Completed
163108
Di sebuah bilik mesyuarat peribadi yang jauh daripada pandangan umum, Zizah menyandarkan tubuhnya ke kerusi kulit yang empuk. Telefon pintarnya diletakkan di atas meja dengan satu gerakan yang sangat tenang. Senyuman manja dan suara mendayu-dayu yang diberikan kepada Faid tadi hilang serta-merta, digantikan dengan raut wajah yang dingin, tajam, dan penuh kemenangan.
Zizah mencapai gelas air mineral, menghirupnya sedikit sambil matanya merenung kosong ke arah bandar London.
"You nampak kan, Fiona?" Zizah bersuara tanpa menoleh.
Fiona, pembantu peribadi merangkap orang kepercayaan Zizah yang berdiri di sudut bilik, mengangguk perlahan dengan riak wajah yang penuh kagum namun terselit rasa gerun. Dia telah melihat bagaimana Zizah memanipulasi emosi Faid dalam masa beberapa minit sahaja.
"Lelaki macam Faid... dia rasa dia pemangsa. Dia rasa dia cukup bijak untuk mainkan peranan 'lelaki tertindas' yang cuba bangkit.”
“Tapi dia lupa, I yang beri dia baju yang dia pakai, I yang beri dia kereta yang dia pandu, dan I juga yang beri dia 'nyawa' dalam industri ni," Zizah berkata dengan nada yang sangat rendah namun penuh kuasa.
Zizah tergelak kecil, satu tawa yang tidak kedengaran di telinga Faid tadi. "Dia ingat I tak tahu dia cuba alirkan dana ke Switzerland?”
“Dia ingat I tak perasan syarikat perunding yang dia buat tu ada lubang untuk dia 'mencuri'? I dah tahu sejak hari pertama dia mula menaip dokumen tu lagi."
Fiona melangkah setapak ke depan. "Jadi, kenapa Cik Zizah biarkan dia? Kenapa Cik Zizah puji dia melambung tadi?"
Zizah berpusing, matanya yang bercahaya dengan kelicikan menatap tepat ke arah Fiona. "Sebab I nak dia rasa 'bersalah'. I nak dia rasa I ni terlalu suci dan terlalu percayakan dia sampai dia sendiri yang akan bunuh niat jahat dia tu. Dan you nampak hasilnya tadi kan?”
“Dia sendiri yang bubarkan, dan I pasti sekarang dia tengah arahkan orang dia untuk serahkan semua tu pada nama I."
Zizah bangun dan berjalan ke arah dinding kaca. "I tak perlu habiskan air liur nak bertekak dengan dia. I cuma perlu buat dia rasa dia adalah 'Raja', supaya dia akan terus setia jaga takhta I.”
“Dia adalah 'anjing penjaga' yang paling berkualiti I pernah ada. Selagi dia rasa dia berkuasa, dia akan buat apa saja untuk I."
Fiona hanya mampu mengangguk dalam diam. Dia sedar, Faid Azhari mungkin seorang lelaki yang berbahaya dan angkuh di mata staf lain, tetapi di tangan Sri Zizah, Faid hanyalah seekor burung di dalam sangkar emas yang menyangka dia sedang terbang bebas.
"Faid Azhari bukan lagi masalah kita, Fiona. Dia sekarang milik I sepenuhnya. Nafas dia, impian dia, malah rasa bersalah dia pun I yang punya," Zizah tersenyum lebar, senyuman seorang pemenang yang sebenar.
Zizah membetulkan rambutnya yang sedikit kusut sebelum melangkah keluar untuk kembali ke hotel. Dia akan pulang ke pangkuan Faid dengan wajah seorang wanita yang letih dan merindu, sementara di dalam kepalanya, dia sudah merancang langkah sepuluh tahun ke depan untuk terus memastikan Faid melutut di bawah telapak kakinya tanpa lelaki itu sedar.
Malam itu, di dalam suite mewah yang menghadap kerlipan lampu kota London, suasana menjadi saksi kepada satu penyerahan jiwa dan raga yang penuh dengan muslihat. Di atas katil yang luas itu, Zizah mempamerkan sisinya yang paling liar namun penuh kawalan. Tubuhnya yang polos tanpa sehelai benang menjadi perangkap yang paling indah buat Faid Azhari.
Zizah berada di atas, mendominasi setiap inci ruang dan gerak nadi Faid. Dia tidak lagi menjadi wanita yang keletihan seperti petang tadi. Dia adalah pemangsa. Tangannya yang halus namun bertenaga mula naik ke wajah Faid, memberikan tamparan-tamparan kecil yang berirama bukan kerana marah, tetapi sebagai tanda kuasa dan "hukuman" yang penuh nafsu.
"You rindu I, Biyy?" bisik Zizah, suaranya kedengaran serak dan menggoda.
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi Faid, meninggalkan kesan kemerahan yang mula bengkak. Faid hanya mampu mendesis, matanya terpejam menahan rasa pedih yang bercampur dengan ghairah yang meluap. Dia membiarkan sahaja Zizah memperlakukannya sebegitu. Baginya, setiap tamparan itu adalah tebusan kepada rasa bersalahnya. Dia merasa layak disakiti oleh wanita yang dia sangka "suci" dalam mencintainya.
"Cakap... you milik siapa?" Zizah mencengkam rahang Faid yang sudah mula lebam, memaksa lelaki itu menatap matanya yang tajam dan berkilat.
"I... I milik you, Zizah. Selamanya," jawab Faid dengan nafas yang tercabut-cabut.
Zizah tersenyum lebar, senyuman yang sangat cantik namun penuh dengan kedinginan. Dia mencium bibir Faid dengan rakus sebelum kembali menghujankan tangan ke wajah lelaki itu. Dia mahu Faid rasa sakit, dia mahu wajah tampan yang sering berlagak sombong di hadapan orang lain itu tunduk sepenuhnya di bawah kendaliannya malam ini.
"I tak nak you fikir pasal syarikat, I tak nak you fikir pasal dunia luar... malam ni, I adalah Tuhan you, Faid," bisik Zizah lagi, jemarinya mengelus lembut pipi Faid yang sudah merah dan sedikit bengkak itu dengan penuh 'kasih sayang' yang palsu.
Zizah memandu setiap rentak, setiap hembusan nafas, dan setiap erangan Faid sehingga ke pagi. Dia tidak membiarkan Faid memegang kendali walau sesaat pun. Dia mahu memastikan memori malam ini terpahat dalam otak Faid bahawa lelaki itu tidak akan pernah boleh hidup tanpa sentuhannya, dan tidak akan pernah berani untuk bermimpi mengkhianatinya lagi.
Sambil dia bergerak dengan penuh dominasi, Zizah membisikkan kata-kata cinta yang paling manis di telinga Faid. "I sayang you, Biyy. I takkan lepaskan you... sebab you adalah harta I yang paling berharga."
Di sebalik kata-kata itu, Zizah sedang tertawa dalam hati. Dia melihat wajah Faid yang merah dan bengkak itu sebagai trofi kemenangannya. Dia telah berjaya menjinakkan seekor harimau menjadi seekor kucing yang hanya tahu merintih di bawah kakinya.
Malam itu berakhir dengan Faid yang terkulai kepenatan, hancur dalam nikmat yang diberikan Zizah. Dia benar-benar percaya bahawa ini adalah kemuncak cinta mereka, tanpa menyedari bahawa setiap sentuhan dan tamparan itu adalah cara Zizah menandakan "hak milik" ke atas hamba barunya.
Zizah bangun di waktu subuh, menyelimutkan Faid dengan penuh kasih, lalu berjalan ke arah cermin. Dia melihat pantulan dirinya yang nampak segar, seolah-olah baru sahaja menyerap segala tenaga dan ego Faid Azhari ke dalam dirinya sendiri.
"Selamat datang ke neraka yang paling indah, Faid," bisiknya sebelum tersenyum dingin ke arah cermin.
Faid membuka matanya perlahan-lahan, rasa pedih di pipi dan rahangnya menjadi jam loceng yang menyakitkan pagi itu. Dia cuba menggerakkan tubuhnya, namun setiap sendi terasa lemah, seolah-olah seluruh tenaganya telah diperah keluar tanpa sisa.
Di depan meja solek, Zizah sedang berdiri tegak. Dia sudah siap berpakaian—sut pejabat berwarna emerald green yang sangat padan dengan bentuk tubuhnya yang langsing. Rambutnya beralun sempurna, dan gincu merah menyala di bibirnya menampakkan sisi autoriti yang tidak tergugat. Dia nampak segar, bercahaya, dan jauh lebih cantik daripada biasa, seolah-olah malam yang "melelahkan" tadi hanyalah satu rutin kecantikan baginya.
Faid cuba bangkit, menyandarkan tubuhnya yang polos pada kepala katil. Dia melihat bayangan dirinya sendiri di cermin besar di hadapan katil. Rambutnya kusut-masai, wajahnya merah padam dengan kesan lebam dan bengkak akibat "sentuhan" Zizah semalam. Matanya nampak kuyu dan tidak bermaya.
"Dah bangun?" soal Zizah pendek sambil memakai subang berliannya. Suaranya kembali keras dan berwibawa, langsung tidak meninggalkan ruang untuk kemesraan.
"Sayang..." Faid cuba bersuara, namun suaranya kedengaran pecah dan lemah.
Zizah tidak menyahut panggilan "sayang" itu. Dia berjalan mendekati katil, berdiri tegak memandang Faid yang masih terduduk lemah. Dia menundukkan sedikit badannya, memegang dagu Faid yang bengkak itu dengan hujung jarinya yang sejuk.
"You nampak teruk, Faid," Zizah tersenyum sinis, satu senyuman yang meruntuhkan sisa-sisa maruah Faid.
"Tapi tak apa... I suka tengok you macam ni. Nampak lebih 'tunduk'." Zizah mencapai beg tangan jenama Birkin miliknya dan membetulkan kotnya.
"I ada sarapan dengan pelabur dari Switzerland pagi ni. You duduk sini, rehat. Jangan keluar bilik selagi muka you tak elok.”
“I tak nak orang nampak 'Raja' I dalam keadaan macam kain buruk ni. Ia akan memalukan reputasi I." Zizah berpaling dan berjalan menuju ke pintu tanpa menoleh lagi.
Bunyi tumit tingginya yang tajam bergema di dalam bilik yang sunyi itu, setiap dentuman seolah-olah memijak hancur ego Faid yang selama ini dia banggakan.
"Zizah..." panggil Faid lagi, namun pintu bilik sudahpun tertutup rapat.
Klik.
Bunyi kunci automatik itu menandakan dia sekali lagi ditinggalkan dalam sangkar emasnya.
Share this novel