Completed
163108
Faid Azhari berdiri di balik jendela kaca pejabatnya, memerhatikan Mercedes milik Zizah yang meluncur keluar dari perkarangan bangunan. Dahinya berkerut. Dia dapat merasakan perubahan angin. Sejak malam romantik di restoran tempoh hari, layanan Zizah mula terasa hambar. Tiada lagi usikan manja di atas riba, tiada lagi sentuhan panas di bahu. Zizah seolah-olah sudah mendapat apa yang dia mahukan daripada Faid.
"Dia gunakan aku sebagai 'tukang bersih' saja ke?" gumam Faid sendirian.
Laporan daripada orang upahannya sudah sampai ke meja. Zizah memang sibuk, tetapi bukan sekadar mesyuarat biasa. Dia sedang memperkukuhkan semula pengaruhnya di peringkat antarabangsa bersama tetamu-tetamu korporat bapanya. Faid sedar, setelah dia berjaya menyingkirkan semua pembelot dan staf lama Dato' Kamal, kedudukan syarikat kembali stabil dan nama Zizah kembali harum sebagai pewaris yang bijak.
Zizah telah menggunakan "kejantanan" dan ketegasan Faid untuk menakut-nakutkan musuh, dan kini setelah padang sudah bersih, Zizah mula meletakkan jarak. Beberapa jam kemudian, Zizah masuk ke pejabat Faid tanpa sebarang kemesraan. Dia hanya meletakkan satu fail di atas meja.
"Biyy, I akan ke London lusa untuk seminggu. Papi nak I uruskan pelaburan baru di sana.”
“You stay sini, pantau staf. I tak nak ada satu pun kesilapan sepanjang I tak ada," kata Zizah dengan nada formal, langsung tidak memandang mata Faid dengan penuh nafsu seperti selalu.
Faid bangun, berjalan mendekati Zizah dan cuba merangkul pinggang wanita itu dari belakang. "You pergi seminggu? I'll miss you, sayang. Takkan tak ada 'bekalan' untuk I sebelum you pergi?"
Zizah melepaskan pegangan tangan Faid dengan cara yang halus namun tegas. Dia berpaling dan memberikan senyuman dingin. "Kerja dulu, Faid. I dah bagi you kuasa, I dah bagi you pangkat.”
“I harap you tak lalai dengan semua tu hanya sebab nafsu. Ingat... I ambil you dari jalanan, I juga boleh hantar you balik ke sana."
Faid terpempan. Itu adalah amaran terbuka. Keyakinan Zizah telah kembali sepenuhnya. Dia bukan lagi wanita yang memerlukan perlindungan Faid; dia adalah "Sri Zizah" yang asal—dingin, angkuh, dan tidak tersentuh.
"You nampak lain, Zizah," ujar Faid, suaranya mula kedengaran keras.
"I tak berubah, Faid. I cuma kembali ke tempat I yang asal. Di atas," jawab Zizah sambil membetulkan kolar baju Faid dengan gaya seorang bos kepada pekerja.
"You dah buat tugas you dengan baik bersihkan staf-staf tu. Sekarang, buktikan yang you boleh jaga profit syarikat pula. I pergi dulu." Zizah melangkah keluar dengan bunyi tumit tinggi yang kedengaran sangat dominan.
Faid mengepalkan penumbuknya sehingga urat-urat di tangannya timbul. Dia sedar, Zizah sedang cuba menjadikannya sebagai "pegawai bawahan" semula setelah dia selesai melakukan kerja-kerja kotor.
"Kau fikir kau dah menang, Zizah?" Faid mendesis sinis.
"Kau lupa yang aku dah pindahkan sebahagian nyawa syarikat kau ke akaun aku. Kau pergilah London... pergi jauh-jauh. Bila kau balik nanti, kau akan tengok bangunan ni masih berdiri, tapi pemiliknya bukan lagi nama Tajudin." Faid segera mencapai telefonnya.
Dia perlu mempercepatkan proses "pengosongan" dana. Jika Zizah mula bermain jauh, dia harus bertindak lebih pantas sebelum wanita itu sedar bahawa "sayap" yang dia banggakan itu sebenarnya adalah gunting yang sedang memotong urat nadinya sendiri.
Permainan ini semakin berbahaya. Zizah mula menunjukkan taringnya sebagai pemilik asal, manakala Faid sedang bersedia untuk melakukan serangan hendap yang paling kejam dalam sejarah hidupnya.
Hari demi hari berlalu, pejabat tingkat 9 yang dahulunya penuh dengan kehangatan dan ketegangan erotis antara mereka berdua kini terasa sunyi dan dingin buat Faid. Setiap kali Faid cuba menarik perhatian Zizah—sama ada melalui laporan kejayaan syarikat yang luar biasa atau pesanan-pesanan manja—semuanya dibalas sekadar kadar perlu oleh Zizah.
Zizah kini lebih banyak menghabiskan masa di luar negara, terbang dari satu ibu kota ke ibu kota yang lain. Apabila Faid menghubungi Zizah pada waktu malam, selalunya suara Zizah kedengaran sibuk.
"I tengah dengan client ni, Biyy. Nanti I call balik," atau "I ada dinner dengan pelabur dari Dubai, you tidurlah dulu."
Walaupun Zizah masih memanggilnya "Biyy" dan mengekalkan nada hormat sebagai seorang kekasih, Faid dapat merasakan satu jurang yang sangat luas mula tercipta. Zizah seolah-olah telah meletakkan dia di dalam sebuah kotak bernama "Pekerja Setia merangkap Kekasih Simpanan" yang hanya dibuka apabila Zizah memerlukannya.
Satu petang, Faid nekad membuat panggilan video. Zizah menjawabnya, menampakkan dia berada di sebuah restoran mewah di London. Wajahnya nampak segar, cantik, dan sangat berkuasa.
"You tak rindu I ke, sayang? Dah empat hari you tak tanya khabar I," soal Faid, cuba mengawal nada suaranya supaya tidak nampak terlalu terdesak, namun keangkuhannya sedikit tercalar.
Zizah tersenyum nipis di skrin telefon. "Mestilah rindu, Biyy. Tapi you pun tahu kan, I kat sini untuk masa depan kita juga. You buat kerja you kat sana baik-baik.”
“I bangga dengar staf cakap you sangat tegas kat pejabat sekarang. That's my man."
Ayat "That's my man" itu kedengaran seperti satu pujian buat seekor anjing penjaga yang cekap, bukannya untuk seorang teman lelaki yang setaraf.
"I dah bersihkan akaun unit pemasaran macam yang you nak. Tapi I rasa I perlu ke sana untuk teman you," Faid mencuba nasib.
"Tak perlu, Biyy. I kat sini semuanya terkawal. Lagipun, Papi nak I fokus dengan deal ni tanpa sebarang gangguan peribadi.”
“You jaga 'rumah' kita kat sana ya? I kena letak dulu, client I dah sampai. Love you."
Talian diputuskan.
Faid merenung skrin telefon yang gelap dengan perasaan yang bercampur baur. Di satu sisi, Zizah masih menghormatinya dan tidak pernah berkasar, tetapi di sisi lain, Faid sedar dia sedang "dijinakkan" secara halus.
Zizah memberikan dia kuasa di pejabat supaya dia sibuk, sementara Zizah sendiri memegang kunci kepada segala keputusan besar di luar sana.
Faid melempar telefonnya ke atas meja. Dia bangun dan berdiri di depan cermin besar di biliknya. Dia melihat tubuhnya yang sasa di sebalik kemeja mahal segalanya pemberian Zizah.
"Kau fikir kau boleh ikat aku dengan pangkat dan pujian macam tu, Zizah?" Faid bercakap pada pantulan dirinya sendiri.
"Kau hormat aku sebab kau ingat aku masih 'anjing' yang jaga pintu pejabat kau. Kau tak tahu yang aku dah mula gigih lubangkan kapal yang kau tengah kemudi ni." Faid menyedari bahawa rasa hormat Zizah itu hanyalah satu bentuk manipulasi untuk memastikan dia tidak memberontak sementara Zizah memperkukuhkan kedudukannya.
Namun, Faid juga bukan calang-calang. Dia mula merancang untuk melakukan sesuatu yang akan memaksa Zizah pulang melutut kepadanya—bukan kerana cinta, tetapi kerana takut kehilangan empayar yang sedang dia bina sekarang.
Faid mencapai satu fail sulit. "Kalau kau nak sangat main profesional, Zizah... I akan tunjukkan pada you apa maksud profesional yang sebenar."
Faid Azhari duduk di kerusi ketua di dalam bilik mesyuarat yang dingin. Di hadapannya, beberapa orang pengurus kanan dan peguam syarikat berdiri tegak, menanti dengan penuh debar. Di atas meja, dokumen-dokumen rasmi bersusun tinggi, bertingkat-tingkat, menanti satu perkara sahaja: Tandatangan Faid Azhari.
Zizah telah memberikan mandat penuh kepada Faid melalui satu surat kuasa (Power of Attorney) sebelum dia berlepas ke luar negara. Ini bermakna, pada saat ini, pen di tangan Faid mempunyai kuasa yang lebih besar daripada suara Tan Sri Tajudin sendiri dalam urusan operasi harian.
Faid membelek helaian demi helaian dengan perlahan. Matanya tajam, namun fikirannya melayang jauh.
“Apa kau betul-betul percayakan aku dengan mudah, Zizah?” bisik hatinya.
Dia membayangkan wajah Zizah. Wajah yang cantik tetapi sentiasa dihiasi dengan senyuman sinis yang merendah-rendahkan orang lain. Dia teringat betapa bongkaknya wanita itu setiap kali dia mengingatkan Faid tentang asal-usulnya yang dari "jalanan". Faid tahu, kepercayaan Zizah ini bukannya datang daripada cinta yang buta, tetapi daripada satu bentuk kesombongan. Zizah terlalu yakin yang Faid tidak akan berani mengkhianatinya kerana Faid "memerlukan" kekayaannya.
"Encik Faid? Dokumen untuk pemindahan dana operasi ke akaun pembekal baru ni perlukan tandatangan segera," celah salah seorang peguam, mematikan lamunan Faid.
Faid tersenyum sinis.
Dia mencapai pen montblanc miliknya. Di bawah tumpukan dokumen itu, dia tersenyum melihat satu helaian yang terselit kemas—dokumen yang telah dia ubah suai secara halus, di mana sebahagian besar kuasa kawalan anak syarikat akan beralih kepada syarikat peribadinya jika projek ini gagal atau mengalami masalah teknikal yang dia sendiri rancangkan.
"Zizah... you terlalu sibuk dengan dunia luar sampai you lupa siapa yang you tinggalkan dalam rumah you sendiri," gumam Faid perlahan, hampir tidak kedengaran oleh staf yang lain.
Dia mula menurunkan tandatangan dengan gaya yang penuh berwibawa. Setiap coretan pen itu adalah satu langkah untuk merampas terus kuasa daripada tangan Zizah. Dia berasa sangat bangga diri. Dia membayangkan saat Zizah pulang nanti, wanita itu akan melihat dia bukan lagi sebagai "sayap" atau "anjing penjaga", tetapi sebagai pemilik mutlak yang telah mengunci semua pintu masuk ke empayar Tajudin.
"Selesai," Faid menolak fail-fail itu ke depan dengan kasar.
"Pastikan semua proses ni berjalan macam yang I rancang. I tak nak ada satu pun kesilapan. Faham?"
"Faham, Encik Faid!" sahut mereka serentak.
Selepas semua staf keluar, Faid menyandarkan tubuhnya dan berpusing menghadap dinding kaca. Dia melihat langit yang luas, membayangkan pesawat yang sedang membawa Zizah terbang di antara benua.
"You boleh teruskan jadi bongkak di sana, sayang. Teruskan berbual dengan client-client hebat you sayang.” Dia menyentuh wajah Zizah di skrin itu dengan ibu jarinya, satu sentuhan yang penuh dengan dendam yang terselubung dalam kasih sayang yang palsu.
Share this novel