KABUT

Other Completed 29964

"mana awak dapat ni" soal Ilham.
"saya jumpa dalam hoodie saya.. tapi bukan saya punya" ujarku
"saya tahu bukan awak punya.. tapi bahaya ni kalau kena.. " balasnya
"habis tu saya nak buat apa.."soalku.
"awak ikut saya ke balai buat laporan.. kalau tak nanti dengan saya kena"ujarnya.Aku mengikut sahaja. Motornya yang ditunggangnya memasuki kawasan balai. Aku menceritakan semua hal yang aku tahu. Namun begitu aku masih risau. Undang undang negara bermandikan wang dan pangkat. Kami singgah makan di gerai kesukaan kami. Aku bertemu team brother hood aku secara tidak sengaja. Kami berkongsi cerita. Ilham yang duduk disebelahku mengenggam jariku kemas. Aku biarkan sahaja.
"Orkid" aku menoleh. Izzat berdiri dibelakangku. Aku bangun dan menghampirinya.
"jom balik"ujarnya.
"Am.. guys aku balik dulu.. laki panggil balik oii" seloroh ku. Aku mengikut Ilhan dam masuk ke dalam kereta.
"buat apa dekat situ.. lepas rindu pada bekas tunang... "marahnya. Aku diam dan melelapkan mataku.
"saya tanya awak buat apa dekat situ" marahnya
"apa yang awak tengok itu lah yang berlaku" balasku.
"slumber je dia pegang tangan awak" marahnya lagi
"saya suka sentuhan dia..apa masalahnya" lawan ku
"awk isteri saya" tengkingnya
"saya nak awak ceraikan saya" tengkingku. Kereta yang dipandunya berhenti mengejut.
"boleh tak awak jangan mengarut.. merepek betul" marahnya lagi
"sampai bila awak nak simpan saya.. sampai bila.. " marahku
"Orkid.. awak dengar sini.. apa pun jadi saya Izzat takkan ceraikan awak.. faham" marahnya.
"awak dah gila ke mabuk.. " aku merenungnya. Bibirku disambarnya.Di lapah bibirku kasar. Aku menampar pipinya kuat.
"awak memang dah gila Izzat" marahku. Dia menghentak stereng kereta kuat.
"kenapa kau susah nak faham aku.. aku cuma minta peluang untuk aku hidup dalam hati kau susah sangat ke" marahnya
"peluang yang aku bagi sebelas tahun tu kau abaikan je.. kali ni kau minta aku bagi lagi peluang dekat kau.. maaf aku dah tak boleh.. " ujarku.
"sayang.. please.. saya sanggup buat apa saja tapi bukan berpisah dengan sayang... saya tak sanggup" rayunya. wajahnya di rebahkan ke pahaku.Aku diam. Tangisannya seakan anak kecil kehilangan gula gula. Bahunya terhinjut hinjut. Aku melemparkan pandanganku keluar.

Aku ke pasar. Tekak ku terasa mahu makan asam pedas. Aku membawa skuterku. Aku menjengah setiap gerai yang ada. Dalam asyik aku meninjau
"maaf" aku berlaga dengan seseorang.
"saya yang patut minta maaf.. saya tak perasan" ujar lelaku itu. Aku hanya tersenyum dan beredar. Aku singgah di gerai menjual makanan pagi.Teh Ais yang aku beli aku hirup perlahan.Nikmatnya hanya Allah yang tahu. Aku ke parkir. Laluan di dihalang oleh sebuah kereta yang double park.
Aku menunggu tuan empunya kereta hadir.
"maaf... " pemuda tadi. Aku diam menunggu untuk beredar. Telefonku berdetak
"sayang dekat mana.. "soal Izzat
"market.. kenapa" soalku
"saya ada dekat rumah ni.. cepat balik.. lapar..saya belikan nasi lemak kegemaran sayang.. cepat la saya tunggu"rengeknya. Aku membatalkan niatku untuk ke pasaraya bagi membeli barang peribadiku memandangkan Izzat sedang menanti ku dirumah. Aku membuka pintu dan barang barang aku letakkan di dapur.
"eh bila beli sofa.. "soal Izzat.
"kelmarin.. "balasku. Izzat berbaring disofa.
"la kata nak makan nasi lemak.. "rungutku
"ok ok.. "dia bangun dan menuju ke dapur. Aku menghidangkan nasi lemak untuknya dan membancuh seteko kopi susu. Izzat menarik kerusi ku agar dekat dengannya. Aku diam. Kami makan tanpa bicara. Aku mengemas dan mula menyiapkan bahan untuk memasak.
"cantiknya pemandangan dekat belakang ni" puji Izzat. Pemandangan belakang rumahku ada anak sungai yang mengalir jernih dan diseberang sana pokok kelapa sawit yang berdiri megah dan bukit yang menghijau
"cantikkan.. tenang je.. " aku menghampirinya. Aku menghela nafas panjang. Izzat memelukku. Aku biarkan saja. Aku nikmati pemandangan indah seperti keberadaan Rizki dahulu. Rizki suka menatap pemandangan dibelakang rumahku. Leherku di kucup Izzat. Bahuku aku jungkit kerana terkejut.
" Izzat rindu Orkid.. "bisiknya.
"saya nak masak" aku cuba mengelak namun rangkulannya makin erat. Belaiannya membuatkan aku berdebar.
" saya nak tidur sini malam ni boleh" pintanya
"fifi tahu" soalku
"biarlah dia.. awak pun isteri saya kan" ujarnya.
"ye.. saya tahu... tapi.. "bibir kami bertaut. Aku mula hanyut dalam permainannya. Izzat mendukungku dan membawa ku ke bilik. Aku kaku. Izzat yang berada diatas tubuhku bangun melihat perilaku ku.
"maaf.. kalau awak tak boleh tak pe.."ujar Izzat. Aku diam. Hati aku meronta minta dibelai tapi aku takut. Takut akan terluka lagi.
"awak.. "panggil ku apa bila Izzat mahu beredar. Dia menoleh dan menghampiri ku.
"saya tak belum bersedia untuk itu.. maaf.. saya paranoid"ujarku
"eh tak pe sayang... saya faham.. saya yang patut minta maaf.. sebab saya punca awak paranoid.. " Tangan ku dikucup lembut. Aku bangun dari duduk ku.
"sayang nak masak apa..meh saya tolong" kami bergandingan berdua didapur. Pintu rumah diketuk. Izzat menuju kepintu.
"apa awak buat dekat sini" marah Izzat.
"you tu buat apa dekat sini" kedengaran suara fifi di depan pintu. Aku berjalan ke ruang tamu
"dia isteri saya..memang patut saya ada dengan dia.. salah ke" marahnya
" you kata you dah tak nak dia..tapi kenapa you still lagi cari dia.. hei perempuan kau memang sengaja nak cari nahaskan.. " Fifi cuba menyerangku tapi dihalang Izzat.
"awak jangan buat kecoh dekat sini.. dia isteri saya yang sah.. apa yang jadi salah.. awak pegi balik" marah Izzat
"I takkan balik kalau you tak balik" tempik Fifi
"saya nak tidur sini" balas Izzat
" no way.. I tak izinkan" marah fifi. ramai mata mula memandang.
"apa hak awak untuk tidak membenarkan saya tidur sini.. ini rumah isteri saya.. suka hati saya la" aku menghampiri Izzat.
"fifi.. fifi balik dulu.. nanti Orkid suruh Izzat balik" pujuk ku
"sayang saya nak tidur sini malam ni" rengeknya
"saya kerja malam ni.. lain kali ya" pujukku
"hei perampas.. kau memang tak senang hatikan tengok aku bahagiakan.. " tengking Fifi
"awak tu sedar sikit dia isteri pertama saya awak tu isteri kedua.. kalau tak sebab ibu.." aku menutup mulutnya dari meneruskan kata.
"fifi balik dulu ya.. Izzat balik kejap lagi" suruhku lagi
"awak balik fifi.. saya nak tidur sini.. "ujarnya lagi
"kalau I taknak balik.. "ugut Fifi
"dia ni buat aku hilang sabar.. "gumamnya. Izzat tidak berbicara lagi. Dia menutup pintu rumah ku dan duduk disofa. fifi masih terpekik seperti orang gila
"awak balik ya.. lain kali tidur sini.. " pujuk ku
"tapi saya nak tidur sini.. " rengeknya
"hah tidur la dulu lepas bangun awak balik ye" selorohku
"nak asam pedas.. lapar" dia menggosok perutnya lalu mengikuti ku ke dapur. Suara Fifi sudah tidak kedengaran lagi. Mungkin dia sudah pulang. Aku hidang asam pedas yang sudah siap masak diatas meja. Ilham makan dengan penuh selera. Aku hanya menonton.

Aku mengemas dapur dan membersihkan sampah. Izzat sedang mandi. Aku menyiapkan tempat tidur untuknya kerana dia akan pulang selepas itu.
"saya dah siapkan tempat tidur..tidur lah...saya nak buat kerja" ujarku
"sayang.. rehat la.. dari tadi buat kerja.. " suruhnya.
"saya nak kunci pintu dulu.. takut ada orang masuk masa kita tidur macam mana" alasanku
"saya dah kunci dah semua.. jom tidur.. nanti saya nak balik pula" suruhnya. Aku berbaring disebelahnya. Tangannya melingkari pinggangku.Sudah lama aku tidak tidur bersamanya terasa kaku. Aku terlena didalam dakapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience