Completed
163108
Di luar, di bawah cahaya lampu taman yang suram dan kedinginan angin malam, Zizah dan Faid duduk berdua di kerusi panjang tepi kolam. Suara Zizah kedengaran halus, bercakap dengan nada yang manja dan tenang—satu sisi yang jarang ditunjukkan kepada sesiapa, melainkan kepada Faid Azhari.
"Biy, you rasa Mami suka tak dengan masakan yang you bawa tadi?" tanya Zizah sambil melentokkan kepalanya di bahu Faid.
Faid tersenyum tulus, tangannya melingkar kemas di bahu Zizah, menarik wanita itu rapat ke dadanya. "Mami nampak suka, sayang. Tapi I lagi suka tengok you makan banyak malam ni. Nampak selera sangat."
Zizah merengek kecil, seolah-olah mengadu tentang sesuatu yang remeh tentang penatnya hari itu. Faid tidak hanya mendengar, malah dia menyampuk dengan kata-kata semangat, sesekali mengucup ubun-ubun Zizah dengan penuh kasih sayang. Namun, dalam kelembutan itu, tangan Faid mula bertindak nakal. Jari-jemarinya merayap masuk ke celah baju yang dipakai Zizah, mengusap kulit belakangnya sebelum meramas lembut pinggang wanita itu.
Zizah tersentak kecil, satu rengekan manja hampir terlepas dari bibirnya. Dia segera menutup mulut dengan tangan sambil tergelak kecil, matanya melirik manja ke arah Faid.
"I tak sangka you boleh masuk kepala dengan Abang Fattah. You borak apa tadi?" Zizah cuba mengalihkan fokus, walaupun tubuhnya mula terasa hangat dengan sentuhan Faid yang semakin berani.
"Borak pasal kereta, pasal bisnes sikit. Abang you baik, Zizah. I rasa macam dah lama kenal dengan keluarga you," balas Faid jujur.
Dia benar-benar merasa diterima, tanpa mengetahui bahawa ketenangan ini dibeli dengan "ancaman" yang Zizah berikan kepada bapanya siang tadi. Tangannya kini semakin jauh merayap ke dalam, meramas lembut bahagian yang membuatkan nafas Zizah mula tidak teratur.
Zizah mendongak memandang wajah Faid, matanya bersinar dengan keazaman dan nafsu yang terselindung. "You tahu tak Faid... I sanggup buat apa saja untuk pastikan saat macam ni kekal selamanya. I takkan biarkan sesiapa ganggu you lagi, Biy. Takkan pernah."
Zizah beralih memaut leher Faid, memaksa lelaki itu menundukkan wajah setara dengannya. "Sebab I nak semua orang tahu... yang pilihan I tak pernah salah. Dan sesiapa pun yang cuba halang kebahagiaan kita, dia akan berdepan dengan I dulu."
Di sebalik tirai langsir kaca, Diana Sabela memerhati dengan nafas yang berat. Sebagai seorang doktor, dia tahu bahasa tubuh itu bukan sekadar kasih sayang biasa. Dia melihat tangan Faid yang tersembunyi di sebalik baju Zizah dan bagaimana adiknya itu melentikkan badan setiap kali sentuhan itu mengenai sasaran. Walaupun dia tahu adiknya seorang yang manipulatif, dia tidak boleh menafikan bahawa Faid adalah "ubat" yang paling mujarab untuk Zizah.
Zizah yang sedar dirinya diperhati, memberikan satu senyuman kemenangan ke arah tingkap itu sebelum berbisik di telinga Faid, "Jom masuk, Biy. Dah lewat. I nak you temankan I minum kopi kat dapur sebelum you balik... I nak you sambung apa yang tangan you buat ni dekat dalam nanti."
Apabila mereka melangkah masuk melewati pintu besar, Diana sudah sedia berdiri di kaki tangga dengan tangan berpeluk tubuh. Matanya tajam memerhatikan tangan Zizah yang masih memaut kemas lengan Faid.
"Amboi, melekat nampak? Tak boleh lepas langsung ya?" tegur Diana dengan nada sinis yang cuba disembunyikan.
Zizah langsung tidak terkejut. "Eh, Kak Diana tak tidur lagi? Faid nak minum kopi kejap sebelum balik, I yang ajak."
Sambil berjalan melewati kakaknya, Zizah sempat berbisik perlahan, cukup untuk didengari oleh Diana sahaja. "Jangan risau Kak Ngah... I tahu apa I buat. Semuanya under control."
Diana hanya mampu memerhatikan mereka menuju ke dapur dengan keluhan kecil, menyedari bahawa dalam rumah ini, Zizah kini adalah pemegang takhta yang sebenar.
Di ruang dapur yang serba moden dan diterangi lampu kuning malap, Faid berdiri di hadapan mesin kopi. Bunyi desisan wap air yang menggelegak memecah kesunyian malam. Dengan penuh teliti, dia membancuh kopi buat kekasih hatinya ke dalam sebuah mug kecil bermotifkan seramik mewah.
Zizah duduk di atas kaunter dapur yang tinggi, kakinya yang panjang menyilang perlahan. Dia memandang Faid lama, matanya yang tajam tidak beralih walau sesaat pun daripada memerhatikan setiap gerak-geri lelaki itu. Ada satu kepuasan yang dalam melihat lelaki yang pernah dihina itu kini berkhidmat untuknya dengan penuh kasih sayang.
Apabila Faid berpaling untuk menghantar mug tersebut, tangan Zizah mula merayap ke dada tegap Faid. Jari-jemarinya yang sejuk bergerak perlahan di atas fabrik kemeja itu, menekan lembut otot-otot dada Faid dengan gerakan yang sengaja menggoda.
Faid terhenti.
Nafasnya terhenti seketika apabila merasakan sentuhan itu semakin berani. Dia meletakkan mug kopi itu di atas kaunter dan beralih sepenuhnya memandang Zizah.
"Sayang... are you okay?" soal Faid dengan suara yang sedikit serak, matanya mencari jawapan dalam anak mata Zizah yang berkilat.
Zizah tidak menjawab dengan segera. Dia menarik kolar baju Faid supaya wajah lelaki itu semakin dekat dengan wajahnya, sehingga dia dapat merasakan hembusan nafas Faid di pipinya.
"I okay, Biy... cuma..." Suara Zizah semakin mengecil, hampir seperti bisikan rahsia yang hanya boleh didengari oleh mereka berdua.
"I cuma terfikir... kenapa Sofia benar-benar membencikan you? Kenapa dia sanggup canangkan pada dunia yang you tak mampu, sedangkan..." Zizah menjatuhkan pandangannya ke arah tubuh Faid, tangannya kini beralih meramas perlahan otot lengan Faid yang keras dan pejal.
"...sedangkan otot-otot you segar dan sihat selama ni. I yang rasa, I yang tahu betapa 'hidupnya' you bila dengan I," bisiknya lagi sambil mengukir senyuman sinis yang penuh dengan kebanggaan.
"Dia memang perempuan buta, atau dia sebenarnya gila sebab tak mampu nak miliki apa yang I miliki sekarang."
Faid terdiam, wajahnya berubah sedikit tegang apabila nama Sofia disebut, namun sentuhan Zizah segera memadamkan rasa sakit hati itu. Dia memegang tangan Zizah yang berada di lengannya, membawanya ke bibir dan mengucupnya lama.
"Biarkan dia dengan kegilaan dia, Zizah. Apa yang dia nampak dulu, bukan apa yang you nampak sekarang. Dengan you... I rasa lebih daripada sekadar lelaki sihat. I rasa dihargai," balas Faid lembut.
Zizah tertawa kecil, tawa yang penuh dengan nada dominasi. Dia merapatkan bibirnya ke telinga Faid. "Sebab itu I takkan lepaskan you. I nak you buktikan pada I malam ni, dan setiap malam lepas ni... yang kata-kata Sofia tu hanyalah sampah."
Tangan Faid tidak lagi mampu menahan sabar. Dia merangkul pinggang Zizah dan menarik wanita itu rapat ke tubuhnya, mengabaikan kopi yang semakin sejuk di atas meja. Di dapur itu, di sebalik kemewahan banglo Tan Sri Tajudin, Zizah sekali lagi berjaya membangkitkan 'api' dalam diri Faid, memastikan lelaki itu tunduk hanya kepada kemahuannya.
Suasana di dapur itu berubah menjadi medan pertempuran nafsu yang jauh lebih intens daripada sebelumnya. Kata-kata Zizah tentang Sofia seolah-olah menjadi pemetik api yang membakar sisa kesabaran Faid. Dia ingin membuktikan, bukan sahaja kepada Zizah tetapi kepada dirinya sendiri, bahawa segala penghinaan masa lalu itu adalah dusta semata-mata.
Faid tidak lagi bertindak lembut. Dia merapatkan tubuhnya, lalu tangannya menyelinap ke bawah dan meramas pinggul Zizah dengan kasar dan kuat. Tindakan drastik itu membuatkan tubuh Zizah tersentak hebat.
"Ahhh..." Satu desahan halus terlepas dari bibir Zizah. Dia memejamkan mata rapat, merasakan seluruh tubuhnya sedikit bergetar menerima sentuhan kasar yang menuntut itu.
Dalam hati, Zizah tersenyum puas di sebalik nafasnya yang sesak. Faid tak mandul! Tenaga dan kejantanan yang ditunjukkan Faid sekarang jauh melebihi mana-mana fishboy atau lelaki simpanan yang pernah dia bela sebelum ini. Faid adalah harimau yang selama ini dikurung dalam sangkar oleh Sofia, dan kini Zizah telah melepaskannya.
"Biy... coffee I... ahhh..." Zizah cuba memberi amaran yang lemah, matanya melirik ke arah mug kopi yang masih berasap nipis di atas kaunter, namun dia sendiri tidak mempunyai kekuatan untuk menolak.
"I dulu baru coffee, sayang!" balas Faid dengan suara yang dalam dan penuh kuasa.
Tanpa menunggu balasan, Faid membenamkan wajahnya di ceruk leher Zizah. Dia menggigit kecil kulit leher yang putih itu, membuatkan Zizah mendesis antara pedih dan nikmat. Faid kemudian mencium bertubi-tubi di tempat yang sama—menandakan kawasannya, meninggalkan kesan merah yang baharu di atas kesan yang sudah sedia ada dari hotel tadi.
Zizah mencengkeram bahu Faid, kukunya yang cantik itu sedikit menekan masuk ke dalam kulit lelaki itu. Dia merasakan dominasi Faid yang luar biasa malam ini. Di dapur rumah bapanya sendiri, Zizah membiarkan dirinya ditundukkan oleh lelaki yang dia selamatkan.
"You memang lapar ya, Faid..." bisik Zizah dengan suara yang tidak bermaya, kepalanya terdongak ke belakang memberikan akses seluas-luasnya untuk Faid terus menjajah lehernya.
"I takkan pernah kenyang kalau dengan you, Zizah," gumam Faid di celah ciumannya, tangannya masih tidak melepaskan cengkeraman di pinggul Zizah, memastikan wanita itu tahu siapa yang memegang kendali di ruang dapur malam itu.
Share this novel