Completed
163108
Seminggu kemudian
Faid menarik Zizah supaya berdiri di sisinya, betul-betul di hadapan meja kerja yang besar itu. Dia mahu Zizah menjadi saksi bagaimana dia menjalankan "keadilan" versinya sendiri.
"Duduk sini, sayang. I nak you tengok sendiri kualiti 'sampah' yang Papi you simpan selama ni," kata Faid dengan nada yang cukup bongkak.
Faid menekan interkom dengan kasar. "Masuk!"
Pintu pejabat dikuak perlahan. Tiga orang staf lelaki yang sudah berkhidmat lama masuk dengan wajah yang pucat pasi. Di atas meja Faid, terdapat tiga buah fail tebal yang sudah ditanda dengan dakwat merah.
Faid tidak menyuruh mereka duduk. Dia membiarkan mereka berdiri tegak seperti pesalah di hadapan hakim. Faid mencapai salah satu fail tersebut, menyelaknya dengan gaya malas, lalu tiba-tiba mencampakkan fail itu ke tengah meja sehingga bunyinya berdentum kuat.
"You, ketua unit logistik," Faid menuding jari tepat ke arah staf yang paling senior.
"You ingat I tak tahu yang you dah mark-up harga sewa lori selama lima tahun berturut-turut? You ingat I bodoh macam Kamal yang tutup sebelah mata sebab you selalu belanja dia makan?"
"T-tapi Encik Faid... itu semua atas persetujuan pihak atasan yang lama..." staf itu cuba menjawab dengan suara yang menggigil.
"I tak peduli pasal orang lama! Sekarang I atasan you!" Faid membentak, suaranya naik satu oktat sehingga staf itu tersentak ke belakang.
"Dalam syarikat ni, satu sen pun I takkan biarkan orang macam you curi. You bukan saja pencuri, tapi you adalah pengkhianat yang tak ada maruah." Faid kemudian memandang Zizah yang berada di sebelahnya.
Zizah hanya memerhati dengan riak wajah yang dingin, sedikit pun tidak menunjukkan simpati. Dia malah berasa megah melihat bagaimana Faid mendominasi lelaki-lelaki yang jauh lebih tua daripadanya itu.
"Sayang, you tengok muka-muka ni. Inilah orang yang makan gaji buta tapi buat kerja macam lepas batuk di tangga," kata Faid sambil mencapai fail kedua dan ketiga lalu mencampakkannya ke lantai, tepat di kaki staf-staf tersebut.
"Kutip fail tu, bawa ke HR sekarang. I dah sediakan surat peletakan jawatan sukarela untuk korang. Kalau korang tak nak tanda, I akan pastikan kes ni sampai ke pengetahuan pihak polis petang ni juga.”
“Pilih... keluar dengan sisa maruah yang ada, atau keluar dengan gari di tangan," ugut Faid dengan senyuman yang paling kejam.
Ketiga-tiga staf itu terus tunduk mengutip fail di lantai dengan tangan yang menggigil hebat. Tanpa sepatah kata, mereka bergegas keluar dari bilik itu seolah-olah baru sahaja terlepas daripada kandang harimau.
Faid kembali bersandar di kerusinya, mempamerkan riak wajah yang penuh dengan keangkuhan dan rasa bangga diri yang melangit. Dia menarik tangan Zizah dan mencium jemarinya dengan penuh gaya.
"Macam mana? You puas hati?" soal Faid sinis.
Zizah tersenyum lebar, dia merapatkan wajahnya ke wajah Faid. "I suka tengok you macam ni, Biyy.”
“Tegas, dominan... dan tak ada belas kasihan. Biar semua orang dalam bangunan ni sedar, sesiapa yang berani main-main di belakang kita, mereka akan terima padahnya."
Faid ketawa kecil, satu tawa yang penuh dengan kuasa. "Bukan setakat dalam bangunan ni, sayang.”
“I nak satu Kuala Lumpur tahu... sesiapa yang ada di sisi Sri Zizah sekarang bukan lagi lelaki mandul yang boleh dihina, tapi Faid Azhari yang boleh meruntuhkan hidup sesiapa saja yang dia mahu."
Keangkuhan Faid kini sudah sampai ke kemuncak, dan Zizah seolah-olah semakin mabuk dengan kuasa yang sedang mereka tunjukkan bersama. Di luar bilik pejabat, staf yang lain hanya mampu menelan liur, menyedari bahawa rejim Faid Azhari adalah mimpi ngeri yang baru sahaja bermula.
Faid menarik pinggang Zizah dengan gerakan yang pantas namun kemas, mendudukkan wanita itu di atas ribanya. Dalam ruang pejabat yang kedap bunyi itu, suasana tiba-tiba bertukar daripada tegang menjadi penuh dengan aura penggoda. Tangan Faid yang kasar mula mengelus lembut bahu Zizah, menolak sedikit kain blaus mewah wanita itu sehingga menampakkan bahunya yang polos dan putih bersih.
Dia merapatkan wajahnya, menghirup aroma wangian Zizah yang mahal sebelum mendaratkan satu ciuman yang dalam dan penuh rasa cinta di leher dan bahu wanita itu. Setiap sentuhan Faid seolah-olah ingin membuktikan bahawa seluruh fokus dan nafsunya kini hanya tertumpu pada Zizah.
"Sayang... you percayakan I?" Faid berbisik tepat di telinga Zizah, suaranya kedengaran serak dan menggoda. Dia menjauhkan sedikit wajahnya, menatap dalam-dalam anak mata Zizah untuk mencari jawapan.
Zizah tidak berpaling. Dia malah menyandarkan tubuhnya pada dada bidang Faid, menikmati kehangatan pelukan lelaki itu. Namun, di sebalik kemanjaannya, kata-kata yang keluar dari bibirnya cukup tajam.
"Biyy... kalau you ada agenda lain, I tak kisah. You nak pecat satu bangunan ni pun, I akan sokong. Teruskan apa yang you nak buat..." Zizah tergelak kecil, satu tawa yang kedengaran dingin dan berbaur amaran.
Dia mengangkat tangannya, menyentuh pipi dan mengusap rahang Faid yang tajam itu dengan hujung jarinya. "Tapi ingat satu perkara... jangan sesekali dalam kepala otak you ni ada niat nak main curang di belakang I.”
“Jangan pernah fikir nak cari Sofia semula atau mana-mana perempuan lain." Zizah merapatkan wajahnya sehingga hidung mereka bersentuhan, memberikan senyuman yang sangat manis namun terselit kedinginan yang membekukan.
"Sebab kalau itu berlaku, I sendiri yang akan pastikan you jatuh lebih teruk daripada apa yang Sofia buat pada you dulu. You tahu kan I macam mana, Biyy?"
Faid terdiam sejenak, namun senyuman sinisnya kembali terukir. Dia tidak merasa terancam, malah dia sukakan cabaran dan sifat posesif Zizah itu. Baginya, itu adalah bukti betapa kuatnya pengaruh dia terhadap wanita itu.
"You rasa I bodoh ke nak lepaskan permaisuri macam you demi sampah yang dah I buang?" Faid merapatkan semula bibirnya ke bibir Zizah, menciumnya dengan penuh ghairah sebagai tanda 'janji' yang mengikat.
"You adalah segala-galanya untuk I sekarang, Zizah. Agenda I cuma satu... untuk pastikan kita berdua berdiri di puncak paling atas, dan tak ada sesiapa boleh pijak kita lagi."
Zizah membalas ciuman itu dengan penuh nafsu, merasa puas dengan jawapan Faid. Dia tahu Faid seorang yang angkuh, tapi dia juga tahu Faid sangat bijak untuk tidak mengkhianati tangan yang telah memberikannya 'nyawa' kedua.
Di dalam bilik pejabat yang menjadi saksi kepada segala perancangan dan kemesraan mereka, Faid Azhari kini sedar bahawa dia sedang menari di atas garisan yang sangat nipis antara kuasa mutlak dan bahaya yang menanti jika dia tersilap langkah dengan Zizah.
Share this novel