Bab 22

Drama Completed 163108

Dunia Faid seakan berhenti berputar. Kata-kata Johan di hujung talian tadi bagaikan peluru yang menembus tepat ke jantungnya. Segala-galanya sudah tamat. Syarikat yang dia cipta dengan segala muslihat, akaun yang dia sangka rahsia, kini secara rasminya telah bertukar tangan kepada nama Sri Zizah.
Bukan dia yang merampas takhta Zizah, tetapi Zizah yang telah menelan seluruh kewujudannya tanpa perlu mengeluarkan setitik peluh pun.
Faid memandang ke arah meja solek yang baru sahaja ditinggalkan oleh Zizah. Di situ, tersusun rapi beberapa kepingan not duit kertas not Pound Sterling yang bernilai tinggi diletakkan di bawah botol minyak wangi mahal milik wanita itu.
Dia merangkak turun dari katil dengan tubuh yang masih lemah, mendekati meja itu dengan tangan yang menggigil. Dia menyentuh duit itu. Kedinginan kertas itu terasa seperti sindiran yang paling tajam.
"Duit... untuk apa?" bisiknya dengan suara yang serak.
Adakah Zizah menganggapnya sebagai gigolo? Atau adakah dia kini sekadar jalang lelaki yang dibayar selepas memberikan khidmat semalam? Maruahnya yang selama ini dia pertahankan dengan keangkuhan, kini hancur berkecai, bertaburan di atas lantai suite mewah itu. Zizah tidak memberikan dia cinta; Zizah memberikan dia "upah".
Faid melihat pantulan wajahnya di cermin. Lebam di pipi, mata yang merah, dan wajah yang bengkak. Dia kelihatan sangat menjijikkan. Dia teringat betapa dia pernah menghina Sofia, betapa dia pernah rasa dia adalah "pemangsa" yang akan menundukkan keluarga Tajudin.
Sekarang, dia sedar hakikat yang sebenar. Dia hanyalah seekor "fishboy" yang dipancing keluar dari lumpur jalanan, dibersihkan, dipakaikan baju mahal, dan kemudian digunakan untuk memuaskan nafsu dan ego seorang wanita bernama Sri Zizah.
Buk!
Telefon bimbitnya terlepas dari genggaman, jatuh ke atas permaidani tebal. Faid terduduk kaku di lantai, bersandar pada kaki meja solek itu. Dia memandang not-not duit di tangannya, lalu ketawa kecil. Satu tawa yang penuh dengan kepahitan dan kegilaan.
"Kau memang hebat, Zizah..." gumamnya dengan air mata yang mula mengalir deras membasahi pipinya yang bengkak.

"Kau tak bunuh aku... tapi kau buat aku rasa lebih hina daripada bangkai." Dia sedar sekarang kenapa Zizah menyuruhnya jangan keluar dari bilik. Bukan kerana reputasi, tetapi kerana Zizah mahu dia sedar tempatnya.
Dia merenyukkan not duit itu dalam genggamannya, menangis semahu-mahunya dalam kesunyian bilik yang menjadi saksi keruntuhan seorang lelaki yang bernama Faid Azhari.

Pintu suite mewah itu terbuka luas sekitar jam dua petang. Bunyi tumit tinggi Zizah yang berdetak di atas lantai marmar membawa aura kuasa yang memenuhi segenap ruang. Faid, yang masih dalam keadaan kusut-masai dan tidak berganjak dari posisinya, hanya mampu mengangkat wajahnya yang kuyu.
Zizah melangkah masuk dengan wajah yang segar, seolah-olah dia baru sahaja memenangi satu peperangan besar di luar sana. Namun, sebaik sahaja matanya tertuju kepada Faid, riak wajahnya berubah drastik. Dia berlari anak ke arah Faid dengan wajah yang penuh dengan kerisauan—satu lakonan yang sangat sempurna.
"Biyy! Oh my god, kenapa you masih di lantai ni?" Zizah melutut di depan Faid, memegang wajah lelaki itu dengan penuh kelembutan, seolah-olah dia bukan wanita yang menghayunkan tangan ke wajah itu malam tadi.
Di belakang Zizah, berdiri seorang lelaki pertengahan umur yang membawa beg perubatan.
"I bawa Dr. Richard. I tak tenang masa meeting tadi fikirkan keadaan you. I risau sangat tengok lebam kat muka you ni, Biyy," ujar Zizah dengan nada suara yang hampir menangis, tangannya mengusap pipi Faid yang bengkak.
Faid kaku. Dia memandang mata Zizah, mencari di mana letaknya kebenaran, namun yang dia nampak hanyalah pantulan dirinya yang hancur. Zizah memperlakukannya seperti seorang kekasih yang sangat berharga, sedangkan dia tahu doktor itu dibawa bukan sekadar untuk merawat, tetapi untuk memastikan "barang milik Zizah" kembali cantik dan boleh digunakan semula.
"Doctor, please check him. Make sure there’s no internal injury. I want him back to normal as soon as possible," arah Zizah kepada doktor itu, namun matanya tetap melekat pada Faid.
Doktor itu mula melakukan pemeriksaan. Zizah duduk di sebelah Faid, menggenggam erat tangan lelaki itu seolah-olah memberi kekuatan. Dia mencium dahi Faid berkali-kali.
"I minta maaf, Biyy... semalam I terlalu terbawa-bawa dengan perasaan I. You tahu kan I sayang you sangat-sangat?”

“I cuma nak you rasa betapa kuatnya cinta I pada you," bisik Zizah tepat di telinga Faid, suaranya halus dan sangat merdu.
Faid menelan liur.
"You maafkan I kan, sayang?" Zizah memandang Faid dengan mata yang berkaca-kaca, meminta simpati daripada lelaki yang telah dia hancurkan egonya.

Dia mengangguk perlahan. "I... I maafkan you, Zizah."
Zizah tersenyum lebar, senyuman yang sangat cantik namun di sebaliknya, dia sedang meraikan kemenangan mutlak. Dia berjaya meletakkan Faid di tempat yang dia mahukan seorang lelaki yang bergantung sepenuhnya pada belas kasihannya, yang akan dirawat bila sakit, dan akan "diajar" bila memberontak.
"Good. Lepas doktor settle, you mandi dan makan ya? I dah pesan makanan paling mahal untuk you.”

“I nak 'Raja' I sihat balik sebelum kita balik Malaysia esok," kata Zizah sambil mengenyitkan mata.
Faid hanya mampu terdiam. Dia sedar sekarang, rawatan doktor ini bukan untuk kesihatannya, tetapi untuk "memulihkan" boneka kegemaran Zizah supaya sedia untuk dimainkan lagi.

Selepas Dr. Richard beredar, suasana di dalam suite itu kembali sunyi, hanya kedengaran bunyi dentingan sudu dan garfu. Zizah duduk di birai katil, sangat rapat dengan Faid. Dia mencedok sedikit sup herba yang masih berasap, meniupnya perlahan dengan bibir merahnya, lalu menghalakan sudu itu ke mulut Faid.
"Makan ni, Biyy... I tak nak you lemah macam ni. I perlukan you kuat untuk teman I balik Malaysia esok," kata Zizah dengan nada suara yang sangat prihatin.
Faid membuka mulutnya, menerima suapan itu dengan perasaan yang bercampur baur. Dia melihat wajah Zizah yang begitu lembut, namun setiap kali dia menelan makanan itu, dia terasa seperti menelan duri.
Zizah tersenyum nipis sambil mengusap rambut Faid. “Faid, Faid... you ingat I ni budak-budak baru belajar bisnes ke?” bisik hatinya penuh sinis.
Faid mungkin lupa.

Zizah bukan sekadar anak manja Papi . Dia sudah 12 tahun berdiri di sebelah Tan Sri Tajudin. Dia sudah melihat beratus-ratus "predator" korporat yang lebih besar dan lebih licik daripada Faid cuba menjatuhkan mereka. Dia sudah biasa dengan permainan kotor, tikam belakang, dan manipulasi akaun. Aliran dana yang Faid cuba sabotaj itu adalah nadi yang Zizah jaga dengan darah dan air matanya sendiri selama sedekad.
"Sedap tak, sayang?" soal Zizah, jarinya kini bermain di leher Faid, sedikit menekan pada nadi lelaki itu.
"Sedap, Zizah... terima kasih sebab jaga I," balas Faid, masih dalam dunia rasa bersalahnya.
"I buat semua ni sebab I nak you tahu, Biyy... dalam dunia ni, cuma I je yang boleh jaga you.”

“Orang lain akan hancurkan you, tapi I... I akan sentiasa ada untuk pastikan you tetap di sisi I," ujar Zizah lagi, penuh dengan makna tersirat.
Zizah menyuap suapan terakhir.

Dia tahu, mulai saat ini, Faid tidak akan berani lagi berfikir untuk menjatuhkannya. Kenapa? Kerana Zizah telah menanam rasa takut yang dibalut dengan cinta. Faid sekarang adalah "senjata" yang telah dijinakkan.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience