Completed
163108
Ting!
Satu bunyi notifikasi mematikan lamunannya. Zizah mencapai telefonnya dan melihat skrin. Mesej daripada Sofia.
"Kenapa you buat video itu I seorang saja yang boleh tengok? Malu ke kalau I canang video tu pada umum?"
Membaca mesej itu, Zizah terus bingkas bangun. Dia duduk bersila di atas katil, rambutnya yang sedikit kusut dibiarkan sahaja. Tanpa membalas teks, dia terus menekan butang Video Call.
Tick!
Panggilan bersambut. Wajah Sofia muncul di skrin matanya sembab, rambutnya tidak terurus, dan jelas terpancar riak kebencian yang amat mendalam terhadap Zizah.
"Hi perempuan mandul... apa khabar? Sihat ke lepas tengok video kitorang tengah 'menanam padi' atas katil semalam? Hihi, happy tak?" Suara Zizah kedengaran sangat sinis, sengaja membakar lagi hati Sofia.
"Kau perempuan tak guna! Kau ingat kau hebat sangat dapat bekas sisa aku?" jerit Sofia di hujung talian, suaranya hampir pecah.
Zizah ketawa besar, tawa yang penuh dengan penghinaan. "Sisa? Oh please, Sofia. Kalau ini yang you panggil sisa, maksudnya you yang bodoh sebab tak tahu cara nak 'guna' dia. I rasa Faid jauh lebih bertenaga dengan I berbanding dengan you yang membosankan tu. Lagipun, you yang cakap dia mandul, kan? So, macam mana video tu? Nampak macam lelaki mandul ke, atau nampak macam lelaki yang boleh buat you gila bayang sampai meroyan pagi ni?"
Wajah Sofia bertukar menjadi ungu menahan geram. "Aku akan pastikan video tu tersebar! Aku akan hancurkan reputasi kau dan Faid!"
"Cuba la kalau berani," Zizah mendekatkan wajahnya ke kamera, matanya tajam.
"Kalau video tu tersebar, satu dunia akan tahu betapa 'dahsyatnya' Faid di atas katil, dan satu dunia juga akan tahu yang you sebenarnya seorang penipu besar. Oh, and by the way, jangan lupa tengok cermin... you nampak sangat tua dan terdesak pagi ni. Bye, Sofia. I nak pergi makan dengan Papi I. Jumpa bapa you esok dalam meeting, okay? Muah!" Zizah terus mematikan panggilan tanpa sempat Sofia membalas.
Dia mencampakkan telefonnya ke atas katil dan bangun menuju ke bilik mandi dengan hati yang sangat puas. Permainan psikologi ini baru sahaja bermula.
Jeritan Sofia pagi itu begitu nyaring dan penuh keputusasaan sehingga Dato’ Kamal yang sedang menikmati kopi di ruang tamu tersentak. Dia terus berlari menaiki tangga dan merempuh masuk ke dalam bilik anak perempuannya itu.
"Sofia! Ada apa ni?" Dato' Kamal meluru ke arah Sofia yang terduduk di lantai.
Dia memegang bahu anaknya yang sedang menggigil hebat. "Kenapa menjerit macam ni? Kamu sakit ke?"
Sofia tidak menjawab dengan kata-kata yang jelas, sebaliknya dia menangis semahu-mahunya. Tubuhnya bergetar, dibayangi oleh imej-imej dalam video yang dihantar Zizah setiap desahan dan rintihan intim bekas suaminya itu seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya, menyiat-nyiat egonya.
"Papa... kenapa Faid tak mati? Isk... kenapa dia masih hidup?!" rintih Sofia dalam esakan yang sesak.
Dato' Kamal tergamam. Dia mengerutkan kening, memandang anaknya dengan riak wajah yang keliru dan sedikit takut. "Sofia, you dah gila ke apa? Apa yang kamu cakap ni? Faid... Faid memang dah mati, kan? Kamu sendiri yang cakap pada semua orang selepas kejadian di jambatan tu dia dah tak ada!"
Dato' Kamal selama ini percaya kepada drama yang dicipta Sofia. Baginya, Faid sudah hilang dari dunia ini selepas gagal dalam hidup. Dia merenung wajah anaknya lama, cuba mencari sisa kewarasan.
"Tak! Lelaki mandul tu masih hidup, Papa! Dia tak mati!" Sofia mendongak, wajahnya comot dengan maskara yang luntur.
"Dan sekarang... sekarang dia bahagia dengan perempuan lain. Perempuan yang jauh lebih cantik, lebih sexy, dan lebih berkuasa dari I, Papa! Dia nak balas dendam pada I!"
Sofia kembali menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan, bahunya terhenjut-henjut menahan tangis yang semakin menggila. "I nampak dia, Papa... I nampak apa yang dia buat dengan perempuan tu. Dia dah buktikan I ni penipu! I maluuu Papa!"
Dato' Kamal tergamam, nafasnya seolah-olah terhenti. Jika Faid masih hidup dan kini bersama wanita yang lebih berpengaruh, bermakna reputasi perniagaannya dan maruah keluarganya kini berada di hujung tanduk. Segala fitnah yang mereka canang selama ini bakal memakan diri.
"Siapa perempuan tu, Sofia? Siapa?!" tanya Dato' Kamal dengan suara yang mula bergetar.
"Zizah... anak bongsu musuh perniagaan Papa," bisik Sofia lemah.
Dato' Kamal terduduk di birai katil. Dia teringat tentang mesyuarat besar esok pagi. Jika benar Faid ada bersama Zizah, maka esok bukan sekadar mesyuarat projek, tetapi ia bakal menjadi medan pembantaian maruah bagi keluarga mereka.
"Zizah..." Dato' Kamal menggenggam penumbuknya.
"Habislah kita, Sofia. Kalau esok dia bawa Faid ke pejabat... kita nak letak muka kat mana?"
Di tingkat atas, Zizah berdiri di hadapan cermin besar sambil membelek penampilannya. Dia mengenakan sepasang blazer potongan moden yang mengikut bentuk tubuh, menyerlahkan keanggunannya yang semula jadi. Rambutnya yang dipotong separuh bahu dilepaskan begitu saja, nampak sihat dan beralun sangat berbeza jika dibandingkan dengan Sofia yang berambut kering dan tubuh yang kurus keping seperti biskut kering.
"Perfect," bisik Zizah pada pantulannya sendiri. Dia tahu, aura yang dimilikinya sekarang adalah senjata paling tajam untuk menjatuhkan lawan.
Dia berjalan turun dengan langkah yang tertib namun penuh keyakinan. Di ruang makan, Papi Tan Sri Tajudin dan Mami Sri Khatijah sudah sedia ada, masing-masing sedang menikmati hidangan tengah hari. Suasana agak sepi, hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan seramik mewah. Zizah menarik kerusi, duduk dengan tertib, dan menyedok suku nasi ke dalam piringnya.
Di luar, cuaca tiba-tiba berubah. Hujan mula turun dengan lebat, bersilih ganti dengan dentuman guruh yang sayup-sayup, seolah-olah memberi amaran tentang ribut yang bakal berlaku esok hari.
Papi Tan Sri Tajudin meletakkan sudu. Matanya tajam memandang Zizah, mencari celah untuk melepaskan sisa kemarahan yang masih terbuku di dada sejak pagi tadi.
"Siapa yang hantar kamu balik tadi?" tanya Papi Tan Sri Tajudin tanpa mukadimah. Suaranya rendah tapi tegas, cuba menandingi bunyi guruh di luar.
Zizah menyuap sedikit sayur sebelum menjawab tenang. "Kekasih Zizah lah, Papi. Kan Zi dah cakap semalam."
"Faid tu?" Tan Sri Tajudin mendengus sinis.
"Kamu tahu tak, Dato' Kamal ada hubungi Papi tadi? Dia tanya pasal kamu. Nampaknya video yang kamu hantar pada Sofia tu dah sampai ke telinga bapa dia. Kamu sedar tak kamu tengah main api, Zizah? Kamu malukan keluarga Kamal, maksudnya kamu cari pasal dengan Papi juga."
Zizah berhenti mengunyah. Dia memandang tepat ke dalam mata bapanya. "Papi, kalau Dato' Kamal tu kawan yang baik, dia takkan biarkan anak dia fitnah orang sampai nak bunuh diri. Zizah bukan main api, Zizah cuma tolong padamkan api fitnah yang mereka mulakan."
"Kamu ni memang degil!" Papi Tan Sri Tajudin mula meninggikan suara.
"Papi tak nak esok dalam meeting ada drama peribadi. Kamu dengar tak?"
Zizah tersenyum nipis, langsung tidak gentar dengan gertakan itu. "Don't worry, Papi. Esok takkan ada drama peribadi. Esok cuma akan ada 'pembersihan' maruah. Papi patut bangga anak Papi ni ada taste yang jauh lebih baik daripada Sofia. Faid bukan lelaki biasa, dan Papi akan nampak nilainya esok."
Mami Sri Khatijah hanya mampu mendiamkan diri, memandang suami dan anaknya silih berganti. Hujan di luar semakin galak mencurah, membasahi bumi seperti mana kemarahan yang sedang membara dalam hati Sofia di tempat lain.
Zizah meneruskan makan dengan tenang. Baginya, setiap guruh yang berdentum di langit itu adalah rentak muzik yang menyemarakkan lagi semangatnya untuk melihat kejatuhan keluarga Kamal esok pagi.
Telefon Zizah yang diletakkan di atas meja solek tiba-tiba bergetar.
Nama Faid Azhari terpapar di skrin.
Zizah yang sedang menyarung jam tangannya hanya menjeling sekilas sebelum mencapai telefon itu. Bibirnya mengukir senyuman kecil, seolah-olah sudah menjangka isi perbualan tersebut.
“Awal you call hari ni,” ujar Zizah tenang sebaik sahaja panggilan disambut.
Di hujung talian, Faid menarik nafas panjang. Suaranya kedengaran sedikit tegang.
“Sofia dah call I pagi tadi.”
Zizah bersandar pada kerusi, keningnya terangkat sedikit. “Oh? Meroyan lagi?”
“Bukan setakat meroyan…” Faid ketawa hambar. “Dia maki I macam orang hilang akal. Semua keluar kata I tak guna, penipu, lelaki jijik… siap sumpah seranah lagi.”
Zizah tersenyum sinis, langsung tidak terkesan. “Expected. Ego dia memang tak boleh terima hakikat.”
Faid diam seketika sebelum menyambung, nadanya berubah lebih serius. “Dia cakap semua ni sebab you hantar video tu.”
Zizah memusingkan kerusinya perlahan, memandang refleksi dirinya di cermin. Matanya tajam, penuh keyakinan.
“So?” balasnya ringkas.
Faid menghela nafas lagi. “You tak rasa ini dah terlalu jauh ke, Zizah? Itu… benda peribadi kita.”
Zizah ketawa kecil, namun kali ini nadanya lebih dingin. “Peribadi?” Dia bangun, berjalan perlahan ke arah tingkap.
“Masa dia sebarkan cerita you mandul pada semua orang, itu peribadi ke?”
Faid terdiam.
Zizah menyambung, suaranya kini lebih rendah tapi tajam menikam. “I cuma bagi dia rasa sikit je apa yang you rasa selama ni. Bezanya… I buat dengan bukti.”
Beberapa saat berlalu tanpa suara dari Faid.
Akhirnya dia bersuara, lebih perlahan. “Dia betul-betul hancur, Zizah. I boleh dengar… dia menangis masa maki I tadi.”
Zizah memejam mata seketika, kemudian membuka kembali dengan wajah yang kembali keras.
“Baguslah,” katanya tanpa simpati.
“Baru dia belajar… jangan main dengan hidup orang.”
Faid mengeluh kecil. “You ni… memang tak ada belas langsung.”
Zizah tersenyum nipis.
“Belas?” Dia memandang ke luar tingkap, hujan masih turun lebat.
“Belas tu dah lama mati masa dia cuba kuburkan you hidup-hidup, Faid.”
Kata-kata itu membuatkan Faid terdiam sekali lagi. Namun kali ini, diamnya bukan kerana ragu… tetapi kerana mula memahami.
“Okay…” akhirnya dia bersuara perlahan.
“Kalau itu yang you nak… I ikut.”
Zizah memalingkan wajahnya semula ke cermin, membetulkan blazer yang dipakainya.
“Good,” balasnya yakin.
“Esok… kita habiskan semuanya.”
Di hujung talian, Faid hanya mampu menghela nafas panjang. Permainan ini… sudah tidak boleh dihentikan lagi.
Share this novel