Bab 52

Drama Completed 163108

Di dalam sebuah bilik kelab peribadi yang malap dan berkepul dengan asap cerut, suasana terasa sangat tegang. Dato’ Salim, Encik Khalid, Tuan Ibrahim, dan Jeremy duduk mengelilingi meja bulat dengan wajah yang mencuka. Gelas wiski di depan mereka langsung tidak diusik.
"Kita tak boleh biarkan budak hingusan tu terus pijak kepala kita!" Dato’ Salim menghentam meja dengan penumbuknya.

"Zizah ingat dia dah menang besar? Dia lupa siapa yang bina asas industri ni sebelum dia lahir lagi." Jeremy menyedut cerutnya dalam-dalam sebelum menghembuskan asap ke udara.

"Masalahnya sekarang, tangan kita terikat dengan kontrak 'penebus dosa' tu. Kalau kita tarik diri, kita muflis. Kalau kita teruskan, kita cuma jadi hamba abdi mereka."
"Sebab tu kita perlukan 'duri' yang betul-betul tajam untuk tembus masuk ke dalam Sri Holdings," celah Encik Khalid dengan suara yang licik.

"Seseorang yang tahu setiap lubang tikus dalam syarikat tu. Seseorang yang ada dendam yang lebih besar daripada kita terhadap Faid dan Zizah."
Ketiga-tiga mereka serentak memandang ke arah Tuan Ibrahim. Tuan Ibrahim tersenyum penuh makna.
"Dato’ Kamal," bisik Tuan Ibrahim.
"Tapi Kamal tengah 'rehat' kat dalam (penjara). Macam mana dia nak bantu kita?" soal Jeremy ragu-ragu.
Dato’ Salim menyandarkan badan, matanya mengecil. "Dia 'rehat' pun sebab bukti yang Zizah dan Faid serahkan pada SPRM. Tapi korang lupa ke? Kamal masih ada simpan 'fail hitam' pasal projek-projek lama Tan Sri Tajudin. Kalau kita boleh bawa dia keluar, atau sekurang-kurangnya dapatkan akses pada fail tu, kita boleh hancurkan kredibiliti Tan Sri Tajudin dari dalam."
"Kita kena gunakan pengaruh kita untuk percepatkan proses rayuan atau cari lubang dalam kes dia," sambung Encik Khalid.

"I ada peguam yang boleh buat kerja 'kotor' ni. Kita ikat Dato' Kamal dengan perjanjian baru. Kita bagi dia modal, dia bagi kita rahsia untuk jatuhkan empayar Tajudin."
Dato’ Salim mengangguk setuju. "Betul. Faid nampak kuat sebab ada Zizah. Zizah nampak kuat sebab ada pengaruh Papi dia. Kalau kita tarik tiang seri rumah tu, iaitu Tan Sri Tajudin... seluruh bangunan Sri Holdings akan runtuh menyembah bumi."
"Dan masa tu," Jeremy menambah dengan nada sinis.

"Kita akan pastikan Faid Azhari merangkak semula ke longkang tempat dia berasal."
Mereka berempat kemudiannya merapatkan kerusi, mula membincangkan butiran terperinci mengenai aliran wang haram yang perlu disediakan untuk membebaskan rakan lama mereka itu. Tanpa pengetahuan Faid dan Zizah, duri yang paling berbisa sedang diasah untuk ditikam tepat ke jantung kebahagiaan mereka.

Rancangan untuk membebaskan Dato’ Kamal bukanlah semudah yang disangka. Empat orang pengarah itu kini duduk di sebuah pejabat rahsia, diiringi oleh PA (pembantu peribadi) masing-masing yang merupakan pakar dalam selok-belok maklumat dan penyiasatan korporat.
"Kita kena buktikan Kamal tak bersalah. Kita kena cari 'kambing hitam' atau sekurang-kurangnya bukti yang menunjukkan dokumen yang Faid serahkan dulu adalah palsu," arah Dato’ Salim kepada kesemua PA yang ada di situ.
Keempat-empat PA tersebut, yang telah bekerja tanpa henti selama 48 jam, saling berpandangan dengan wajah yang lesu. Mereka telah menyelongkar setiap fail, setiap transaksi akaun, dan setiap rekod peribadi milik Zizah dan Faid, namun hasilnya tetap sama.
"Maaf Dato’," salah seorang PA mula bersuara sambil memusingkan skrin laptopnya ke arah majikan mereka.

"Kami dah cari dari setiap sudut. Masalahnya, Faid dan Zizah sekarang sangat bersih. Sejak Faid ambil alih projek lima juta tu, setiap transaksi dilakukan melalui sistem 'blockchain' yang Zizah pasang. Tak ada ruang untuk kita 'tanam' bukti palsu."
PA Jeremy pula menyambung, "Zizah pula... dia terlalu teliti. Dia tak ada skandal peribadi, tak ada sejarah pecah amanah, malah rekod cukai dia pun sempurna. Kehidupan peribadi mereka berdua pula nampak sangat 'solid'. Mereka jarang keluar ke tempat yang boleh kita jadikan bahan fitnah."
"Takkan tak ada langsung?!" jerit Jeremy geram.

"Manusia mana yang tak ada silap? Masalahnya, setiap langkah mereka sekarang dipantau oleh pasukan keselamatan peribadi yang sangat ketat," balas PA Tuan Ibrahim.

"Malah, kami cuba cari kelemahan dalam kontrak 'penebus dosa' yang kita tandatangan tu pun... peguam kata kontrak tu 'water-tight'. Zizah dah kunci semua lubang yang boleh kita gunakan untuk saman mereka balik."
Dato’ Salim meraup wajahnya dengan kasar. Dia merasa semakin terdesak. "Maksudnya korang nak cakap yang mereka berdua ni 'perfect'?"
"Buat masa ni, ya Dato’. Mereka berdua saling melengkapi. Kelemahan Faid ditutup oleh ketegasan Zizah, dan kelemahan Zizah ditutup oleh kerja keras Faid," lapor salah seorang PA lagi.
Mendengarkan itu, Encik Khalid tiba-tiba tersenyum sinis. "Kalau mereka tak ada kelemahan dari segi kerja... kita kena cari kelemahan dari segi 'hati'. Ingat, Faid pernah ada sejarah dengan Sofia. Dan Zizah... dia seorang wanita yang sangat cemburu dan posesif.”

“Kalau kita tak boleh jatuhkan syarikat, kita jatuhkan hubungan mereka. Bila hubungan mereka retak, tumpuan mereka pada bisnes akan hancur."
"Tapi Sofia dah hilang dari radar," celah Tuan Ibrahim.
"Sebab tu kita kena cari dia... atau cari 'Sofia' yang baru untuk buat Zizah hilang pertimbangan," balas Encik Khalid dengan nada yang semakin licik.

Maklumat terbaru itu mengejutkan semua yang berada di dalam bilik rahsia tersebut. PA Encik Khalid meletakkan satu fail profil banduan di atas meja, menunjukkan gambar Sofia yang kelihatan sangat cengkung dan tidak bermaya.
"Dia berada di dalam penjara wanita Kajang, Dato'. Dia ditahan atas kesalahan penipuan dokumen dan kegagalan membayar hutang ahlong yang melampau.”

“Nampaknya, selepas dia kena belasah di gudang tempoh hari, pihak polis menjumpainya dan dia terus didakwa," lapor PA tersebut dengan nada serius.
Dato’ Salim merenung gambar Sofia dengan pandangan yang penuh dengan helah. "Ini... ini adalah kunci kita. Kalau Kamal dan Sofia ada di tempat yang sama—maksud I, di bawah sistem penjara yang sama—kita boleh gunakan mereka berdua."
"Apa rancangan you, Salim?" soal Tuan Ibrahim, mula tertarik.
"Kita bukan sahaja akan keluarkan Kamal, tapi kita akan gunakan Sofia untuk 'menyerang' mental Zizah. Kita akan bagi Sofia peguam yang paling hebat. Kita buat dia nampak seperti 'mangsa' keadaan yang ditindas oleh kuasa besar Sri Holdings.”

“Bayangkan tajuk berita: Bekas Isteri Faid Azhari Dibuang Dan Dianiaya Hingga Merengkuk Di Penjara," jelas Dato' Salim dengan senyuman jahat.
Jeremy mencelah, "Dan kita boleh 'bayar' Sofia untuk buat pengakuan palsu di mahkamah nanti. Dia boleh kata yang Faid sebenarnya bersubahat dengan Kamal dulu, tapi Faid khianati Kamal untuk dapatkan Zizah. Dengan cara itu, kita bukan saja bersihkan nama Kamal, tapi kita heret Faid masuk sekali."
"Tapi Sofia nak ke kerjasama? Dia nampak macam dah patah semangat," soal Encik Khalid.
"Seseorang yang tak ada apa-apa lagi untuk hilang adalah orang yang paling senang untuk kita manipulasi. Kita tawarkan dia kebebasan dan duit, dia pasti akan gigit umpan tu," balas Dato' Salim yakin.

"Panggil peguam kita. I nak mereka uruskan lawatan ke penjara esok pagi. Kita perlu mulakan proses 'mencucuk duri' ni secepat mungkin sebelum projek ikonik Faid dan Zizah dilancarkan."
Mereka berempat kini merasa mempunyai harapan baru. Di sebalik jeruji besi, dua orang yang paling membenci kebahagiaan Faid dan Zizah bakal disatukan untuk menjadi senjata pemusnah empayar Tan Sri Tajudin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience