Bab 50

Drama Completed 163108

Zizah sudah merancang segalanya. Hari ini, di bilik mesyuarat utama Sri Holdings, empat orang pengarah dari syarikat pesaing yang dahulunya paling kuat mengetawakan kejatuhan Faid—Dato’ Salim, Encik Khalid, Tuan Ibrahim, dan seorang lagi kontraktor licik, Jeremy—terpusing-pusing menunggu.
Zizah masuk ke bilik itu bersama Faid. Faid nampak kemas, segak, dan penuh karisma, jauh berbeza dengan Faid yang kusut-masai sebulan lalu. Zizah duduk di kepala meja, menyilangkan kakinya dengan gaya yang sangat dominan.
"I tak nak buang masa korang semua," Zizah memulakan bicara, suaranya dingin.

"Korang datang sini sebab nak 'tumpang' projek lima bangunan yang tengah rancak tu, kan? Sebab korang tahu, pelabur Dubai yang Papi I bawa masuk tu nakkan kualiti yang hanya ada pada rantaian bekalan korang."
Dato’ Salim berdehem, cuba menutup rasa malu. "Begini Zizah... kami rasa ada baiknya kita bersatu. Industri kita kecil. Lagipun, Faid pun dah nampak jauh lebih matang sekarang."
Zizah tersenyum sinis. Dia memandang Faid di sebelahnya. "Matang? Dulu korang panggil dia 'anak manja Zizah'. Sekarang, I serahkan keputusan ni 100% pada Faid Azhari. Kalau dia kata 'Ya', kita jalan. Kalau dia kata 'Tidak', korang boleh keluar dari bilik ni sekarang."
Keempat-empat lelaki itu beralih arah memandang Faid dengan pandangan mengharap.
"Faid, we are professionals," celah Jeremy cuba berlagak mesra.

"Kita lupakan hal lama. Kami boleh supply bahan mentah untuk dua bangunan terakhir you dengan harga... harga kawan."
Faid menyandarkan badannya ke kerusi, matanya tajam memerhati mereka satu persatu. "Harga kawan? Masa I jatuh dulu, koranglah yang paling kuat gelak. Korang yang potong supply I masa I paling perlukan bantuan untuk projek Melawati."
"Itu... itu cuma strategi bisnes, Faid," jawab Encik Khalid gagap.
"Okey, strategi bisnes ya?" Faid mengetuk meja perlahan.

"I boleh terima korang dalam projek ni. I perlukan supply korang untuk kejar tempoh 5 bulan tu. Tapi... I nak harga 30% di bawah harga pasaran. Bukan harga kawan, bukan harga pasaran. Tapi harga 'penebus dosa'."
Tuan Ibrahim terbeliak mata. "30% di bawah harga pasaran? Itu rugi untuk kami, Faid! You gila ke?"
Faid memandang Zizah sekilas.

Zizah hanya mengangkat bahu, memberi isyarat 'teruskan'.
"I tak gila. I ada pelabur Dubai di belakang I. I ada Zizah di sebelah I. Kalau korang tak nak, I boleh panggil pembekal dari China esok pagi.”

“Tapi korang akan hilang peluang untuk letak nama syarikat korang dalam projek paling ikonik tahun ni. Jadi, macam mana? I beri korang 10 minit untuk fikir."
Zizah mencelah dengan nada yang sangat tajam, "Ingat ya... Faid yang beri tawaran ni. I cuma ikut. Kalau dia rasa korang tak layak, I takkan paksa dia terima korang balik. Walaupun Papi I kawan korang sekali pun."
Dato’ Salim berbisik sesama mereka. Suasana bilik itu sangat tegang. Mereka tahu mereka tersepit. Zizah telah mengunci pergerakan mereka dengan menggunakan kuasa Faid.
"Faid... you memang dah banyak berubah," keluh Dato' Salim akhirnya.

"30% di bawah harga pasaran... kami setuju. Asalkan kontrak ni ditandatangani hari ni."
Faid tersenyum, tetapi bukan senyuman mesra. Ia adalah senyuman kemenangan. "Good. Peguam I akan hantar dokumen tu dalam masa 5 minit. Dan satu lagi...”

“I tak nak nampak muka korang kat tapak projek. Semua urusan melalui wakil korang yang I pilih sendiri."
Selepas mereka berempat keluar dari bilik dengan wajah yang kecewa namun terpaksa patuh, Zizah berpaling ke arah Faid. Dia ketawa kecil, "Hihi... you kejam sangatlah hari ni, biyy. 30%? You betul-betul nak bangkrutkan mereka ke?"
Faid menarik tangan Zizah dan menciumnya. "I belajar dari yang terbaik, sayang. I nak mereka tahu yang harga untuk gelakkan 'King' you adalah sangat mahal."
Zizah memeluk lengan Faid, rasa bangga meluap-luap di dadanya. "I suka Faid yang macam ni. Sangat seksi."
"Seksi ya? I ingat I berabuk simen tadi," usik Faid.
"Berabuk pun, you tetap Tuan I," balas Zizah manja.

Suasana di dalam bilik mesyuarat itu menjadi sunyi sepi selepas Faid meletakkan syarat "harga penebus dosa" tersebut. Keempat-empat lelaki itu—Dato’ Salim, Encik Khalid, Tuan Ibrahim, dan Jeremy—masih saling berpandangan, cuba mencari jalan keluar, namun mereka sedar mereka sudah terperangkap dalam jaring yang dipasang oleh Zizah.
Zizah kemudiannya mencapai alat kawalan jauh dan menekan satu butang. Tiba-tiba, rakaman suara yang sangat jelas bergema di seluruh bilik mesyuarat.
"...kami setuju. Asalkan kontrak ni ditandatangani hari ni. 30% di bawah harga pasaran pun tak apalah..."
Suara Dato' Salim yang kedengaran terdesak itu memenuhi ruang, membuatkan wajah lelaki tua itu bertukar menjadi merah padam. Zizah tersenyum sinis. Dia mahu bukti hitam putih itu bukan sekadar di atas kertas, tetapi juga dalam bentuk audio yang boleh menghancurkan reputasi mereka jika mereka cuba bermain kotor di kemudian hari.
PAP!

PAP!

PAP!
Zizah mencampakkan empat buah fail tebal tepat ke arah hadapan mereka berempat. Fail itu terbuka, menampakkan senarai bekalan mentah, invois, dan sijil kualiti daripada pembekal antarabangsa.
"Korang ingat I dan Faid cuma bergantung pada korang?" Zizah bersuara, nadanya kini sangat dingin dan berwibawa.

"Sambil korang sibuk nak gelakkan kejatuhan Faid sebulan yang lalu, I dah pun kunci kontrak dengan pembekal dari luar negara. Tengok harga tu... jauh lebih murah dan kualitinya dua kali ganda lebih baik daripada apa yang syarikat korang ada."
Tan Sri Tajudin yang sedari tadi hanya memerhati dari hujung meja, turut mencapai salah satu fail tersebut. Matanya terbeliak melihat angka-angka yang tertera. Dia sendiri tergamam. Dia tidak menyangka anaknya telah bergerak sejauh itu tanpa pengetahuannya.
"Zizah... Papi tak tahu you dah buat perancangan sampai tahap ni," ujar Tan Sri Tajudin, suaranya penuh kekaguman.
"I buat semua ni untuk pastikan Faid takkan pernah dipijak lagi, Papi," balas Zizah tegas.

Dia memandang semula ke arah empat lelaki yang sedang terpinga-pinga itu.

"Sebab tu I beri korang peluang ni. Bukan sebab I perlukan supply korang, tapi sebab I nak korang rasa apa rasanya bila korang 'terpaksa' bekerja di bawah telunjuk orang yang korang hina dulu."
Dato’ Salim memegang fail itu dengan tangan yang menggigil. "Jadi... kalau you dah ada bekalan yang lebih murah, kenapa you panggil kami lagi?"
Faid yang sedari tadi hanya berdiam diri, akhirnya bersuara. Suaranya tenang namun penuh kuasa. "Sebab I nak korang jadi 'buffer'. I nak syarikat korang yang ambil risiko logistik tempatan. Kalau ada apa-apa sabotaj di tapak, syarikat korang yang akan tanggung kerugiannya, bukan syarikat I atau Papi. Korang cuma 'insurans' untuk I."
Jeremy meraup wajahnya. "You memang gila, Faid. You dan Zizah... korang berdua memang gila."
"Kami bukan gila, Jeremy. Kami cuma profesional yang 'berdendam'," balas Faid sambil tersenyum nipis.

"Sekarang, tandatangan. Atau I akan pastikan kontrak bekalan korang dengan semua anak syarikat Sri Holdings dibatalkan serta-merta."
Tan Sri Tajudin hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum bangga. Dia melihat Faid dan Zizah kini bukan lagi sekadar pasangan kekasih, tetapi satu unit tempur korporat yang paling digeruni.
Setelah keempat-empat mereka menandatangani dokumen itu dengan hati yang berat, mereka keluar dari bilik tanpa menoleh lagi. Tan Sri Tajudin berjalan menghampiri Faid dan menepuk bahu menantunya itu dengan kuat.
"Faid, Papi bangga dengan kamu. Kamu dah buktikan yang kamu bukan sekadar menumpang nama Zizah. Kamu ada taring sendiri."
Faid menunduk hormat. "Semua ni sebab Zizah, Tan Sri. Dia yang ajar saya macam mana nak jadi 'King' yang sebenar."

Strategi yang diatur Zizah benar-benar membuahkan hasil yang luar biasa. Dengan bekalan bahan mentah yang melimpah-ruah hasil daripada kontrak antarabangsa dan "harga penebus dosa" daripada empat rakan kongsi tadi, stok simpanan mereka kini bukan sahaja cukup untuk lima bulan, malah melimpah sehingga boleh menampung projek untuk satu tahun ke depan.
Beberapa minggu kemudian, impak daripada penguasaan pasaran mereka mula dirasai di seluruh negara. Di sepanjang lebuh raya utama dan di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, banner dan papan iklan gergasi mula dinaikkan. Nama syarikat Sri Holdings & Partners terpampang besar di bawah tajuk: "THE RESURRECTION: QUALITY HOMES FOR EVERYONE."
Dato’ Salim, Encik Khalid, Tuan Ibrahim, dan Jeremy hanya mampu berdiri di tepi jalan, mendongak melihat papan iklan gergasi tersebut dengan hati yang hancur.
"Gila... mereka betul-betul nak matikan pasaran kita," gumam Jeremy sambil melihat harga unit yang dipaparkan.

"Macam mana mereka boleh jual harga macam tu tapi kualiti bahan yang kita hantar tu gred A?"
"Sebab mereka beli pukal dan mereka paksa kita jual murah pada mereka!" celah Dato' Salim dengan nada geram.

"Zizah gunakan kita untuk subsidi harga jualan mereka. Kita yang tanggung kos, mereka yang dapat nama. Nama syarikat kita langsung tak ada kat banner tu!"
Tuan Ibrahim mengeluh panjang. "Kita tak boleh buat apa-apa. Kita dah tandatangan kontrak 'penebus dosa' tu. Sekarang, semua orang akan serbu projek Faid. Projek kita yang harga mahal ni... siapa nak beli?"
Sementara itu, di dalam kereta mewah yang sedang melintasi papan iklan tersebut, Faid menggenggam tangan Zizah. Dia melihat wajahnya sendiri dan nama syarikat mereka di papan iklan itu dengan perasaan yang bercampur baurbangga, syukur, dan sedikit tidak percaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience