Completed
163108
Sofia menerjah masuk ke tingkat 9 dengan langkah yang bergegar, wajahnya merah padam menahan amarah yang sudah sampai ke kemuncak. Dia tidak peduli lagi dengan pandangan pelik staf pejabat. Pintu bilik pejabat Zizah ditolak kasar sehingga terhempas ke dinding.
PLAK!
Pandangan yang menyambutnya di dalam bilik itu jauh lebih menyakitkan daripada apa yang dia bayangkan. Di atas sofa panjang yang mewah, Zizah sedang berbaring, manakala Faid Azhari lelaki yang Sofia dakwa tidak berguna dulu sedang berada rapat di atas tubuh Zizah. Tubuh Faid yang kini nampak lebih sasa dan berotot tajam jelas kelihatan di sebalik kemeja yang sudah terbuka butangnya.
"Zizah!!" jerit Sofia, suaranya melengking tinggi, penuh dengan rasa terhina.
Zizah langsung tidak nampak cemas. Dia malah tersenyum sinis dan dengan gaya malas, dia pura-pura menolak sedikit tubuh Faid untuk bangun. "Sofia? Eh, you ke tu? I ingatkan siapa tadi yang tak reti ketuk pintu."
"You memang tak tahu malu kan?!! Apa sebenarnya yang you mahu hah?! Kenapa you hancurkan hidup papa I?!" Sofia menjerit sambil menuding jari, air matanya mula bertakung.
Zizah bangun dengan tenang, membetulkan blausnya yang sedikit tersingkap. "Sabarlah Sofia... You datang ni tak ikut jadual I ke? I tengah 'sibuk' tadi dengan kekasih I. You ni memang tak ada adab eh?"
Faid pula hanya duduk di tepi sofa, dengan tenang menyarung kembali kemejanya dan membutangkan satu persatu sambil matanya tajam memandang Sofia pandangan yang penuh dengan penghinaan. Mereka berdua kemudian melepaskan tawa kecil secara serentak, seolah-olah kemarahan Sofia itu hanyalah satu jenaka yang melucukan.
"Sofia, kenapa you datang sini?" Faid bersuara, nadanya rendah namun menyakitkan.
"Bilik ni bukan bilik papa you lagi. Papa you dah kena tendang, ingat tak? I sekarang yang pegang kuasa kat sini."
Faid kemudian menarik Zizah ke dalam pelukannya semula dan sengaja mencium leher Zizah dengan dalam di hadapan mata Sofia.
"Biyy... hormatlah sikit perempuan mandul tu. Kesian dia, datang jauh-jauh tapi terpaksa tengok drama live kitorang pula," celah Zizah sambil pura-pura menepuk manja peha Faid, membalas sindiran Sofia tentang Faid dahulu.
Sofia menggigil hebat. Dia melihat betapa bahagianya Faid di samping Zizah sesuatu yang tidak pernah dia rasakan sepanjang menjadi isteri Faid.
"Aku benci korang! Aku akan pastikan korang berdua menderita!" Sofia menjerit lagi, namun suaranya kedengaran lemah kerana dia tahu, dia sudah tidak punya apa-apa lagi untuk melawan.
"You nak kitorang menderita?" Zizah berdiri dan berjalan mendekati Sofia.
"Sofia, sedarlah. Sekarang ni, you yang tengah menderita. Kad kredit kena block, papa kena siasat, dan lelaki yang you hina ni... sekarang jadi bos baru you kalau you masih nak kerja kat sini. So, get lost sebelum I panggil security heret you keluar."
Ketawa Zizah dan Faid bergema di ruang pejabat itu, sebuah simfoni kemenangan yang merobek terus ke jiwa Sofia. Mereka seolah-olah menganggap kehadiran Sofia tidak lebih daripada sebuah patung perhiasan yang tidak bernyawa.
"Biyy, bilik kerja ni milik you seorang sekarang. You boleh buat apa saja yang you suka dalam ni... dengan I," bisik Zizah dengan nada menggoda yang sengaja dikuatkan supaya Sofia mendengar setiap patah perkataannya.
