Bab 35

Drama Completed 163108

Pagi itu yang sepatutnya tenang bertukar menjadi tegang dalam sekelip mata. Zizah berdiri kaku di tepi meja solek, matanya terpaku pada skrin telefon bimbit Faid yang menyala. Satu notifikasi mesej ringkas, namun impaknya seperti peluru yang menembus dada.
"Baby, I nak jumpa dengan you kejap.. I tunggu you dekat restoran sushi."
Zizah memerhatikan Faid dari pantulan cermin. Lelaki itu masih sibuk mengemas katil, mengutip bantal-bantal yang berselerakan di lantai—sisa "perayaan" mereka malam tadi. Wajah Zizah berubah menjadi sangat tajam, kedinginan mula menyelubungi ruang bilik hotel mewah itu.
Faid yang perasan suasana tiba-tiba sunyi, menoleh dan mendekati Zizah. "Sayang... kenapa ni? You nampak pucat."
"You masih ada hubungan dengan Sofia?" Suara Zizah kedengaran sangat lembut, namun setiap patah perkataan itu seolah-olah dipalit racun yang paling berbisa.
Faid tersentak. Dia mencapai telefonnya dan membaca mesej tersebut. Wajahnya berubah pucat. "Sayang... I... I tak tahu pasal ni."
"You masih ada hubungan dengan dia ke biy?" tanya Zizah lagi. Dia tidak menunggu jawapan.

Dengan tenang, dia mencapai beg tangannya, membetulkan sedikit rambutnya, dan terus melangkah keluar dari bilik tanpa menoleh lagi.
"Sayang! I... Wait!" Faid mengejar langkah Zizah sehingga ke koridor hotel.
Zizah berhenti di depan pintu lif. Dia berpusing dan mengukir satu senyuman yang sangat manis—senyuman yang membuatkan bulu roma Faid meremang.

"Tak apa, biy. I faham. Macam mana pun, dia pernah ada dalam kehidupan lepas you. Dia perlukan you sekarang."
Faid memegang dahi Zizah, matanya sarat dengan kerisauan. "Sayang, you okay tak ni? You demam ke? Kenapa you cakap macam ni?" Faid hairan. Zizah yang dia kenal adalah seorang yang sangat posesif dan cemburu buta. Kenapa kali ini Zizah nampak seperti langsung tidak terkesan?
Zizah menepis lembut tangan Faid. "Biy, bekas isteri you nak jumpa tu. You pergilah ambil dia. I ada hal lain sikit ni. Bye."
Pintu lif terbuka.

Zizah melangkah masuk dengan anggun. Apabila Faid cuba masuk sekali, Zizah meletakkan tapak tangannya di dada Faid, menolak lelaki itu keluar secara halus namun tegas.
"I cakap... pergi ambil dia, Faid. Go," bisik Zizah sebelum pintu lif tertutup rapat.
"Sayang!! Zizah!!" Faid menekan-nekan butang lif dengan rakus, tetapi angka pada skrin sudah mula menurun.
Di dalam lif, senyuman Zizah hilang serta-merta. Dia menggenggam tali beg tangannya sehingga buku limanya memutih. Dia tidak marah kepada Faid, tetapi dia sedang merancang sesuatu yang jauh lebih dahsyat.
"Kau nak main dengan aku lagi, Sofia? Kau ingat aku tak sebut nama kau tu bermakna kau bebas?" Zizah mengeluarkan telefon rahsianya.

Faid mundar-mandir di lobi hotel seperti orang hilang punca. Telefon di tangannya tidak berhenti mendail nombor Zizah, namun setiap kali itu juga panggilannya masuk ke peti simpanan suara. Dadanya bergetar hebat—bukan kerana takutkan Sofia, tetapi kerana dia sangat mengenali Zizah. Ketenangan Zizah di depan lif tadi adalah petanda "ribut" yang paling dahsyat yang pernah dia saksikan.
"Sial!" carut Faid perlahan. Dia segera mendail nombor Fiona, pembantu peribadi Zizah yang paling setia.
"Fiona! Zizah ada masuk pejabat tak?" sergah Faid sebaik sahaja panggilan diangkat.
"Tak ada, Encik Faid. Tadi saya ada tanya juga sebab ada dokumen penting kena tandatangan, tapi Cik Zizah kata dia ambil cuti kecemasan hari ni. Kenapa ya?" suara Fiona kedengaran bingung.
Faid tidak menjawab. Dia terus mematikan panggilan dan mendail Dienda pula, seorang lagi orang kuat Zizah. Keputusannya sama; Dienda juga tidak tahu ke mana majikan mereka itu menghilang selepas keluar dari hotel tadi.
Faid mula terasa sesak nafas. Dia tahu Zizah mempunyai beberapa tempat persembunyian yang tidak diketahui oleh orang luar. Dia mula menghubungi pemilik-pemilik kelab malam yang sering dikunjungi oleh "Fishboy" gelaran rahsia atau kenalan bawah tanah yang sering membekalkan maklumat kepada Zizah.
"Hello, ni Faid. Ada nampak Zizah datang sana?" tanya Faid kepada seorang pengurus kelab.
"Tak ada, bos. Dari semalam tak nampak kelibat dia. Kenapa? Ada masalah ke?"
Faid mematikan telefon. Dia meraup wajahnya dengan kasar. Zizah seolah-olah ghaib ditelan bumi. Tindakan Zizah yang menyuruhnya pergi mengambil Sofia tadi bukannya satu keizinan, tetapi satu ujian yang sangat berbahaya. Jika dia benar-benar pergi mencari Sofia, dia tahu hubungannya dengan Zizah akan tamat selamanya.
Namun, jika dia tidak mencari Sofia, dia tidak akan tahu siapa yang berada di belakang semua ini dan mengapa Sofia dibebaskan pada waktu sebegini.
"You main gila dengan I, Zizah..." bisik Faid. Dalam fikirannya hanya satu: Dia perlu sampai sebelum Zizah mengotorkan tangannya lagi. Dia tidak mahu mawar yang dipujanya itu hancur hanya disebabkan sampah seperti Sofia.

Zizah masih bersandar lesu di tempat duduk belakang kereta. Matanya merenung kosong ke luar tingkap, memerhatikan barisan pokok yang berlalu pantas. Senyuman nipis yang tersungging di bibirnya bukan tanda bahagia, tetapi senyuman sinis seorang wanita yang sudah nekad untuk melepaskan segala-galanya.
Fiona yang memandu, memandang cermin pandang belakang dengan dahi berkerut. "Sri, kenapa kita datang sini?" tanya Fiona perlahan, hairan apabila Zizah meminta mereka memandu jauh ke pinggir pantai yang terpencil.
"You tahu sampah harus dikembalikan ke tong sampah, Fiona," balas Zizah pendek. Suaranya kedengaran sayu, hampir tenggelam dek bunyi deruan penghawa dingin kereta yang dingin membeku.
Fiona dan Dienda saling berpandangan. Dienda yang duduk di kerusi penumpang hadapan hanya mampu mengeluh kecil. Dia tahu "sampah" yang dimaksudkan oleh Zizah ialah Sofia.
"Tapi Sri... kenapa you minta I berbohong pada Encik Faid tadi? You suruh I cakap yang I tak tahu you kat mana, sedangkan you ada dengan kami," tanya Fiona lagi, masih tidak faham dengan permainan majikannya kali ini.
Zizah tidak menjawab. Dia memejamkan matanya rapat-rapat. Tiba-tiba, setitis demi setitis air mata mengalir laju menuruni pipinya yang mulus. Dia tidak lagi mampu menahan sesak yang menghimpit dada sejak melihat mesej di telefon Faid pagi tadi.
"Sebab I rasa dunia ni tak adil, Fiona... walaupun I tak ganggu orang," bisik Zizah sambil mengelus lembut pipinya, cuba membuang sisa air mata yang tidak mahu berhenti.

"I jaga dia, I sayang dia, tapi kenapa masa silam dia masih datang nak meragut kebahagiaan I?"
Dienda menoleh ke belakang, menatap sayu wajah Zizah. "Sri... apa yang you buat ni betul ke?"
Kereta akhirnya berhenti di gigi pantai. Inilah tempat keramat, lokasi di mana Zizah pernah bertarung nyawa menyelamatkan Faid suatu ketika dahulu. Zizah membuka pintu kereta SUV itu dan melangkah turun.
Angin laut yang kuat menyapanya dengan lembut, membuatkan helaian rambutnya jatuh menutupi dahi, namun dibiarkan saja. Dia berjalan longlai ke arah pasir pantai yang putih, lalu duduk melutut di situ.
Zizah membenamkan wajahnya ke lutut, membiarkan esakannya pecah sepuas hati. Pasir pantai yang sejuk itu menjadi saksi runtuhnya ego seorang wanita yang selama ini dianggap kejam. Di tempat inilah dia pernah memberikan nafas kedua buat Faid Azhari, namun hari ini, dia merasa seolah-olah nafasnya sendiri yang sedang diragut.
"Sri... jom balik. Angin dah kuat ni," pujuk Fiona lembut sambil menyentuh bahu Zizah.
Zizah menggeleng perlahan. "You tahu tak, Fiona? I buat semua ni sebab I nak tengok... kalau I tak ada nanti, adakah dia akan cari I sampai ke lubang cacing, atau dia akan berhenti bila dia nampak Sofia di depan mata dia?"
Zizah tersenyum pahit, air matanya masih mengalir. "Mungkin itu tempat selayaknya untuk Faid. Kembali kepada 'rumah' lama dia. I ni cuma persinggahan yang penuh dengan darah dan dendam."
"Tapi Sri, you yang selamatkan dia! You yang ada dengan dia masa dia susah!" celah Dienda, tidak puas hati melihat majikannya mengalah begitu sahaja.
"Sebab itu dunia ni tak adil, Dienda," balas Zizah sayu.

"I selamatkan dia, tapi I yang kena tanggung sakit ni sorang-sorang. I dah penat nak jadi 'pelindung'. I nak rasa dilindungi, tapi setiap kali I bagi kepercayaan, I dibalas dengan mesej ikat jamin macam tadi."
Zizah menggenggam pasir di tangannya, membiarkan butiran pasir itu jatuh ditiup angin. "I minta you berbohong tadi supaya Faid rasa apa yang I rasa. Rasa hilang punca. Rasa dikhianati."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience