Completed
163108
Tengah hari itu, pejabat yang sepatutnya menjadi tempat Zizah melepaskan amarah melalui kerja, dibiarkan kosong tanpa kelibatnya. Zizah tidak mahu menjadi "wanita besi" hari ini. Dia mahu menjadi wanita yang bebas, wanita yang tidak terikat dengan kesetiaan yang dikhianati.
Zizah kini berada di sebuah kelab peribadi yang sangat eksklusif, jauh dari pandangan orang kenamaan atau media. Di depannya, di atas pentas kecil yang diterangi lampu neon merah dan ungu, seorang lelaki muda bertubuh sasa hndsome boy sedang menari mengelilingi tiang dengan gerakan yang sangat menggoda dan lincah. Otot-otot lelaki itu berkilat terkena cahaya, mempamerkan kekuatan yang selama ini Zizah fikir hanya ada pada Faid.
Zizah menyandarkan badannya di sofa baldu, memegang gelas minuman yang berisi cecair keemasan. Matanya sayu namun penuh dengan api pemberontakan. Dia langsung tidak peduli jika telefonnya meletup dengan panggilan daripada Papi atau pesanan rayuan daripada Faid.
"Sedap mata memandang..." bisik Zizah sambil menghirup minumannya, matanya tidak lepas memandang tarian lelaki di depannya.
Tiba-tiba, salah seorang bodyguard Zizah masuk ke ruang peribadi itu dengan wajah cemas.
"Sri Zizah... Encik Faid ada di luar. Dia mengamuk nak masuk," lapor bodyguard itu.
Zizah hanya tersenyum sinis tanpa memandang wajah pekerjanya. Dia melambai tangan ke arah penari tiang itu supaya mendekatinya.
"Biarkan dia mengamuk. Kalau dia pecahkan pintu, suruh dia bayar. I tengah 'sibuk' sekarang ni," balas Zizah tenang sambil mencapai tangan lelaki penari itu dan menariknya duduk di sebelahnya.
Zizah menarik penari muda itu duduk rapat di sisinya. Tangannya dengan berani merayap ke dada bidang lelaki itu, sengaja mahu menunjukkan bahawa dia punya kuasa untuk memiliki sesiapa sahaja yang dia mahu. Muzik techno yang bingit seolah-olah menjadi dinding yang memisahkan dia dengan realiti yang menyakitkan.
BAM!!
Pintu kayu jati ruang peribadi itu terbuka luas. Kekuatan rempuhan itu membuatkan beberapa gelas di atas meja bergegar. Faid Azhari berdiri di ambang pintu dengan nafas yang tercungap-cungap. Rambutnya kusut, kemejanya tidak lagi kemas seperti pagi tadi. Matanya yang merah menyala terus terpaku pada tangan Zizah yang masih berada di dada penari itu.
Zizah langsung tidak terkejut. Dia malah menyandarkan kepalanya di bahu lelaki penari itu sambil menghirup baki minumannya.
"Wow, hebat juga you ni kan Biyy? Boleh cari I sampai ke sini," sapa Zizah dengan nada suara yang sangat mendatar, hampir malas.
"Keluar. Semua keluar!" pekik Faid ke arah penari itu dan pengawal peribadi Zizah. Auranya sangat berbahaya, seperti harimau yang sedang mempertahankan wilayahnya.
Lelaki penari itu memandang Zizah, meminta kepastian. Zizah hanya mengangguk kecil. "You pergi dulu, baby. Nanti I panggil balik."
Apabila bilik itu hanya tinggal mereka berdua, Faid meluru ke arah Zizah dan merampas gelas dari tangannya, menghempasnya ke lantai sehingga berkecai.
"Apa you buat ni Zizah?! You sanggup datang tempat macam ni, dengan jantan macam tu semata-mata nak sakitkan hati I?!" Suara Faid bergetar hebat antara amarah dan rasa hancur.
Zizah bangun dengan tenang. Dia berdiri sangat dekat dengan Faid, membiarkan bau wangian mahalnya bertembung dengan bau peluh dan keresahan Faid.
"Sakitkan hati you?" Zizah ketawa sinis.
"I tak buat ni untuk you, Faid. I buat ni untuk I. I bagi you kebebasan sebab I hormat pilihan you."
"I pergi sana sebab dokumen tu, Zizah! I tak buat apa-apa pun dengan dia!" Faid menjerit membela diri.
"I tak peduli you buat apa-apa ke tak!" Zizah memintas dengan suara yang lebih lantang.
Faid tergamam. Dia cuba memegang bahu Zizah, namun Zizah menepisnya kasar.
"Jangan sentuh I dengan tangan yang you guna untuk peluk Sofia semalam. I rasa jijik," bisik Zizah tepat ke muka Faid.
Faid terduduk di sofa, meraup wajahnya. "Sofia menangis, Zizah... dia hampir gila semalam. Dia tak ada sesiapa. Papa dia dah lari, rumah dia disita. I cuma kesian..."
"Kesian?" Zizah memandang ke arah siling, menahan air mata yang hampir jatuh.
"Kesian you pada dia telah membunuh cinta I pada you, Faid. Sekarang, you pergilah balik pada dia. Jaga dia, kesiankan dia sampai mati.”
“I dah tak perlukan you dalam hidup I, dan I dah tak perlukan you dalam syarikat Papi I." Zizah berpaling untuk keluar, namun Faid dengan pantas menarik pinggang Zizah dan memeluknya dari belakang dengan sangat erat, menyembunyikan wajahnya di ceruk leher Zizah.
"I takkan pergi, Zizah. You nak bunuh I pun I takkan pergi. I tahu I salah, I bodoh... tapi jangan buat I macam ni. I tak sentuh dia, demi Allah I tak sentuh dia..." Faid merayu dengan suara yang mula pecah dengan tangisan.
Zizah kaku. Dia dapat merasakan air mata Faid jatuh ke bahunya. Hatinya yang beku mula retak, namun dia tidak mahu kalah semudah itu.
"Lepaskan I, Faid. Pergi balik pada 'mangsa' you tu," ujar Zizah, walaupun suaranya sudah mula bergetar.
Zizah menolak tangan Faid dengan perlahan namun penuh ketegasan. Dia berpaling dan merenung wajah lelaki yang kini nampak begitu rapuh di matanya. Dalam diam, mindanya berputar kembali ke kejadian di pejabat tempoh hari. Patutlah saat dia mahu melayangkan tangan ke wajah Dato’ Kamal, Faid begitu pantas menariknya menjauh dengan kata-kata yang nampak seperti memujuk, tetapi sebenarnya mungkin satu bentuk perlindungan untuk bekas mertuanya itu.
Faid tetap Faid. Lelaki yang penuh dengan rasa simpati yang kadangkala memakan dirinya sendiri.
Zizah mengukir senyuman kecil, sebuah senyuman yang penuh dengan kepahitan, melihat Faid yang kini sudah melutut di hadapannya di tengah ruang kelab yang suram itu.
"I salah sayang... I minta maaf," rintih Faid, suaranya tenggelam dalam dentuman muzik dari luar bilik.
"You tak salah, Faid," balas Zizah tenang. Dia merendahkan sedikit badannya untuk menatap mata Faid yang merah.
"Cuma I yang terlebih emosi. I baru sedar yang I ni sebenarnya tak ada tempat pun dalam 'kehidupan sebenar' you yang sekarang. You masih terikat dengan masa lalu you, dan I... I cuma watak sampingan yang cuba jadi penyelamat."
"Sayang... I tak buat apa-apa pun dengan dia semalam. Percayalah I," Faid terus merayu, malah tangannya mula menyentuh kaki Zizah, menggenggam hujung kain wanita itu seolah-olah tidak mahu dilepaskan.
Zizah melihat tangan itu, kemudian memandang wajah Faid buat kali terakhir. "Ya, I tahu you tak sentuh dia. Tapi hati you... hati you yang 'sentuh' kesedihan dia semalam. Itu lebih sakit bagi I, Faid."
Zizah menarik kakinya perlahan-lahan dari pegangan Faid. Dia berdiri tegak semula, membetulkan sut merah hatinya yang sedikit kedut. Aura 'wanita besi' kembali menyelubungi dirinya.
"Bangunlah, Faid. Pergi balik. I ada hal lain nak buat. Bye," ujar Zizah pendek. Dia berpaling dan terus melangkah keluar dari bilik peribadi itu tanpa menoleh lagi.
Setiap bunyi tapak kasutnya yang terkena lantai simen kelab itu seolah-olah menandakan satu persatu kenangan mereka yang hancur. Dia tidak peduli lagi jika Faid masih melutut di situ atau mengejarnya.
Zizah keluar ke ruang utama kelab, memberi isyarat kepada penari tiang tadi untuk kembali mengikutinya ke satu sudut yang lebih gelap. Dia mahu membuktikan pada dirinya sendiri bahawa dia tidak memerlukan cinta yang penuh dengan simpati untuk orang lain.
Share this novel