Bab 58 TAMAT

Drama Completed 163108

Suasana di lobi dewan lelongan bertukar menjadi kecoh dan memalukan. Sebaik sahaja urusan pembayaran mahu dilakukan, mesin terminal kad kredit di kaunter pengurusan berbunyi tit... tit... tit... berkali-kali dengan paparan merah.

DECLINED.
Zizah dan Faid yang sedang berjalan keluar, sengaja memperlahankan langkah mereka. Zizah berdiri dengan tangan di pinggang, menyaksikan saat-saat kehancuran musuhnya dengan senyuman yang sangat puas.
"Kenapa Dato'? Kad 'platinum' pun tak lepas ke?" sindir Zizah tajam.
Petugas kewangan dewan lelongan bersuara dengan nada tegas, "Maaf Dato', akaun konsortium korang telah dibekukan oleh pihak bank atas arahan pihak berkuasa untuk siasatan pengubahan wang haram. Baki yang ada pula telah ditarik keluar secara automatik untuk membayar tunggakan hutang syarikat."
Wajah Dato' Salim, Encik Khalid, dan Jeremy berubah menjadi kelabu. Mereka bukan sahaja tidak dapat barang lelongan itu, tetapi kini rahsia kewangan mereka terbongkar di depan khalayak ramai. Segala dana yang mereka kumpulkan untuk membebaskan Dato' Kamal dan membiayai Sofia telah lebur sepenuhnya.
Zizah mendekati mereka, membisikkan sesuatu yang membuatkan mereka rasa mahu mati di situ juga. "I yang hantar maklumat pasal dana haram korang pada Bank Negara pagi tadi.”

“I cuma tunggu korang 'sahkan' bidaan ni supaya korang nampak macam penipu besar di depan semua pelabur."
Sofia terduduk di atas lantai marmar di luar dewan. Gaun mewahnya kini nampak seperti kain buruk.
"Semua ni salah kau, perempuan sial!" Jeremy menjerit tepat ke muka Sofia.

"Kalau bukan sebab kau yang sibuk nak 'show off' lawan bidaan Zizah tadi, akaun kita takkan kena 'flag'!"
"Kau cakap kau ada jalan nak jatuhkan Faid! Tapi kau cuma habiskan duit kami untuk benda sampah!" Encik Khalid pula memaki hamun, matanya merah menyala.

"Kau memang pembawa sial, Sofia!"
"Dasar betina tak guna! Disebabkan kau, kami semua bakal masuk penjara sekali dengan Kamal!" Dato' Salim menunjal kepala Sofia sehingga wanita itu tersembam ke lantai.
Sofia hanya mampu menangis teresak-esak sambil menutup telinganya daripada kata-kata kesat yang dilemparkan. Dia sedar, dia telah dipergunakan oleh pengarah-pengarah itu, dan kini dia dibuang seperti sampah sebaik sahaja dia tidak lagi berguna.
Zizah bukan sahaja merampas Faid daripadanya, tetapi Zizah telah menghancurkan setiap peluang terakhir yang Sofia ada untuk kembali hidup normal. Malam itu, di bawah cahaya lampu jalan, Sofia sekali lagi kehilangan segala-galanya—kali ini, buat selama-lamanya.

Sofia berlari sekuat hati meredah hujan yang tiba-tiba turun, mengejar langkah Zizah dan Faid yang hampir memasuki kereta. Dia tersungkur di atas tar yang kasar tepat di hadapan kaki Zizah. Gaun mewahnya basah lencun, dan solekannya comot bercampur air mata.
"Zizah! Tunggu!" jerit Sofia dengan suara yang serak, hampir lemas dalam esakannya.
Zizah berhenti. Dia berpaling perlahan dengan wajah yang tetap tenang dan anggun, seolah-olah dia sudah menjangkakan drama ini akan berlaku. Faid pula berdiri di sebelah Zizah, matanya memandang Sofia dengan pandangan yang kosong, tiada lagi sekelumit pun rasa simpati.
"Zizah... I minta maaf. I merayu pada you," Sofia memegang hujung kasut tumit tinggi Zizah.

"Mereka... Dato' Salim dan yang lain-lain tu... mereka yang jamin I keluar dari penjara. Mereka tawarkan I kekayaan semata-mata nak gunakan I untuk buat you bankrup!"
Zizah mengangkat keningnya, tidak menunjukkan sedikit pun riak terkejut.
"Mereka nak I buat pengakuan palsu di media. Mereka nak I malukan Faid, katakan yang Faid khianati Dato' Kamal demi you!”

“Mereka nak jahanamkan maruah Faid supaya korang berdua jatuh tersungkur!" Sofia bercakap dengan laju, nafasnya tercungap-cungap.

"I terpaksa ikut, Zizah. I tak ada pilihan masa tu. Tapi I sedar... mereka cuma nak gunakan I!"
Faid mengetap rahangnya, tangannya menggenggam erat payung yang melindungi Zizah. "You baru sedar sekarang, Sofia? Selepas you cuba nak bida barang-barang Zizah tadi? Selepas you cuba nak hina dia di depan semua orang?"
"I tahu I salah! Tapi tolonglah I, Zizah... I takut. Mereka marahkan I sekarang sebab duit mereka dah habis. I tak ada tempat nak pergi. I tak nak masuk penjara balik!" Sofia merayu lagi, wajahnya kini pucat lesi.
Zizah perlahan-lahan menarik kakinya daripada pegangan Sofia. Dia membongkok sedikit, menyamai paras wajah Sofia yang sedang melutut itu.
"Sofia... you tahu tak apa yang membezakan I dengan you?" bisik Zizah, suaranya dingin menyucuk tulang.

"You sentiasa rasa you 'terpaksa'. Tapi I... I sentiasa 'merancang'. You ingat I tak tahu mereka jamin you keluar? I yang biarkan peguam mereka dapatkan akses pada you, supaya I boleh kumpulkan semua musuh I dalam satu lubang yang sama."
Sofia tergamam. Matanya terbeliak memandang Zizah.
"You cakap mereka nak buat I bankrup? Tapi tengoklah siapa yang melutut di tengah hujan sekarang ni," sambung Zizah lagi.

"Dan pasal maruah Faid... you takkan mampu malukan dia, sebab dunia dah nampak siapa yang sebenarnya 'sampah' malam ni." Zizah berdiri tegak semula, memandang ke arah Faid dengan senyuman manis.

"Biyy, bagi dia sedikit wang. I tak nak dia mati kebuluran kat depan dewan ni. Nanti busuk pula nama syarikat Papi."
Faid mengeluarkan beberapa keping not seratus ringgit dari dompetnya dan mencampakkannya ke arah Sofia. Wang itu jatuh di atas jalan yang basah. "Ambil ni. Pergi jauh dari hidup kami, Sofia. Ini sedekah terakhir daripada I dan isteri I."
Zizah dan Faid terus masuk ke dalam kereta mewah mereka tanpa berpaling lagi. Sofia ditinggalkan sendirian di tengah hujan lebat, meratapi nasibnya sambil memungut wang yang bertaburan di atas jalan—sedar bahawa dia telah kalah dalam peperangan yang dia sendiri mulakan terhadap seorang wanita bernama Sri Zizah.

Faid memerhatikan susuk tubuh Sofia yang berlari terhuyung-hayang menuju ke perhentian bas yang gelap di hujung jalan. Dari dalam cermin tingkap Mercedes yang kalis bunyi, dia masih dapat melihat Sofia yang sedang memeluk erat beberapa keping not seratus ringgit itu seolah-olah ia adalah harta paling bernilai di dunia.
Tawa Sofia yang kedengaran dari jauh—tawa yang pecah dalam kegilaan dan keputusasaan—membuatkan hati Faid terasa berat. Dia melihat wanita yang dahulunya pernah menjadi isterinya, yang pernah tidur di sebelahnya, kini telah hancur sepenuhnya. Sofia bukan sahaja hilang harta dan kecantikan, tetapi dia telah hilang kewarasan diri.
"Kenapa diam, Biyy?" Zizah bertanya lembut, menyentuh lengan Faid. Matanya memerhatikan wajah Faid yang kelihatan termenung jauh.
Faid melepaskan keluhan kecil. "I cuma terfikir... betapa murahnya harga diri seorang manusia bila dendam dan tamak dah menguasai hati.”

“Sofia... dia dah tak ada sesiapa, Zizah. Dia cuma jadi catur yang dibuang oleh semua orang, termasuk mereka yang jamin dia keluar tadi."
Zizah menyandarkan kepalanya di bahu Faid, matanya turut melirik ke arah Sofia yang masih sibuk mengelap duit kertas yang basah itu dengan hujung bajunya yang lencun.
"Kasihan itu perlu, tapi jangan sampai ia buat you lemah semula," pesan Zizah dengan nada yang tenang namun tegas.

"Dia yang pilih jalan ni. Dia pilih untuk bekerjasama dengan Salim dan Kamal untuk hancurkan kita. Apa yang dia lalui sekarang adalah hasil daripada setiap keputusan yang dia buat sendiri."
Faid mengangguk perlahan. Dia tahu Zizah betul. Jika mereka tidak bertindak bijak malam ini, mungkin merekalah yang berada di tempat Sofia sekarang—dihina dan ditinggalkan tanpa apa-apa.
"I tahu, sayang. I takkan lemah. I cuma sedar betapa beruntungnya I sebab ada you yang sentiasa nampak jalan keluar sebelum lubang tu digali," ujar Faid sambil mencium ubah-ubun Zizah.
Kereta mewah itu mula bergerak meninggalkan perkarangan dewan lelongan, membelah kepekatan malam dan hujan yang semakin renyai. Di belakang mereka, Sofia masih di situ, tergelak sendirian dalam dunianya yang sudah musnah, memeluk sisa kekayaan yang tidak akan mampu memulihkan maruahnya yang telah hancur berkecai.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience