TERLUKA

Other Completed 29964

Aku merasa air membasahi muka ku.. Aku terjaga dari lenaku. Aku terbaring berhampiran pintu pagar dan berlumuran darah didalam hujan. Perut ku masih sakit. Izzat masih belum pulang. Aku gagah untuk bangun dan naik ke bilik Rizki untuk mengambil telefon. Aku menelefon ambulans dan Rizki aku bawa bersama. Aku menelefon Lia memintanya datang ke hospital untuk menjaga Rizki. Tiba dihospital perkhabaran duka aku terima.. bayi dalam kandunganku sudah tidak bernyawa. Lemas ketika aku pengsan. Agak lama aku terbaring diluar hinggakan bayiku tidak dapat bernafas. Aku mengalirkan airmata. Bajuku aku genggam kemas. Marahku pada Izzat mula meluap. Aku melahirkan bayi perempuan yang sudah tidak bernyawa secara normal dan tanpa Izzat disisi. Anak kecil yang sudah tidak bernyawa itu aku peluk dan cium untuk kali terakhir. Lia dan Jes menghampiriku dan memeluk ku erat agar aku tenang. Air mataku sudah kering kerana marah yang membuak. Aku tidak menelefon Izzat..aku mahu biarkan saja berita duka ini..Izzat juga seolah tidak menghiraukan akan keberadaan ku.

Rizki dibawa pulang Irene ke Sarawak memandangkan aku didalam pantang. Izzat yang baru menerima berita akan kematian anak kami kelihatan sugul. Dia mengetahuinya selepas empat hari itu pun kerana aku pulang ke rumah..jika tidak aku andaikan dia tidak akan tahu buat selamanya. Aku tidak mengendahkan sesiapa didalam rumah itu mahupun Izzat. Aku berpantang sendiri dengan caraku sendiri. Sesekali kedengaran rungutan Fifi pada Izzat kerana aku tidak mengendahkan arahan dan permintaannya. Aku perlu uruskan diri aku sendiri. Izzat sesekali meminta aku memasak makanan untuknya tapi aku pohon secara baik beri aku masa untuk berehat. Aku baru kehilangan anak disebabkan ego dan lagaknya yang tidak mahu kalah dan tidak adil. Tapi sayang ketenangan aku hanya sementara. Ibu mertua ku datang menjenguk fifi dirumahku.Dia ditemani angah yang baru mendapat kerja disini. Aku mula resah. Semak di kepala ku makin meninggi.
"orang pantang ni bukan boleh manja sangat.. nanti keras otot tak boleh berjalan bergerak pula.. asyik terbaring je.." perli ibu. aku diam. Aku turun ke dapur. Aku membasuh baju yang sudah membukit yang tidak sempat di basuh Izzat. Aku memasak makan tengahari untuk mereka atas alasan dapur kami terlalu moden untuk mereka guna. Selesai kerja rumah aku siapkan ku naik semula ke atas bersama tungku panas. Dipertangahan jalan aku ditahan ibu
"kau jangan nak hambakan anak aku.. aku nampak lagi dia buat semua kerja dalam rumah ni siap kau" marahnya. Tungku besi seberat 5kg masih hangat terlepas dari peganganku kerana tanganku dicubit kuat ibu. Kaki ku bengkak di timpa tingku. Aku diam menahan airmata dan sakit.

Hampir seminggu mertua ku disini dan tiada tanda tanda dia mahu pulang ke kampung. Angah akan tinggal dengan kami memandangkan dia masih belum mendapat rumah sewa. Aku... aku harus menerima saja. Aku tidak berhak membuat keputusan. Sedih..sakit hati.. ya.. itu sudah pasti.. tapi itu yang harus aku terima kerana aku sendiri kejam pada diriku. Pintu bilikku di buka. Izzat masuk dan berbaring di katil.Aku diam.
"sayang.. sayang dah pantang dua minggu kan.. dah habis nifas" soalnya
"dah..dua hari lepas kenapa" soalku.
"saya nak tidur dengan sayang boleh" pintanya
"kenapa tak tidur dengan fifi.. "soalku lagi.
"dia tak larat.. saya sah minta izin nak berjimak tapi dia tak larat.. sayang boleh la.. please.. " rayunya
"saya dalam pantang...awak gila ke.. " aku tersentap
"saya dengar satu ceramah tu habis nifas isteri wajib layan suami kalau suami minta.. " aku menelan airliur kasar
"memang... tapi tengok la keadaan... baru dua minggu lagi pun dalam pantang ni la saya nak kena rehat betul betul.. "aku mula gugup
"buka saya yang kata.. itu hukum.. awak nak jadi isteri nusyuz ke" nadanya sedikit tinggi
"bukan.. maksud saya..saya tahu wajib saya melayan awak selepas habis nifas tapi awak tak boleh ambil seketul seketul hukum tu untuk nafsu awak.. awak kena faham betul betul.. kalau saya tumpah darah macam mana.. kalau saya sawan macam mana" ugutku
"saya foreplay je.. takkan kasar" dia mula merapati aku
"awak tolong awak saya baru dua minggu dalam pantang.. luka pun tak baik lagi" rayu ku tapi tidak dihuraukannya. Dia mula rakus. Aku meraung dan menangis kesakitan. Kaki ku kejang. Izzat yang tengah berada dipuncak terkejut melihat darah yang mengalir banyak di pahaku.
"awak... "aku menangis. Izzat menggendongku dan membawaku ke hospital. Aku menahan kesakitan. Izzat tidak berhenti henti meminta maf dari ku. Airmatanya laju membasahi pipi. Tanganku digenggam erat.

Selepas peristiwa itu Izzat tampak berbeza. Dia kerap membantuku dalam urusan rumah. Dia tidak berani dan tidak membenarkan aku membuat kerja berat apatah lagi membeli barang dapur dia selalu denganku. Rizki dihantar oleh Irene. Aku tidak menceritakan akan hal itu Aku tidak mahu dia bertegang urat dengan Izzat. Ibu mertuaku sudah pulang ke kampung. Angah yang bekerja disebuah syarikat pengiklanan tinggal bersama ku. Bilik kerja Izzat diberikan kepadanya. Tugasku makin bertambah. Apatah lagi Fifi yang makin sarat. Tapi dalam kebaikan dan layanannya yang baik hati aku tetap sakit. Itulah perempuan.. hati tidak pernah tetap.. perhatiannya diberikan seratus peratus kepada Fifi. Rizki tetap dia belakangkan. Aduan ku tentang sikap angah yang pemalas tidak dihiraukan Izzat.. jika mereka keluar bersama aku ditinggalkan dengan alasan takut Rizki meragam. Aku pendam semua hinggakan aku merasa aku isteri paling tidak berguna du dunia ini dan aku seorang ibu yang gagal. Aku seakan putus asa dalam mengejar cinta dan sayang Izzat. Dalam aku lelah mencari kasihnya aku berlaku kejam pada diri aku sendiri. Aku cuba mengembirakan mereka tapi diri aku sendiri terabai. Aku menangis disudut bilik Rizki. Terasa seolah kau tak ubah seperti orang gaji. Keperluanku dan Rizki aku usaha sendiri. Izzat alasannya tidak cukup untuk belanja ku kerana Fifi mahu melahirkan tidak lama lagi. Lagi berkecai hati ku apabila rumah yang dibayar hutangnya oleh ku diberi kepada fifi dengan alasan rumah itu dibeli ketika mereka berkahwin dahulu. Aku tidak mampu berbuat apa apa.. semua hak ku telah di berikan kepada yang lebih patut. Hartaku hanya skuter yang aku beli pada awal kerja ku. Itu sahaja yang ada untukku.

Aku diterima kerja sebuah syarikat kurier sebagai kerani. Rizki aku hantar ke pusat jagaan autism. Aku harus berdikari sendiri. Berdiri dikaki sendiri. Perniagaan online ku masih berjalan cuma sudah kurang mendapat sambutan. Aku berulang dari rumah ke tempat kerja menaiki skuter. Hujan atau panas aku redah demi Rizki. Alhamdulillah aku selesa bekerja disitu. Rata rata teman sekerja ku lelaki dan aku selesa.
"Mokcik... apa ni silap print.. kau tido ke apa" tegur Zaimi sahabat baik ku yang juga pekerja disitu. Zaimi sudah berumah tangga itu tempat aku berkongsi cerita. Marahnya pada Izzat meluap apabila kelakuan biadap Izzat tidak di dapat aku kawal lagi. Pernah suatu hari aku meminta wang saku darinya. Duit aku habis kerana aku bayar untuk penyelenggaraan motor yang tiba tiba tidak mahu hidup. Izzat yang marah kerana itu saja wang yang ada padanya.Dia malas untuk ke atm. Lalu wang itu dicampak ke muka ku. Zaimi yang melihat kejadian itu geram tapi aku meminta agar tidak mengeruhkan keadaan. Pernah juga aku ditengking Izzat dihadapan rakan kerja yang lain kerana lewat keluar dari pejabat dimana aku ketika itu perlu berjumpa doktor untuk temu janji kerana aku disahkan mengidap anxiety dan depression yang kronik hingga menyebabkan kehidupan seharian ku terjejas teruk. Emosi aku semakin tidak teratur dan stabil. Manakan tidak pulang dari kerja aku harus mengemas dan melakukan pekerjaan rumah yang lain.. Fifi dengan alasan nya..sarat dan tidak larat.. Angah.. letih..seharian bekerja.. habis aku.. aku.. Kami mula berkejaran dengan hutang..tapi dari ku..tapi dari merek bertiga. Beli itu ini dan bila tidak sempat melunaskan hutang aku yang dicari.Aku letih.. penat dengan kehidupan aku sendiri. Hinggakan pernah terlintas dihatiku untuk membunuh diri. Tapi Rizki terus menjelma dibenakku membuatkan aku terputus niat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience