Bab 57

Drama Completed 163108

"15 juta!" Jeremy melaungkan lagi dengan suara yang bergema di seluruh dewan, memotong setiap harapan yang tersisa bagi para pembida lain. Dia memandang ke arah Zizah dengan wajah yang penuh kemenangan, seolah-olah dia baru sahaja berjaya memijak maruah wanita itu di hadapan khalayak ramai.
Zizah tersentak.

Dia memandang papan bidaannya, kemudian memandang wajah Faid yang kini nampak sangat pucat. Nafas Zizah turun naik dengan laju, tangannya yang memegang papan bidaan itu perlahan-lahan diturunkan ke atas riba. Dia menundukkan kepala, membiarkan rambutnya yang rapi menutupi sebahagian wajahnya.
"15 juta buat kali pertama..." pengacara majlis mula mengira.
"Zizah, jangan... I rayu pada you, jangan ikutkan perasaan," bisik Faid dengan nada yang sangat terdesak, malah suaranya kedengaran hampir pecah.
"15 juta buat kali kedua..."
Sofia berdiri, dia melangkah setapak ke arah meja Zizah, mahu menikmati saat-saat kejatuhan musuhnya itu. "Mana keberanian you, Zizah? You cakap you 'Grandmaster', tapi nak lawan 15 juta pun you dah nak menangis?" ejek Sofia sambil melirik sinis.
Dato' Salim, Encik Khalid, dan Tuan Ibrahim turut berdiri, berpeluk tubuh dengan senyuman yang sangat lebar. Mereka sudah bersedia untuk bertepuk tangan meraikan kemenangan paling mahal dalam sejarah korporat mereka.
"15 juta buat kali ketiga! DIJUAL kepada wakil konsortium Dato' Salim dan Cik Sofia!"
PANG!
Tukul diketuk dengan kuat.

Jeremy, Sofia, dan rakan-rakannya bersorak kecil, saling berjabat tangan dengan rasa bangga yang meluap-luap. Mereka baru sahaja membelanjakan hampir 18 juta ringgit (termasuk patung lilin tadi) dalam masa tidak sampai satu jam semata-mata untuk memalukan Zizah.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi tawa halus.
Zizah perlahan-lahan mengangkat wajahnya. Tiada air mata. Tiada riak kesedihan. Sebaliknya, dia mengukirkan senyuman yang paling manis dan tenang senyuman yang membuatkan sorakan empat sekawan itu terhenti serta-merta.
Zizah berpaling ke arah Faid. Faid yang tadi nampak gusar, kini turut tersenyum lebar dan menyandarkan badannya ke kerusi dengan gaya yang sangat santai. Faid mengeluarkan sapu tangan dari poketnya dan mengelap hujung bibirnya yang tadi berpura-pura menggigil.
"Congratulations, gentlemen... and Sofia," ujar Zizah dengan nada yang sangat merdu.

"You all baru sahaja beli set perhiasan diraja kurun ke-18... yang sebenarnya adalah replika berkualiti tinggi dari muzium peribadi Papi I yang sengaja I lelongkan malam ni untuk tujuan amal."
Seluruh dewan tergamam. Wajah Jeremy yang tadi merah kerana bangga, kini bertukar menjadi pucat lesi.
"Apa you cakap?!" jerit Dato' Salim.
Zizah bangun perlahan-lahan, membetulkan gaunnya yang elegan. "I cakap... 15 juta tu akan masuk terus ke dalam akaun Tabung Kebajikan Sri Holdings.”

“Terima kasih kerana 'menderma' dengan begitu pemurah untuk syarikat I. I tak sangka dendam korang pada I jauh lebih mahal daripada nilai otak korang sendiri."
Faid turut bangun, memaut pinggang Zizah dengan mesra. "I dah cakap tadi kan, 15 juta tu terlalu tinggi untuk barang macam tu. Tapi memandangkan korang nak sangat 'penebus dosa' kali kedua... kami terima dengan tangan terbuka."
Sofia terduduk di kerusinya, memandang katalog itu dengan tangan yang menggigil. Dia baru sahaja menghabiskan berpuluh juta duit penyokongnya untuk membeli barang yang sebenarnya milik Zizah sendiri.

Suasana dewan bidaan yang tadi riuh dengan tawa sinis Zizah kini kembali serius apabila jurulelong naik ke pentas untuk item yang ketiga item yang paling ditunggu-tunggu dalam sejarah bidaan malam itu.
"Hadirin sekalian, ini adalah kemuncak acara kita. Sebutir permata zamrud yang sangat jarang ditemui, dipercayai berasal dari keturunan keluarga Tan Sri Tajudin sejak abad ke-5. Nilai sentimental dan sejarahnya adalah mutlak. Harga pembukaan bermula dengan 5 juta ringgit!"
Zizah menarik nafas dalam, matanya bercahaya memandang permata yang berkilauan di bawah lampu spotlight. Dia baru sahaja hendak mengangkat papan bidaannya, namun tindakannya terhenti apabila Dato' Salim sudah mengangkat tangan lebih awal.
"6 juta!" laung Dato' Salim dengan wajah yang berapi. Dia tidak peduli lagi dengan penipuan replika tadi. Dia mahu merampas permata keturunan keluarga Zizah itu sendiri sebagai tanda penghinaan paling besar.
"7 juta!" Encik Khalid pula mengangkat tangan tanpa menunggu sesaat pun.
"8 juta!" Tuan Ibrahim tidak mahu kalah.
"10 juta!" jerit Jeremy, suaranya hampir pecah.
Tetamu di barisan tepi dan belakang hanya mampu berbisik sesama sendiri, wajah mereka penuh kekaguman dan ketakutan melihat perlawanan bidaan yang sangat agresif itu. Sejak awal acara, pembida lain langsung tidak berpeluang untuk mengangkat tangan. Segala-galanya didominasi oleh empat sekawan yang seolah-olah sudah hilang akal itu.
Zizah mengemam bibir, tangannya yang memegang papan bidaan itu nampak terketar-ketar. Dia memandang ke arah Faid dengan wajah yang cemas. "Biyy... itu permata keturunan Papi. I tak boleh biarkan mereka ambil. Itu maruah keluarga I!"
Faid memegang tangan Zizah, cuba menarik papan bidaan itu ke bawah. "Zizah, bertenang. Mereka sengaja nak pancing you. Duit mereka masih banyak hasil daripada dana simpanan haram mereka. Jangan terjebak!"
"12 juta!" Jeremy melaungkan lagi apabila melihat Zizah teragak-agak.
Sofia pula berdiri di sebelah mereka, tersenyum dengan penuh kemenangan yang ngeri. "Kenapa Zizah? You takut nak beli balik maruah Papi you sendiri? Mana perginya keangkuhan you tadi? Ke you dah habis modal sebab 'derma' 15 juta tadi tu bukan duit you?"
Zizah meronta kecil, cuba mengangkat papan bidaannya semula. "15 juta!" jerit Zizah dengan suara yang hampir menangis.
"20 juta!" Dato' Salim mengangkat tangan dengan penuh kuasa. Dia memandang Zizah dengan pandangan 'checkmate'. Dia tahu, Zizah tidak akan berani melepasi angka 20 juta untuk sebutir permata, walaupun ia permata keturunan sendiri.
Seluruh dewan terpaku. 20 juta ringgit untuk sebutir permata. Keempat-empat pengarah itu tersenyum lebar, merasa sangat puas kerana kali ini mereka berjaya merampas sesuatu yang benar-benar berharga daripada genggaman Sri Zizah. Mereka yakin, permata abad ke-5 ini asli, kerana ia datang dari simpanan utama keluarga Tan Sri Tajudin.

Suasana di dalam dewan bidaan itu seakan-akan terhenti. Semua mata tertumpu kepada Zizah. Nilai 30 juta ringgit yang baru sahaja dilaungkan oleh Jeremy bukan lagi satu jumlah yang logik untuk sebutir permata zamrud, tidak kira betapa kunonya sejarah permata tersebut.
Zizah perlahan-lahan menurunkan papan bidaannya. Dia tidak lagi menunjukkan wajah cemas atau mata yang berair. Sebaliknya, dia menyandarkan badan ke kerusi kulit yang empuk itu, melebarkan senyuman yang sangat sinis sehingga lesung pipitnya kelihatan. Ketawa kecil yang tadi cuba ditahan, akhirnya terlepas juga dari bibir merahnya.
"Hihihi..." tawa Zizah kedengaran sangat merdu namun sangat berbisa di telinga musuh-musuhnya.
Faid, yang tadi berlakon seolah-olah tergamam dengan keberanian Zizah, kini turut mengendurkan bahunya. Dia melirik ke arah empat pengarah di sebelah yang masih tegak berdiri, menanti dengan penuh debaran sama ada Zizah akan menyebut angka "31 juta".
"30 juta buat kali pertama..." suara jurulelong bergema, memecah kesunyian.
Zizah memandang tepat ke arah Sofia yang sedang menggenggam erat beg tangannya, mengharapkan kemenangan mutlak. Kemudian, Zizah beralih pandang kepada Dato' Salim dan Jeremy yang nampak berpeluh dahi menanti tindakannya.
"30 juta buat kali kedua..."
Zizah mengangkat tangannya, bukan untuk membida, tetapi untuk membetulkan rambutnya dengan gaya yang sangat tenang. "30 juta untuk sebutir batu zamrud yang... sejujurnya, Faid, you rasa berbaloi ke beli batu yang Papi I dah tukar dengan synthetic emerald gred industri ni dua tahun lepas sebab dia takut pencuri?"
Suara Zizah yang jelas itu membuatkan jantung Dato' Salim seolah-olah terhenti.
"Synthetic?" bisik Jeremy, wajahnya berubah menjadi pucat pasi.
Faid ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. "I rasa tak berbaloi, sayang. 30 juta? Kita boleh beli satu lagi blok bangunan mewah kat tengah KL dengan duit tu. Tapi memandangkan mereka ni 'pencinta sejarah' tegar... I rasa kita patut biarkan mereka miliki 'permata' tu."
"30 juta buat kali ketiga! DIJUAL kepada konsortium Dato' Salim!"
PANG!
Tukul diketuk.

Sebaik sahaja bunyi itu bergema, Zizah melepaskan tawa yang lebih besar. Dia bangun dan mula bertepuk tangan dengan penuh semangat, diikuti oleh beberapa orang tetamu yang mula menyedari bahawa empat orang pengarah itu telah dipermainkan buat kali ketiga dalam satu malam.
"Congratulations!" Zizah menjerit kecil ke arah mereka.

"You all baru sahaja belanjakan 30 juta untuk batu sintetik, dan 18 juta untuk replika serta patung lilin. Total 48 juta ringgit lebur dalam satu malam... hanya untuk sebuah 'kemenangan' kosong." Zizah melangkah mendekati Sofia yang kini menggigil menahan marah.

"Sofia, I dah cakap tadi kan... jangan main api dengan I. You nak I miskin? Tapi nampaknya, malam ni syarikat kawan-kawan you yang bakal diisytiharkan muflis sebab guna dana rizab untuk beli sampah yang I jual."
Dato' Salim terduduk melutut di lantai dewan. Dia sedar, 48 juta itu adalah modal pusingan terakhir yang mereka ada untuk menyelamatkan syarikat mereka daripada muflis. Zizah tidak membunuh mereka dengan senjata, tetapi dia membiarkan mereka membunuh diri sendiri dengan keangkuhan dan dendam mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience