FITNAH

Other Completed 30495

Hubungan aku dan Zaimi rapat.Tapi hanya sekadar sahabat berkongsi suka duka. Dia juga berkongsi akan cerita rumahtangganya. Aku sebagai isteri memahami situasi isterinya dan ku menasihatkan apa yang patut agar mereka tidak menerima nasib sepertiku tapi keakraban kami disalah erti. Isterinya menyerangku di tempat kerja dan menuduh ku berskandal dengan suaminya. Aku terkejut. Aku akhirnya aku berhenti kerja disitu dan bekerja di sebuah pasar mini. Mungkin kerana perwatakan ku yang kasar aku mudah berteman dengan lelaki dari wanita. Kerja ku disitu juga tidak aman apabila Fifi dan angah kerap membeli disitu dan memaksa aku membayar. Aku tidak mahu mereka malu terpaksa membayarnya. Kemarahan Izzat meluap apabila aku dihantar pulang oleh supervisorku yang juga seorang lelaki kerana motorku buat hal lagi. Lagi sedap aku difitnah Fifi. Untuk mengelakkan berlanjutan aku berhenti dalam tempoh 4 bulan bekerja. Aku buntu.
"awak saya dapat kerja dekat cleaner dekat sekolah.. " ujarku. Izzat diam.
"tapi jauh dari sini.. " jelasku lagi
"dah tu" soalnya tanpa memandangku
"saya nak cari rumah yang dekat dengan tempat kerja.. lagipun motor tu selalu buat hal.. kalau dapat ya ng dekat dengan sekolah boleh jalan kaki" cadangku. Aku nekad untuk keluar.
"alasan nak lari dari buat kerja rumah lah tu.. tak pun senang dia nak menggatal" fitnah Fifi.
" apa yang fifi mengarut ni.. Orkid cuma terfikir rumah jauh dengan sekolah tu.. kalau hujan ke motor rosak ke boleh jalan kaki tak perlu dah susahkan Izzat..tak payah orkid nak susahkan sapa sapa"ujarku.
"ah sembang" balas Fifi
"dah jumpa rumah"soal Izzat
"belum.. ingat esok nak pergi cari" balasku
"sayang.. takkan nak bagi dia pindah.. habis siapa nak buat semua ni" balas Fifi
"I akan cari maid" aku lega. Aku naik ke bilik dengan senyuman puas. Kedengaran suara rengek Fifi.

Rumah kampung.Aku suka. Tidak jauh dari sekolah. Aku berjalan kaki sahaja ke sekolah. Rizki sudah punya pengasuh baru. Dia selesa. Kerja ku juga tenang. Hampir enam bulan aku bekerja dan berpindah. Izzat tidak pernah menjengah. Aku seakan tidak bersuami. Semuanya aku sendiri. Apapun aku selesa. Hidup ku hanya aku dan Rizki. Walaupun hidup kami sederhana dan tidak semewah dulu tapi aku sedikit lega. Aku lapang dada. Cuma sesekali aku merindui suami disisi.
"Orkid" sapa seseorang dari belakang
"Am.. buat apa dekat sini" soalku. Penyapu ditanganku aku alih ke tepi
"datang pick up wife Am.. Kerja sini" soalnya
"ha ah.. wife Am cikgu ke" soalnya
"ya.. dah lama ke kerja tak pernah nampak pun"soalnya lagi
"baru enam bulan..Orkid tak tahu pula wife Am cikgu.. cikgu yang mana satu ada tiga isteri polis dekat sini.. " soalku.
"abang" panggil seorang wanita.Ilham menoleh.
"cikgu Nadia.. cikgu nak balik dah" soal ku
"nad... ni Orkid.. "
"kawan lama Am.. "aku memintas kata katanya. Ilham terdiam. Nadia tersenyum kelat. Aku diam. Mereka beredar. Hatiku mula tidak sedap. Aku meneruskan tugasku sebelum pulang. Dalam perjalanan aku membeli kuih kegemaran Rizki. Aku mengambil Rizki dirumah pengasuh dan bergandingan dengannya untuk pulang. Kereta Izzat di laman. Aku mengetuk pintu kereta apabila melihat kelibat Izzat didalam
"bila awak sampai"soalku.Dia kelihatan tidak terurus. Aku menyantuninya dan menjemputnya masuk. Aku ke dapur untuk membuat minuman. Tiba aku dipeluk dari belakang. Izzat.
"kenapa ni...ada masalah ke"soalku. Rangkulannya aku lepaskan dan aku berpaling mengadapnya. Aku membetulkan rambutnya. Pipinya aku usap lembut. Wajah yang aku rindui walaupun insan ini yang menyakiti hatiku. Dia hanya menunduk. Diam.
"kenapa ni.. ada masalah ke.. nak share dengan saya" soalku lagi.
"saya.... saya rindu awak.. "matanya berkaca. Aneh. Dia tidak pernah begini. Aku hairan apabila melihat manik manik jernih itu jatuh satu persatu ke pipinya. Aku sapu airmatanya dan aku peluk Izzat erat. Belakangnya aku usap lembut. Tangisnya makin laju. Aku membiarkan saja. Apa beban yang sedang ditanggungnya. Makan malam kami kali ini bertiga. Izzat makan dengan penuh selera. Aku hanya memerhati. Aku menanti akan cerita darinya namun aku hampa.
"awak nak balik dah ke.. "aku menghampirinya yang sedang merapikan dirinya kerana berbaring diruang tamu sementara aku tidurkan Rizki sebentar tadi. Dinyalakan sebatang rokok dan duduk dimuka pintu
"sunyi suasana malam dekat sini.. tenang" ujarnya.
"ha ah...tak bising.. macam dekat kampungkan"sampuk ku
"dah kampung mestilah sama dengan kampung"dia menoleh memandangku sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya.
"nak air tak.. saya buatkan"aku bangun sehaya itu dia juga bangun dan masuk semula ke dalam rumah. Aku diam. Kaki aku kaku melihat kelajuannya. Dia menghampairi ku. Rambutku dibelai lembut. Aku membiarkan saja. Sudah lama aku tidak diperlakukan begitu.
"Izzat rindu Orkid.. rindu sangat" dia meletakkan kepalaku ke dadanya. Aku diam. Dia memelukku erat.
"saya minta maaf atas salah saya pada awak.. saya tahu saya bukan suami yang baik.. dan saya tak berlaku adil pada awak.. saya minta maaf sebab dah sakitkan hati awak..saya minta maaf sebab saya dah abaikan awak dengan Rizki." aku mendongak memandang wajahnya yang sugul
"kenapa ni... cerita dekat saya" soalku lagi.
"sayang.. tolong jangan terlalu baik sangat... fikirkan tentang diri sayang.. stop utamakan orang lain.. dahulukan diri sayang dulu" ujarnya. Aku makin hairan.
"Izzat rindu sayang tapi maaf Izzat tak boleh tidur sini.. " ujarnya
"tapi kenapa.. ni rumah awak juga" entah kenapa aku bisa berbicara sebegitu. Apa yang dah merasukku.
"InsyaAllah.. nanti saya tidur sini ya.. saya kena balik Fifi tengah tunggu hari nak bersalin. "Pipiku diusap lembut. Mata kami bertentang. Tingkahnya membuat aku mendambakannya. Ada senyuman manis meniti dibibirnya.
"ye lah.. drive elok elok.. dah sampai mesej ya"risauku dengan kelakuannya.
"ya.. " dia masih tidak berganjak. Dia masih menatapku.
"apa.. "soalku. Dia tersenyum lagi. Aku hanya diam dan membalas senyumannya. Tanganku tidak dilepaskan sehingga di masuk ke perut kereta. Tanganku di kucup berkali kali.. aku diam. Kereta itu berlalu pergi. Aku mula tidak sedap hati. Perubahannya amat ketara. Aku mengunci pintu. Aku masuk ke bilik ku.Aku cuba membaca kelakuan Izzat. Aku yang terlelap terjaga apabila telefonku berdetak. Mesej dari Izzat. Dia sudah selamat sampai ke rumah. Aku lega. Aku sambung lenaku.

"selamat pagi cikgu" sapaku. Nadia membalas dengan senyuman. Sopan gadis itu amat sesuai dengan Ilham. Cantik dan berbudi bahasa. Aku meneruskan kerja ku seperti selalunya. Telefonku berdetak. Mesej dari Izzat. Bicara manis di hantarnya. Ungkapan rindu itu membuatkan aku tersenyum sendiri. Aku tidak membalasnya. Aku biarkan ia tanpa balasan. Telefonku berdetak lagi. Kali ini emoji rindu dan tangis dihantarnya. Aku tersenyum sendirian. Aku biarkan tanpa balasan juga
"hello..kenapa tak balas mesej saya... awak tak rindu saya ke" rajuknya
"tak" balasku
"hah.. " dia tersentak
"tak pelah.. takkan saya nak paksa awak rindu sayakan" rajuknya
"rindu.. saya rindu awak juga" ish tetiba hatiku berbunga. Kami berbual seolah pasangan baru bercinta. Perasaan aku mula tidak stabil dengan permainan hatiku. Kata kata manisnya membuatkan aku seakan gila. Aku menamat panggilan untuk meneruskan kerja. Kerja ku hari ini seakan bayu meniup lembut. Rehat ku dibawah pohon.Bekal yang aku bawa aku jamah perlahan. Aku tidak punya teman rapat disini. Aku mahu lebih berhati hati agar tidak difitnah lagi. Tapi itupun perihal ku dijaja kerana suamiku yang tidak pernah kelihatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience