Completed
163108
Suasana di luar bilik mesyuarat itu terasa lebih tegang daripada di dalam. Zizah memandang Papinya dengan renungan yang tidak berganjak, sedikit pun tidak terusik dengan rayuan bapanya. Baginya, diplomasi sudah lama mati sejak dia melihat Faid hampir terjun dari jambatan tempoh hari.
"Zizah, bukan soal takut!" Suara Papinya tertahan-tahan, bimbang didengari oleh staf yang lalu-lalang.
"Ini soal integriti. Faid ada rekod buruk dengan keluarga Kamal. Kalau Papi naikkan dia, orang akan cakap Papi guna kuasa untuk kepentingan peribadi anak sendiri!"
"Integriti?" Zizah ketawa kecil, nada yang cukup menyakitkan hati.
"Papi cakap pasal integriti dengan orang yang dah fitnah menantu sendiri sampai muflis? Papi, Faid bukan tak ada kebolehan. Dia arkitek yang hebat sebelum kerjaya dia disabotaj oleh Dato' Kamal."
Zizah merapatkan wajahnya ke arah Papinya, suaranya kini mendatar dan penuh ancaman. "Kalau Papi tak nak masukkan dia secara rasmi, fine. Tapi Papi kena ingat, filem yang ada di tangan Faid sekarang bukan sekadar proposal projek.”
“Di dalamnya ada bukti penyelewengan dana syarikat Dato' Kamal yang selama ini dia sorok daripada Papi."
Papinya tergamam. "Apa kamu cakap?"
"Yes, Papi. Faid simpan semua bukti tu sebagai 'insurans' dia dulu, tapi dia terlalu baik untuk gunakan. Tapi I bukan dia. I tak baik, Papi." Zizah membetulkan kolar baju Papinya dengan tenang.
"Sekarang Papi pilih. Papi nak selamatkan 'kawan lama' Papi yang pencuri tu, atau Papi nak bagi peluang pada Faid untuk pulihkan maruah dia dan selamatkan projek kerajaan ni?"
Papinya kelu. Dia melihat wajah anaknya yang kini benar-benar menjadi wanita besi. Dia sedar, Zizah tidak lagi bermain dengan emosi kanak-kanak; dia sedang bermain politik peringkat tinggi.
"Papi bagi dia jawatan Penasihat Khas Projek," kata Papinya akhirnya, suaranya kedengaran kalah.
"Tapi dengan satu syarat... jangan ada kekecohan melampau di dalam sana."
Zizah tersenyum menang. Dia tidak berjanji, tetapi dia memberikan anggukan kecil. Dia berpaling dan menolak pintu bilik mesyuarat dengan kuat, membiarkan bunyi pintu itu menarik perhatian semua orang di dalam.
Suasana di dalam bilik mesyuarat itu menjadi sunyi sepi apabila Papi Zizah melangkah masuk dengan wajah yang serius dan terus melabuhkan duduk di kerusi paling hadapan, mengetuai meja besar tersebut. Zizah, dengan wajah yang masih tegang, langsung tidak menoleh ke arah bapanya. Dia duduk dengan tenang di sebelah Faid, lalu mengambil fail yang berada di tangan lelaki itu dengan gerakan yang tegas.
Pertukaran fail itu disaksikan oleh semua orang, termasuk Dato' Kamal yang kini tidak senang duduk. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila fail yang sepatutnya menjadi bahan pembentangan kini berada di tangan Zizah.
Papi Zizah berdehem sedikit, cuba memulihkan wibawanya sebagai menteri dan pengerusi mesyuarat. Suaranya yang serak basah mula bergema di ruang yang beku itu.
"Selamat pagi semua," mulanya dengan nada yang terkawal.
"Agenda kita hari ni bukan sekadar untuk membincangkan bajet tahunan, tetapi juga tentang penstrukturan semula. Kita memerlukan tenaga pakar yang lebih segar untuk memastikan syarikat dan projek kerajaan ini berkembang ke tahap global."
Zizah hanya mendiamkan diri, namun matanya yang tajam tetap memerhatikan tindak-tanduk Dato' Kamal yang asyik mengelap peluh di dahi.
"Saya akan menilai sendiri fail-fail calon yang layak untuk memegang jawatan utama dalam fasa baru ini."
"Hanya mereka yang mempunyai integriti dan rekod bersih sahaja yang akan saya pilih untuk meneruskan perjalanan bersama kita," sambung Papinya lagi sambil matanya melirik sekilas ke arah Zizah.
Zizah tersenyum sinis. Dia membuka fail di tangannya fail yang mengandungi 'rahsia' syarikat Dato' Kamal yang telah dikumpul oleh Faid selama ini. Dia sengaja menyelak kertas-kertas itu dengan bunyi yang agak kuat, menarik perhatian semua yang hadir.
Dato' Kamal yang sedang mengelap peluh di dahi memandang mereka dengan penuh curiga.
Suasana di dalam bilik mesyuarat itu semakin tegang apabila Papi Zizah mula membentangkan keputusan penstrukturan syarikat. Beberapa fail di atas meja lelaki itu sudah dibuka, mengandungi senarai nama individu yang telah lama berkhidmat dan syarikat-syarikat luar yang berjaya menjalin kerjasama strategik.
Satu persatu nama disebut. Papinya mengumumkan kenaikan pangkat bagi beberapa pegawai senior dan mengiktiraf usaha baru yang berjaya membawa keuntungan kepada syarikat. Setiap kali nama syarikat yang bersekutu dengan Dato' Kamal disebut sebagai rakan kerjasama, Dato' Kamal akan menarik nafas lega, seolah-olah dia hampir terlepas daripada jerat.
Walau bagaimanapun, Zizah tetap tenang. Dia masih memegang satu fail terakhir di tangannya fail yang tidak ada pada Papinya. Fail itu nampak nipis, namun itulah satu-satunya dokumen yang mampu mengubah segala keputusan yang sedang dibacakan oleh bapanya ketika itu.
"Seterusnya," suara Papi Zizah bergema lagi, "berdasarkan pencapaian tahun lalu, saya memutuskan untuk mengekalkan kedudukan Dato' Kamal sebagai rakan kongsi utama bagi projek pembangunan di kawasan zon pusat..."
"Tunggu, Papi," celah Zizah. Suaranya tidak kuat, tetapi cukup tajam untuk menghentikan kata-kata bapanya serta-merta.
Semua mata tertumpu kepada Zizah. Zizah mengangkat fail di tangannya tinggi sedikit, sebelum mencampakkannya ke tengah meja mesyuarat sehingga fail itu meluncur tepat ke hadapan Papinya.
"Sebelum Papi sahkan jawatan Dato' Kamal, Papi perlu tengok 'pencapaian' sebenar syarikat dia yang tidak ada dalam rekod rasmi Papi," ujar Zizah sinis.
Papinya mengerutkan kening. Dia mencapai fail tersebut dan membukanya. Sebaik sahaja helaian pertama dibaca, wajah Papinya yang tadi tenang berubah menjadi tegang. Urat di dahinya mula kelihatan.
"Zizah, apa semua ni?" tanya Papinya dengan suara yang mula bergetar.
"Itu adalah laporan audit forensik yang Faid simpan. Bukti penyelewengan dana projek yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan pekerja, tapi masuk ke akaun peribadi keluarga Kamal untuk membiayai gaya hidup mewah anak perempuan dia, Sofia," jelas Zizah tanpa ragu.
Dato' Kamal terus berdiri, wajahnya putih lesi seperti mayat. "Itu fitnah! Faid sengaja reka cerita sebab dia nak balas dendam pada saya!"
Faid Azhari akhirnya bersuara. Dia memandang Dato' Kamal dengan pandangan yang kosong namun penuh berwibawa. "Dato', nombor akaun dan tarikh pemindahan wang tak pernah menipu. Kalau Tan Sri mahukan bukti transaksi bank, saya boleh paparkan di skrin sekarang juga."
Papi Zizah menutup fail itu dengan dentuman yang kuat. Dia memandang Dato' Kamal dengan penuh rasa kecewa dan amarah. "Kamal... saya percayakan awak."
"Papi," Zizah menyambung, memanipulasi keadaan dengan bijak.
"Syarikat kita perlukan pemimpin baru yang jujur. Dan Zizah cadangkan, Faid Azhari mengambil alih posisi penasihat utama untuk membetulkan segala kerosakan yang Dato' Kamal dah buat."
Dato' Kamal terduduk semula, tangannya menggigil hebat. Dia tahu, empayar yang dibinanya dengan penipuan kini runtuh di hadapan matanya sendiri, dan Faid lelaki yang dia cuba musnahkan dulu kini berdiri sebagai penggantinya.
"Maaf semua, ada sedikit perubahan teknikal," Zizah memulakan bicara sebaik sahaja dia duduk di kerusi pengerusi. Matanya tajam memandang Dato' Kamal.
"Sebelum kita bincang pasal bajet, saya ingin perkenalkan secara rasmi Penasihat Khas Projek yang baru dilantik, Encik Faid Azhari.”
“Dia yang akan menyemak semua aliran tunai dan invois daripada syarikat Dato' Kamal... bermula sekarang."
Wajah Dato' Kamal yang tadi pucat, kini bertukar menjadi putih lesi. Dia tahu, masanya sudah tiba untuk dia membayar segala dosa lampaunya.
Faid Azhari pula hanya mengangkat sedikit fail di tangannya, membalas pandangan Dato' Kamal dengan senyuman yang sangat tipis namun membunuh.
Share this novel