maafkan honey, honey tak nak jadi isteri derhaka.." esakkanku mula kedengaran.

"Ssh... janganlah menangis, honey tahu kan sayang tak boleh tengok air mata honey tumpah walaupun setitik..."

"Amboi..melebihlah sayang..behave ok, kita kat hospital ni.." aku menahan kemahuan Zill Qayyim yang ingin melanjutkan pagutan bibirnya ke atas ulas bibirku dengan menolak dada bidangnya itu dengan telapak tanganku. Melihat aku yang mula tersenyum, dia mengalah, langsung dilencongkan arah bibirnya. Dilabuhkannya pada puncak kepalaku.

Aku rasa bahagia saat ini. Ya, aku benar-benar rasa bahagia. Kini, aku mula merasai kasih sayang yang dicurahkan lelaki ini. Tidak perlu dinafikan lagi, aku benar-benar sudah jatuh cinta dengan Zill Qayyim. Dia lebih berhak jika hendak dibandingkan dengan Elhan. Mungkin Elhan juga sudah mengecapi kebahagiaannya sendiri. Aku yang tak malu, masih terhengeh-hengeh mengharapkan cinta lelaki itu yang mungkin sudah berjaya menguburkan namaku sekian lamanya.

Jika hendak fikirkan kembali, aku memang sangat-sangat bodoh menunggu Elhan memberikan cintanya padaku. Jika benar lelaki itu cintakan aku, mengapa dia tidak pernah mencari keberadaanku..? Mengapa dia tidak pernah memperjuangkan cintanya seperti Zill Qayyim yang bermati-matian mengharapkan balasan cintanya terhadapku. Dan aku akui, dia sememang layak untuk itu..!

Maafkan diriku, Zill Qayyim...selama ini aku menafikan hak kau sebagai suamiku. Dan, saat ini aku tekad, kau akan menjadi suamiku yang paling bahagia. Aku akan membahagiakan dirimu, sayang..Aku janji dengan nyawaku sendiri! Aku janji, Zill Qayyim!

***

"....Aaaaarggggghhh..."

"Amboi nyaringnya, suara.. feel better?" soal Zill Qayyim yang tersenyum manis sambil memeluk pinggangku dari arah belakang.

Aku angguk kepala, seraya aku lentokkan kepalaku di dada bidangnya itu. Petang itu dibawanya aku di satu tempat lapang di kawasan yang dilatari dengan gunung-ganang. Kawasan pergunungan yang agak terkenal itu merupakan destinasi pilihan kami bersama untuk mengisi masa percutian kami hujung bulan ini.

Setelah menerima sedikit nasihat daripada pembantu peribadiku, aku ajak Zill Qayyim pergi bercuti, sekaligus menikmati 'bulan madu' kami walaupun sudah hampir masuk tahun kedua kami mendirikan rumah tangga.

"Maaf sayang, honey terlambat menyedari semua ini.. honey terlalu ego..sekarang honey rasa, honey isteri yang paling bahagia dikurniakan suami sebaik sayang..."

"Honey... dari hari tu lagi honey asyik minta maaf je..percayalah, sayang dah lama maafkan honey. Now, kita jaga hubungan suci ni sebaik mungkin hingga hujung nyawa...I love you, honey...very much.." ucap Zill Qayyim bersungguh. Namun kerutan di dahinya itu buat aku risau.

"Sayang..are you ok? Sayang tak sihat ke, dari semalam sayang macam ni, kepala tu masih sakit..kita baliklah, berehat dalam bilik.."

Zill Qayyim hanya menurut. Kami menuju ke hotel semula dan terus melangkah ke bilik suite yang kami tempah khas untuk percutian ini. Zill Qayyim terus merebahkan tubuhnya di katil empuk bersaiz besar itu. Nampak sangat dia tidak bermaya untuk meneruskan aktiviti yang sudah kami rancang untuk petang ini. Aku biarkan dia lena sebentar di atas katil itu. Sementara itu, aku menyegarkan diri di dalam kamar mandi.

Setelah lengkap berpakaian, aku tulis secebis nota di sticky note yang terdapat di dalam tas tanganku, memaklumkan Zill Qayyim tentang pemergianku sebentar ke sebuah pantai yang terdampar indah di kawasan berhampiran hotel ini. Memandangkan Zill Qayyim yang masih lena diulik mimpi itu, aku tidak sampai hati untuk mengganggu tidurnya itu.

Aku kucup hujung bibirnya sekilas sebelum berlalu pergi. Entahlah, sejak akhir-akhir ni, aku suka berbuat demikian. Nakal..? memang aku nakal! Sebab tu, Zill Qayyim gila bayang denganku. Pelik..selalunya Zill Qayyim akan rasa terganggu jika berbuat demikian, namun saat ini dia diam, langsung tidak berkutik. Penat sangat nampaknya, encik suami aku ni.

"Rest ya sayang, honey pergi kejap.." aku bisikkan perlahan di cuping telinganya.

