Completed
163108
Keesokannya.
Di tengah-tengah kehangatan suasana di ruang mewah itu, telefon bimbit Faid yang diletakkan di atas meja kopi tiba-tiba menjerit nyaring. Skrinnya bernyala, memaparkan nama yang sangat dikenali Sofia.
Zizah menghentikan pergerakannya. Dia melepaskan pautan pada kolar baju Faid dan mencapai telefon itu dengan hujung jarinya yang runcing. Dia tidak menjawab, sebaliknya menekan butang pembesar suara dan membiarkan pesanan suara yang masuk bergema di ruang sunyi itu.
"Faid! You ingat dengan hantar SPRM ke rumah papa, I akan takut?" Suara Sofia kedengaran nyaring dan penuh histeria di hujung talian.
"You dengar sini, Faid Azhari! You rasa Zizah tu akan kekal dengan you? You tu lelaki tak guna! Lelaki mandul!" Sofia ketawa mengejek, tawa yang kedengaran sumbang dan penuh dendam.
"I hancurkan rumah tangga kita dulu sebab I tak nak zuriat, disebabkan lelaki cacat macam you takkan mampu bagi!”
“Sampai mati pun, you akan tetap jadi 'pokok yang tak berbuah'. Zizah cuma pergunakan you, dan bila dia sedar you tu kosong di dalam, dia akan campak you macam sampah!"
Wajah Faid berubah pucat. Kata-kata itu adalah parut lama yang sengaja dihiris kembali oleh Sofia. "Mandul" gelaran yang digunakan Sofia selama bertahun-tahun untuk menghancurkan harga diri Faid sebagai seorang lelaki.
Zizah memandang Faid yang mula menundukkan wajah, kemudian dia merampas telefon itu dan mendekatkannya ke bibir.
"Sofia sayang..." suara Zizah kedengaran sangat tenang, hampir seperti bisikan malaikat maut.
"You sibuk risaukan tentang 'benih' Faid, sedangkan rahim you sendiri sekarang mungkin akan mereput di dalam penjara. Kalau I jadi you, I akan risaukan macam mana nak survive dalam sel sempit tanpa alat solek mahal you tu."
"Kau perempuan jalang! Kau tak tahu apa-apa pasal Faid!" jerit Sofia lagi.
"I tahu lebih daripada apa yang you tahu," balas Zizah sambil matanya merenung tepat ke dalam anak mata Faid, memberi kekuatan.
"Faid bukan tak mampu, dia cuma tak sudi nak bazirkan anugerah Tuhan pada wanita sehina you. Simpan tenaga you untuk naik mahkamah esok, Sofia. Good luck." Zizah terus mematikan panggilan dan mencampak telefon itu ke tepi.
Dia kembali memfokuskan perhatiannya kepada Faid yang masih terkesan dengan kata-kata bekas isterinya.
"You percaya cakap dia?" tanya Zizah lembut, tangannya mengusap rahang Faid yang tegang.
"I... I selalu rasa rendah diri sebab tu, Zizah. Dia canangkan pada semua orang yang I puncanya kami tak ada anak," rintih Faid perlahan.
Zizah tersenyum sinis, namun kali ini penuh dengan sokongan. "Dia gunakan kelemahan tu untuk kawal you, Faid.”
“Itu cara dia membuli mental you supaya you rasa you perlukan dia. Tapi tengok I sekarang... adakah I nampak macam perempuan yang kisah tentang kata-kata sampah seorang banduan?"
Zizah merapatkan tubuhnya semula, memberikan sentuhan yang lebih berani untuk membuktikan bahawa bagi dia, Faid adalah lelaki yang sempurna.
"Biarkan dia menjerit sampai hilang suara di luar sana. Dekat sini, dalam bilik ni... biar I yang pegang kunci kepada siapa you sebenarnya”
“Dan I tak nampak seorang lelaki mandul... I cuma nampak lelaki milik I yang bakal melihat kejatuhan empayar mereka sepenuhnya."
Faid menarik nafas dalam, membuang segala sisa kata-kata Sofia dari fikirannya. Kehadiran Zizah yang dominan dan penuh pelindung itu membuatkan dia merasa lebih "hidup" daripada sepanjang tahun dia bersama Sofia. Dia membalas pelukan Zizah, kali ini dengan tekad untuk tidak lagi membiarkan bayang-bayang Sofia menghancurkan sisa maruahnya.
Suasana di ruang tamu itu semakin membara, kontras dengan kedinginan penghawa dingin yang menusuk. Di skrin televisyen bersaiz tujuh puluh inci itu, kekecohan berlaku—Dato’ Kamal dikerumuni wartawan yang menghulurkan mikrofon, wajahnya yang dahulunya angkuh kini layu dan dibasahi peluh saat diasak dengan soalan tentang penyelewengan tujuh juta ringgit.
Namun, di hadapan skrin itu, dunianya terasa sangat berbeza.
Zizah dan Faid tenggelam dalam ciuman yang ganas dan menuntut. Tiada lagi ruang udara antara mereka. Faid seolah-olah mahu memadamkan segala hinaan Sofia tentang "kemandulannya" melalui setiap sentuhan, manakala Zizah membalas dengan dominasi yang membuktikan bahawa lelaki di pelukannya ini adalah miliknya mutlak.
Kedudukan mereka di atas sofa kulit itu semakin tidak keruan. Zizah menekan tubuhnya rapat, membiarkan setiap lekuk tubuhnya berbicara, manakala tangan Faid mencengkeram erat pinggang wanita itu, menariknya sehingga tiada lagi ruang untuk mereka bergerak atau berpaling. Mereka terkunci dalam satu pautan yang sarat dengan nafsu dan pembalasan dendam.
Di latar belakang, suara sayup-sayup pemberita di televisyen melaporkan: "Dato' Kamal enggan memberikan ulasan lanjut mengenai penglibatan anak perempuannya, Sofia, dalam kes pecah amanah ini..."
Zizah melepaskan ciuman itu hanya untuk sesaat, membiarkan deru nafas mereka bersatu. Dia menjeling sekilas ke arah skrin TV—melihat musuhnya tewas di hadapan seluruh negara memberikan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dia kembali memandang Faid, matanya berkilat penuh kemenangan.
"Tengok tu, Faid..." bisik Zizah di celah nafasnya yang tercungap, bibirnya masih merah menyala akibat ciuman tadi.
Faid tidak lagi peduli pada berita itu. Dia tidak peduli pada Dato’ Kamal yang sedang disoal siasat atau Sofia yang sedang meroyan. Apa yang dia tahu, wanita di atas ribanya ini telah memberikan dia "nyawa" semula. Dia meragut kembali bibir Zizah, lebih rakus daripada sebelumnya, mengheret mereka berdua jauh ke dalam lembah keghairahan yang berbahaya, di mana hanya ada kuasa, pembalasan, dan cinta yang gelap.
Di atas sofa mewah itu, mereka membiarkan segala kekalutan di luar sana menjadi muzik latar kepada penyatuan mereka yang penuh api. Setiap tamparan, setiap cengkeraman, dan setiap desahan menjadi bukti bahawa keangkuhan Dato' Kamal dan Sofia telah berakhir, dan kini, Zizah adalah ratu yang memegang segala kendali.
Di luar pejabat peribadi Zizah yang tersergam indah, suasana di ruang kerja terbuka terasa sunyi yang dibuat-buat. Beberapa orang staf yang berpura-pura sibuk dengan fail dan komputer sebenarnya sedang memasang telinga. Mata mereka sesekali menjeling ke arah pintu kayu jati yang masih tertutup rapat sejak sejam yang lalu.
Mereka tahu siapa yang berada di dalam—Faid Azhari, lelaki yang menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini.
“Lama betul pintu tu tak terbuka,” bisik seorang staf wanita kepada rakannya sambil berpura-pura membetulkan cermin matanya.
“You tak tahu ke? Boss kita tu kalau dah dapat apa yang dia nak, mana dia lepas macam tu je,” balas rakannya dengan nada yang sangat perlahan, hampir seperti angin.
“Lelaki tu nampak macam lemah, tapi Zizah tu… dia lain macam kalau dengan Faid. I berani kerat jarilah, dekat dalam tu sekarang mesti tengah ‘panas’. Entah-entah sehelai benang pun dah tak ada kat badan.”
Mereka saling berpandangan dengan senyuman penuh makna. Imej Zizah sebagai wanita korporat yang tegas, dingin, dan berkuasa seolah-olah luntur di sebalik pintu itu. Mereka membayangkan betapa agresifnya Zizah apabila dia berubah menjadi sang penggoda demi menundukkan Faid sepenuhnya memastikan lelaki itu tidak lagi memikirkan tentang Sofia atau masa lalu yang menghinanya.
“I dengar Sofia panggil Faid tu mandul. Tapi kalau tengok gaya Zizah kunci dia dalam bilik lama macam ni, I rasa Sofia tu yang buta,” celup seorang lagi staf lelaki yang kebetulan lalu di situ.
Di dalam bilik yang kedap bunyi itu, Zizah memang sedang melakukan apa yang mereka bayangkan. Di hadapan skrin televisyen yang masih memaparkan wajah Dato’ Kamal yang dimalukan, Zizah sudah pun membuang segala protokol dan pakaian yang menghalang kebebasannya. Dia membiarkan kulitnya yang halus bersentuhan langsung dengan Faid, membuktikan melalui tindakan—bukan sekadar kata-kata—bahawa dia tidak peduli dengan apa jua gelaran yang diberikan oleh Sofia.
Faid yang berada di bawah penguasaannya hanya mampu menyerah kalah. Di dalam bilik itu, masa seolah-olah terhenti. Tiada jawatan, tiada status, dan tiada lagi penghinaan tentang mandul—yang ada hanyalah Zizah yang sedang membuktikan dominasinya, dan Faid yang akhirnya merasa menjadi seorang lelaki sejati di tangan wanita yang paling berbahaya itu.
Sementara itu di luar, para staf masih setia menanti, tertanya-tanya bila agaknya "drama" di dalam bilik itu akan berakhir, atau adakah pintu itu akan kekal berkunci sehingga hari berganti malam.
Share this novel