Sofia terduduk kaku di atas lantai permaidani pejabat itu. Matanya terbeliak, tidak mampu untuk berpaling walaupun hatinya hancur berkecai. Dia melihat dengan jelas bagaimana Faid—lelaki yang dulunya tunduk pada setiap arahannya kini merayap naik ke atas tubuh Zizah dengan penuh dominasi.
"Kenapa kau buat aku macam ni Zizah... isk..." Sofia merintih, tangisannya pecah semahu-mahunya.
Tubuhnya menggigil hebat melihat keintiman yang terpampang di depan matanya. Dia melihat lidah Faid bermesra di leher dan bahu Zizah, satu bentuk belaian yang penuh ghairah yang membuktikan betapa Faid sangat memuja wanita itu.
Faid berhenti sejenak, namun dia tidak melepaskan pelukannya pada Zizah. Dia menoleh sedikit ke arah Sofia dengan senyuman yang paling kejam pernah Sofia lihat.
"You tanya kenapa, Sofia?" suara Faid kedengaran dalam dan serak.
"Sebab Zizah hargai I sebagai lelaki. Sesuatu yang you tak pernah buat sepanjang kita bersama. You jaja cerita I mandul pada satu dunia, tapi sekarang you tengoklah sendiri... siapa yang mandul sebenarnya? You, atau I yang tengah 'menghidupkan' Zizah sekarang ni?"
Zizah merangkul leher Faid, menarik lelaki itu kembali rapat ke wajahnya sambil memandang Sofia dengan pandangan yang kosong.
"Dah puas tengok, Sofia? I rasa lebih baik you keluar sekarang sebelum I buat lebih 'dahsyat' lagi depan mata you. I tak nak nanti you masuk hospital gila pula sebab tak tahan tengok kejantanan bekas suami you ni," sindir Zizah.
Sofia merangkak bangun dengan sisa tenaga yang ada. Dia tersandung pada kakinya sendiri, berlari keluar dari pejabat itu dengan tangisan yang meraung-raung. Dia kini sedar, Faid Azhari bukan lagi miliknya untuk dihina, dan Zizah telah berjaya merampas segala-galanya—harta, maruah, dan lelaki yang kini menjadi igauan ngerinya.
Di dalam bilik, Zizah dan Faid kembali tenggelam dalam kemesraan mereka, membiarkan pintu yang terbuka itu menjadi saksi kepada kejatuhan mutlak seorang wanita bernama Sofia.
Di luar bangunan pencakar langit yang tersergam megah itu, Sofia tersandar di sebatang tiang batu yang dingin. Langit petang yang mendung seolah-olah turut meratapi nasibnya yang kini berubah 180 darjah. Air matanya mengalir deras, membasahi pipi yang dahulunya sentiasa dihiasi mekap mahal.
"Apa aku nak buat sekarang?! Papa entah ke mana... aku pula bakal jadi gelandangan! Isk..." rintihnya sendirian di tengah hiruk-pikuk orang ramai yang lalu-lalang. Tiada siapa yang peduli, tiada lagi pengawal peribadi atau kawan-kawan yang membontotinya.
Kata-kata Zizah tentang 'kejantanan' Faid terus terngiang-ngiang bagai kaset rosak dalam fikirannya. Hati Sofia semakin pedih apabila mengenangkan rahsia sebenar yang dia simpan rapi selama ini. Selama mereka berkahwin, dialah yang sebenarnya tidak mahu mempunyai zuriat. Dia yang menolak untuk mengandung kerana takut bentuk badannya rosak, takut kecantikannya pudar, dan mahu kekal muda untuk bersosial.
Setiap kali Faid mengajak untuk membina keluarga, dia akan menghina lelaki itu. Malah, dia sanggup menipu satu dunia dengan melabelkan Faid sebagai 'mandul' hanya untuk menutup kelemahannya sendiri yang tidak mahu memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.
"Kenapa aku bodoh sangat..." Sofia menutup mulutnya, cuba menahan esakan yang semakin kuat.
Dia melihat pantulan dirinya pada cermin bangunan—dia nampak sangat kerdil. Zizah, wanita yang dia benci, telah mengambil alih tempatnya. Zizah memuji lelaki yang dia sia-siakan.
Setelah Sofia berlalu pergi dengan penuh kehinaan, Zizah dan Faid tidak membuang masa untuk menunjukkan siapa sebenarnya penguasa baharu di pejabat itu. Zizah, dengan senyuman kemenangan yang masih mekar di bibir, memaut lengan sasa Faid dengan erat.
“Jom Biyy, I nak perkenalkan bos baru dorang yang kacak ni,” bisik Zizah manja.
Mereka keluar dari pejabat dan berjalan melintasi kawasan kubikel staf. Keadaan yang tadinya bising dengan bisikan tentang jeritan Sofia tadi, tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Semua mata tertumpu kepada pasangan itu. Faid kini berdiri tegak dengan aura kepimpinan yang tinggi, sangat berbeza dengan imejnya yang dahulu.
Zizah menghentikan langkah di tengah-tengah ruang pejabat.
“Perhatian semua. Seperti yang korang tahu, syarikat ini kini di bawah pengurusan baru. Dan ini,” Zizah menepuk dada Faid.
“Adalah Encik Faid Azhari, rakan kongsi utama dan individu yang akan menentukan hala tuju korang selepas ini. Sesiapa yang masih ada kesetiaan pada ‘bekas bos’ atau Sofia, pintu keluar sentiasa terbuka.”
Beberapa staf yang dahulunya sering memandang rendah pada Faid kini menunduk hormat, tidak berani bertentang mata. Faid hanya memberikan senyuman nipis yang penuh makna. Dia mengenali wajah-wajah yang pernah mentertawakannya di belakang dahulu.
“Saya tak minta banyak,” celah Faid dengan suara yang garau dan berwibawa.
“Hanya kerja keras dan rasa hormat. Kalau tak boleh bagi dua benda tu, silakan angkat kaki.”
Selepas sesi perkenalan singkat yang penuh ketegangan itu, Zizah membawa Faid menuju ke lif untuk keluar makan tengahari.
“You nampak hebat sangat tadi, Biyy. I bangga dengan you,” kata Zizah sebaik sahaja pintu lif tertutup. Dia merapatkan tubuhnya, menghidu wangian maskulin Faid yang mahal.
“Ini baru permulaan, Zizah. Apa yang Sofia rasa tadi tak cukup untuk bayar apa yang dia buat pada I dulu,” balas Faid dengan nada dingin namun terselit kepuasan.
Mereka menuju ke sebuah restoran mewah di hotel terkemuka yang terletak tidak jauh dari pejabat. Sepanjang perjalanan dengan kereta mewah milik Faid, ramai mata yang memandang kagum. Faid sengaja memilih meja di tepi tingkap kaca yang besar, menghadap ke arah jalan raya di mana orang ramai sedang berjalan di bawah terik matahari.
Sambil menunggu hidangan sampai, Faid memegang tangan Zizah dan mencium jemarinya lembut. “Terima kasih sebab nampak potensi I masa I tak ada apa-apa dulu.”
Zizah tersenyum lebar. “Sebab I tahu, permata kalau dah diasah akan bersinar. Dan sekarang, you adalah berlian yang paling berharga buat I. Biarlah Sofia merangkak di luar sana, kita nikmati kemenangan kita hari ni.”
Di luar jendela, jauh di bawah sana, kelibat seorang wanita yang berpakaian kusam sedang berjalan terhuyung-hayang di kaki lima. Faid memerhatikannya sekilas sebelum memalingkan wajah, kembali menumpukan perhatian pada wanita di hadapannya yang tahu menghargai erti seorang lelaki.
Share this novel