***

Aku melangkah perlahan-lahan sehingga ke pesisiran pantai. Alangkah seronoknya jika Zill Qayyim bersama-sama denganku saat ini. Menyelusuri pasir pantai yang memutih, mendengar deruan ombak yang tenang membadai pantai seraya mengagumi keindahan ciptaan Ilahi.

Leka aku bermain air di gigi pantai yang membiru airnya, aku tiba-tiba dipeluk oleh seorang anak kecil perempuan yang sangat comel dari arah belakang. Rambutnya yang diikat dua, membawa diriku mengimbasi diriku sewaktu seumur dengannya. Kulitnya yang cerah, memerah jadinya pipinya yang gebu itu pabila dia sedang menangis untuk mendapatkan bapanya semula.

"Hey, janganlah menangis... nanti kita sama-sama cari papa ok..?" pujukku lembut padanya yang sudah mengelarkan diriku mommy padanya.

Di hujung sana, aku terlihat ada seorang jejaka yang kelihatan cemas dan sibuk menanyakan orang ramai tentang seorang kanak-kanak, dari bahasa tubuh dan gerak-gerinya itu.

"Itu..papa ke sayang..?" soalku pada kanak-kanak perempuan yang sudah berada di dalam dukunganku. Umurnya yang masih terlalu muda itu, kelihatan dia agak ragu-ragu dengan soalanku itu.

Sepasang kaki kubawa melangkah mendapatkan lelaki itu. Aku tepuk bahu lelaki itu, dan dia segera menoleh. Mata kami saling bertautan. Jantungku bagaikan berhenti berdetak saat ini. Di saat ini aku rasakan dunia seakan terhenti. Semuanya kaku. Tidak lepas sepasang mataku menatap wajah lelaki itu. Hanya tersedar kembali apabila anak kecil itu mula menangis semula. Teriakkannya yang agak nyaring itu, membuatkan aku tersentak dari lamunan yang panjang.

"Arayumi... anak papa, thanks cik sudi jagakan anak saya sebentar..saya minta maaf sebab tak alert dengan keadaan sehingga anak saya terlepas dari pengawasan. Mujur terlepas pada orang yang baik-baik macam cik.. cik.."

"Abang Elhan...? Awak..abang Elhan kan? ni Bella lah, abang...Bella.. Arabella.." aku memperkenalkan diri. Teruja.

"Sorry, saya tak kenal anda..tapi macam mana awak boleh tahu nama saya, kita pernah jumpa ke..?" terjongket kedua-dua belah kening tebal itu.


"Elhan, sampai hati awak kan.. saya Bella awak Elhan..your first love.." gumamku perlahan.


"So sorry, awak mungkin salah orang, saya betul-betul tak kenal awak, saya minta maaf...saya minta diri dulu, by the way thanks, jagakan anak saya tadi.." lelaki itu mula melangkah pergi.

"Papa.. papa...mommy..mommy.. Ara nak mommy tu, kenapa papa tinggalkan mommy.." rengek anak kecil perempuan itu di dalam dukungan bapanya.

"Enough, Arayumi..dia bukannya mommy Ara..mommy Ara dah meninggal..kita balik ok.." pujuknya lembut. Tersentuh hatiku.

"Tak nak.. Ara nak juga mommy tu..nak mommy Arabella..see, nama mommy tu sama macam nama Arayumi lah, papa.."

"Erm, sorry jika menyusahkan.. boleh tak awak ikut saya sekejap..anak saya ni buat hal pulak dia.." pinta Elhan kepadaku. Muka dia saat ini macam tertelan biji nangka. Tulah tadi sombong sangat dengan aku.. padan muka kau!

Aku hanya mengangguk, seraya mengikuti langkah jejaka itu. Meleret senyuman si kecil atas kemenangannya itu. Petah juga dia berkata-kata. Agak-agak berapa tahun umur budak perempuan ini ya..?

Kami memilih sebuah kafe yang berkonsep terbuka. Tidak jauh dari kawasan pantai dan pengunjungnya juga kelihatan tidak begitu padat. Elhan menarik kerusi untukku selepas dia melakukan perkara yang sama pada si anak kecilnya itu.

"Abang Elhan, betul ke abang memang tak kenal, Bella..?" soalan pertama yang aku soal lelaki itu sebaik sahaja pelayan itu berlalu pergi setelah menghantarkan minuman dan makanan yang kami pesan sebentar tadi.

"Ya, saya minta maaf..awak pun isteri orang kan..?" ditatapnya tepat wajahku seperti yang selalu dilakukan padaku dahulu.
"Mana abang Elhan tahu...?" soalku polos. Seraya dia sentuh jemariku yang tersarung sebentuk cincin emas bertatahkan batu permata itu. Si kecil pula sudah tersenyum-senyum gembira melihat kemesraan aku dan juga bapanya itu.

"Berapa umur Arayumi yang sebenarnya..?" soalku lagi.

"Tiga tahun..." balasnya pendek. Tautan jejemarinya di jejemariku segera dileraikan sebaik dirinya itu menyedarinya.

