Aku menunggu Izzat datang membawa makanan untukku. Jam sudah pukul 11 pagi. Perutku masih belum terisi. Dompet aku tertinggal dirumah. Aku menelefonnya berkali kali katanya dia ada urusan dengan ibu. Perut ku berkeroncong.
"Orkid dah makan" soa Ayah
"Dah ayah.. ayah nak makan ke.. biskut.. milo.. Orkid buatkan" ujarku
"amik beg ayah" aku membuka laci dan aku memberikan beg kepada ayah. Dia membuka dompetnya dan dikeluarkan wang 50 ringgit lalu diberikan kepadaku
"pergi beli makan.. ayah tahu Orkid belum makan"aku meletakkan semula wangnya didalam dompetnya kerana hanya itu wang yang ada untuknya
"amik kalau tak Orkid balik dan jangan tidur sini lagi" ugutnya. Aku akur. Aku turun ke cafe dan membeli sebuku roti dan sebungkus air kopi ais lalu aku naik. Bakinya aku pulangkan.
"roti je.. beli la nasi ke.. mee ke kenyang sikit" tegurnya
"ini je yang lalu ayah.. yang boleh masuk tekak." tipuku sebenarnya aku segan. Jam sudah 12 tengahari Izzat masih belum muncul. Aku menyuapkan ayah makan dan selesai itu ayah tertidur. Aku menelefon Izzat
"sayang kejap ya.. mak ada dekat rumah mak lang.. balik dari rumah mak lang saya pergi" aku diam aku menunggu hingga pukul dua petang baru kelibat Izzat muncul. sandwich yang ku pesan sudah lemau semuanya kerana terlalu lama didalam kereta. Aku telan juga perutku sedang bergendang hebat.
"baby makan ya.. ayah lewat sampai..ayah ada urusan dengan nenek" aku pujuk hatiku sendiri.
"Malam ni awak beli burger jela.. tapi hantar awal sikit saya tak bawa baju salin untuk malam" ujarku.
"ok.. saya balik dulu.. kejap lagi saya datang balik" aku hanya mampu tersenyum. Aku berbual dengan ayah. Dicerita perihal anak anaknya yang empat orang itu. Aku mendengar dengan penuh minat. Keinginan dan impian ku untuk berbual sebegini dengan ayah kandungku kini tercapai walaupun dia hanya mertua. Ayah bercerita akan kisah anak anaknya dengan penuh bangga walaupun pencapaian mereka tidak seperti diharapkan. Aku... jangan katakan bercerita nama aku pun tidak disebut apatah lagi mahu berbangga dengan aku yang tuli ini. Aku simpan duka dihati. Sudah lapan malam. Izzat masih belum tiba.Aku menelefonnya dan dia didalam perjalanan. Aku menanti. 9.30 malam baru kelibatnya muncul dengan adik bongsunya.
"maaf lambat.. ucu tadi ajak makan dah tu jumpa kawan saya bersembang tu yang lama" jelasnya.
"tak pa.." aku mengambil burgerku yang sudah agak berair kerana sosnya sudah bercampur terlalu lama. Aku ke koridor untuk makan.
"baby ayah beli burger.. maaf ayah terlewat lagi.. baby baikkan.. "airmataku menitis. sebak dadaku sudah tidak dapat aku tahan. Aku habiskan dan aku paksa ia melalui tekakku walaupun tekak ku sudah menolak.
"ucu teman ayah mal ni..bagi kak long balik.. kesian dia tengah mengandung" pinta ayah
"tak nak lah tak selesa" tolaknya
"kak long kau tidur elok je semalam..mengandung lagi" nada ayah keras
"ayah jangan la paksa.. ucu dengan ibu ada urusan pagi esok dengan abang.. " tolaknya
"tak pun kamu je la jat tidur sini.. Orkid boleh bawa kereta biar dia drive balik dengan ucu" mereka diam
"eh takpe ayah..Orkid teman ayah ya.. lagipun esok Izzat nak kena bawa mak dan ucu uruskan hal mereka. " aku membaiki selimut ayah.
"awak bawa lah ucu balik lagi lama lagi banyak ayah bebel.. dah lewat ayah kena tidur" pintaku. Mereka beredar. Aku mengambil kerusi malas dan aku buka disebelah katil ayah. Ayah diam hanya memerhatikan ku.
"Orkid comel kan ayahkan" selorohku.
"comel.. ayah malu dengan Orkid.. anak sendiri layan ayah acuh tak acuh.. " nadanya bergetar
"Orkid ok je.. Orkid lagi suka jaga ayah dekat wad.. lagipun lusa Orkid dah nak balik.. Izzat kerja" ujarku
"Orkid.. kalau Izzat buat perangai.. bagitahu ayah.. biar ayah ajar dia.. ada apa apa bagitahu ayah.. jangan diam.. ayah sayang Orkid." aku memeluk ayah erat. Airmataku meluruh. Kata kata yang aku harap diucap dari bibir ayah kandungku akhirnya terluah dari ayah mertua ku.
Pagi itu aku turun membeli makan awal sebelim ayah terjaga. Dompet ku yang diberikan Izzat aku bawa. aku membeli beberapa jenis kuih untuk ku dan ayah dan aku naik semula ke wad. Ayah sudah terjaga. Aku mandikannya dan rapikannya. Ada beberapa orang doktor menghampiri kami. Ayah dibenarkan pulang. Ayah gembira dan berita itu aku kongsikan bersama Izzat. Aku uruskan discharge ayah. hampir tiga jam kami menanti aku memberitahu Izzat bahawa kami akan pulang sendiri menaiki teksi. Aku singgah difarmasi bagi membeli kerusi roda untuk ayah gunakan dirumah. Rumah kosong tiada penghuni. Ayah memberi kunci. Aku mendorong kerusi roda ayah masuk ke dalam rumah. Aku membuka tingkap kayu kesemuanya agar pencahayaannya baik.
"ayah nak air.. Orkid ambilkan" tanya ku
"boleh juga" aku ke dapur mengambil segelas air suam lalu aku letakkan di meja.
"Orkid pergi lah masuk bilik rehat.. Orkid letih kan" suruh ayah.
"ayah nak apa apa panggil Orkid ya" aku masuk ke bilik. Baju ku yang sudah aku guna berada didalam bakul didalam bilik masih belum bercuci.Aku mengambil bakul itu dan aku putarkan kedalam mesin. Aku terlena didalam bilik.
"mengandung asyik kerja lena... " aku mendengar pertengkaran antara ayah dan ibu
"dia teman aku dua malam dekat hospital.. tapi korang baju dia takkan tak boleh tolong basuh.. kami jat biar bini kamu berlapar lama. dia mengandung..kamu tak fikir ke. " marah ayah. Aku diam didalam bilik.
"anak isteri aku pun tak layan aku macam mana dia layan.. aku malu dekat menantu aku" marah ayah. Aku mengesat airmataku.
"mengandung.. entah entah bukan anak abang" ujar Ucu. Aku tersentak.
"mengandung dulu baru kawin dah tu kawin dekat siam.. entah entah dia nak gunakan abang untuk jadi pak sanggup" lancang mulut ucu. Aku tidak mendengar apa apa dari Izzat
"ucu jaga mulut kamu.. kalau kak long dengar kecik hati dia...abang kau tak bodoh nak jadi pak sanggup melainkan dia yang buntingkan Orkid jadi dia kena bertanggungjawab" marah ayah. Aku mengesat air mataku kasar dan aku rapikan rambut dan bajuku lalu aku keluar.
"ibu dah balik..maaf Orkid tertidur.. mak dah makan.. ayah nak makan Orkid masakkan.. "ujarku lalu mengambil gelas kosong di meja dan beredar ke dapur. Izzat yang berada disitu tidak aku hiraukan
"ucu..itu anak abang...abang yang buntingkan dia" ujar Izzat lalu mendapatkan ku di dapur. Izzat berdehem.Aku menoleh. Aku mengukir senyuman semanis mungkin.
"awak nak makan..saya masakkan..maaf saya tertidur" ujarku. Aku merangkul pinggangnya agar tidak ternampak duka dihati.
"saya dah makan dengan ibu tadi.. awak belum makan" soalnya.
"dah tadi sebelum balik.. jom pergi cari goreng pisang.. petang petang ni makan goreng pisang sedap juga" ajakku. Izzat mengangguk.Motor kapcai ayah digunanya. Dia bawa aku mengelilingi kampung melihat sawah padi yang terbentang...Indahnya ciptaan Tuhan tidak dapt digambarkan dengan kata kata.
Aku mengemas beg memandangkan kami perlu bertolak sebelum subuh kerana aku ada appointment dengan doktor esok.
"awak saya dengar dekat sini kerang bakar dia segar dan besar" pancing ku
"ha ah.. " Izzat membelek telefonnya di katil.
"kita pergi makan nak.. teringin pula.. sedapnya." pinta ku
" jom.. " aku gembira lalu bersiap untuk keluar.
"ibu ayah.. kami nak ke tepi laut.. Orkid nak makan kerang bakar" ujar Izzat.
"lauk dah masak dah pun siapa nak makan" marah ibu. Aku diam.
"kami pagi kejap lagi dah nak balik.. Orkid teringin nak makan" ujar Izzat lagi.
"dekat sana takde ke... balik sini nanti pergi lah.. dah malam ni.. mengandung keluar malam malam nanti masuk angin baru tahu" marah ibu lagi
" biarlah dorang nak pergi..dah nak balil dah pun esok.. lagipun dia balik jaga aku dekat hospital bila masa nak berjalan.. Jat bawa bini kamu pergi" suruh ayah.
"nak ikut" ucu bersuara
"kamu tak payah nak sibuk.. kamu bila bila boleh pergi.. biar kak long kamu pergi.. kesian dia baby nak makan"ujar ayah.aku sedikit lega
"ni dah pukul 9 nak keluar.. entah pukul berapa nak balik.. pukul 3 nak balik.. nak drive lagi. ..esok nak kerja penat" marah ibu
"sekejap je ibu.. makan kami balik terus" ujar Izzat. Wajah ibu masam
"yang awak ni.. " kata kata ayah aku pintas
"betul juga ibu cakap.. tak pelah kita pergi lain kali lah.. nanti kami balik sini balik Orkid boleh pergi juga ayah" aku memandang ayah sambil tersenyum. Airmataku aku tahan. Aku masuk ke bilik dan menyalin pakaianku. Aku ke dapur lalu menghidangkan lauk untuk Izzat
"awak takde rasa bersalah dan kesian ke dekat Orkid tu.. awak pun pernah mengandung awak pun tahu perasaan orang mengandung macam mana.. zalim sangat awak dekat dia" marah ayah.
"ai sebab menantu yang baru jumpa tu awak dah berubah macam ni.. sayang sangat dekat menantu tu" marah ibu
"memang aku sayang dia.. dia manusia yang terbaik Allah kirim dalam keluarga kita.. Jat kau dengar cakap aku ni... jadi apa apa dekat Orkid disebabkan kau.. aku takkan teragak agak nak tangankan kau.. kalau kata bercerai kau dengan dia disebabkan kau puncanya aku haramkan kau balik sini.. dan kau bukan anak aku.. jangan tunjuk muka kau depan aku.. kau ingat tu" tengking ayah.
"amboi.. sebab perempuan entah dari mana tu awak sanggup hilang anak" keadaan makin tegang
"ya.. sebab aku kenal anak anak aku.. nak nak si jat ni" aku ke ruang tamu.
"ayah dah makan ubat.." aku membawa segelas air masak dan aku letakkan diatas meja.
"Orkid tak kisah ayah kalau tak dapat makan sekarang.. lagipun betul juga cakap ibu...angin pantai malam sejuk.. Orkid tak tahan sejuk.. suka cramp kaki.. ayah jangan marah marah ya.. baru je balik.. nanti masuk wad balik macam mana.. " ujar ku. Ayah memelukku erat
"kenapa Orkid sabar sangat" bisiknya. Ayah mengesat mataku yang bergenang.
"saya dah siap hidang.. jom makan. "aku bangun dan beriringan dengan Izzat ke dapur. Aku hanya makan timun dan sambal belacan serta ikan goreng.. lauk dan nasi membuatku mual.
"puas hati kau porak perandakan keluarga aku" ujar ucu yang menghampiri kami dimeja makan. Aku diam.
"kau baru balik berapa hari je.. ayah aku boleh cakap macam tu" kepalaku di tunjal tunjal dengam jarinya.
"ucu.. sana sana...pergi masuk" suruh Izzat. Dia beredar. Aku tersenyum. Kami berkongsi cerita. Aku tertawa besar. Tapi hatiku sedang menangis
Share this novel