Bab 31

Drama Completed 163108

Di kafe hospital yang agak sesak dengan kakitangan perubatan, Diana hanya menguis-nguis nasi ayam di depannya. Seleranya hilang entah ke mana. Dr. Lokman yang perasan akan perubahan wajah isterinya itu meletakkan sudu dan garpu, memberikan perhatian sepenuhnya.
"Sayang, dari tadi abang tengok awak mengeluh. Ada masalah dengan patient ke, atau masih fikirkan hal malam tadi?" tanya Dr. Lokman lembut.
Diana mengangkat wajah, matanya kelihatan letih. "Abang... Diana tak senang duduklah. Sejak Zizah bawa Faid balik rumah, Diana rasa semacam. Rasa tak sedap hati ni makin kuat."
Dr. Lokman mengerutkan kening. "Bukan ke awak sendiri cakap Faid tu nampak baik? Tulus? Malah Shahrul pun boleh masuk kepala dengan dia."
"Memang... Faid nampak sempurna. Terlalu sempurna sampai Diana takut," Diana merendahkan suaranya, condong sedikit ke arah suaminya.

"Abang ingat tak apa jadi pada Zizah dulu? Masa dia hampir bunuh diri sebab jantan tak guna tu? Sejak tragedi tu, Zizah 'mati' abang.”

“Dia tak pernah bagi peluang pada mana-mana lelaki. Tapi sekarang, tiba-tiba dia bawa Faid, perkenalkan pada Mami, Papi... malah dia macam dah 'serah' segala-galanya pada Faid." Diana menarik nafas panjang, cuba menahan emosi.

"Abang tahu tak apa maksudnya bila Zizah bertindak macam tu? Dia bukan sekadar bercinta. Dia tengah letakkan seluruh nyawa dia pada Faid.”

“Kalau Faid buat silap, atau kalau ada benda buruk jadi... Diana takut Zizah akan buat benda yang lebih dahsyat dari dulu. Abang tengoklah cara dia pandang Papi semalam. Ada sesuatu yang 'gelap' dalam diri Zizah yang kita tak tahu."
Dr. Lokman terdiam sejenak, cuba menghadam kerisauan isterinya. Sebagai doktor, mereka tahu kesan trauma yang mendalam boleh mengubah personaliti seseorang secara total.
"Diana rasa Zizah dah melampaui batas ke? Maksud abang... hubungan intim tu?" Dr. Lokman bertanya terus terang.
Diana mengangguk perlahan. "Diana yakin, bang. Cara dia jalan, cara dia duduk, aura dia sebagai wanita... semuanya dah berubah.”

“Dia bukan lagi Zizah yang kita kenal. Dia macam dah terikat mati dengan Faid. Diana risau kalau Faid tu sebenarnya ada agenda lain, atau kalau Zizah sebenarnya tengah manipulasi Faid untuk kepentingan dia sendiri.”

“Keluarga kita ni nampak je harmoni, tapi abang tengoklah Papi semalam.. macam takut dengan anak sendiri."
"Sayang, abang faham awak risau sebagai kakak. Tapi buat masa ni, kita tak boleh buat apa-apa tanpa bukti atau tanpa Zizah sendiri yang buka mulut. Kalau kita desak, dia akan makin menjauh," pesan Dr. Lokman sambil memegang tangan isterinya untuk menenangkan.
"Diana cuma takut, bang... Diana takut kebahagiaan yang dia tunjuk sekarang ni cuma 'bom jangka'.”

“Sekali dia meledak, semua orang dalam keluarga kita akan terkena serpihannya," bisik Diana sayu, matanya memandang kosong ke arah orang ramai di kafe itu, hatinya tetap tidak tenang memikirkan adik bongsunya yang kini seolah-olah sedang bermain dengan api yang sangat marak.

Setiap hujung minggu sebelum Diana memandu pulang ke Johor Bahru, dia pasti akan singgah sebentar di rumah Mami. Niatnya satu: dia mahu bertembung dengan Zizah. Dia mahu melihat dengan mata kepala sendiri apa yang adiknya lakukan dan sejauh mana hubungan Zizah dengan Faid telah melangkah. Namun, setiap kali dia sampai, bayang Zizah langsung tidak kelihatan. Bilik adiknya sentiasa kemas seolah-olah tidak berpenghuni.
"Mami, Zizah mana? Takkan hari Sabtu pun kerja lagi?" tanya Diana sambil membantu Sri Khatijah memotong sayur di dapur.
Mami hanya tersenyum tenang, langsung tidak nampak bimbang. "Zizah tu banyak kerja kat pejabat, Diana. Kamu tahu sajalah, sejak dia pegang projek besar dengan Faid tu, memang dia sibuk. Mami faham, dia tengah nak naik."
Diana mengerutkan kening. "Banyak kerja ke, atau banyak menghabiskan masa dengan Faid? Mami, takkan Mami tak perasan perubahan dia? Zizah tu dah jarang sangat lepak dengan kita macam dulu."
Sri Khatijah terus meletakkan pisau dan memandang Diana, namun riak wajahnya berubah seolah-olah ingin mengelak. "Hish, kamu ni... biarlah dia. Dia dah besar, tahu jaga diri. Eh, kamu dah dengar belum pasal anak Datin Rosnah? Dengar cerita dia dah bercerai, kecoh satu kejiranan kita ni. Kesian Mami tengok Datin tu, menanggung malu..."
Diana mengeluh dalam hati. Itulah taktik Mami setiap kali dia cuba menyentuh hal Zizah. Mami akan sentiasa memihak dan membela anak bongsunya itu, seolah-olah Zizah tidak boleh buat salah sedikit pun. Sebaik sahaja Diana cuba bertanya lebih lanjut, Mami akan segera menukar topik kepada gosip jiran atau hal-hal lain yang langsung tiada kaitan.
Diana tahu, Mami mungkin sengaja membutakan mata kerana terlalu sayangkan Zizah, atau mungkin Mami sendiri sudah terpedaya dengan lakonan Zizah yang nampak sempurna di depan keluarga.
"Mami jangan manjakan sangat Zizah tu. Diana takut dia tersalah langkah lagi," pesan Diana, cuba memberikan amaran terakhir.
"Dah lah Diana, jangan fikir bukan-bukan. Zizah tu dah cukup menderita dulu. Sekarang dia dah jumpa kebahagiaan, kita patut syukur," balas Mami ringkas sebelum kembali bercerita tentang hantaran perkahwinan anak jiran sebelah.
Diana hanya mampu mendiamkan diri. Dia merasa ada tembok besar yang dibina oleh Zizah, dan Mami pula seolah-olah menjadi pengawal tembok itu. Setiap kali dia pulang ke Johor Bahru dengan hati yang berat, persoalan yang sama tetap bermain di mindanya: Di mana Zizah sebenarnya setiap malam? Dan adakah Faid benar-benar pelindung, atau Faid adalah punca Zizah semakin menjauh dari keluarga mereka?
Diana sedar, dia tidak akan mendapat jawapan daripada Mami. Dia perlu mencari jalan lain untuk "menangkap" rahsia adiknya itu sebelum terlambat.

Malam itu dah pun jam 8 malam. Jantung Diana berdegup kencang, hampir terasa mahu melompat keluar dari dadanya. Dia berdiri kaku di sebalik tirai yang tebal, menahan nafas supaya kehadirannya tidak dikesan. Cahaya malap dari lampu jalan di luar menampakkan segalanya dengan jelas—pemandangan yang selama ini hanya menjadi syak wasangka, kini terbentang di depan matanya.
Dia melihat adiknya, Zizah, yang selama ini nampak begitu elegan dan berdisiplin di depan Mami, kini sedang hanyut dalam pelukan Faid. Ciuman mereka nampak begitu dalam dan penuh nafsu, jauh melangkaui batas seorang pasangan yang belum berkahwin.
Plak!
Bunyi tamparan kuat itu memecah kesunyian malam. Diana tersentak hebat sehingga hampir terlepas tirai di tangannya. Dia melihat Faid menampar pinggul Zizah dengan begitu bersahaja, satu tindakan yang menunjukkan betapa intim dan "biasanya" perlakuan itu dalam hubungan mereka.
"Biyy, punggung sayang sakitlah!" rengek Zizah. Suaranya yang manja itu kedengaran begitu asing di telinga Diana. Zizah mencubit perut Faid, membuatkan lelaki itu mengaduh kecil.
"Aduh! Anak ketam ni," Faid ketawa, satu tawa yang penuh dengan kemesraan. Dia menarik tangan Zizah dan menciumnya lama, matanya memandang Zizah dengan penuh damba.
Diana memejamkan mata rapat. Hatinya luluh. Tekaannya selama ini tepat. Zizah bukan sahaja sudah tidak perawan, malah dia sudah terlalu jauh dalam dunianya sendiri bersama Faid. Cara mereka berinteraksi—sentuhan, tamparan, dan rengekan itu—adalah bahasa tubuh pasangan yang sudah biasa berkongsi katil.
"Awwww... so sweet. You drive hati-hati okay, sampai rumah call me," pesan Zizah sambil memeluk erat tubuh Faid buat kali terakhir.
"Ya sayang, bye love you."
"Bye biyy, take care. Love you more!" Selepas kereta Faid meluncur pergi, Zizah berdiri seketika sambil membetulkan rambut dan bajunya yang sedikit kusut. Dia menarik nafas panjang, cuba kembali ke watak "anak bongsu Mami yang baik" sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Diana segera berlari anak menuju ke sofa dan berpura-pura asyik menonton televisyen, walaupun matanya langsung tidak fokus pada skrin. Apabila pintu rumah dibuka dan Zizah melangkah masuk, Diana cuba mengawal riak wajahnya.
"Eh, Kak Diana? Tak balik JB lagi?" tanya Zizah, suaranya kembali normal, tenang dan tidak bersalah.
Diana memandang adiknya. Dia melihat bibir Zizah yang sedikit bengkak dan merah, serta aura "puas" yang terpancar dari wajah itu. Diana menggenggam erat bantal di ribanya. Dia mahu menjerit, dia mahu memarahi Zizah, tetapi dia tahu Zizah yang sekarang mempunyai "taring" yang boleh memakan dirinya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience