Bab 36

Drama Completed 163108

Faid Azhari memberhentikan keretanya dengan mengejut di hadapan restoran sushi tersebut. Dadanya berombak kencang. Separuh hatinya mahu berpatah balik mencari Zizah yang hilang entah ke mana, namun separuh lagi mahu menamatkan gangguan Sofia ini buat selama-lamanya.
Dia melangkah masuk ke dalam restoran dengan wajah yang tegang. Matanya meliar sebelum tertancap pada satu sudut yang agak terlindung. Di situ, Sofia sedang duduk menanti dengan wajah yang cengkung dan pucat—sangat berbeza dengan Sofia yang pernah dia kenali dahulu.
"You nak apa lagi, Sofia?" sergah Faid sebaik sahaja dia berdiri di depan meja itu. Dia tidak duduk. Dia mahu urusan ini selesai dalam masa seminit.
Sofia mendongak. Matanya merah, seperti baru lepas menangis. "Faid... duduklah kejap. I tahu you benci I, tapi tolong... dengar dulu apa yang I nak cakap."
"I tak ada masa. Zizah dah salah faham sebab mesej you tadi. You sedar tak apa yang you dah buat?" suara Faid bergetar menahan amarah.
Sofia tersenyum kelat, sebuah senyuman yang penuh dengan kepahitan. "Zizah... Dia memang hebat, kan? Dia lindungi you dengan cara dia sendiri. Tapi Faid, ada sesuatu yang dia tak pernah beritahu you. Sesuatu yang dia simpan rahsia sejak hari you 'diselamatkan' di tepi pantai dulu."
Faid mengerutkan dahi. Langkahnya yang tadi mahu pergi, terhenti. "Apa maksud you?"
Sofia mengeluarkan sehelai sampul surat lusuh dari begnya dan menolaknya ke arah Faid. "You ingat tak siapa yang sebenarnya upah orang untuk serang you malam tu? Orang yang buatkan you hampir mati lemas sampai Zizah 'terpaksa' datang selamatkan you?"
Faid mencapai sampul itu dengan tangan yang menggigil. Di dalamnya terdapat beberapa keping gambar dan salinan transaksi bank yang sudah lama.
"I memang salah sebab tinggalkan you, Faid. I mengaku I pengecut. Tapi I tak pernah khianat nyawa you," bisik Sofia dengan nada tersekat-sekat.

"Zizah bukan sekadar penyelamat, Faid. Dia yang atur 'kemalangan' tu supaya dia boleh jadi wira di mata you. Dia nak pastikan you tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni selain dia. Dia nak you terhutang nyawa dengan dia sampai mati."
Dunia Faid seolah-olah berpusing. Gambar-gambar di tangannya menunjukkan perjumpaan sulit antara Zizah dengan beberapa lelaki yang sangat dia kenali—lelaki yang membelasahnya pada malam berdarah itu.
"Dia cintakan you dengan cara yang sakit, Faid. Dia sanggup hancurkan you supaya dia boleh kutip sisa-sisa diri you dan bina semula ikut acuan dia," sambung Sofia lagi.

"Sebab tu I call you bukan sebab nak rebut you balik, tapi sebab I tak tahan tengok you terus hidup dalam penipuan wanita yang you panggil 'mawar' tu."
Faid terduduk lemah di kerusi. Telinganya berdesing. Segala kelembutan Zizah, pengorbanan wanita itu, dan tangisannya tadi... adakah semuanya sebahagian daripada lakonan yang sempurna?
"Sekarang you faham kenapa dia 'hilang'?" Sofia memandang tepat ke dalam anak mata Faid.

"Dia bukan lari sebab merajuk. Dia lari sebab dia tahu I dah tahu rahsia dia. Dia takut 'papan catur' yang dia susun selama ni akan tumbang."
Faid meramas dokumen itu sehingga hancur. Otaknya teringat pesanan terakhir Zizah di lif tadi "I cakap... pergi ambil dia, Faid. Go."

Enjin kereta Faid menderu membelah jalan raya menuju ke pinggir pantai yang terpencil itu. Memori lama menerpa seperti ombak besar yang menghancurkan benteng fikirannya. Dia ingat lagi malam itu—malam di mana dia merasa dunianya sudah berakhir setelah dikhianati oleh Sofia dan perniagaannya hancur. Dia telah memilih untuk menyerah diri kepada laut.
Dia ingat rasa air masin yang memenuhi paru-parunya. Rasa dingin yang mencengkam sehingga ke tulang. Dia ingat tubuhnya tenggelam ke dasar yang gelap, pasrah untuk mati.
Namun, misteri yang paling besar adalah apabila dia terjaga.
Dalam ingatannya, dia membuka mata di sebuah bilik hospital yang sangat mewah dan sunyi. Bau antiseptik menusuk hidung, dan perkara pertama yang dia lihat bukanlah Sofia, bukan juga keluarganya. Dia melihat seorang wanita yang sangat cantik, berpakaian korporat yang kemas, sedang duduk tenang di sofa sambil menaip sesuatu di laptopnya. Wanita itu nampak sangat berkuasa, seolah-olah dia memiliki seluruh hospital itu.
Wanita itu adalah Zizah.
"You dah sedar?" Itu adalah ayat pertama Zizah. Dingin, namun penuh otoriti.
Faid memberhentikan keretanya dengan mengejut di gigi pantai. Pasir berterbangan. Dia keluar dari kereta, memandang ke arah laut yang bergelora. Kata-kata Sofia di restoran tadi berpusing-pusing dalam kepalanya: "Dia yang atur kemalangan tu supaya dia boleh jadi wira di mata you."
"Tak mungkin..." bisik Faid sendirian.
Dia tidak percaya Zizah, wanita yang merawatnya selama berbulan-bulan, yang memberikannya modal untuk bangkit semula, dan yang mencintainya dengan begitu tegar, adalah dalang di sebalik malam dia hampir mati lemas. Bagaimana mungkin seseorang boleh merancang sebuah 'kematian' hanya untuk memulakan sebuah 'kehidupan' baru?
Beberapa minit seketika.

Faid berlari ke arah kawasan pasir yang lebih sunyi. Dari jauh, dia melihat kelibat sebuah SUV hitam yang sangat dia kenali. Hatinya luruh. Di sana, di atas pasir yang basah, dia melihat Zizah sedang duduk melutut, membelakangi arahnya.
Zizah nampak sangat kecil di tengah-tengah pantai yang luas itu. Bahunya terhinjut-hinjut, menandakan wanita besi itu sedang hancur dalam tangisannya sendiri.
"ZIZAH!" laung Faid.
Zizah tersentak. Dia tidak berpaling, namun dia tahu itu suara Faid. Dia segera menyapu air matanya dengan kasar, cuba mengumpul semula sisa kekuatan dan topeng kedinginannya.
Faid mendekat, nafasnya tercungap-cungap. "Cakap dengan I, Zizah. Cakap dengan I yang Sofia tu penipu! Cakap dengan I yang apa yang I nampak di hospital dulu adalah takdir, bukan rancangan you!"
Zizah perlahan-lahan bangun. Dia berpusing menghadap Faid. Matanya merah dan bengkak, namun bibirnya mengukir senyuman yang paling pahit pernah Faid lihat.
"You dah jumpa dia, kan?" tanya Zizah lembut.

"You dah tengok 'hadiah' yang dia bagi pada you?" tangan zizah mengigil.
"I tak nak tahu pasal Sofia! I nak tahu pasal malam tu! Malam kat pantai ni!" Faid mencengkam bahu Zizah, memintanya menjelaskan segala-galanya. "Betul ke you yang upah orang tu? Betul ke you sengaja biarkan I lemas supaya you boleh selamatkan I?!"
Zizah terdiam lama. Angin laut meniup rambutnya liar. Dia memandang tepat ke dalam mata Faid dengan pandangan yang kosong.
"Kalau I cakap ya..." suara Zizah bergetar.

"Adakah you akan terjun semula ke dalam laut tu untuk matikan diri you yang I dah cipta ni, Faid Azhari?"
Dunia seakan terhenti bagi Faid. Pengakuan itu lebih tajam daripada sebilah pisau. Faid terasa seolah-olah seluruh dunia yang dibinanya selama ini runtuh menghempap diri. Dia mahu Zizah menafikan. Dia mahu Zizah ketawa dan mengatakan Sofia hanya mahu memecahbelahkan mereka. Namun, jawapan yang keluar dari mulut Zizah adalah sebuah pengakuan yang mematikan segala harapan.
"Ya, Faid... Semuanya betul."
Faid terpaku.

Dia mengemam bibirnya rapat, cuba mencari sisa nafas dalam oksigen yang terasa semakin menipis. Kedua-dua bodyguard Zizah, Fiona dan Dienda, turut tersentak. Mereka saling berpandangan dengan wajah yang pucat; mereka tahu Zizah nekad, tetapi mereka tidak menyangka Zizah akan mengaku sebulat itu.
"ZIZAH! YOU DAH GILA KE APA?!" Faid terpekik tepat di depan wajah Zizah. Suaranya bergema di celah deruan ombak, penuh dengan rasa marah, kecewa, dan tidak percaya.

"You buat semua tu? You rancang kematian I?! You biarkan I lemas semata-mata nak jadi hero dalam hidup I?!"
Zizah menjauhkan dirinya setapak demi setapak. Dia melihat lelaki di depannya itu dengan pandangan yang sudah mula berubah. Amarah Faid perlahan-lahan meresap masuk ke dalam hatinya, menggantikan rasa sedih dengan satu kedinginan yang amat dalam. Dia kecewa—kecewa kerana lelaki yang dia sayang lebih memilih untuk mempercayai kata-kata seorang bekas isteri yang pernah membuangnya, berbanding melihat pengorbanan wanita yang telah membinanya semula.
"Maaf Faid... I... apa yang Sofia cakap tu, apa yang you dengar, semua itu betul," suara Zizah kini datar, tiada lagi esakan. Dia sudah mencapai tahap di mana dia tidak mahu lagi menjelaskan apa-apa.
Zizah membetulkan postur tubuhnya, kembali menjadi wanita korporat yang kedinginan. "I takkan buang nama you dalam syarikat Papi. You tetap ada bahagian you kat sana. I buat semua tu... sebab I nak tebus dosa I pada you."
Zizah berpaling.

Dia tidak mahu melihat wajah Faid lagi. Setiap saat dia berdiri di situ, hatinya semakin hancur melihat kebencian dalam mata lelaki itu. Dia mula mengatur langkah, berjalan pergi meninggalkan pantai yang menjadi saksi permulaan dan pengakhiran sandiwara mereka.
"ZIZAH! I TAK HABIS CAKAP LAGI! ZIZAH!" Faid menjerit sekuat hati, cuba mengejar.
Namun, langkah Zizah lebih pantas. Sebelum Faid sempat mencapainya, Fiona dan Dienda sudah menghalang laluan Faid dengan tegas.
"Tepi! I nak cakap dengan dia!" Faid meronta, tetapi kedua-dua wanita itu tetap teguh berdiri seperti tembok.
Zizah masuk ke dalam SUV hitam itu tanpa menoleh lagi. Pintu ditutup rapat, mengunci segala kenangan mereka di luar. Di dalam kereta, Zizah menyandarkan kepalanya pada cermin yang gelap.
"Jalan, Fiona," bisiknya lemah.
Kereta itu mula bergerak meninggalkan Faid yang terduduk melutut di atas pasir pantai. Faid meraup rambutnya dengan kasar, air mata lelakinya akhirnya tumpah. Dia benci Zizah atas penipuan itu, tetapi dalam masa yang sama, dia sedar dia tidak tahu bagaimana mahu hidup tanpa wanita yang telah "mencipta" semula dirinya itu. Papan catur itu sudah bersepah, dan kali ini, Zizah sendiri yang menumbangkan buah rajanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience