Completed
163108
Sebulan berlalu.
Di sofa VIP, Faid merasa tekaknya tiba-tiba kering. Halkumnya bergerak naik turun dengan kerap. Setiap kali Zizah melentokkan badan atau mengangkat tangannya sehingga menampakkan lebih banyak kulit yang terdedah, Faid merasakan darahnya menyerbu ke wajah. Ada rasa cemburu melihat mata lelaki lain yang turut menjeling ke arah kekasihnya, namun rasa bangga dan ghairah jauh lebih menguasai dirinya.
"Zizah... you memang nak I mati kat sini juga ke?" bisik Faid sendirian, tangannya menggenggam gelas minuman sehingga urat-urat di lengannya timbul.
Zizah yang perasan akan reaksi Faid, mula berjalan mendekati meja mereka dengan langkah yang sangat menggoda. Dia tidak duduk, sebaliknya berdiri tepat di celah kangkung Faid yang sedang duduk, meletakkan tangannya di bahu lelaki itu, dan membisikkan sesuatu di telinganya.
"Biyy... kenapa muka you merah sangat ni? You okey?" tanya Zizah dengan nada suara yang sengaja dilembutkan, namun penuh dengan getaran yang menyeksakan Faid.
Faid menarik pinggang Zizah rapat ke arahnya, membuatkan tubuh mereka bersentuhan rapat. "You tahu apa yang you buat kat I, Zizah. Berhenti menari macam tu sebelum I heret you balik sekarang juga."
Zizah tergelak kecil, satu tawa yang sangat seksi. Dia mengucup lembut cuping telinga Faid. "I cuma menari untuk you, sayang. I nak you tahu... cuma you seorang saja yang boleh 'sentuh' dan 'milik' I malam ni."
Cengkaman tangan Faid di pinggang Zizah semakin erat. Kemaafan Zizah sebulan lalu bukan sahaja memulihkan hubungan mereka, tetapi nampaknya telah membangkitkan sisi gelap dan ghairah yang lebih liar dalam diri mereka berdua. "Sayang... I rasa macam mimpi," bisik Faid lembut, tangannya mengelus lembut pipi Zizah.
"I pernah fikir I akan hilang you selamanya masa kat London tu. I tak sangka I boleh peluk you macam ni lagi." Zizah tersenyum manja, jarinya bermain dengan butang kemeja Faid yang sudah terbuka sedikit.
"Sebab tu I cakap, jangan sesekali cuba nak main api dengan I. Tapi... I pun tak sangka yang I boleh maafkan you secepat ni. You buat apa kat I sampai I jadi macam ni, hah?"
Faid tergelak kecil, bunyi tawa yang sangat tenang. "I tak buat apa-apa. I cuma sedar yang dalam dunia ni, tak ada wanita yang boleh tandingi Sri Zizah.”
“You bukan saja cantik, tapi you bijak. I rasa macam lelaki paling bertuah sebab 'permaisuri' ni pilih untuk simpan I lagi."
Zizah mencubit manja hidung Faid. "Pandai eh mulut tu sekarang. Dulu mulut tu jugalah yang asyik nak tipu I. Sekarang... mulut ni cuma boleh cakap benda yang betul saja, faham?"
"I faham, sayang. I janji. Lepas ni, setiap kata-kata I cuma untuk puji you, setiap sentuhan I cuma untuk hargai you," balas Faid sebelum dia mencium lembut hujung jari Zizah yang tadi mencubitnya.
"I suka... tapi I lagi suka kalau you tak lepas pandang I tadi. I nampak tau halkum you tu. You geram eh tengok I menari?" Zizah mengusik dengan nada menggoda, matanya mengecil memandang Faid.
Faid tersenyum nakal, wajahnya merapat ke telinga Zizah. "Geram sangat. Rasa macam nak heret balik sekarang juga. Tapi I nak biarkan you rasa 'bebas' kejap. I nak semua orang tahu you milik I, tapi cuma I yang boleh dengar suara you macam ni..."
Zizah ketawa kecil, badannya melentok mesra di dada Faid. "You dah makin sweet la, Biyy. I rasa macam kita tengah dating buat kali pertama pula."
"Sebab I nak kita mula balik dari kosong. Tanpa rahsia, tanpa dendam. Cuma I dan you," kata Faid sambil memeluk erat pinggang Zizah, memberikan kucupan lama di pelipis wanita itu.
Di sudut kota yang lain, jauh daripada kemewahan kelab malam dan kehangatan cinta Faid dan Zizah, suasana begitu gelap dan berbau hapak. Sofia terperosok di sudut sebuah lorong sunyi yang lembap, tubuhnya mengeletar hebat dengan kesan lebam yang mula membiru di serata wajah dan lengannya.
"Tolong... tolong jangan pukul lagi... I janji I akan bayar," rintih Sofia dengan suara yang hampir tidak kedengaran, air matanya bercampur dengan darah yang mengalir dari bibirnya yang pecah.
PANG!
Satu tamparan kuat hinggap di pipinya, membuatkan kepalanya terteleng ke tepi. Seorang lelaki berbadan sasa dengan tatu di lengan mencengkam rambut Sofia, memaksa wanita itu memandangnya.
"Satu bulan, Sofia! Lu janji satu bulan mau bayar itu hutang. Mana duit?" tengking lelaki itu. Di belakangnya, tiga lagi rakan setugasnya hanya memerhati dengan senyuman sinis, sesekali menyepak kaki Sofia untuk melepaskan geram.
"I... I tak ada duit sekarang. Faid... Faid dah tinggalkan I. Dia tak nak tolong I lagi," esak Sofia, teringat kembali bagaimana dia merayu pada Faid tempoh hari namun lelaki itu langsung tidak menoleh, malah lebih memilih untuk memuja Zizah.
"Lu punya jantan sudah lari sama itu anak Tan Sri, lu ada hati lagi mau sebut nama dia? Sekarang, kalau lu tarak duit, lu bayar guna cara lain!" Salah seorang daripada mereka menghampiri, memegang kayu pemukul yang dihayun-hayun perlahan ke arah muka Sofia.
Sofia menggeleng-gelengkan kepala dengan pantas, cuba mengesut ke belakang namun belakangnya sudah mencecah dinding batu yang sejuk. Dia kini menanggung akibat daripada segala permainan dan penipuannya sendiri. Ketika Faid sedang menikmati kemenangan dan kemewahan di sisi Zizah, Sofia kini menjadi mangsa buruan ahlong yang tidak mengenal erti kasihan.
"Tolong... I merayu..."
Satu tendangan kuat hinggap di perutnya, membuatkan Sofia terus terdiam dan membongkok menahan senak yang amat sangat. Di lorong yang sunyi itu, jeritannya hanya disambut oleh bunyi titisan air hujan, seolah-olah dunia sudah benar-benar melupakannya. Dia bukan lagi Sofia yang angkuh; dia kini hanyalah 'sampah' yang sedang dibuang oleh masa silamnya sendiri.
Sofia tersedak, satu gumpalan cecair pekat berwarna merah meluncur keluar dari mulutnya, membasahi lantai simen yang kotor itu. Nafasnya menjadi semakin pendek dan berat, setiap sedutan udara terasa seperti duri yang menusuk paru-parunya.
Matanya yang sembab dan lebam itu perlahan-lahan memberat. Dia memandang kosong ke arah hujung lorong, membayangkan kehidupan mewahnya yang dulu kini hancur berkecai. Dalam kesakitan yang amat sangat, bayangan Faid yang sedang ketawa bahagia bersama Zizah melintas buat kali terakhir di ruang matanya, sebelum segala-galanya bertukar menjadi gelap gelita.
Sofia akhirnya terkulai layu, pengsan di celah timbunan sampah dan lopak air.
"Eh, dia sudah mampus kah?" tanya salah seorang lelaki itu sambil menendang bahu Sofia yang sudah tidak bergerak.
"Belum... dia cuma pengsan. Dah, jom blah. Kita biar dia rasa sejuk malam ni. Esok kalau dia bangun tak ada duit juga, kita jual saja dia pada 'mummy' kat lorong belakang," balas ketua mereka dengan nada kejam sebelum meludah ke tanah.
Mereka berlalu pergi, meninggalkan tubuh lemah Sofia yang terbiar sepi di bawah kegelapan malam. Tiada siapa yang datang membantu, tiada lagi tangan Faid yang dulu sentiasa ada untuk menyelamatkannya.
Manakala di sofa VIP kelab malam yang gah, Faid sedang mengeratkan pelukannya pada pinggang Zizah, langsung tidak menyedari bahawa wanita yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya itu kini berada di ambang maut. Bagi Faid, Sofia sudah mati dalam ingatannya, dan bagi Zizah, Sofia hanyalah satu noktah kecil yang sudah dipadamkan sepenuhnya.
Share this novel