Completed
163108
Suasana intim di dalam bilik hotel itu tiba-tiba diganggu oleh deringan telefon yang tidak henti-henti. Faid yang sedang bergelut dengan nafasnya sendiri cuba mengingatkan Zizah, namun dia tidak menyangka tindakannya itu akan mengundang kemarahan wanita itu.
Plak!
Satu tamparan kuat hinggap di pipi Faid buat kali kedua hari ini. Zizah merengus geram, seolah-olah nikmatnya baru sahaja dirampas secara paksa. Dia turun dari tubuh Faid dengan wajah yang masam mencuka, mencapai telefonnya di atas meja lampu.
Faid yang sudah lali dengan "cara" Zizah meluahkan emosi, hanya mampu mengeluh kecil. Dia bangun dan merapati Zizah dari belakang, meletakkan dagunya di atas bahu polos wanita itu sementara Zizah menjawab panggilan.
"Helo, Mami," suara Zizah berubah menjadi lembut, sangat berbeza dengan kedinginan yang ditunjukkan sebentar tadi.
"Hello sayang anak Mami, malam ni balik awal sikit ye. Mami nak masak makanan kegemaran kamu dan Faid," kedengaran suara Mami yang ceria di hujung talian.
Zizah mengerutkan kening. Matanya menjeling Faid melalui cermin besar di depan mereka. "But why, Mami?"
"Mami nak kenal lebih dekat dengan kekasih kamu tu. Bawa dia datang, kakak dan abang kamu pun nak datang malam ni. Kita buat family dinner," jelas Mami lagi.
Zizah terdiam sejenak. Dia tahu kalau Mami sudah bersuara, pasti Papi yang berada di belakang semua ini—mungkin sebagai cara Papi untuk 'mengambil hati' Zizah semula selepas kejadian di pejabat tadi.
"Okay Mami... nanti I balik kalau kerja I siap awal okay. Bye," Zizah mematikan talian dan lepar telefonnya ke atas katil.
Dia merasakan sesuatu yang hangat menyentuh belakangnya. Faid merapatkan tubuhnya, memeluk Zizah dari belakang supaya wanita itu boleh bersandar sepenuhnya pada dadanya yang bidang. Tangan Faid mula merayap ke pinggang Zizah, cuba memujuk kekasihnya yang nampak sedikit terganggu dengan gangguan Mami tadi.
"Kenapa? Mami suruh balik?" bisik Faid lembut di ceruk leher Zizah.
"Mami nak buat makan malam. Satu keluarga ada. Kakak dan abang I pun balik," Zizah memejamkan mata, menikmati belaian Faid.
"Papi I memang bijak... dia guna Mami untuk pastikan I tak buat 'kerja gila' lagi malam ni."
Faid tersenyum nipis. "You nak pergi?"
Zizah memusingkan badan, memandang Faid dengan pandangan yang sarat dengan maksud tertentu. Dia mengusap pipi Faid yang masih merah kesan tamparannya tadi. "Kita kena pergi. I nak tengok muka Papi depan Mami nanti. Mesti kelakar tengok dia pura-pura jadi 'suami mithali' sedangkan I pegang rahsia dia."
Zizah menarik leher Faid, merapatkan dahi mereka. "Tapi sebelum kita balik... I nak you habiskan apa yang you mula tadi. I tak nak balik dalam keadaan 'lapar', faham?"
Faid ketawa kecil sebelum kembali merebahkan Zizah ke atas katil mewah itu. "I faham, my queen."
Malam itu, sebelum mereka melangkah ke rumah keluarga Zizah untuk satu lagi "permainan" psikologi, mereka membiarkan nafsu dan cinta menguasai ruang bilik itu, seolah-olah esok tidak akan pernah ada. Zizah sudah bersedia untuk bersemuka dengan keluarganya, dengan Faid di sisinya sebagai trofi kemenangan yang paling berharga.
Ketibaan di Banglo Tan Sri Tajudin
Sebaik sahaja kereta mewah yang dipandu Faid berhenti di halaman banglo, Fattah yang sedang berbual di beranda bersama isterinya, Fatin, segera berpaling. Fatin yang mengenakan kaftan sutera nampak begitu ceria melihat kelibat adik iparnya itu.
"Hah, sampai pun tuan puteri kita!" laung Fattah dengan nada mengusik sambil melambai ke arah Zizah. Dia turun dari beranda diikuti Fatin.
"Zizah! Rindunya kakak pada kamu. Eh, Faid pun ada... segaknya malam ni," celup Fatin dengan ramah sambil menyalami Zizah.
Dia kemudian memberikan senyuman hormat kepada Faid. "Jom masuk cepat, Mami dah bising tanya kenapa kamu berdua lambat sangat sampai. Risau betul dia kalau anak kesayangan dia ni lapar."
"Sorry abang, kakak. Kerja banyak sikit tadi," jawab Zizah dengan senyuman manis yang nampak sangat semula jadi, menutup segala kepenatan dan 'aktiviti' yang baru mereka lalui.
Fattah menepuk bahu Faid perlahan. "Tak apa Faid, jom kita masuk. Jangan segan dengan kitorang, buat macam rumah sendiri. Fatin ni kalau dah nampak Zizah, memang dia tak berhenti bercakap."
"Abang ni... janganlah malukan saya depan Faid," balas Fatin sambil ketawa kecil, membawa suasana ceria saat mereka melangkah masuk ke dalam rumah.
Suasana di ruang tamu banglo mewah milik keluarga Tan Sri Tajudin malam itu kelihatan begitu harmoni dan hangat, sekurang-kurangnya pada pandangan mata kasar. Bau masakan Mami, Sri Khatijah, menusuk ke setiap sudut rumah, membangkitkan selera sesiapa sahaja yang menghidunya.
Apabila pintu besar terbuka, Zizah melangkah masuk dengan penuh anggun, diikuti oleh Faid yang kelihatan segak namun sedikit rendah diri. Diana Sabela, kakak sulung Zizah yang bertugas sebagai doktor pakar, segera bangun untuk menyambut kepulangan adik bongsunya itu.
"Hi kakak, abang. Dah lama sampai?" tanya Zizah dengan nada ceria sambil menghampiri mereka.
Diana tersenyum dan menarik Zizah ke dalam pelukan. Namun, sebaik sahaja kulit tangan mereka bersentuhan untuk bersalaman dan berpelukan, Diana tersentak. Sebagai seorang doktor, derianya sangat tajam. Dia merasakan suhu badan Zizah yang sedikit luar biasa dan melihat ada kesan-kesan samar di sekitar urat leher yang cuba disembunyikan di sebalik rambut dan mekap yang tebal. Dia tahu, ada "aktiviti panas" yang baru sahaja berlaku sebelum adiknya sampai ke sini.
"Baru jer... adik kakak ni makin cantiklah. Mata tu tajam sungguh, takut kakak tengok," tegur Diana sambil memandang tepat ke anak mata Zizah, seolah-olah cuba membaca rahsia di sebalik renungan itu.
"Kakak ni... ini lens jelah, tu pun pilihan Faid," jawab Zizah sambil tertawa kecil, melirik manja ke arah Faid yang sedang rancak berbual dengan abang mereka, Fattah, dan suami Diana, Dr. Lokman.
Faid nampaknya mudah menyesuaikan diri. Dr. Lokman dan Fattah kelihatan selesa berbual dengannya, mungkin kerana sifat Faid yang budiman dan pandai membawa diri.
Suasana riuh-rendah dengan tawa cucu-cucu Tan Sri Tajudin yang berlari keluar masuk bilik permainan tiba-tiba menjadi sedikit tenang apabila Sri Khatijah turun dari tingkat atas bersama suaminya.
Tan Sri Tajudin berjalan dengan langkah yang agak perlahan, wajahnya cuba diukir dengan senyuman, namun matanya tidak berani bertentang lama dengan Zizah. Kejadian di pejabat siang tadi masih menghantui setiap inci fikirannya.
"Ha, semua dah sampai pun. Baguslah. Jom kita ke meja makan, Mami dah siapkan semua lauk kegemaran kamu," ujar Sri Khatijah dengan nada keibuan yang sangat tulus.
"Faid, jangan segan-segan ya. Makan banyak sikit, Mami masak khas untuk kamu." Dia memandang Faid dengan senyuman manis.
"Terima kasih, Mami. Susah-susah je," balas Faid sopan.
Mereka semua bergerak ke meja makan yang panjang. Zizah duduk bertentangan dengan Papinya. Setiap kali Tan Sri Tajudin mendongak, dia akan melihat Zizah yang sedang tersenyum manis ke arahnya—senyuman yang bagi orang lain nampak kasih, tetapi bagi Tan Sri, ia adalah satu peringatan bahawa "nyawanya" ada di dalam poket anak perempuannya itu.
Diana yang duduk di sebelah Zizah, memerhati interaksi antara adiknya dan Papi. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Papi yang biasanya dominan dan tegas, malam ini kelihatan sedikit 'tunduk' dan terlalu berhati-hati dengan Zizah.
"Papi kenapa diam je malam ni? Tak sihat ke?" tanya Fattah, perasan akan kedinginan ayahnya.
Tan Sri Tajudin tersentak. "Eh, tak ada apa. Papi cuma penat sikit, kerja banyak kat pejabat tadi."
Zizah menyuap sedikit rendang ke mulutnya sebelum bersuara. "Betul tu abang Fattah, Papi penat sangat kat pejabat tadi. Macam-macam 'urusan' yang Papi kena selesaikan. Kan Papi?"
Tan Sri Tajudin hampir tersedak air yang sedang diminumnya. Dia hanya mampu mengangguk lemah sambil mengelap bibirnya dengan sapu tangan.
Malam itu, di sebalik tawa besar keluarga Tajudin, tersimpan satu rahsia gelap yang hanya diketahui oleh dua orang di meja itu. Zizah sedang menikmati makan malamnya dengan penuh kepuasan, manakala Faid terus menjadi pelengkap kepada lakonan keluarga bahagia itu, tanpa menyedari betapa dalamnya "permainan" yang sedang dimainkan oleh kekasihnya.
Malam itu.
Diana Sabela berdiri di balik tirai langsir kaca yang menghadap ke arah kolam ikan di laman depan. Matanya yang tajam sebagai seorang doktor cuba mencari cela, namun apa yang dilihatnya hanyalah sebuah pemandangan yang sangat harmoni.
Zizah benar-benar pakar dalam menutup segala rahsia. Segala kecurigaan Diana tentang kesan-kesan samar di leher atau suhu badan adiknya tadi seolah-olah hilang begitu saja apabila melihat ketenangan Zizah sekarang.
Share this novel