Bab 24

Drama Completed 163108

Di celah kesibukan Heathrow Terminal 2, Zizah berjalan seolah-olah dia sedang berada di atas runway peragaan. Langkahnya panjang, stabil, dan penuh dengan aura "jangan-sesekali-sentuh-I".
Zizah menurunkan cermin mata hitamnya sedikit, memandang Faid dari atas ke bawah. Dia melihat lebam di pipi Faid yang masih jelas—bekas "tanda cinta" malam tadi. Zizah mencapai tangan Faid, membelek jam tangan mewah yang dia sendiri belikan untuk lelaki itu.
"You nampak letih, Faid," ujar Zizah dengan nada yang sukar dibaca.

"I risau kalau kita sampai KL nanti, Papi tanya kenapa muka 'menantu' kesayangan dia ni macam baru lepas kena gilis lori."
Faid menunduk. "I akan cakap I terjatuh dalam bilik air... I takkan malukan you, Cik Zizah."
Zizah tergelak kecil, satu tawa yang membuatkan bulu roma Faid berdiri. "Bagus. I suka you dah mula pandai 'menipu' demi I. Dulu you menipu untuk jatuhkan I, sekarang you menipu untuk jaga I. Ada peningkatan."
Zizah kemudian mengeluarkan sekeping kad kredit hitam (Centurion) dari dompetnya dan meletakkannya di celah jari Faid.
"Pergi masuk butik tu. Beli beg tangan paling mahal yang you nampak. I nak you bawa beg tu sepanjang kita jalan ke boarding gate.”

“I nak semua orang tahu yang you adalah 'pembawa harta' I. Dan oh... beli satu scarf untuk tutup leher you. I tak nak nampak kesan 'gigitan' I kat situ. Ia nampak... murah."
Faid memegang kad itu dengan tangan yang menggigil. Dia rasa seperti seekor anjing yang baru sahaja diberi tulang selepas dipukul. Dia tidak berani membantah. Dia berpusing dan masuk ke butik itu, sementara Zizah berdiri di luar sambil menyilang tangan, memerhati Faid seperti seorang tuan memerhati hamba melakukan tugasan.
Fiona, yang baru muncul selepas menguruskan check-in, berdiri di sebelah Zizah. "Cik Zizah, semuanya sudah sedia. Private lounge dah kosongkan untuk Cik Zizah."
"Good," balas Zizah pendek.

"You tengok lelaki tu, Fiona? Dulu dia ingat dia boleh beli I dengan kata-kata manis dia. Sekarang... I beli dia dengan sekeping kad plastik."
Fiona tersenyum sinis. "Dia nampak sangat patuh, Cik Zizah. Tak sangka Faid Azhari boleh jadi macam tu."
"Dia bukan patuh, Fiona. Dia takut," Zizah membetulkan rambutnya.

"Dia tahu I pegang 'nyawa' syarikat rahsia dia. Dia tahu kalau I petik jari, dia akan balik ke longkang tempat I kutip dia dulu. Jadi, dia akan buat apa saja... termasuk jadi 'patung' pemegang beg I di airport ni."
Beberapa minit kemudian, Faid keluar dengan beg kertas LV yang besar. Dia berdiri di sebelah Zizah, kepalanya ditundukkan sedikit. Zizah tersenyum puas. Dia memaut lengan Faid—bukan sebagai tanda cinta, tetapi sebagai tanda hak milik.
"Jom, Biyy. I dah lapar. I nak you suapkan I makan kat lounge nanti. I nak rasa macam mana rasanya disuap oleh seorang 'CEO' yang dah serahkan semua sahamnya pada I," bisik Zizah dengan nada menggoda yang sangat berbisa.
Faid hanya mampu mengangguk. "Ya, Cik Zizah. Apa saja untuk you."

Di dalam private lounge yang eksklusif itu, suasana terasa sangat dingin walaupun kopi panas ada di depan mata. Zizah menyilangkan kakinya, memerhati Faid yang duduk di depannya dengan bahu yang jatuh dan pandangan yang terpaku pada lantai marmar. Faid seperti seorang pesalah yang sedang menunggu hukuman gantung, tidak berani mengangkat wajah walaupun seinci.
"I dah tak cantik ke, Faid?" soal Zizah tiba-tiba. Suaranya tenang, tapi ada nada tajam yang menghiris kesunyian.
Faid tersentak, bahunya ternaik sedikit. Dia perlahan-lahan mendongak, matanya bertemu dengan mata Zizah yang sedang merenungnya dengan pandangan yang kosong namun menekan. "S-sayang..."
"Mungkin... ah, mungkin you rindu orang yang jauh di Malaysia tu. Sofia ya?" Zizah tergelak kecil, satu tawa sinis yang membuatkan Faid rasa seperti dikeelar. Zizah tahu benar bagaimana nak petik nama Sofia untuk membuatkan Faid rasa lebih kerdil daripada habuk.
"Bukan Cik Zizah... Cuma saya rasa tak layak pandang Cik Zizah yang cantik bak bidadari ni," balas Faid dengan suara yang bergetar. Dia cuba menggunakan taktik "pujian" yang selalu dia guna dulu untuk mencairkan hati wanita.
Zizah terus membuang muka ke arah tingkap besar yang menampakkan kapal terbang sedang berlepas. Dia mencebik. Jawapan basi. Jawapan tipikal seorang fishboy yang tengah takut bila rahsia dan niat jahatnya sudah terbongkar. Dia dah dengar skrip ni beribu kali daripada lelaki-lelaki yang cuba mendekatinya demi harta.
"Tak layak?" Zizah berpusing semula, menatap Faid dengan senyuman yang paling palsu dalam sejarah hidupnya.

"Dulu masa you tengah rancang nak mufliskan syarikat Papi, you rasa layak pulak pandang I? Masa you tengah alirkan dana ke akaun rahsia you, you rasa 'layak' pulak tidur sebelah I?"
Faid terdiam seribu bahasa. Peluh dingin mula membasahi dahinya.
"Jangan bagi I jawapan murah macam tu, Faid. I bukan Sofia yang bodoh tu. I Sri Zizah," Zizah mencondongkan badannya ke depan, merapatkan wajahnya ke wajah Faid yang bengkak.

"You tak pandang I bukan sebab I cantik macam bidadari... tapi sebab you sedar yang I ni 'Iblis' yang dah tangkap semua muslihat you, kan?" Zizah mencapai sudu kecil dan mengacau kopinya dengan bunyi dentingan yang sengaja dikuatkan.
"Makan, Faid. Habiskan makanan you. Lepas ni dalam flight 13 jam, I nak you duduk sebelah I dan jangan sesekali tutup mata.”

“I nak you tengok wajah 'bidadari' ni sampai you sedar... yang bidadari ni lah yang akan tentukan sama ada you akan terus hidup mewah kat KL nanti, atau you akan mereput dalam penjara sebab pecah amanah."
Zizah menyuap sepotong kecil kek ke mulutnya sendiri, langsung tidak menghiraukan Faid yang sudah pucat lesi. Dia tahu Faid sekarang tengah 'mati' perlahan-lahan di dalam hati. Dan itulah yang Zizah mahukan. Dia nak Faid rasa terseksa dalam kemewahan yang dia berikan.

Rasa sesal itu datang menerjah seperti ombak besar yang menghancurkan segala-galanya. Faid merenung tangannya sendiri—tangan yang baru beberapa jam tadi menurunkan tandatangan di atas dokumen penyerahan syarikat miliknya. Dia rasa seperti baru sahaja menandatangani surat kematiannya sendiri.
Syarikat itu bukan sekadar bangunan atau nama; di situ ada separuh daripada jiwanya, ada titik peluh dan impiannya untuk berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu menyembah keluarga Tajudin. Namun sekarang, syarikat itu sudah sah menjadi milik Sri Zizah. Zizah tidak merampasnya dengan kekerasan, tetapi dengan manipulasi mental yang membuatkan Faid sendiri yang menyerah kalah.
“Bodohnya kau, Faid...” bisik hatinya penuh kehinaan.
Dia memandang Zizah yang sedang tenang menghirup kopi di depannya. Pada saat ini, barulah dia sedar perbezaan langit dan bumi antara dua wanita dalam hidupnya.
Sofia hanyalah "tin kosong". Sofia mudah dibeli dengan kata-kata manis, mudah diperdaya dengan lakonan sedih, dan Sofia akan melenting bila dicabar. Sofia adalah lawan yang lemah yang Faid boleh buli bila-bila masa.
Tetapi Zizah... Sri Zizah adalah ular tedung yang bersisik emas. Dia tidak berbunyi, dia tidak melenting. Dia hanya tersenyum, menyuap sup, membelai rambut, dan memberikan "nikmat" di atas katil—sambil tangannya yang satu lagi sedang menyumbat racun ke dalam setiap urat saraf Faid. Zizah jauh lebih berbisa. Racunnya tidak membunuh serta-merta, tetapi ia melumpuhkan maruah Faid sehingga lelaki itu sendiri yang rela melutut di kakinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience