ASING

Other Completed 30495

Kenduri Ucu hampir tiba. Izzat turut sibuk. Dia tidak senang duduk sejak awal persiapan. Kami pulang dengan kelengkapan untuk kenduri. Aku tidak mahu berkata apa apa.. dan aku tiada bantahan walaupun sebenarnya hati aku sedih. Digunakan duit yang aku simpan untuk Rizki dan anak kedua ku semua untuk kenduri ucu. Biarlah asalkan Izzat tidak dicemuh ibu. Aku penat dihina dan diherdik hanya kerana Izzat tidak dapat mengikut kehendak mereka. Ini kali pertama Rizki pulang ke kampung. Aku tidak tahu bagaimana reaksi mereka melihat anak istimewa ini. Aku tergamam melihat bekas isteri Izzat berada disitu. Aku menyantuni kedua mertuaku.. tapi seperti biasa salamku tidak disambut oleh ibu. Ayah memelukku erat.
"Lama Orkid tak balik.. ayah ingat Orkid dah merajuk" tangisnya.
"tak ayah.. Orkid tak merajuk pun.. maaf ayah.. Orkid sibuk sikit.. Orkid meniaga online sekarang ayah.. mana dengan Rizki lagi.. maafkan Orkid ayah.. Orkid rindu ayah" airmata kami berderai. Ayah memeluk Rizki. Tangannya semakin kuat hanya kakinya yang belum pulih sepenuhnya. Dia pelukdan cium Rizki. Rizki selesa dengan pelukan atuknya. Hanya ayah orang yang didalam keluarga Izzat bahkan keluargaku yang menerima kehadiran Rizki. Aku pernah membawa pulang Rizki ke kampungku untuk bertemu mak dan ayahku tapi Rizki tantarum.. manakan tidak dia diasingkan dan dibeza bezakan dengan cucu lain yang sempurna sifatnya. Bagiku cukup hanya sekali mereka berbuat begitu. Hatiku disakiti tidak mengapa.. tetapi jangan anakku.
"ayah kau dah mula la nak mengada.. menantu kesayangan dia dah balik" perli angah. Aku diam. Aku masuk ke bilik mahu menyalin pakaian tapi ada beg pakaian seseorang didalamnya. Aku biarkan.. yelah kenduri kahwin kan..saudara mara mesti ramai.
"Orkid... " tempik Maksu
"bila sampai...hello boy... " Rizki dipeluknya. Mungkin kerana pelukannya terlalu kuat jadi Rizki sedikit tidak selesa.
"maksu ingat tak balik tadi.. maksu takde geng"ujarnya
"mesti balik.. gila tak balik" tawa kami berderai. Aku tidak sunyi. Aku punya peneman.

Aku menyiapkan hantaran ucu yang masih belum digubah. Sebelas dulang hantaran aku kena siapkan dalam masa dua hari.. kerana kenduri berbaki tiga hari untuk aku siapkan. Aku ke pekan bersama maksu bagi membeli kelengkapan gubahan
"kalau maksu lantak la.. dia yang nak kawin.. lagi tiga hari nak kawin dok merayap lagi.. bukannya nak tolong.. " marah wanita itu. aku tersenyum. Maaf aku tidak tahu bagaimana caranya kerana aku sendiri pun belum pernah naik pelamin. apatah lagi bergambar dengan busana perkahwinan. Bila anak anak tanya bila mereka besar nanti mereka bertanyakan apa yang harus kau jawab. Aku mula sebak.

Kami pulang setelah semuanya sudah siap dibeli. Aku melihat hanya ibu seorang diluar sedang memarut kelapa sebanyak 100 biji untuk dibuat kerisik.
"ibu biar orkid buat.. ibu rehat ya" tanpa sepatah bicara ibu bangun lalu masuk rehat bersama yang lain. Aku memarut hingga habis dan ku sangai kelapa hingga aku tumbuk lumat agar menjadi kerisik. Aku sendiri dan ada kalanya aku bergelut dengan Rizki. Yang lain sudah hilang entah kemana..begitu juga izzat keluar kerana keretanya tidak kelihatan. Sesekali perutku terasa senak.Usia kandunganku sudah mencecah 6 bulan itu menyukarkan pergerakanku. Alhamdulillah kali ini anak ini memberi kerjasama yang baik. Alahanku tidak seteruk sebelumnya.
"Ibu ada apa lagi yang nak Orkid tolong" soalku sebelum aku masuk untuk menjamah makanan. Perutku berkeroncong. Dari pagi aku belum makan..
"takde dah.. tinggal untuk esok.. nak masak air gula" ujarnya. Aku kedapur.. aku membuka periuk nasi..hanya tinggal periuk. Aku tutup kembali. Aku membuka tudung saji lauk hanya tinggal sisa. Aku memeriksa periuk. Semua kosong. Aku kutip periuk periuk itu lalu aku cuci. Aku masak megi bagi mengalas perut. Aku menunggu Izzat yang aku dengar perbualan ibu dengan ayah bahawa mereka pergi ke pasar malam. Pulangnya Izzat di sambut Rizki namun tidak diendahkan Izzat. Aku menarik Rizki ketepi. Aku duduk didapur hanya melihat mereka berbahagi makan. Bihun sup ayah aku letakkan ke dalam mangkuk. Semua sedang makan.. tapi aku dan Rizki hanya duduk didapur. Mungkin dorang lupa beli dan silap kira bilangan orang yang ada didalam rumah. Aku masak nasi hanya untuk Rizki kerana Izzat beritahu bahawa malam itu kami akan makan diluar. Aku diam. Aku menahan hatiku. Aku menggoreng telur buat Rizki dan digaul dengan kicap. Airmataku tidak dapat aku bendung saat Rizki meminta izin untuk mengambil ayam panggang diatas meja diruang tamu.
" Rizki nak.. nanti umi belikan ya.. itu pakcik dan ucu punya.. " pujukku. Rizki tersenyum dan mengangguk faham. Dia menyeka airmataku yang menitis.

Ayah aku dandan rapi. Kami akan keluar makan. Rizki seronok. Aku.. ayah..Rizki..izzat dan bekas isterinya naik kereta kami. Aku menjadi tertanya tanya kenapa dia perlu ikut. Tiba direstoran mereka duduk. Aku atur tempat duduk untuk ayah agar dia selesa. Izzat duduk disebelah bekas isterinya. Tempat untukku... tiada.. meja sudah penuh..
"Orkid duduk kat mana.. " soal ayah.
"orkid duduk sanalah.." meja yang disusun di walk way berhampiran pantai aku tunjuk.
"duduk la sini.. boleh lagi ni.. anjak ke sana sikit. " ujar ayah dan menyuruh mereka bergerak sedikit. Tapi semua kaku.
"eh tak pe ayah Orkid duduk dekat bawah sana..lagipun rizki bukan tak tahu kejap lagi dia lembang habis semua kalau dia tak sabar" tipuku. Sedangkan Rizki bukan lah begitu. Walaupun dia Autism tapi aku sudah didiknya untuk lebih bersabar. Ayah melihat ku dengan sayu. Aku tahu andainya dia boleh berjalan dia akan sertai ku tapi dia berkerusi roda. Makanan sudah tiba dimeja mereka dan mereka sedang menikmati.. tapi tidak kami. Aku memesan nasi goreng untuk Rizki. Kami berkongsi. Aku sebak apa bila melihat Rizki menoleh ke arah Izzat namun tiada balasan. Ayah aku lihat kurang makannya. Aku menghampirinya
"ayah kenapa tak makan.. ayah nak lauk apa.. orkid ambilkan" soalku
"kenapa kau ajak dia kalau korang nak asingkan dia...apa yang korang makan.. dan tengok apa yang dia makan.. korang ni nak kata bodoh...tidak.. tak reti kira ke.. kau Jat.. bini dengan anak kamu kena buli macam ni.. kamu buat tak tahu je.. apa jenis suami kamu ni... kamu makan sedap sedap.. anak dan isteri kamu... dia tengah sarat ni" tengking ayah. Suara ayah menarik perhatian pelanggan lain. Aku malu.
"eh ayah tak pe takpe... Orkid memang nak makan nasi goreng... ayah nak lauk apa orkid ambilkan" ujar ku.
"ayah nak makan nasi goreng macam Orkid.. " pintanya. Aku memesan nasi goreng sama dengan ku. Ayah makan nasi goreng itu hingga habis. Aku dan Rizki menanti mereka habis makan..
"orkid... ayah nak balik" pinta ayah. Aku menghampiri ayah
"tapi dorang tak habis lagi ayah.. " soalku.
"ayah nak balik.. balik la dulu kami nak pergi funfair" ujar Achik
"owh kalau macam tu kami balik la dulu.. " aku meminta kunci kereta pada Izzat
"habis saya nak balik naik apa" soal Izzat. Aku pulang menaiki teksi. Tiba di rumah aku ke bilik air dan menangis sepuas puasnya.

Jam 12.30 baru mereka sampai dirumah. Aku dan Rizki sudah tidur. Izzat masuk ke bilik.
"nak tidur macam mana ni" bisik wanita itu.
"sayang.. sayang tidur dekat depan ya.. bilik ni untuk Fifi" suruh Izzat. Bilik ini untuk bekas isterinya.. kenapa dia tidak pulang ke rumah keluarganya. kenapa perlu tidur disini. Aku tertanya tanya. Aku malas banyak soal dan tidak mahu menganggu tidur Rizki bangun dari katil. Dan mencari tempat untuk tidur di ruang tamu. Namun semua sudah penuh..
"hantaran kau dah buat belum.. " soal ibu tegas.
"belum ibu" balasku
"dah tu bila kau nak buat.. esok orang dah sibuk.. lusa nak kenduri.. esok banyak kerja nak buat" ujar ibu.
"kejap lagi orkid buat.. orkid nak letak Rizki dulu.. " aku mendukung Rizki yang sudah tertidur.
"buat la hantaran tu dekat luar.. orang nak tidur terganggu..cerah lampu.. tilam dengan bantal angah dah letak dekat anjung" ujar angah. aku mengintai di anjung luar. Aku meletakkan rizki diatas tilam dan aku pasang kelambu kecil untuknya agar tidak tergigit nyamuk.
"awak tidur dekat mana" aku menyoal Izzat
"dalam bilik la" aku hairan
"bilik mana..amik Rizki bawa masuk.. kesian dia sejuk embun" pintaku.
"saya tidur dengan fifi" aku tersentak.
"awak gila.. " marahku
"kami dah kawin 4 bulan... Dia pregnant sekarang 3 bulan... " luluh hati ku.
"kau jangan nak terkejut la.. bukan kau benarkan Izzat kawin lain" perli ibu.
"ha ah... tapi dia tak bagitahu.. " ibu memintas kata kata ku
"bagitahu ke tak bagitahu ke..sama je" ujar ibu. Fifi berdiri dibelakang Izzat tersenyum sinis
"apa kecoh kecoh ni" ayah keluar dari biliknya. Ibu dan ayah sudah tidak tidur sekali semenjaj ayah sakit. Ibu akan tidur dalam bilik Ucu.
"orkid bawak rizki masuk dalam bilik ayah.
kamu guna bilik ayah.. ayah tidur dekat ruang tamu.. aku dah kata aku taknak ada masalah macam ni... kau kawin tanpa kebenaran isteri kau.. " soal ayah
"eh tak ayah.. Izzat ada bagitahu nak kawin cuma Orkid tak sangka cepat macam ni.. ingat selesai kenduri ucu baru nak urus kenduri izzat" tipu ku
"tak yah kenduri.. dorang duda dengan janda.. lagipun dulu dah kenduri cukup la.. Fifi pergi masuk tidur.. tak elok kamu berjaga lewat lewat.. kamu tu mengandung." suruh ibu. Aku memandang perutku yang memboyot. aku melepaskan keluhan perlahan lahan.
"orkid.. kamu masuk tidur dalam bilik ayah.. dah lewat ni.. kamu tu dah sarat.. " ujar ayah
"hantaran tak siap lagi" marah ibu.
"esok esok boleh buatkan... " marah ayah.suasana mula tegang
"takpe ayah..orkid memang nak siapkan malam ni.. sebab esok kalut kan orang nak masak itu ini.. " ujarku
"Orkid... kamu tu sarat.. " ujar ayah lembut. Aku mendorong ayah masuk ke biliknya. Aku bantu dia naik ke katil.
"ayah.. kalau ayah sayangkan Orkid.. tolong.. tolong jangan back up orkid.. orkid tak nak sebab orkid ayah dengan ibu bergaduh.. Orkid tak nak jadi punca huru hara... boleh ya ayah.. " tangisku berderai
"kenapa lah kamu sabar sangat anak..."airmatanya berderai. Ayah memelukku erat. Aku menangis semahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience