Completed
163108
Suasana di dalam ruang VVIP kelab malam itu begitu eksklusif dan tenang, hanya diiringi alunan saksofon yang mendayu-dayu, sangat kontras dengan kekacauan yang baru sahaja berlaku di rumah Faid. Zizah menyandarkan kepalanya pada sofa baldu merah yang empuk, memutar gelas minumannya perlahan sambil memerhatikan pintu kaca yang tertutup rapat.
Pintu terbuka.
Faid melangkah masuk dengan langkah yang longlai dan wajah yang sarat dengan penyesalan. Kemejanya tidak kemas, rambutnya kusut, dan matanya merah menanggung beban perasaan yang amat berat. Sebaik sahaja melihat Zizah yang sedang menantinya dengan tenang, seluruh tembok ego Faid runtuh berkecai.
Faid tidak menunggu lama. Dia terus meluru ke arah Zizah dan melutut di hadapan wanita itu. Dia meletakkan kedua-dua tangannya di atas peha Zizah, mendongak memandang wajah ratunya dengan pandangan yang hancur.
"Zizah... maafkan I, sayang. Maafkan I..." suara Faid bergetar hebat, hampir pecah menjadi tangisan.
Zizah tidak menyahut, dia hanya memandang Faid dengan pandangan redup yang sukar ditafsirkan. "Lama I tunggu, biyy. I ingat you dah hanyut dalam 'syurga' yang you bina dengan bidadari you tu."
"Tak, Zizah. I bodoh. I memang bodoh," Faid menggelengkan kepalanya berkali-kali.
"Seminggu you abaikan I, I rasa macam nak gila. I cuba nak buktikan yang I boleh hidup tanpa you, tapi I silap. Tanpa you, I bukan sesiapa.”
“I bawa Sofia masuk rumah, I biar dia hancurkan ketenangan mak I... I ni anak yang tak guna, Zizah." Faid mencengkam lembut kain dress hitam Zizah.
"Dan yang paling gila... dia kata dia mengandung. Macam mana dia boleh mengandung sedangkan selama ni I tak pernah sentuh dia lebih dari genggaman tangan? Dia memang nak perangkap I, Zizah. Dia nak musnahkan I."
Zizah tersenyum sinis, jarinya mula bermain di rahang Faid yang kasar. "I dah agak dah, biyy. Tikus macam tu memang akan gunakan taktik kotor bila dia dah terdesak. You je yang terlalu lurus untuk nampak semua tu."
"I rela, Zizah... I rela you awasi I 24 jam. I rela you beri amaran atau hukum I, asalkan you jangan tinggalkan I lagi.”
“I tak boleh jadi 'King' kalau Queen I tak ada nak arahkan I. Tolonglah... ambil I balik. I serahkan segalanya pada you," rayu Faid, suaranya penuh dengan penyerahan total.
Zizah menarik kolar baju Faid supaya wajah mereka rapat, membiarkan deru nafas mereka bersatu. "You nampak lebih 'jantan' bila you mengaku kalah macam ni, biyy. I tak lari, I cuma nak you sedar yang I ni bukan pilihan... I ni adalah satu-satunya jalan hidup you. You faham?"
"I faham, Zizah. I faham..." Faid memejamkan mata apabila Zizah mencium dahinya dengan penuh dominasi.
"Bagus. Sekarang, I nak you lupakan sampah tu. Malam ni, di bilik atas... I nak you tebus balik setiap saat yang you buat I rasa ragu pada you. Boleh, biyy?" bisik Zizah dengan nada manja yang menggetarkan jiwa Faid.
Faid tidak menjawab dengan kata-kata. Dia terus mencempung tubuh Zizah dari sofa itu, membawa ratunya menuju ke arah lif peribadi. Di dalam suite mewah di tingkat atas, suasana menjadi saksi penyerahan jiwa Faid seutuhnya.
Faid membiarkan Zizah menentukan rentak. Dia membiarkan dirinya "tewas" dalam kemanjaan Zizah yang membara, membiarkan setiap sentuhan wanita itu menjadi peringatan tentang siapa pemilik mutlak hatinya.
"Siapa 'Tuan' you, Faid?" tanya Zizah di tengah-tengah kehangatan itu.
"You... hanya you, Zizah," rintih Faid, mencengkeram cadar katil itu sekuat hati.
Malam itu, di bawah cahaya lampu samar, Faid benar-benar tersungkur. Bukan kerana paksaan, tetapi kerana dia sedar bahawa "racun" Zizah adalah satu-satunya penawar yang dia perlukan untuk terus hidup.
Cahaya pagi yang samar-samar mula menyelinap masuk melalui celahan langsir sutera suite mewah itu, menyapu lembut wajah Faid yang baru sahaja membuka mata. Dia tidak bergerak, bimbang jika sedikit anjakan akan mengganggu ketenangan insan yang sedang berada dalam pelukannya.
Faid menunduk sedikit, memerhatikan Zizah yang masih terlena dengan sangat nyenyak di sisinya. Kedudukan Zizah pagi ini sama persis seperti beberapa bulan dahulu—kepalanya berbantalkan lengan sasa Faid, manakala sebelah tangannya melingkar erat di pinggang lelaki itu, seolah-olah tidak mahu melepaskannya walaupun dalam mimpi.
Faid menarik nafas dalam, menghirup bau haruman rambut Zizah yang sangat dia rindukan. Wajah dan tubuh yang selama seminggu ini hanya mampu dibayangkannya dengan rasa sakit dan cemburu, kini benar-benar berada dalam dakapannya. Kehangatan kulit Zizah yang bersentuhan dengan kulitnya memberikan satu rasa damai yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
"I rindu you sangat-sangat, sayang..." bisik Faid dengan suara yang sangat halus, hampir tidak kedengaran.
Dia memerhatikan wajah Zizah yang kelihatan begitu tenang tanpa topeng kedinginan atau senyuman sinis pejabat. Dalam tidur, Zizah nampak sangat rapuh, membuatkan naluri pelindung Faid bangkit semula dengan lebih kuat. Namun kali ini, dia tahu dia tidak akan lagi melindungi orang yang salah.
Faid menyentuh lembut pipi Zizah dengan hujung jarinya, menelusuri setiap inci wajah yang pernah dia lukai dengan egonya. Dia teringat kembali kebodohannya membawa Sofia ke rumah—satu tindakan yang hampir meragut segalanya. Melihat Zizah yang kini memeluknya seerat ini, Faid merasa sangat kerdil. Zizah bukan sahaja memiliki hartanya, tetapi Zizah memiliki setiap inci jiwanya.
Tiba-tiba, Zizah bergerak sedikit, mengeratkan lagi pelukan pada tubuh Faid dan menyembunyikan wajahnya di ceruk leher lelaki itu. Dia mengeluarkan bunyi gumaman kecil yang manja, tanda dia mula sedar dari lenanya.
Faid tersenyum nipis, satu senyuman ikhlas yang sudah lama tidak terukir di bibirnya. Dia mencium ubun-ubun Zizah lama, membiarkan masa seakan terhenti di situ.
"Morning, Queen I," bisik Faid apabila dia merasakan bulu mata lentik Zizah mula menguis kulit lehernya.
Zizah membuka matanya perlahan, memandang tepat ke dalam anak mata Faid dengan pandangan yang masih mamai namun penuh dengan kasih sayang yang mendalam. Dia tidak berkata apa-apa, hanya tersenyum manis sebelum menarik wajah Faid untuk satu ciuman pagi yang menandakan bahawa hari ini, mereka akan bermula semula sebagai satu entiti yang tidak boleh dipisahkan lagi.
Faid sedar, walaupun dunia di luar sana mungkin masih kacau dengan isu Sofia atau masalah pejabat, namun di dalam pelukan Zizah, dia sudah menemui dunianya yang sebenar. Dia tidak akan lagi melepaskan genggaman ini, biarpun nyawanya menjadi taruhan.
Zizah masih melentokkan kepalanya di dada Faid, menikmati sisa kedinginan pagi sementara tangan Faid tidak berhenti mengusap bahunya. Suasana begitu damai, jauh dari hiruk-pikuk drama yang berlaku sepanjang seminggu ini.
"Sayang..." panggil Faid perlahan.
"Hmm?" Zizah menyahut malas, matanya masih terpejam rapat, menikmati kehangatan pelukan Faid.
Faid menggerakkan tangannya, menyelak sedikit rambut panjang Zizah yang menutupi bahagian bawah leher dan bahunya. Dia terhenti seketika di situ. Walaupun kesan lebam kemerahan akibat gigitan rakusnya tempoh hari sudah hilang sepenuhnya—diganti dengan kulit putih mulus yang bersih—namun memori saat dia melakukan kekasaran itu masih segar di ingatan Faid.
Dia meraba lembut bahagian kulit itu dengan ibu jarinya. Rasa bersalah yang amat dalam tiba-tiba menghurung tangkai hatinya, meruntuhkan sisa-sisa ego yang mungkin masih terselip.
"I minta maaf... untuk tanda yang I tinggalkan kat sini hari tu," bisik Faid, suaranya kedengaran serak menahan sebak.
"I buat sebab I marah, I cemburu... I tak patut berkasar dengan you macam tu."
Zizah membuka matanya, merasakan getaran dalam suara Faid. Dia mendongak, memandang wajah Faid yang kini nampak sangat tulus dan menyesal. Zizah mencapai tangan Faid yang berada di lehernya, lalu mengucup telapak tangan itu.
"I dah maafkan, biyy. Kesan tu dah hilang pun," balas Zizah lembut.
"Tapi I nak you tahu satu perkara. Rasa sakit kat leher ni tak sebanding dengan rasa sakit kat hati I bila you bawa perempuan tu balik ke rumah you. Itu luka yang paling payah I nak ubat."
Faid tertunduk, merapatkan dahinya ke dahi Zizah. "I tahu. I memang bodoh. I ingat I boleh kawal semuanya, tapi sebenarnya I yang dikawal oleh emosi sendiri.”
“You tahu tak, seminggu you tak ada, pejabat tu rasa macam neraka. Rumah I pula... I rasa macam asing kat tempat sendiri."
Zizah tersenyum nipis, jarinya bermain di bibir Faid. "Sebab itu I buat semua ni. I nak you rasa perbezaannya, Faid. I nak you tahu beza antara wanita yang bina hidup you, dengan wanita yang cuma tahu nak meruntuhkan you."
"I dah nampak, Zizah. Sangat jelas," Faid menarik nafas panjang.
"Pasal Sofia... I akan uruskan dengan polis. I takkan biarkan dia ganggu kita lagi. Dan pasal 'kandungan' dia tu, I akan pastikan dia buat ujian DNA kalau betul dia mengandung. Tapi I yakin, itu semua muslihat dia."
Zizah mengangguk, dia kembali menyandarkan kepalanya di bahu Faid. "I dah arahkan peguam I untuk pantau kes tu. You tak perlu kotorkan tangan you lagi. Fokus pada projek kita. I nak 'King' I kembali hebat macam dulu."
Faid memeluk Zizah seerat mungkin, seolah-olah mahu menyerap segala kekuatan yang ada pada wanita itu masuk ke dalam dirinya. "I janji, Zizah. Kali ni, I takkan biarkan sesiapa pun... termasuk diri I sendiri... lukakan you lagi."
Di bawah cahaya pagi yang semakin terang, mereka berdua terus berbual, merancang masa depan yang lebih kukuh, tanpa sedar bahawa di luar sana, Sofia sedang merancang langkah terakhirnya dari sebalik jeruji besi.
"Biyy..." panggil Zizah tiba-tiba.
"Ya?"
"Lapar tak? I nak makan aiskrim," Zizah ketawa kecil, sengaja mengusik Faid tentang pertemuannya dengan Papa Zara tempoh hari.
Faid menjeling manja, mencuit hidung Zizah. "Oh, nak aiskrim ya? Nak I panggilkan Papa Zara belikan ke?"
"Hihi... janganlah cemburu. I cuma sayang you sorang je," balas Zizah sambil mengeratkan pelukan, membuatkan Faid akhirnya turut ketawa bahagia.
Share this novel