Kami beredar dari situ sebaik sahaja Arayumi sudah menghabiskan makanannya. Sudah tertidur pun dia di dalam dukungan Elhan yang kelihatan sangat comel. Bulu matanya yang lentik dan panjang itu membuatkan aku tidak lepas memandangnya.

Sepanjang perbualan kami tadi, Elhan ada mengatakan dia pernah mendengar sebaris namaku dahulu dan pernah juga menyayanginya, tapi insan yang disayanginya itu sudah meninggal kira-kira empat tahun yang lalu. Semenjak itu, dia semakin melupakan gadis bernama Arabella itu dan terus lenyap dari ingatannya akibat kemalangan yang dialaminya dua tahun lepas.

Aku yang mendengar menerima cerita Elhan dalam perasaan yang bercampur -baur. Beberapa kali aku tersentak dan sedikit terguris hatiku dengan lelaki ini. Rasa rindu yang menebal padanya terpaksa aku kuburkan jauh-jauh kerana dia sudah menganggap aku tidak lagi wujud di dunia ini.

'Jika kau tahu kebenarannya Elhan, aku pasti ada cerita baharu yang akan terlakar' bicaraku dalam hati.

"Erm.. oklah encik Elhan, saya balik bilik dulu, sampai jumpa lagi..boleh Bella kiss Arayumi.." pintaku pada Elhan dan Elhan mengangguk memberikan kebenarannya.

Aku labuhkan kucupanku pada pipi gebu Arayumi. Jatuh kasih aku pada si kecil yang sangat comel ini, walaupun baru pertama kali berjumpa. Jika hubungan aku dengan Zill Qayyim tidak dilanda badai akibat kebodohan aku sendiri, pasti aku juga sudah memiliki seorang anak yang comel dan sihat seperti Elhan jika diizinkan Allah. Ah, bodohnya aku sia-sia membuang waktu.

Nombor kata laluan bilik pantas aku tekan pada kekunci automatik yang terdapat di muka pintu itu. Serta-merta bilik yang gelap jadi terang-benderang. Aku berikan salam terlebih dahulu sebelum melangkahkan kaki kananku masuk ke dalam bilik ini. Kelihatan sekujur tubuh Zill Qayyim masih terbaring di atas katil itu. Aku gelengkan kepala, lalu melabuhkan punggungku di sisi suamiku ini.

"Sayang...bangunlah, lamanya sayang tidur..takkan tak bangun -bangun dari tadi..." tanganku naik mengoncangkan bahunya.

Diam tak berkutik. Badannya juga sedikit panas dan hembusan nafasnya juga sudah sedikit lemah.

"Sayang...sayang, bangunlah.. jangan takutkan honey macamni.." aku menepuk-nepuk lembut wajah Zill Qayyim berharap dia membuka matanya kembali, namun masih juga tidak bergerak sedikit pun.

Aku terus bergegas ke dalam bilik air dan membawa sehelai tuala kecil yang sudah kubasahkan terlebih dahulu. Perlahan-lahan aku lapkan tuala itu di wajah suamiku ini.

"Sayang, bangunlah...janganlah tinggalkan honey macamni, please... honey tak sanggup, honey benar-benar cintakan sayang..." ujarku jujur.

"Betul ke...honey betul-betul cintakan sayang..?" suaranya yang serak, perlahan menyoalku kembali. Jejemariku digenggam erat.

"Sayang.... tak kelakar tau tak? sampai hati gula-gulakan honey macam ni.." aku mencebik.


"Aucch, sakit...sakit honey, ok..ok sayang minta maaf...sayang memang tak sihat..tadi bangun kejap, telan panadol lepas tu sayang tidur balik..." terang Zill Qayyim sambil mengosok -gosok lengannya yang aku cubit.

"Ya...Allah, merah lengan sayang.. honey minta maaf..tulah kenapa suka sangat cari pasal..dah mandi?.. makan?" soalku bertalu sambil mengelus lengannya yang memerah. Kuat sangat ke aku cubit tadi?

Zill Qayyim geleng kepala sambil tayang muka comel.

"Pergilah mandi, makan...lepas tu boleh makan ubat..honey ada bungkuskan makanan untuk sayang tadi...ada dekat atas meja tu, sekarang pergi mandi..cepat.."

"Tak laratlah.. honey boleh tolong tak..?" Zill Qayyim masih bermalas -malasan di atas katil itu. Lenganku dielus-elusnya sambil memutar -mutarkan jari telunjuknya. Entah apa yang dilakarnya di lenganku itu.

"Ish, dah jomlah...macam budak kecik...kalah Arayumi mengada sayang ni.." aku dah bercekak pinggang. Wajah garang aku tayang pada Zill Qayyim.

"Arayumi....siapa Arayumi?"

Aku dah menekup mulut. Ah, macam mana boleh terlepas pulak ni..?

"Honey.... jawablah honey, sayang tanya siapa Arayumi...?" soal Zill Qayyim sedikit keras.

"Takde siapalah, jom kita mandi.. dah lewat ni..." aku berdalih, langsung menolak tubuh Zill Qayyim terus melangkah menuju ke dalam bilik mandi.

Done update...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience