Completed
163108
Malam semakin larut, namun rasa ingin tahu Diana mengatasi rasa mengantuknya. Dia berdiri di sudut gelap yang terlindung oleh bayang-bayang almari perhiasan besar, memerhati ke arah ruang dapur yang samar-samar cahayanya. Di sana, Diana menjadi saksi kepada satu pemandangan yang membuatkan jantungnya berdegup kencang.
Faid tidak lagi berdiri jauh. Lelaki itu merangkul tubuh Zizah dengan penuh posesif. Sebelah tangannya melingkar kemas di pinggang ramping Zizah, manakala sebelah lagi memangku belakang tubuh adiknya, menarik wanita itu rapat sehingga tiada ruang di antara mereka. Diana kaku apabila melihat Faid menundukkan wajah, lalu mendaratkan ciuman yang sangat lembut dan lama di leher jinjang Zizah.
Zizah pula tidak menolak. Malah, jari-jemarinya naik mengelus bahu tegap Faid sebelum beralih ke rambut lelaki itu, meramasnya lembut dengan penuh kasih sayang. Aksi itu begitu intim, begitu hidup, dan penuh dengan tarikan elektrik yang boleh dirasai walaupun dari jauh.
Diana menutup mulutnya dengan telapak tangan, matanya terpejam rapat seketika. Hatinya bergelora. Dia terfikirkan suaminya sendiri—suaminya tidak pernah menunjukkan nafsu dan kasih sayang sebegitu rupa kepadanya. Hubungan mereka terasa lebih kepada rutin dan tanggungjawab. Melihat bagaimana Faid melayani Zizah, Diana merasa satu perasaan aneh yang sukar digambarkan. Mengapa Faid begitu berani dan begitu mendambakan adiknya?
Bulu roma Diana menegak. Dia sedar sekarang bahawa hubungan Zizah dan Faid bukan sekadar hubungan kekasih biasa atau sekadar 'projek' pembalasan dendam Zizah. Mereka mempunyai ikatan yang jauh lebih mendalam dan membara.
"Zizah... apa yang you dah buat dekat lelaki ni?" bisik Diana di dalam hati.
Dia merasa ngeri sekaligus terpaku. Dia tahu Zizah seorang yang manipulatif, tetapi melihat cara Faid menyentuh Zizah, jelas sekali lelaki itu sudah benar-benar 'tunduk' dan menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada adiknya.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi tapak kaki dari tingkat atas. Diana tersentak. Adakah Papi atau Mami yang turun? Jika mereka melihat apa yang dia lihat sekarang, pasti satu gempa bumi akan berlaku dalam rumah mewah ini malam ini juga.
Suasana di dapur semakin panas. Di sebalik dinding, Diana dapat mendengar suara rengekan halus Zizah—nada yang penuh dengan kerelaan dan kemanjaan yang mendalam. Bunyi itu sudah cukup untuk membuatkan Diana sedar bahawa Faid mungkin sudah melampaui batas ciuman, tangan lelaki itu pasti sudah mula meneroka lekuk tubuh adiknya di bawah cahaya lampu dapur yang malap.
Dalam keadaan panik dan jantung yang bergedup kencang seperti mahu pecah, Diana segera berdehem dengan kuat. Dia perlu melakukan sesuatu sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.
Dia melangkah keluar dari tempat persembunyiannya ke arah ruang tamu, dan tepat pada masanya, dia melihat Papi dan Mami sedang menuruni anak tangga serentak. Mami kelihatan sedang memimpin lengan Papi, mungkin ingin ke dapur untuk membancuh minuman malam buat suaminya.
"Mami... Zizah ada di dapur," kata Diana dengan suara yang sedikit bergetar. Wajahnya merah padam, panas seperti ketam dibakar kerana bayangan aksi intim yang baru disaksikan tadi masih segar di ingatan.
Diana sengaja menguatkan sedikit suaranya, berharap getaran suaranya itu sampai ke ruang dapur sebagai isyarat kecemasan buat Zizah dan Faid. Dia benar-benar berharap mereka berdua sempat membetulkan pakaian dan menjarakkan diri sebelum langkah kaki Mami dan Papi mencecah lantai dapur.
Mami mengerutkan dahi melihat wajah Diana yang nampak tidak keruan. "Dah kenapa muka kamu merah macam tu, Diana? Kamu tak sihat ke?" tanya Mami sambil terus melangkah.
Papi pula hanya diam, namun matanya yang tajam memerhatikan reaksi gelisah anak keduanya itu. Suasana menjadi sangat tegang bagi Diana. Dia berdiri kaku di tengah ruang tamu, matanya terpaku ke arah pintu dapur, menanti sama ada 'drama' di dalam sana akan terbongkar atau adiknya cukup pantas untuk berlakon semula.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi kerusi ditarik dari arah dapur, diikuti suara Zizah yang tiba-tiba meninggi sedikit, sengaja buat-buat bercerita.
"I rasa kene tambah gula sikitlah kopi ni, Biy..."
Diana melepaskan nafas lega yang amat panjang. Zizah memang seorang pelakon yang hebat. Dia tahu adiknya sudah 'selamat'. Namun, Diana tahu satu perkara—malam ini dia tidak akan dapat tidur dengan lena kerana rahsia besar yang baru sahaja dia simpan.
Suasana di dapur berubah sekelip mata menjadi begitu formal sebaik sahaja Papi melabuhkan punggung di sebelah Faid. Bunyi deheman Papi yang kuat itu seolah-olah satu amaran tanpa suara bahawa "Ketua Rumah" sudah berada di situ.
Faid, walaupun cuba berlagak tenang, tidak dapat menyembunyikan senyuman kecilnya. Dia mencuri pandang ke arah Zizah, namun wajah wanita itu sudah berubah menjadi masam mencuka. Zizah nampak sangat tidak berpuas hati kerana "saat indahnya" diganggu tepat pada waktunya.
Diana yang mengekor dari belakang memerhati dengan hati yang masih berdebar. Dia melihat adiknya memuncungkan bibir sedepa, tanda protes yang hanya difahami oleh mereka yang tahu apa yang berlaku seminit tadi.
Dia perasan ada titisan peluh halus di dahi anak bongsunya itu. Dengan penuh kasih sayang, Mami mengelus lembut dahi Zizah menggunakan hujung jarinya.
"Eh, Zizah... kenapa berpeluh-peluh ni? Dapur ni ada aircond pun panas juga ke?" tanya Mami sambil tersenyum nipis, matanya memandang Zizah dan Faid silih berganti.
"Ada apa sebenarnya ni? Kamu berdua borak pasal apa sampai berpeluh dahi?"
Mami yang tidak mengesyaki apa-apa, mendekati Zizah.
Zizah menjeling ke arah Papi yang sedang memerhati mereka dengan wajah serius, kemudian dia memandang Mami semula.
"Tak ada apalah, Mami. Zizah cuma... tengah stress sikit fikir pasal majlis birthday anak Kak Diana nanti. Kan, Biy?" Zizah cuba membuang rasa janggal sambil kakinya di bawah meja sengaja mengelus lembut kaki Faid, memberi isyarat supaya lelaki itu menyokong lakonannya.
Faid berdehem, cuba mengawal suaranya yang mungkin masih kedengaran serak. "Betul tu, Mami. Zizah ni kalau berfikir, memang bersungguh-sungguh. Saya tengah cuba tenangkan dialah ni."
Papi yang sejak tadi diam, tiba-tiba bersuara dengan nada yang dalam. "Faid... kamu ni nampak kemas sangat malam ni. Wangi betul bau perfume kamu sampai ke ruang tamu. Tapi... kenapa kolar baju kamu tu nampak senget sedikit?"
Diana yang mendengar kata-kata Papi itu terus memejamkan mata. Jantungnya rasa nak luruh. Dia tahu Papi bukan calang-calang orang; Papi mempunyai deria yang sangat tajam untuk mengesan sesuatu yang tidak kena.
Keadaan di dapur itu tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Diana rasa macam nak lari masuk bilik sekarang juga! Kata-kata Papi itu bukan sekadar pemerhatian, tapi macam satu "tembakan" tepat ke sasaran.
Zizah, walaupun dalam hati sudah menyumpah-nyumpah, tetap cuba mengekalkan wajah poker face. Dia tahu kalau dia nampak gelabah, habislah rahsia mereka pecah.
Dengan gerak geri yang sangat tenang—malah nampak macam seorang kekasih yang prihatin—Zizah menghulurkan tangannya. Jari-jemarinya yang tadi mengelus rambut Faid kini beralih ke kolar kemeja lelaki itu. Dia membetulkannya dengan penuh tertib di depan mata Papi dan Mami.
"Itulah Biy... I dah cakap tadi, kemeja ni kalau tak pakai necktie memang senang lari kolarnya. Nasib baik Papi perasan, kalau tak, malu je you balik rumah nanti kolar senget macam ni," kata Zizah selamba. Suaranya langsung tak bergetar, malah dia sempat menjeling manja pada Faid.
Faid pula hanya mampu tersenyum tawar. "Terima kasih, Papi. Tak perasan pula tadi. Mungkin sebab duduk bersandar sangat kat kerusi ni."
Mami yang melihat kemesraan itu hanya tersenyum simpul, rasa terhibur melihat anak bongsunya melayan Faid. Tapi tidak bagi Papi. Matanya masih tertuju pada Faid, kemudian beralih pada Zizah. Dia nampak "sesuatu" yang lain—mungkin kesan gincu yang hampir pudar atau sekadar naluri seorang ayah yang tahu anak perempuannya itu bukan "malaikat".
"Dah malam sangat ni, Faid," celah Papi sambil memandang jam di dinding.
"Kopi tu minum cepat. Tak elok lelaki duduk lama-lama dalam rumah orang sampai tengah malam begini, walaupun dah nak jadi menantu."
"Baik, Papi. Saya minum ni terus gerak balik," balas Faid segera. Dia tahu itu adalah arahan untuk dia berundur sebelum Papi mula bertanya soalan yang lebih mencabar.
Diana yang berdiri di belakang Mami hanya mampu menarik nafas lega yang sangat panjang. Dia memandang Zizah, dan pada saat itu, Zizah sempat memberikan satu kenyitan mata yang sangat nakal kepada kakaknya.
Share this novel