GALAU

Other Completed 29964

Ivan sedikit sebanyak memgawal aktiviti ku. Dia akan ads setiap kali aku ke pub atau kelab malam walaupun aku bersama brotherhood aku. Aku sudah mula berhenti mengambil barang terlarang. Pub Irene aku jarang pergi bukan kerana aku lupa diri tetapi untuk berubah aku harus menjarakkan hubunganku dengannya dan aku sudah bertukar ke cawangan lain dimana lebih dekat dengan rumah baru ku. Aku tinggal sendiri tanpa berkongsi dengan sesiapa kerana rumah sewaku dibayar Ivan. Walaupun begitu dia tidak pernah masuk ke dalam rumah ku. Kami masih menjaga batas batas pergaulan memandangkan dia juga berpangkat didalam unitnya. Sedar tak sedar hubungan kami memasuki tahun ketiga. Ivan ada menyatakan hasrat untuk memeluk agama islam kerana dia mahu menghalalkan hubungan kami. Kami sedikit sebanyak mendalami ilmu agama. Dan akhirnya dia menjadi muslim apabila dia melafazkan syahadah dihadapan pegawai agama. Cuma masa belum sesuai untuk kami berkahwin..dia dipindahkan ke cawangan lain iaitu di negeri kelahirannya di Sabah. Aku bekerja seperti biasa cuma sedikit ralat apabila aku tiada teman untuk melepak. Kami akan bertemu sebulan sekali. Hanya video call pengubat rindu. Aku masih ke kelab tetapi dengan brotherhood aku. Ilya sudah lama aku tidak mendengar ceritanya.
"Ivan.. Orkid nak cari housemate la.. takde la sunyi sangat malam malam.. "cadang ku.
"kalau dapat housemate yang macam hari tu macam mana" risaunya.
"kali ni kita tapis betul betul.. student pun tak apa..janji attitude elok" ujarku
"ok.. next week Ivan ke sana kita buat iklan" balasnya. Aku setuju. Kami berbual panjang seakan tiada hari esok. Kami berbual sehingga aku tertidur baru dimatikan taliannya.

Ilham.. sahabat baik Ivan yang juga anggota polis selalu membantu ketika Ivan tiada. Dia menjaga amanah Ivan untuk membantuku ada kalanya menemanku sekiranya aku memerlukan apa apa. Dia goog looking tetapi masih belum berpunya.Ciri cirinya terlalu tinggi barangkali.
" Ivan suruh Am teman Orkid beli barang.. risau sangat dia nak bagi Orkid jalan sorang sorang."Seloroh Ilham.
"Ivan ada bagitahu yang Am akan teman Orkid hari ni" balasku. Dia mengekoriku kesetiap lorong pasaraya. Kerana dia yang good looking banyak mata memerhati. Yelah berjalan dengan si tomboi.. apa buruk benar pilihan dia.
"Am.. apakata Am tunggu Orkid dekat luar.. tak selesa la ramai sangat yang pandang. "pinta ku.
"biarlah dorang nak pandang.. dorang cemburu la tu tak boleh jalan dengan Am" tawanya. Aku tersenyum melirik. Aku sedang asyik melihat sekitar tiba mataku tertangkap pada satu pasangan. Adik sebapa berlainan ibu dengan ku bersama teman lelakinya dimana lelaki itu bekas kekasih ku.
" Ain.. "panggilku dan dia menoleh dan segers dia merangkul lengan kekasihnya. Dia ingat aku nak cemburu.. lambat lagi... Tariq.. ya lelaki itu lelaki yang pernah aku sayang sepenuh hati tetapi akhirnya meniduri adik ku sendiri. Tariq memandangku tergamam. Mungkin melihat perubahan ku yang agak ketara dari gadis yang berambut panjang dan pakaian agak sopan kini seakan boyish dan pakaian tak pernah cukup kain.
"kau buat apa dekat sini.. kau bukan study kat kuantan ke.. " soalku.
"ha ah.. kami beli barang tunang" aku hanya mengangguk. Ilham yang mengekori ku mendekati kami.
"boyfriend kau ke.. " soal Ain..
"eh bukan kawan aku..kami beli barang sikit.. ayah sihat.. "aku bertanya khabar ayahku kerana sudaj lama aku tidak melefonnya sejak aku bermastautin di negeri orang. Aku sendiri menjauhkan diri ku dari mereka kerana bagi mereka aku pembawa malang dan punca penceraian mereka.
"sihat.. kau kerja dekat sini ke" soalnya
"ha ah.. manager dekat fast food" ujarku
"Orkid.. Am pergi kedai tu kejap.."pinta Ilham. Aku hanya mengiyakan saja.
"kau ok ke sekarang" soal Tariq
"ok.. Alhamdulillah..or what do you expect.." soalku..
"tak de lah.. lepas kes tu kau blah cam tu senyap je" ujar Tariq
"la.. aku blah dari kuantan bukan sebab siapa siapa.. aku nak berhijrah.. bosan stay dekat satu tempat je" ujarku. Telefonku berdering
"hah mana.. Orkid dekat depan ni.. "aku tercari cari.. aku tamatkan talian
"kau dah ada boyfriend" soal Tariq. Aku tidak mengendahkan soalan itu
"tengok la dia.. ada ke orang nak" sindir Ain
"Sweetheart " panggil Ivan. Aku menoleh.
"Ivan" tempik ku lalu berlari dan melompat dalam dakapannya.
"rindunya"aku memeluknya erat. Wajah yang aku rindu. Aku turun dari dukungannya kerana banyak mata memandang. Aku membawa Ivan bertemu dua ketul manusia munafik itu. Aku tidak berdendam tapi disebabkan mahu menutup kesalahan mereka aku difitnah. Aku tidak akan melupakan perbuatan mereka.
"Ivan ini adik orkid...Ain..ini bakal tunang Ain..Tariq.. actually his my ex bf "terangku. Ain memandangku geram. Puas hati aku.. geram yang ku pendam bertahun terlerai. Tariq memandang ku dengan wajah kesal. Aku meninggalkan mereka dengan perasaan mereka sendiri. Kami meninggalkan mall dengan menaiki kereta Ilham. Aku yang duduk di seat belakang menongkat dagu dibahu Ivan. Kami berceloteh pelbagai cerita.

Seminggu Ivan melawatku pelbagai benda kami kongsikan bersama.
"jom la.. malam ni je.. dah lama tak pergi"aku memujuknya untuk ke kelab. Pada awalnya dia menolak tapi puas aku pujuk akhirnya dia akur. Aku dengan kelab tidak dapat dipisahkan. Ivan sentiasa dengan ku waima di dance floor pun dia bersama walau hanya menjadi patung cendana.
"nah.. ni Ivan beli dekat Sabah untuk Orkid" kotak kecil itu diletakkan dipahaku. Kereta itu berhenti di pantai setelah aku habis buang tebiat aku di kelab tadi.
"apa ni" soalku. Kotak kecil itu aku buka. Ada sebentuk cincin emas putih didalamnya. Aku melongo.
"sweetheart..kita kawin" ajaknya. Aku seakan mahu melompat dari dalam kereta kerana terlalu gembira.
"yesss" jawab ku tanpa ragu.. dia lah yang aku tunggu.. lelaki yang akan mengisi kekosongan ku. Dia memelukku erat. Cincin itu disarung ke jariku.
"esok Ivan balik Sabah.. Ivan ajak mak jumpa family orkid ya" ujarnya. Aku tidak dapat tidur malam. Asyik membelek cincin dijari manisku.
Kepulangan Ivan berakhir dengan kisah duka apabila Ilham memberitahu bahawa Ivan terbunuh dalam satu operasi yang dilalukannya. Dia ditembak tepat di dada dan lehernya menyebabkan dia rebah ke bumi. Aku meraung seperti orang gila. Aku tidak menyangka itu adalah kali terakhir dia bersamaku dan lamarannya tergantung disitu. Aku ke sabah bersama Ilham dan beberapa lagi orang sahabatnya bagi menziarahi pusaranya. Pemergiaannya benar benar membuatkan aku terasa kehilangan. Semua kenangan aku dengan dia berputar dibenak. Sungguh aku terlalu rindu dia. keikhlasannya menyentuh hatiku. Dia terima aku seadanya baik burukku. Layanan nya terhadapku bak puteri. Sukar bagiku untuk mencari penggantinya. Terasa kosong dan sunyi.. Attention seeker.. bukan.. aku bukan attention seeker tapi aku suka akan berdampingan. Aku mula mencari teman baru. Ilya.. ya.. aku ada bertemunya tapi untuk aku berdampingan semula dengannya mungkin tidak.. kerana di a sudah punya teman baru. Aku hanya berkumpul dengan brotherhood aku. Walaupun aku kerap keluar bersama mereka..aktivitiku agak terbatas kerana aku sudah terbiasa dengan disiplin Ivan... Aku tidak lagi mengambil pil.. aku tidak lagi terkinja kinja...hanya sekadar duduk dan melihat sekeliling. Aiman... aku juga jarang bertemunya..kami sibuk dengan hal kami sendiri. Sesekali kami keluar bersama kerana hobi kami yang suka mendaki bukit atau gunung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience